Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Bekas peguam didakwa pecah amanah RM426,800

Written By Unknown on Rabu, 31 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Seorang bekas peguam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah terhadap anak guamnya membabitkan RM426,800 enam tahun lalu.

Lee Cheng Theng, 56, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pasangan suami isteri Yue Leong Siew, 60, dan Ong Chiu Gek, 54, di RHB Bank Berhad, Cawangan Taman Midah, Jalan Midah 1, Cheras di sini pada 18 Oktober 2007.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang memerlukan tertuduh melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam S Ramesh yang mewakili tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM30,000 kerana tertuduh mempunyai dua anak yang masih belajar dan dia adalah penanggung tunggal keluarga.

"Tertuduh juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin lalu dan dibenarkan diikat jamin dengan jaminan RM35,000. Pasportnya diserahkan di mahkamah itu," katanya.

Hakim Murtazadi Amran kemudiannya membenarkan Lee diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 30 Ogos untuk sebutan semula kes.

Pada Isnin lalu, Lee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tiga pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan lebih RM260,000. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tahan dua lelaki, rampas pistol, 7 peluru

PETALING JAYA: Polis merampas sepucuk pistol dan tujuh butir peluru daripada dua lelaki tempatan yang ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di Kota Damansara, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata kedua-dua suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh pasukan peronda polis pada jam 1 pagi dan hasil pemeriksaan menemukan sepucuk pistol jenis Taurus 9mm bersama lapan peluru.

"Berlaku sedikit pergelutan ketika polis memeriksa beg suspek, bagaimanapun pihak kami berjaya menahan suspek itu dan merampas 80 biji pil dadah jenis eramin 5," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis eramin 5 dan masing-masing mempunyai tiga rekod jenayah meliputi dadah, samun dan merusuh.

Katanya, suspek direman sehingga Isnin ini untuk siasatan mengikut Seksyen B Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita percaya suspek turut melakukan beberapa kegiatan jenayah lain di sekitar kawasan ini," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lebih dua juta kilogram bahan kitar semula disimpan isi rumah: Halimah

KUALA LUMPUR: Jumlah bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah di seluruh negara berjumlah 2.1 juta kilogram.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique, berkata secara purata, setiap rakyat Malaysia menyimpan bahan kitar semula sebanyak 0.07 kilogram, sehari.

"(Contoh) Bahan kitar semula yang disimpan oleh isi rumah ialah mesin basuh yang dibeli oleh suami pada waktu perkahwinan pertama. Walaupun mesin basuh baru dibeli, mesin basuh lama walaupun rosak, disimpan di belakang rumah," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Rohani Abdullah pada sesi persidangan Dewan Negara, hari ini.

Rohani ingin tahu keberkesanan projek 'entry point' untuk meningkatkan program kitar semula atau 3R (Reduce, Reuse and Recycle) dan meningkatkan kadar kitar semula kepada 40 peratus, iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus setahun.

Halimah berkata, kajian Komposisi Sisa Pepejal oleh kementerian pada 2012, menunjukkan bahawa kadar kitar semula dalam kalangan isi rumah meningkat daripada 5 peratus pada tahun 2005, kepada 9.7 peratus pada 2011.

Katanya kementerian yakin bahawa sasaran kadar kitar semula sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020 boleh dicapai.

"Keadaan ini menuntut komitmen berterusan daripada semua pihak dalam menguruskan pelupusan sisa pepejal atau sampah sarap domestik yang efektif," katanya.
Beliau berkata, kementerian mendapati 95 hingga 97 peratus bahan yang dikutip di Semenanjung Malaysia dilupuskan di tapak pelupusan sisa pepejal. Hanya baki tiga hingga lima peratus sisa pepejal diproses oleh kilang kitar semula.

Katanya sisa pepejal yang dilupuskan di tapak pelupusan terdiri daripada sisa makanan dan organik lain (47 peratus), kertas (15 peratus), plastik (14 peratus), logam (4 peratus), kaca (3 peratus), dan bahan-bahan lain termasuk tekstil, kayu dan getah.

"Industri kitar semula adalah industri yang berkembang pesat dengan menggunakan pendekatan 'Waste to Wealth' dengan nilai RM476 juta pada 2005, dan melebihi RM600 juta pada tahun 2011," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mangsa kebakaran Kampung Pasir Baru ditawar bantuan rumah PPR

Written By Unknown on Selasa, 30 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Nasib enam sekeluarga yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di Kampung Pasir Baru, Pantai Dalam di sini semalam mendapat pembelaan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil menawarkan rumah sewa menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil dan Taman Muhibbah, Puchong di samping menghulurkan bantuan RM300 untuk setiap keluarga.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Aziz, berkata bagaimanapun mereka belum membuat keputusan walaupun surat tawaran bagi menduduki PPR Bukit Jalil sudahpun siap untuk mereka berpindah.

"Kita berharap kesemua mangsa akan dapat berpindah segera kerana kawasan perumahan setinggan ini sebenarnya adalah tanah rizab yang mana ia akan dipagarkan selepas dibersihkan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melawat kesemua mangsa dan meninjau lokasi kebakaran bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turut menghulurkan bantuan peribadi RM500 untuk setiap keluarga.

Dalam pada itu, Tengku Adnan memberitahu media, pihaknya bersama DBKL akan turut membantu mencari tapak perniagaan bagi mangsa yang berniaga kecil-kecilan selain membantu proses pemindahan kesemua mangsa ke rumah sewa yang ditawarkan.

Kejadian kebakaran yang berlaku jam 8 pagi semalam melibatkan 35 penghuni yang menduduki perumahan setinggan itu sejak 30 tahun lalu.
Sementara itu, mangsa Heriah Mat Nasir, 67 tahun, yang tinggal sementara di Dewan Rukun Tetangga kampung berkenaan bersama keluarganya berkata, beliau sedih kerana tidak dapat menyelamatkan harta benda seperti dokumen peribadi termasuk wang perniagaan anaknya yang berjumlah RM4,000.

Bagaimanapun, Heriah tetap bersyukur kerana kesemua ahli keluarganya selamat dan hanya cedera ringan dalam kejadian itu.

"Saya juga berterima kepada kerajaan khasnya DBKL dan Datuk Seri Tengku Adnan kerana sanggup datang melawat kami memberi bantuan kewangan dan menawarkan rumah sewa bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri nanti," katanya kepada Bernama.

Mangsa Ahmad Hariri Baharuddin, 48 tahun, pula berkata beliau gembira kerana walaupun Pantai Dalam adalah kawasan dipimpin pakatan pembangkang namun keprihatinan pemimpin kerajaan terhadap rakyat tanpa mengira fahaman politik amat dihargai.

"Saya juga berasa lega apabila diberitahu oleh Tengku Adnan bahawa ruang perniagaan untuk saya akan diusahakan kerana faham masalah saya yang perlu menyara keluarga," katanya.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Harga saham lebih rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia terus didagangkan lebih rendah pada tengah hari, dengan pelabur berhati-hati tentang keputusan mesyuarat bank pusat global, kata para peniaga.

Setakat 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.82 mata kepada 1,794.96. Indeks komposit bergerak di antara 1,792.77 dan 1,800.20 sepanjang sesi pagi.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 418 berbanding 198, sementara 311 kaunter tidak berubah, 671 tidak didagangkan dan 43 yang lain digantung.

Jumlah dagangan dicatatkan pada 1.196 bilion saham bernilai RM872.248 juta.

Hong Leong Investment Bank berkata, KLCI mungkin didagangkan berhati-hati dengan tumpuan kepada mesyuarat Jawatan kuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah serta petunjuk utama ekonomi AS seperti pengumuman keluaran dalam negara kasar suku kedua.

Pasaran menanti mesyuarat FOMC pada 30 dan 31 Julai untuk mendapat pertunjuk tentang keadaan ekonomi dan masa depan program rangsangan bank pusat itu.

Pada papan utama, Indeks Perindustrian naik 9.56 mata kepada 3,059.62, Indeks Kewangan susut 118.85 mata kepada 17,139.75, sementara Indeks perladangan susut 5.10 mata kepada 8,381.53.
Indeks FBM Emas jatuh 21.88 mata kepada 12,506.11, FBMT 100 merosot 18.96 mata kepada 12,253.10, Indeks FBM 70 naik 7.05 mata kepada 14,419 dan Indeks FBM ACE merosot 33.55 mata kepada 5,043.68.

Di kalangan saham aktif, Malaysia Airlines dan Asia Media Group naik setengah sen setiap satu kepada 31.5 sen dan 15.5 sen, China Stationery tidak berubah pada 27.5 sen dan Flonic Hi-Tec merosot setengah sen kepada 12.5 sen.
Sona Petroleum yang baru disenaraikan susut dua sen kepada 40.5 sen dengan 278.476 juta lot bertukar tangan.

Sementara itu, waran naik 15 sen kepada 22.5 sen dengan jumlah dagangan 278.476 juta.

Bagi saham berwajaran tinggi, CIMB jatuh 16 sen kepada RM8.15, Maybank merosot 10 sen kepada RM10.60, TNB susut tujuh mata kepada RM9.02 dan Hong Leong Financial Group jatuh 14 sen kepada RM14.30.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

ESSCOM jadi pemangkin pembangunan sosioekonomi di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menjadi pemangkin program pembangunan sosioekonomi kepada perkembangan keselamatan kawasan perairan Pantai Timur Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dengan penubuhan ESSCOM, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baharu memberi keyakinan kepada masyarakat setempatuntuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah itu.

Beliau berkata kehadiran polis dan tentera yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

"Pencerobohan itu tidak pernah mendapat sokongan daripada majoriti penduduk Sulu di Sabah, yang turut mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu, dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Johari ingin tahu kesan ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan yang dialami oleh masyarakat Lahad Datu ekoran daripada pencerobohan, serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

Daerah Semporna dikejutkan dengan peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan.

Tambah Shahidan, walaupun beberapa pihak menuduh kerajaan sebagai mengadakan drama berunsurkan politik semasa pencerobohan dan tangkapan awal dibuat, tetapi mula menyedari bahawa ini merupakan satu pencerobohan besar yang mengancam nyawa.
Selain penubuhan ESSCOM, beliau berkata usaha bersepadu yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak agar keadaan pulih seperti sedia kala dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat, pelabur dan pelancong untuk terus melawat dan melabur ke negeri itu.

"Penduduk Kampung Tanduo juga dipindahkan ke penempatan terbaru dan pelbagai lagi kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan di kawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

JPJ laksana kurikulum baru sekolah memandu mulai Januari 2014

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem kurikulum baharu bagi semua sekolah memandu seluruh negara mulai Januari depan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, berkata sistem itu akan memberi tumpuan dalam meningkatkan etika dan sikap tanggungjawab pemandu ketika memandu.


15.09 | 0 komentar | Read More

Imigresen pendekkan tempoh visa semasa ketibaan negara tertentu

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen memendekkan tempoh visa semasa ketibaan (VOA) untuk rakyat dari negara tertentu yang sering kali menjadikan Malaysia sebagai negara transit untuk menetap secara haram di Australia.

Tanpa menyebut nama negara-negara terbabit, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tempoh visa untuk negara-negara berkenaan dipendekkan kepada 14 hari berbanding 90 hari sebelum ini.

Beliau berkata, langkah itu dibuat atas permintaan kerajaan Australia, katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kuppa di pejabatnya di sini, hari ini.

"Langkah terbaharu Australia untuk menempatkan pelarian ke Papua New Guinea merupakan tindakan bijak dan terbaik untuk mengatasi masalah pelarian kerana Malaysia dan negara-negara Asean lain sering dijadikan sebagai negara transit sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Australia," katanya.

Sementara itu Kuppa berkata, pelarian yang tiba di Australia melalui bot untuk mendapatkan suaka di negara itu akan ditempatkan di Papua New Guinea.

"Kerajaan Australia mahu menghantar mesej kepada sindiket penyeludupan manusia dan mereka yang ingin mendapatkan suaka bahawa tidak guna pergi ke Australia tanpa visa dan dokumen yang sah kerana mereka akan dihantar ke Papua New Guinea," katanya.
Pada 19 Julai, Perdana Menteri Australia Kevin Rudd berkata pemohon suaka yang tiba dengan bot tidak akan berpeluang menetap di Australia sebagai pelarian kerana Australia telah mengesahkan perjanjian dengan kerajaan Papua New Guinea mengenai pemohon suaka.

Rudd dan Perdana Menteri Papua New Guinea, Peter O'Neill menandatangani perjanjian mengenai pemohon suaka.

Pemohon suaka akan dihantar ke Papua New Guinea untuk penilaian, dan jika mereka didapati pelarian, mereka akan ditempatkan di sana, jika tidak, mereka akan dihantar balik ke negara mereka atau dihantar ke negara ketiga, kata Rudd sambil menjelaskan bahawa perjanjian itu bertujuan mengentikan penyeludupan manusia.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Malaysia, Perancis terokai pelbagai bidang baru

Written By Unknown on Senin, 29 Juli 2013 | 15.09

PUTRAJAYA: Malaysia dan Perancis bakal menjalin kerjasama dalam bidang baru, terutamanya tenaga diperbahui, pengangkutan dan bioteknologi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerjasama itu dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Jean-Marc Ayrault dalam pertemuan mereka di sini hari ini.

Beliau berkata selain itu, Malaysia dan Perancis juga berhasrat memperkukuhkan hubungan ekonomi sedia ada, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan pendidikan.

"Terdapat dua pelaburan signifikan. Pertamanya, pada tengah hari ini Perdana Menteri (Perancis) akan melawat ke Sendayan, yang bakal menjadi pangkalan pembuatan brek pesawat untuk pasaran seluruh Asia bernilai AS$125 juta," katanya pada sidang akhbar bersama di sini hari ini.

Beliau berkata satu lagi ialah pelaburan bioteknologi di Terengganu antara Arkema dari Perancis dan CJ CheilJedang (CJ) dari Korea Selatan.

Najib berkata perbincangan turut menyentuh mengenai kerjasama dalam bidang pertahanan, dengan menteri pertahanan dari kedua-dua negara akan mengadakan pertemuan pada Disember, untuk membincangkannya secara menyeluruh.

"Perdana Menteri (Perancis) juga memberi jaminan kepada saya bahawa persefahaman dan kerjasama ini akan berterusan, secara asasnya dalam pertahanan dan kami menjangkakan pemerolehan beberapa pesawat dan helikopter," katanya.
Najib juga berkata banyak syarikat tradisional beroperasi di Malaysia, dan mereka mengharapkan lebih banyak pelaburan dari Perancis dalam masa terdekat.

"Perbincangan ini amat produktif, kami membincangkan isu-isu serantau dan antarabangsa, peranan kami dalam beberapa perkembangan di bahagian lain di dunia, yakni situasi ekonomi dan saya percaya lawatan Yang Amat Berhormat akan menambah lembaran baharu terhadap hubungan dua hala yang akrab," katanya.

Sementara itu, Ayrault berkata Malaysia adalah rakan kongsi ekonomi kedua terbesar dalam Asean bagi Perancis, iaitu terdapat kira-kira 260 syarikat Perancis di Malaysia, dan mereka bersedia memberikan sokongan terhadap semua projek untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.

"Lawatan saya juga untuk meninjau peluang-peluang baharu untuk usahawan kecil dan sederhana Perancis untuk datang dan menerokai peluang di Malaysia, terutamanya dalam bidang infrastruktur, maklumat dan komunikasi dan bandaraya lestari," katanya.

Terdahulu, Najib dan Ayrault menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Perancis, yang pertama antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Thales bagi kerjasama dalam industri rel.

Keduanya antara Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Eurosae SAS bagi kerjasama dalam bidang kejuruteraan, penerbangan dan aeroangkasa, maritim dan pengangkutan yang berhubung kait dengan pertahanan dan keselamatan.

Turut ditandatangani MoU bagi kerjasama strategik antara Mara dan Eurosae Advanced Training dalam bidang penerbangan dan teknologi aeroangkasa. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Rang undang-undang lindungi biodiversiti ke Parlimen tahun depan

SEPANG: Rang Undang-Undang Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah bagi melindungi khazanah biodiversiti negara dijangka dibentang di Parlimen tahun depan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel, berkata draf akhir rang undang-undang itu sedang dipinda dengan mengambil kira pandangan kerajaan negeri, kementerian, agensi dan pelbagai pihak berkepentingan.

"Draf ini akan disampaikan kepada Jabatan Peguam Negara pada September ini dan kemudiannya ke kabinet selepas itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat draf akhir rang undang-undang itu, di sini hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Palanivel berkata Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber biologi dan diiktiraf sebagai satu daripada 12 negara mega biodiversiti di dunia.

Menurutnya sumber yang terdapat di negara ini berpotensi untuk penghasilan produk baharu dalam industri farmaseutikal dan nutraseutikal seperti ubat-ubatan, makanan tambahan dan produk kosmetik.

Sehubungan itu, sudah tiba masanya negara mempunyai satu undang-undang kebangsaan untuk mengawal selia aktiviti kajian dan penyelidikan serta 'bioprospecting' yang dijalankan terhadap sumber biologi negara, kata Palanivel.

Menurutnya ketiadaan undang-undang itu menyukarkan negara menangani kes-kes kecurian sumber biologi atau 'biopiracy' yang berlaku, iaitu sumber biologi diambil tanpa kebenaran dan dibangunkan tanpa perkongsian faedah untuk tujuan komersial.
"Rang undang-undang ini juga akan merealisasikan agenda negara untuk menggunakan biodiversiti dalam menjana kekayaan baharu seperti dinyatakan dalam Model Baru Ekonomi 2010 dan Dasar Bioteknologi Negara 2005," katanya.

Undang-undang ini juga mempunyai peruntukan yang mengenal pasti peranan masyarakat Orang Asli dan tempatan berkenaan sumber asli dan pengetahuan tradisi, kata beliau.

Selain mengawal selia aktiviti akses kepada sumber biologi, Palanivel berkata usaha negara mewujudkan undang-undang itu adalah selari dengan objektif Konvensyen Kepelbagaian Biologi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengiktiraf sumber biologi sebagai hak mutlak sesebuah negara. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Tambah kuota 2 juta liter diesel ke Sarawak - KPDNKK

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak meluluskan kuota tambahan dua juta liter diesel bagi menangani masalah bekalan bahan api itu yang terhad di negeri ini.

Pengarah KPDNKK Negeri, Wan Ahmad Wan Uzir, berkata Sarawak bakal memperoleh kuota tambahan bahan api itu hari ini berikutan permintaan yang semakin meningkat sehingga melebihi bekalan.

Katanya, sebanyak 25 stesen minyak di lokasi strategik di seluruh negeri akan memperoleh kuota tambahan untuk menampung keperluan pengguna.
15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan kaji pertimbangan bajet ganti pesawat MiG-29N - Najib

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan mengkaji pertimbangan bajet bagi kontrak untuk program penggantian MiG-29N.

Beliau berkata: "Kita sedang mengkaji keperluan pertahanan kita di masa depan tetapi ia bukan hanya bertumpu pada keperluan kita di masa depan, tetapi juga persoalan sama ada kita mampu dan juga persoalan daripada segi pertimbangan bajet."

Najib berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan Perancis memenangi kontrak bagi program penggantian MiG-29N.

"Kita juga terpaksa bergelut dengan pengurangan defisit fiskal di Malaysia kerana kita perlu perkukuhkan tahap mikro dan fiskal kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Perancis Jean-Marc Ayrault ke Malaysia, di sini hari ini.

Oleh yang demikian, Najib berkata dengan mengambil kira keupayaan sebenar Malaysia, kerajaan perlu mengkaji bukan sahaja pesawat tempur pelbagai peranan tetapi juga perkakasan lain yang perlu dipertimbangkan termasuk helikopter dan senjata.

Katanya ia juga bergantung kepada jenis ancaman yang Malaysia mungkin hadapi dalam masa terdekat dan jangka sederhana, sepertimana yang anda tahu kita pernah berdepan insiden pencerobohan di Sabah.
"Jadi jenis dan tahap ancaman telah berubah dan menjadi semakin berkurangan tetapi masih bahaya, tetapi ia bukan membabitkan perang konvensional klasik.
"Tetapi kita mengambil perhatian kejayaan Rafale dalam pembidaan di India," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Perancis itu turut ditanya sama ada soal cadangan program penggantian pesawat jet pejuang itu ada dibincangkan dengan Najib.

Beliau berkata: "Ada perbincangan berkaitan dengan soal ketenteraan dan pertahanan tetapi Perancis bersedia untuk mengambil bahagian dalam tender itu.

"Tetapi untuk menyatakan jika terdapat sebarang peluang untuk Perancis (memenangi bidaan itu), terpulang kepada Malaysia untuk menyatakannya tetapi yang pasti kami akan ambil bahagian," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Sekurang-kurangnya 72 terbunuh tunjuk perasaan di Kaherah

Written By Unknown on Minggu, 28 Juli 2013 | 15.09

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 72 terbunuh dalam pertembungan antara penyokong bekas presiden yang digulingkan, Mohamed Morsi dan pihak berkuasa negara itu.

Pertempuran darah di Kaherah disifatkan terburuk sejak peristiwa penggulingan Morsi pada 3 Julai lalu dan dikutuk keras masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Mesir sendiri.

Malah, dakwaan penunjuk perasaan bahawa pihak berkuasa menggunakan peluru hidup memburukkan lagi keadaan. - AFP
15.09 | 0 komentar | Read More

Kes tembak pengerusi Mywatch, polis tidak tolak motif dendam

SEREMBAN: Polis tidak menolak kemungkinan insiden tembakan ke atas Pengerusi badan pemantau jenayah Mywatch, R Sri Sanjeevan semalam bermotifkan dendam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, bagaimanapun perkara itu masih dalam siasatan dan pihaknya sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.

"Pihak polis juga sudah mengambil kenyataan dari rakan mangsa yang bersamanya ketika kejadian dan dari semasa ke semasa akan berhubung dengannya untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sri Sanjeevan, 29, parah di bahagian rusuk kanan selepas terkena satu das tembakan yang dilepaskan dua lelaki bermotosikal di simpang jalan di Taman Cempaka, Bahau kira-kira 4.30 petang.

Osman berkata satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi melancarkan siasatan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan meminta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pihak polis.

Beliau berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini hari ini, selepas mendapat rawatan di Hospital Jempol.
Beliau berkata, mangsa dijangka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari bahagian rusuknya hari ini.

"Bagi menjaga keselamatan mangsa, pihak polis turut menempatkan anggota yang akan menjaga mangsa di hospital," katanya.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa sedang memandu ke Taman Cempaka untuk menjemput rakannya keluar minum di Pekan Bahau.

Ketika dalam perjalanan selepas menjemput rakannya, mangsa menurunkan cermin sisi keretanya jenis BMW untuk menghisap rokok dan memperlahan keretanya apabila tiba di satu simpang.

Dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha LC kemudiannya dikatakan menghampiri kereta mangsa lalu melepaskan satu das tembakan ke arah mangsa yang mengenai dan menembusi siku kanan sebelum terkena rusuknya.

Salah seorang lelaki itu cuba menghampiri mangsa, bagaimanapun mangsa yang masih sedar terus memecut keretanya sejauh 300 meter sebelum meminta rakannya memandu dan membawanya ke hospital.

MyWatch yang dinaungi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah badan yang memantau keadaan jenayah dalam negara.

Sri Sanjeevan yang bertindak selaku pengerusi badan itu sebelum ini lantang menyuarakan dan membuat laporan polis berhubung aktiviti perjudian haram di negeri ini terutama di Jelebu dan Jempol dan pernah menerima ugutan dan ancaman di atas tindakannya itu.

Dalam pada itu, Osman berkata, rakan mangsa yang bersamanya semasa kejadian tembakan itu, ditahan tengah malam tadi berhubung satu kes di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Beliau berkata, suspek dikehendaki sejak awal tahun ini dan polis bertindak memberkasnya di Balai Polis Bahau semasa dia datang membuat laporan berhubung kejadian tembakan itu.

"Penahanan rakan R Sanjeevan ini tidak ada kena mengena dengan kes tembakan ini. Ia adalah kes yang berasingan kerana dia memang dikehendaki sebelum ini.
"Jadi jangan ada pihak cuba membuat spekulasi terhadap mana-mana kes sehingga mengganggu siasatan polis," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Usaha hapuskan kawasan hitam di jalan Pan Borneo: Fadillah

KUCHING: Usaha untuk menghapuskan kawasan hitam atau yang kerap berlaku kemalangan di jalan Pan Borneo di Sarawak akan diberi keutamaan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, sejumlah dana yang dicadang bagi tujuan ini yang termasuk dalam Belanjawan 2014 akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Oktober ini.

"Jumlah ini adalah selaras dengan permintaan yang dikemukakan kerajaan negeri kepada kementerian saya baru-baru ini," katanya selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada 27 masjid di sini, hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan kajian yang dijalankan yang menunjukkan keadaan di sesetengah bahagian jalan itu telah menyumbang kepada berulangnya kemalangan.

"Kawasan yang berlakunya kemalangan lebih dari tiga kali di tempat yang sama dan keadaan jalannya dianggap sebagai kawasan hitam dan kita mahu mengatasi masalah ini bagi meningkat keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Fadillah berkata, penekanan itu dibuat selaras dengan rancangan untuk meningkat keseluruhan jalan Pan-Borneo menjadi lebuhraya menjelang 2018.

Dalam perjumpaan sebelum ini dengan pengamal media di negeri ini, beliau berkata, bahagian Sibu-Bintulu-Miri jalan itu akan dibangun setaraf lebuhraya dan dijangka siap menjelang 2015.
Jalan sepanjang lebih 1,000km itu merupakan penghubung darat antara Sarawak dengan Sabah, Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Usaha hapuskan kawasan hitam di jalan Pan Borneo: Fadillah

KUCHING: Usaha untuk menghapuskan kawasan hitam atau yang kerap berlaku kemalangan di jalan Pan Borneo di Sarawak akan diberi keutamaan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, sejumlah dana yang dicadang bagi tujuan ini yang termasuk dalam Belanjawan 2014 akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Oktober ini.

"Jumlah ini adalah selaras dengan permintaan yang dikemukakan kerajaan negeri kepada kementerian saya baru-baru ini," katanya selepas menyampaikan bantuan kewangan kepada 27 masjid di sini, hari ini.

Beliau berkata, cadangan itu dibuat berikutan kajian yang dijalankan yang menunjukkan keadaan di sesetengah bahagian jalan itu telah menyumbang kepada berulangnya kemalangan.

"Kawasan yang berlakunya kemalangan lebih dari tiga kali di tempat yang sama dan keadaan jalannya dianggap sebagai kawasan hitam dan kita mahu mengatasi masalah ini bagi meningkat keselamatan pengguna jalan raya," katanya.

Fadillah berkata, penekanan itu dibuat selaras dengan rancangan untuk meningkat keseluruhan jalan Pan-Borneo menjadi lebuhraya menjelang 2018.

Dalam perjumpaan sebelum ini dengan pengamal media di negeri ini, beliau berkata, bahagian Sibu-Bintulu-Miri jalan itu akan dibangun setaraf lebuhraya dan dijangka siap menjelang 2015.
Jalan sepanjang lebih 1,000km itu merupakan penghubung darat antara Sarawak dengan Sabah, Brunei dan wilayah Kalimantan, Indonesia. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan boleh bertindak jika ada bukti: Jamil Khir

YAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan boleh mengambil tindakan jika ada bukti empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Lembah Klang menjadi pusat penyebaran fahaman Syiah di kalangan pelajar negara ini.

Sambil mendesak pihak yang membuat dakwaan itu mendedahkan IPTA terbabit, beliau berkata: "Soal nak tuduh mesti ada bukti. Sebab itu laporan oleh beberapa akhbar tempatan hari ini mengenai perkara itu tidak mendedahkan nama keempat-empat IPTA berkenaan," katanya ketika diminta mengulas isu itu.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada lebih 500 golongan kurang bernasib baik peringkat Parlimen Jerai sempena Aidilfitri di Masjid Al-Hanan, Teroi di sini, hari ini.

Jamil Khir yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, walaupun tiada bukti dalam banyak kes pihak berkuasa masih perlu menyiasat laporan perkara-perkara yang didedahkan.

"Kita tahu ada pelajar asing dari Iran dan Iraq yang menganut fahaman Syiah mengamalkan ajaran Syiah tetapi mereka sama sekali tidak dibenarkan menyebarkan ajaran itu di kalangan pelajar tempatan.

"Mereka yang melanggarnya sama ada didokong oleh Iran atau Iraq pasti diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang untuk didakwa di Mahkamah Syariah atau Sivil. Kita telahpun melakukannya sebelum ini," kata Jamil Khir.

Katanya kerajaan berterusan menguatkuasakan undang-undang dan tidak bertolak ansur terhadap pengembang fahaman Syiah kepada umat Islam di negara ini berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sehubungan itu, katanya, tindakan bersepadu untuk menghadapi ancaman Syiah akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri kerana enakmen dan akta untuk membanteras fahaman itu terletak di bawah negeri, katanya.

Menjawab soalan wartawan, beliau berkata kerajaan tidak boleh menyekat amalan pelajar asing yang berfahaman Syiah kerana ia menyentuh soal kebebasan pendidikan cuma mereka tidak boleh menyebarkannya.

Mengulas sumbangan itu, Jamil Khir berharap ia dapat meringankan sedikit bebanan golongan kurang bernasib baik dan berkemampuan membuat persediaan menyambut Aidilfitri. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

MIC Kedah sambut baik Mukhriz Pengerusi UMNO negeri

Written By Unknown on Sabtu, 27 Juli 2013 | 15.09

ALOR SETAR: Pergerakan MIC Kedah mengalu-alukan pelantikan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah yang baru dan berharap kerjasama di antara parti komponen dapat dipertingkatkan.

Timbalan Pengerusi MIC Kedah, M L Maran, berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam adalah langkah tepat memandangkan Mukhriz kini, merupakan pemimpin tertinggi dalam pentadbiran negeri.

"MIC Kedah mengucapkan syabas kepada Datuk Mukhriz dan berharap kerjasama antara UMNO dan parti komponen lebih erat dan sepanjang beliau menjadi Menteri Besar, beliau sudah mentadbir negeri ini dengan baik," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Maran berkata, sebagai pemimpin parti kaum India, beliau turut berharap kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan khususnya berkaitan pembangunan pendidikan dan rumah ibadat masyarakat itu.

Semalam, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

Bagi Kedah, jawatan Timbalan Pengerusi dipegang Datuk Ahmad Bashah Hanipah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib tiba untuk lawatan ke Sabah

KOTA KINABALU: Datuk Seri Najib Razak tiba di Magellan Sutera Harbour, dekat sini, sebentar tadi untuk mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Selepas mempengerusikan mesyuarat itu, beliau akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO sebelum bersama-sama menunaikan solat Tarawih.
15.09 | 0 komentar | Read More

Sabah jangka jana 500MW tenaga dalam tempoh 10 tahun - Maximus

TAWAU: Sabah yakin dapat menjana kira-kira 500MW tenaga dalam tempoh 10 tahun akan datang berdasarkan perancangan jangka panjang keperluan dan keselamatan tenaga di negeri ini, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan kepada projek elektrik hidro di Ulu Padas dan projek penjanaan elektrik di Lahad Datu yang masing-masing berkapasiti 180MW dan 300MW.

"Kita perlu meletakkan asas keselamatan dan kemampanan keperluan tenaga untuk Sabah dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan menyiapkan beberapa perkara (projek) iaitu hidro di Ulu Padas berkapasiti 180MW.

"Sebagai permulaan, peruntukan berjumlah RM560 juta sudahpun diperoleh daripada kerajaan pusat (untuk projek elektrik hidro di Ulu Padas)," katanya kepada pemberita selepas melawat Stesen Janakuasa Kubota di sini hari ini.

Stesen janakuasa berkapasiti 64MW berkenaan sudah memulakan penjanaannya sejak tiga minggu lepas.

Maximus berkata projek janakuasa oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Tenaga Nasional Berhad dan Petronas di Lahad Datu pula akan dilaksanakan sebaik sahaja Perjanjian Pembelian Tenaga dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Beliau berkata keupayaan penjanaan tenaga itu belum termasuk cadangan penjanaan lain yang masih dalam peringkat perbincangan seperti daripada sumber tenaga boleh diperbaharui iaitu biomas, solar dan geotermal.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan akan menjalankan perancangan lebih rapi untuk memastikan kecukupan dan keselamatan tenaga di negeri ini.

Justeru, Maximus berkata, meletakkan asas perancangan jangka panjang keperluan tenaga di Sabah adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan persekutuan demi kesejahteraan penduduk Sabah.

Beliau berkata selain itu pihaknya sedang berusaha menurunkan kadar gangguan bekalan kepada 450 minit untuk satu pengguna setahun (SAIDI) tahun ini daripada 700 minit setahun yang direkodkan tiga tahun lepas.

Sementara itu, Maximus berkata perancangan keselamatan dan kecukupan tenaga di Sabah yang dibuat sejak empat hingga tahun lepas turut membuahkan hasil apabila Sabah dijangka mendapat sumbangan tenaga baharu berjumlah 400MW iaitu 300MW dari Kimanis Power dan 100MW lagi dari SPR Energy, kedua-duanya terletak di Kimanis, selewat-lewatnya September tahun depan.

Katanya sumber tenaga berkenaan akan memberi kecukupan tenaga kepada pengguna di Sabah sekurang-kurangnya bagi tempoh tiga tahun akan datang. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Idris tekad teruskan kecemerlangan, kegemilangan UMNO Melaka

MELAKA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang baru, Datuk Idris Haron bertekad meneruskan kecemerlangan serta kegemilangan UMNO negeri ini yang sebelum ini diterajui Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau berkata, segala amanah dan tanggungjawab akan dipikul dengan sebaik mungkin bersama timbalannya Datuk Ahmad Hamzah yang juga Ketua UMNO bahagian Jasin.

"Saya melihat cabaran yang paling dekat adalah untuk memberikan keyakinan kepada ahli-ahli UMNO bahawa dengan usaha, daya dan gerak kerja, kita boleh memberikan pulangan kejayaan kepada Barisan Nasional (BN) negeri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis khatam Al-Quran perdana pelajar sekolah rendah agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Katanya, beliau akan berusaha menggerakkan jentera di enam bahagian UMNO di negeri ini untuk menambah bilangan pengundi berkualiti yang akan memberikan sokongan penuh kepada BN pada Piliharaya Umum ke-14 (PRU14).

Idris berkata, pihaknya juga mensasarkan untuk menambah bilangan ahli UMNO serta mempertahankan negeri Melaka daripada pembangkang.

"Kita tidak boleh berlengah kerana sasaran ini telah pun diletakkan oleh Presiden parti dengan menyebut bahawa kita sudah tiada masa, gerak kerja PRU14 telah pun bermula," katanya.
Terdahulu, pada majlis itu, Idris menggesa umat Islam agar menerapkan amalan membaca Al-Quran sebagai budaya hidup untuk menjamin kehidupan yang sempurna dan baik.

Katanya, penglibatan ibu bapa dan guru penting untuk menimbulkan keinginan membaca Al-Quran di kalangan kanak-kanak sekaligus menjadikannya sebagai panduan hidup mereka.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mohamed Khaled azam kukuhkan UMNO supaya kekal relevan

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baru, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berazam untuk terus mengukuhkan UMNO supaya parti yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) itu kekal relevan sepanjang masa.

Mohamed Khalid yang juga Menteri Besar Johor berkata, beliau menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan memandangkan tanggungjawab itu merupakan amanah yang sangat berat dan mencabar.

"Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan parti, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO.

"Kita perlu mengutama dan mengukuhkan kedudukan UMNo sebagai teras kepada BN ketika ini, lebih-lebih lagi kita baru sahaja melalui Pilihan Raya Umum ke-13 lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis gotong-royong memasak bubur lambuk anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan dan program kepolisan masyarakat Taman Sierra Perdana, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, buat permulaan beliau akan mengemukakan pandangan bagi memperkukuhkan parti kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadiri majlis berbuka puasa UMNO Johor dan kerajaan negeri, minggu depan.
Selain berterima kasih kepada Datuk Abdul Ghani Othman atas jasa dan kejayaan menerajui UMNO Johor dengan baik, Mohamed Khalid turut meminta supaya semua pihak terutamanya akar umbi memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi dalam merealisasikan matlamat pengukuhan parti.

Semalam, Najib mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baharu bagi enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Johor.

Jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor kekal disandang Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pemandu teksi maut kereta dipandu rempuh lori di Chemor

Written By Unknown on Jumat, 26 Juli 2013 | 15.09

IPOH: Seorang pemandu teksi maut selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah lori membawa muatan sampah di laluan Chemor menghala ke Jelapang berhampiran Taman Hartawan, Chemor, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa A Santhanam,66, dikatakan memotong kenderaan dihadapan secara mengejut sebelum merempuh kuat lori pasir yang muncul dari arah bertentangan.

Menurut pemandu lori berkenaan, dia tidak sempat untuk mengelak teksi itu yang secara tiba-tiba muncul dihadapannya.

"Saya ketika itu sedang melalui jalan berkenaan secara tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan teksi itu dari arah hadapan," katanya.

Mangsa maut ditempat kejadian, manakala pemandu lori mengalami kecederaan ringan dibahagian kaki kanan.


15.09 | 0 komentar | Read More

Penutupan padang Dataran Merdeka ditangguh

KUALA LUMPUR: Penutupan padang di Dataran Merdeka, Jalan Raja yang dijadual dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Julai hingga April 2014 bagi kerja menaik taraf, akan ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr Ismail Stapa, berkata penanggguhan itu bagi membolehkan acara-acara yang dijadualkan di lokasi itu dapat diteruskan terutama sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014.

Katanya, tempahan bagi penggunaan Dataran Merdeka sehingga 31 Disember 2014 dibuka semula.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Peniaga gagal patuhi kawalan harga boleh dipenjara: Hasan Malek

KLANG: Peniaga dan pemborong yang masih berdegil untuk mematuhi peraturan pelaksanaan kawalan harga sempena musim perayaan ini akan dikenakan denda dan boleh dipenjara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek, berkata tindakan tegas terhadap peniaga dan pemborong itu adalah mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Kementerian tidak lagi akan berkompromi terhadap peniaga dan pemborong yang masih berdegil mematuhi peraturan.

"Kita tidak pilih bulu...peniaga dan pemborong yang ingkar dengan menjual barangan kawalan lebih tinggi daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan bakal dikenakan denda dan penjara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di Pasar Besar Jalan Meru, Klang, di sini, hari ini.

Hasan berkata, skim kawalan harga yang dikuatkuasa bermula hari ini sehingga 11 Ogos itu bertujuan mengekang berlaku penyelewengan harga sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

"Dalam skim ini, sebanyak 20 jenis barang telah dikategori sebagai barang kawalan termasuk ayam, daging lembu, ikan kembung, cili merah, bawang, kubis, telur, tomato, ubi kentang, kacang tanah dan kelapa.
"Barang-barang ini kita tidak letakkan harga siling mengikut suka-suka hati tetapi mengikut pada situasi semasa dan ia dilihat fleksibel...penetapan harga-harga (siling) ini juga masih memberi keuntungan kepada pembeli dan penjual," katanya.

Hasan berkata, pihak penguatkuasa kementerian akan menjalankan pemantauan lebih kerap di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai membeli-belah seperti pasar awam, pasar pagi dan pasar tani.

"Seramai 1,845 pegawai penguatkuasa dan 1,071 pegawai pemantau harga diarah untuk melakukan pemantuan harga di seluruh negara.

"Pengguna juga digalak untuk membuat aduan kepada kami sekiranya terdapat peniaga yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan kawalan terutama menjelang Hari Raya," katanya.

Hasan turut menasihatkan peniaga supaya mempamerkan tanda harga jelas untuk setiap barangan termasuk tanda harga khas berwarna merah jambu bagi barang kawalan untuk memudahkan pengguna membuat pilihan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kekurangan diesel cetuskan kebimbangan di Sabah: Rahim

KOTA KINABALU: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini meminta pihak berkuasa berkaitan melihat dengan serius masalah kekurangan diesel di negeri ini yang menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu dalam kalangan rakyat.

Bercakap sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Abdul Rahim Ismail, berkata beliau menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang mahu mengetahui punca sebenar kekurangan diesel.

"Saya menggesa pihak berkuasa berkaitan memberi penjelasan kepada pengguna tentang situasi sebenar, mengapa terdapat kekurangan diesel?," tanya Abdul Rahim, yang juga ADUN Pantai Manis kepada Bernama.

Abdul Rahim berkata, pengguna di negeri ini marah dengan kekurangan diesel di stesen minyak di beberapa daerah di negeri ini.

Terdapat beberapa stesen minyak yang meletakkan papan tanda "kuota habis" atau "pam sedang diperbaiki" di premis masing-masing.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kaunter khidmat pelanggan di 72 pasar besar

KUALA LUMPUR: Kaunter Khidmat Pelanggan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) disediakan di 72 pasar besar di seluruh negara, mulai hari ini hingga 11 Ogos.

Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata ia diwujudkan sempena pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri.

Semua kaunter itu diselia pegawai penguatkuasa KPDNKK bagi membolehkan pengguna membuat aduan selain menyemak timbangan barangan yang dibeli menggunakan penimbang yang disediakan.

Beliau berharap pengguna dapat memanfaatkan perkhidmatan itu demi kepuasan mereka dan meminta peniaga supaya berhati-hati dan tidak mengambil kesempatan terhadap pembeli.

Bercakap pada sidang media selepas meninjau harga barangan di Pasar Chow Kit di sini, hari ini, beliau berkata hasil tinjauan mendapati peniaga akur dan tidak mempunyai masalah untuk mematuhi skim itu.

"Ini kerana kementerian sudah mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk persatuan penternak, pengeluar, pemborong dan peniaga serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menyelaras harga maksimum demi kepentingan pengguna," katanya.

Bagaimanapun, Ahmad Bashah berkata peniaga dialu-alukan untuk menjual barangan lebih murah daripada harga ditetapkan bagi membantu pengguna membeli barang keperluan.
- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Murid Tahun Lima cedera terkena mercun buatan sendiri

Written By Unknown on Kamis, 25 Juli 2013 | 15.09

KOTA BHARU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Bunut Susu, Pasir Mas, di sini cedera di mata kanan dan melecur di sekitar mulutnya apabila bermain mercun buatan sendiri, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa, Muhammad Nur Hakim Mohd Nawi, 11, dari Kampung Padang Embun, Tendong, Pasir Mas, cuba membuat bunga api dengan menggunakan belerang daripada mercun jenis bola dan pasir yang dimasukkan ke botol air mineral.

Bapa mangsa, Mohd Nawi Wan Sulaiman, 57, berkata anak kesembilan daripada 12 beradik itu kemudian mencucuh mercun buatan sendiri itu dengan menggunakan kertas surat khabar.

"Saya difahamkan dia ingat mercun buatannya itu akan menjadi seperti suar tapi tak sangka ia meletup dan mencederakan dirinya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), tempat anaknya menerima rawatan di sini hari ini.

Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan, yang melawat kanak-kanak itu berkata kecederaan yang dialami mangsa telah dirawat namun pihaknya masih belum mengetahui sama ada mata mangsa dimasuki pasir atau tidak.

"Kita akan buat pemeriksaan lanjut. Dia kini berada dalam keadaan stabil," katanya sambil menambah kes itu yang kedua diterima hospital berkenaan bulan ini. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan belum bercadang selaras pencen bekas tentera lama, baru

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum bercadang untuk melaraskan pencen antara bekas tentera lama dengan yang baharu, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata pada masa ini, asas pemberian pencen kepada semua anggota perkhidmatan awam termasuk pesara tentera tertakluk kepada jumlah gaji akhir yang diterima seseorang pesara itu.

"Dalam hal ini, jurang perbezaan pencen wujud disebabkan penambahbaikan skim gaji perkhidmatan awam termasuk tentera yang dilakukan kerajaan dari semasa ke semasa.

"Justeru, sekiranya struktur pembayaran pencen diselaras, ia seharusnya melibatkan keseluruhan perkhidmatan awam dan ini merupakan satu exercise yang akan melibatkan suatu perbelanjaan yang sangat besar," katanya menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Abdul Rahim bagaimanapun berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib golongan pesara termasuk bekas tentera dan kerajaan telah melaksanakan pelarasan pencen setiap kali pelarasan gaji kakitangan awam dan tentera dilaksanakan.

Abdul Rahim berkata kerajaan telah melaraskan pencen pesara awam termasuk bekas tentera yang menyaksikan mereka menerima kenaikan tujuh peratus hingga 13 peratus mengikut pangkat dan kelayakan dengan pencen minimum RM820 tahun lepas.

"Kerajaan juga amat prihatin dengan kos sara hidup semasa yang ditanggung pesara kerajaan khususnya pesara tentera.
"Justeru, bagi meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung, mulai 1 Januari kerajaan telah melaksanakan kenaikan pencen dua peratus setiap tahun tanpa menunggu sebarang pelarasan gaji atau secara automatik bagi kakitangan awam dan tentera yang sedang berkhidmat seperti mana yang diamalkan sebelum ini," katanya.

Menjawab soalan Senator Syed Husin Ali supaya pesara tentera diberi kemudahan memiliki tanah untuk dibuat rumah atau diusahakan selepas bersara, Abdul Rahim berkata, ia tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri.

"Ini adalah keputusan kerajaan negeri untuk memberi tanah kepada mereka dan sehingga kini memang ada kerajaan negeri yang sudah memberi respon untuk berbuat demikian," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib gesa pedoman al-Quran diterjemah dalam program transformasi

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengajak umatIslam berusaha sebaik mungkin menterjemahkan pedoman al-Quran kepada program transformasi untuk melonjakkan martabat ummah di persada dunia.

Perdana Menteri berkata dengan berpandukan petunjuk wahyu itu, kerajaan sentiasa memastikan segala pelaksanaan dalam pentadbiran negara menjunjung Maqasid Syariah yang memandu manusia untuk menuju kejayaan, kemakmuran dan kemajuan.

"Kemajuan yang didorong oleh kitab suci itu ialah kemajuan yang berimbang, holistik dan adil kepada semua tanpa mengira kaum, bahasa dan agama," kata Najib dalam perutusan sempena Nuzul Al-Quran 1434H di laman blog beliau hari ini.

Beliau menarik perhatian bahawa antara keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan ialah peristiwa agung itu yang menjadi rahmat abadi yang dikurniakan buat umat ini.

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Ramadan.

"Saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan yang agung ini, Allah sentiasa menyatukan hati kita semua, menyuntik semangat motivasi untuk menjaga agama dan negara," kata Najib.

Perdana Menteri berkata al-Quran adalah pedoman yang tidak bertepi, cahaya yang tidak akan padam, pembimbing yang tidak pernah jemu bagi membawa umat manusia menuju kehidupan yang mulia di dunia mahupun akhirat.
"Marilah kita semua berusaha mendekatkan diri kita dengan pedoman qurani ini.

"Hayatilah keindahan setiap lafaz kalimahnya, setiap pengertian dan maknanya. Sesungguhnya, al-Quran ini adalah pedoman tertinggi dalam kita menata diri, keluarga, masyarakat mahupun negara," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Angka korban nahas kereta api di Sepanyol meningkat 77

SANTIAGO DE COMPOSTELA: Angka korban nahas kereta api yang tergelincir di barat daya Sepanyol hari ini meningkat kepada 77 penumpang dengan lebih 140 lagi cedera.

Laporan media mengaitkan tragedi itu dipercayai berpunca daripada kelajuan yang tinggi.

Empat gerabak tergelincir sebelum melanggar tembok lalu terbakar dengan mayat bergelimpangan dengan dibalut selimut di sepanjang landasan.

Gerabak dikatakan berlanggar antara satu sama lain dan ada yang terjungkit ke atas.

Beberapa saksi berkata, mereka mendengar letupan yang kuat.

"Saya di rumah ketika ini apabila mendengar seperti bunyi petir. Ia amat kuat dan asap berkepul-kepul," kata Maria Teresa Ramos, 62, yang tinggal beberapa meter dari tempat nahas.
"Ia satu bencana, penumpang dibawa keluar dan tiada siapa yang pernah menyaksikannya sebelum ini," katanya.

Nahas berlaku jam 8.42 malam waktu tempatan apabila kereta api berkenaan membawa 218 penumpang dan empat kakitangan ketika tiba di stesen Santiago de Compostela di Wilayah Galicia. - AFP


15.09 | 0 komentar | Read More

Jumlah kematian akibat penyakit kencing tikus menurun sejak 2010 - Hilmi

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,262 kes penyakit kencing tikus dengan 22 kematian dilaporkan di negara ini dalam tempoh Januari hingga 6 Julai lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata jumlah kes kematian akibat penyakit kencing tikus atau letospirosis itu menunjukkan penurunan berbanding 69 kematian tahun lepas, 55 kematian pada 2011 dan 48 kematian pada 2010.

Bagaimanapun jumlah kes penyakit itu semakin meningkat berbanding 1,976 kespada 2010, 2,268 kes pada 2011 dan 3,665 kes tahun lepas, katanya menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Hilmi berkata bagi mencegah jangkitan penyakit itu, orang ramai dinasihat supaya kerap membasuh tangan, menjaga persekitaran rumah dan mengelakkan diri daripada berada di tempat rekreasi atau riadah yang kotor, tidak berenang di tempat air bertakung dan tidak minum air sungai atau air yang tidak dimasak.

"Mereka yang berasa tidak sihat dalam tempoh dua minggu selepas mengunjungi lokasi-lokasi riadah tertentu seperti air terjun, sungai, tasik dan kolam dinasihat segera mendapatkan rawatan," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mahkamah tolak petisyen batalkan kemenangan BN dan PAS

Written By Unknown on Selasa, 23 Juli 2013 | 15.09

KOTA BHARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dan DUN Kok Lanas selepas menolak petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

Hakim Datuk John Louis O'Hara turut menolak petisyen yang difailkan BN bagi DUN Mengkebang dan DUN Manek Urai yang kedua-dua kerusi itu dimenangi PAS.

O'Hara menolak kesemua lima petisyen itu atas alasan kesemua pempetisyen gagal mematuhi beberapa peraturan mengikut Kaedah 9 Kaedah-kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau menolak kesemua petisyen itu dengan kos.

Bagi Parlimen Ketereh, O'Hara mengarahkan pempetisyen yang difailkan Ab Aziz Ab Kadir membayar kos sebanyak RM40,000 kepada responden pertama iaitu Ahli Parlimennya, Tan Sri Annuar Musa manakala masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Responden kedua adalah Pegawai Pengurus Pilihan Raya manakala responden ketiga adalah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Bagi DUN Air Lanas, pempetisyen yang dinamakan Mustapha Deris diarahkan membayar kos RM30,000 kepada anggota DUN Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Bagi DUN Kok Lanas, pempetisyen Shaberi Mohd Zain diarah membayar RM30,000 kepada anggota DUN itu, Datuk Md Alwi Che Ahmad dan masing-masing RM25,000 kepada responden kedua dan ketiga.

Sementara itu bagi DUN Mengkebang pula, pempetisyen iaitu Azizzuddin Hussein perlu membayar RM30,000 kepada anggota DUN itu daripada PAS, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Bagi DUN Manek Urai, pihak pempetisyen yang difailkan Che Jalal Che Muda juga dikehendaki membayar kos sebanyak RM30,000 kepada anggota DUN daripada PAS, Mohd Fauzi Abdullah.

Pada pilihan raya umum lepas, Annuar menewaskan calon PKR, Ab Aziz Ab Kadir dengan manjoriti 974 undi bagi Parlimen Ketereh.

Bagi DUN Air Lanas, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengalahkan calon PAS, Abdullah Ya'kub dengan majoriti 47 undi manakala Md Alwi menewaskan calon PAS Nik Mahadi Nik Mahmood dengan majoriti 169 undi bagi DUN Kok Lanas.

Abdul Latiff, calon PAS bagi DUN Mengkebang, menewaskan calon BN, Azizzuddin Hussein dengan majoriti 1,072 undi manakala DUN Manek Urai dimenangi Mohd Fauzi yang mewakili PAS dengan majoriti 1,633 undi mengalahkan calon BN Che Jalal Che Muda.

BN pada petisyen itu diketuai peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Mohd Illias Mohd Noor manakala PAS dan PKR oleh Hisham Fauzi.

Responden kedua dan ketiga pula diketuai peguam Azizan Md Arshad. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

MBAS kompaun peniaga jual makanan awal sempena Ramadan

ALOR SETAR: Walaupun pernah dikompaun sebanyak empat kali, seorang peniaga kedai makan di Simpang Empat dekat sini tetap berdegil menjual makanan sebelum pukul tiga petang pada bulan puasa.

Ketua Bahagian Penguatkuasa dan Keselamatan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Saifullizam Othman berkata peniaga yang menjual nasi berlauk itu telah dikompaun empat kali tahun lalu dan satu lagi dikeluarkan hari ini.

"Kesemua makanan dan peralatan memasak seperti tong gas yang ada di kedai berkenaan telah disita oleh pihak MBAS," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, operasi membanteras penjualan makanan sebelum pukul tiga petang itu bermula semalam melibatkan dua operasi di enam lokasi di sekitar Simpang Kuala, Alor Mengkudu, Kuala Kedah dan Simpang Empat.

"Sehingga hari ini, kita mengeluarkan kompaun kepada enam peniaga dan berjaya merampas lebih 60 jenis juadah makanan di enam lokasi yang menjual makanan sebelum jam tiga petang.

"Makanan dan barang-barang yang dirampas akan disimpan di MBAS dan sekiranya peniaga ingin mengambil semula, mereka perlu membayar kompaun mengikut kos rampasan yang telah ditetapkan oleh pihak MBAS," kata Shaifullizam.

Shaifullizam berkata, larangan penjualan makanan awal adalah arahan kerajaan negeri dan termaktub dalam syarat Undang-undang Kecil Penjaja 2010 MBAS.
"Sekiranya larangan ini tidak diendahkan oleh peniaga, mereka boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300 dan jika sabit kesalahan peniaga boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM2,000 dan penjara tidak kurang enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan yang melibatkan pembeli tetapi pihak MBAS akan bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk membuat tangkapan.

"Saya ingin mengingatkan semua peniaga dan penjaja di daerah Alor Setar dan seluruh Kedah supaya tidak menjalankan perniagaan sebelum pukul tiga petang bagi mengelakkan dikenakan tindakan oleh pihak penguat kuasa," katanya.

Sementara itu, Saifullizam berkata, dalam operasi berlainan melibatkan bazar Ramadan dan penjualan pakaian, sebanyak 231 kompaun telah dikeluarkan kepada 231 premis peniaga sepanjang Ramadan ini.

"Kompaun yang kita keluarkan ini membabitkan pelbagai jenis kesalahan termasuk menjalankan aktiviti perniagaan di luar kawasan premis perniagaan," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Status kualiti udara hari ini

PUTRAJAYA: Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 11 pagi, 23 Julai 2013 mencatatkan 6 stesen berada pada tahap baik, 42 stesen berada pada tahap sederhana dan 3 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 103), Bukit Rambai, Melaka (IPU 104) dan Muar, Johor (IPU 111). Maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti di LAMPIRAN 1.

Peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di beberapa kawasan di tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung sehingga jam 11 pagi ini adalah dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan.

Laporan yang dikeluarkan oleh "ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC)" berdasarkan maklumat satelit NOAA-18 pada 22 Julai 2013 menunjukkan bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera, Indonesia adalah sebanyak 252 titik panas (hotspot) berbanding sebanyak 261 titik panas (hotspot) pada 21 Julai 2013.

Di Malaysia, sebanyak 26 titik panas (hotspot) dikesan melalui satelit NOAA-18 pada 22 Julai 2013 iaitu di Negeri Johor(6), Kelantan(5), Pahang(7), Perak(4), Negeri Sembilan(2), Selangor(1) dan Sarawak(1). Penyiasatan di lapangan dan tindakan penguatkuasaan akan diambil bagi setiap titik panas (hotspot) yang dikesan.

Negara kini sedang mengalami musim Monsun Barat Daya dengan cuaca panas dan kering bermula pada bulan Jun 2013 dan dijangka berterusan sehingga awal bulan Oktober 2013.

Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dari kawasan titik panas (hotspot) di Sumatera Tengah, Indonesia telah membawa lingkaran jerebu sederhana ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Peta Jerebu Serantau dan imej satelit NOAA-18 yang dikeluarkan oleh "ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC)" ditunjukkan masing-masingnya seperti di Rajah 1 dan Rajah 2.
JAS sentiasa mengambil langkah-langkah bagi mencegah dari berlakunya pembakaran terbuka di seluruh negara yang boleh menyebabkan kemorosotan kualiti udara dengan melaksanakan tindakan berikut:

i) Mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua peringkat negeri di mana rondaan melalui udara dan rondaan darat setiap hari dilaksanakan; ii) Melaksanakan Prosedur Tetap Operasi bagi Program Mencegah Kebakaran di Tanah Gambut; dan iii) Bilik Operasi JAS di buka 24 jam setiap hari untuk menerima sebarang kes aduan pembakaran terbuka.

Di peringkat serantau, Ketua Pengarah JAS pada 22 Julai 2013 telah menulis surat kepada rakan sejawatannya di Kementerian Alam Sekitar Indonesia bagi menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera Tengah, Indonesia yang telah menyebabkan jerebu berulang di Semenanjung Malaysia semenjak 21 Julai 2013.

Dalam hal ini, Malaysia turut menggesa pihak Indonesia melaksanakan segera tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran.

NASIHAT JAS telah mengeluarkan Perintah Larangan Pembakaran Terbuka di bawah Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 KECUALI bagi beberapa aktiviti iaitu pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan gril/barbeku yang tidak dilakukan di kawasan tanah gambut:

(i) Pada 25 Jun 2013 meliputi seluruh negeri Perak dan Pulau Pinang; (ii) Pada 24 Jun 2013 meliputi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu; dan (iii) Pada 19 Jun 2013 meliputi seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor.

Semua Perintah Larangan adalah masih berkuatkuasa sehingga masa kini.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan terus mengawasi dengan rapi status kualiti udara di seluruh Negara mengikut tindakan yang digariskan dalam Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri. JAS juga mempertingkatkan penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri.

SUMBER : Jabatan Alam Sekitar / Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: NAMA :Mohd Haizul bin Hod TEL : 03-8886 1585 (DL) FAKS : 03-8889 4763 EMEL : haizul@nre.gov.my. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

4 kawasan rekod kualiti udara tidak sihat

Cetak Emel Kawan
KUALA LUMPUR: Empat kawasan mencatatkan Indek Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat pada bacaan 2 petang ini.

Kawasan terbabit ialah Muar (104), Bukit Rambai (103), Tanjung Malim (110) dan Pelabuhan Klang (104), demikian menurut laman web IPU Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Artikel Berkenaan

PUTRAJAYA: Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dari 52 buah stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang direkodkan pada jam 11 pagi, 23 Julai 2013 mencatatkan 6 stesen berada pada tahap baik, 42 stesen berada pada tahap sederhana dan 3 stesen berada pada tahap tidak sihat iaitu di Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 103), Bukit Rambai, Melaka (IPU 104) dan Muar, Johor (IPU 111). Maklumat terperinci bacaan IPU mengikut lokasi-lokasi stesen pengawasan adalah seperti di LAMPIRAN 1.

ALOR SETAR: Walaupun pernah dikompaun sebanyak empat kali, seorang peniaga kedai makan di Simpang Empat dekat sini tetap berdegil menjual makanan sebelum pukul tiga petang pada bulan puasa.

KOTA BHARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh, Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Lanas dan DUN Kok Lanas selepas menolak petisyen yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini membenarkan permohonan PAS untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berhubung saman fitnah membabitkan isu Zoo Bukit Takal, Terengganu.

ALOR SETAR: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Kedah rampas dadah jenis syabu bernilai lebih RM1.8 juta dalam dua kes berasingan di sekitar Langkawi, masing-masing pada 20 dan 21 Julai lalu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan perbicaraan kes culik kanak-kanak lelaki Belanda, Nayati Shamelin Moodliar sehingga 21 Oktober ini bagi membolehkan kanak-kanak itu memberi keterangannya.

JERTIH: Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapha menasihatkan penyokong kedua-dua parti supaya tidak menimbulkan sebarang prvokasi ke atas mana-mana pihak bagi menghormati proses pembuangan undi esok.

JERTIH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan simbah cat ke atas kain rentang yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di depan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

JERTIH: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal menegur pembangkang kerana memperalatkan kesucian agama Islam pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang memasuki hari terakhir pada jam 11.59 malam ini.

KUALA LUMPUR: Pengusaha bas ekspres diharap dapat menyediakan perkhidmatan bas yang mencukupi, selamat dan selesa ketika perayaan Aidil Fitri ini selaras dengan surcaj 10 peratus yang dikenakan untuk tambang.

MAKKAH: Projek menaik taraf besar-besaran yang dilaksana di kota Makkah oleh kerajaan Arab Saudi sejak akhir musim haji lalu akan menjadikan tanah suci umat Islam itu sebuah bandar raya pintar.

KUALA LUMPUR: Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk tahun ini kekal antara 5-6 peratus, dirangsang oleh aliran masuk modal jangka panjang yang kukuh dalam bentuk pelaburan persendirian bagi menyokong peluasan berterusannya.

KUALA BESUT: Cuaca di kawasan Kuala Besut pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut esok keseluruhannya diramalkan baik.

KUALA LUMPUR: Jaguh acara terjun Malaysia, Pandelela Rinong Pamg dan Leong Mun Yee meraih pingat gangsa dalam acara platform 10m segerak wanita di Kejohanan Dunia FINA ke-15 di Barcelona, Sepanyol, semalam.

KULIM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim sedang mengesan ibu kandung bayi perempuan yang ditinggalkan kepada seorang penjual kuih di Taman Mahsuri, Padang Serai dekat sini, sejak 24 Jun lalu.

KOTA KINABALU: Laporan kajian mengenai ketidakstabilan cerun dan struktur geologi di kawasan Kundasang yang disediakan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet negeri Sabah Rabu ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku berhampiran Kudat, bahagian pantai utara Sabah pada kira-kira jam 9.14 pagi hari ini.

GEORGETOWN: Dua lelaki ditangkap selepas mereka menyamar sebagai anggota polis sebelum menyamun seorang warga asing di Lorong Kulit di sini, malam tadi.

KUALA LUMPUR: Satu peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia menghadapi penyakit mental manakala 20 peratus lagi menghadapi masalah kesihatan mental seperti murung, tekanan dan keresahan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluaskan kemudahan sukan kepada wanita khususnya yang bertudung untuk menceburi sukan tertentu seperti renang.

KUALA BESUT: Wanita UMNO yakin pengundi wanita akan memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut esok kerana sedar kesinambungan pembangunan dan kemajuan taraf hidup mereka terletak pada BN.

KUALA LUMPUR: Hanya tiga kawasan iaitu Muar, Bukit Rambai dan Pelabuhan Klang mencatatkan kualiti udara tidak sihat pagi ini berbanding lima semalam.

KUALA BESUT: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meminta penyedia perkhidmatan komunikasi memantau dan meningkatkan kualiti perkhidmatan terutama kemudahan internet di Besut.

GEORGETOWN: Polis sedang mencari seorang lelaki yang dikenali sebagai Goh In Gin, suami wanita China yang ditemui mati dibunuh dan mayatnya dibuang di Bukit Genting di Balik Pulau dekat sini, dua minggu lalu.

TOKYO: Pekerja di loji nuklear Fukushima melaporkan mengesan kehadiran wap di dalam bangunan reaktor untuk kali kedua dalam tempoh kurang seminggu, kata pengendali loji hari ini.

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor tidak berhasrat untuk menyambung tempoh pajakan tanah kepada pihak industri di Kawasan Perindustrian Larkin yang dijadual tamat dalam tempoh 15 tahun lagi.

BEIJING: Angka korban susulan gempa bumi kuat di kawasan pertanian di barat laut China semalam, meningkat kepada 89 apabila anggota penyelamat meneruskan misi mencari mangsa hari ini.

MORELIA (Mexico): Pihak berkuasa Mexico mengesahkan sekurang-kurangnya lima orang terbunuh selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan lelaki yang berkumpul di sebuah plaza di negeri Michoacan, hari ini.

WASHINGTON: Saluran berita Al-Jazeera di Amerika Syarikat (AS) akan dilancarkan pada 20 Ogos ini, demikian diumumkan stesen televisyen yang berpangkalan di Qatar itu, hari ini.


15.09 | 0 komentar | Read More

Pulau Pinang sudah lama haramkan Syiah - YDP MAINPP

BUTTERWORTH: Pulau Pinang telahpun mewartakan fatwa mengharamkan fahaman Syiah di negeri ini sejak beberapa tahun lepas lagi, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man.

Beliau berkata, bagaimanapun penguatkuasaan dan pelaksanaan fatwa itu diserahkan kepada Jabatan Mufti Negeri untuk mengambil tindakan susulan.

"Saya dimaklumkan oleh Jabatan Mufti Pulau Pinang bahawa kita dah gazetkan fatwa anti Syiah ini, cuma tindakan tu belum. Kalau diselaraskan di seluruh negara tak tahulah macam mana...bergantung kepada Jabatan Mufti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Permulaan ke Institusi Pengajian Tinggi dan Pembayaran Zakat Korporat di sini hari ini.

Salleh berkata setakat ini, MAINPP tidak menerima sebarang laporan mengenai penularan fahaman Syiah di negeri ini dan pemantauan terhadapnya adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Mufti.

Beliau mengulas keputusan kerajaan negeri Kedah yang bakal mewartakan fatwa anti Syiah seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada Khamis lepas.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata setiap kerajaan negeri patut mengkaji serta mempertimbang perkara itu dan mencontohi Kedah. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan buka semula tender projek Lebuh Raya Pantai Timur 2

Written By Unknown on Senin, 22 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Kerajaan terpaksa membuka semula tender kepada kontraktor baharu bagi meneruskan pakej terbengkalai projek Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berikutan kontraktor asal projek itu menarik diri disebabkan kenaikan harga bahan binaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, berkata ia bagi memastikan projek LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dapat disiapkan mengikut jangka masa yang disasarkan iaitu pada Ogos 2014.

"Berdasarkan tempoh kontrak semasa pakej terakhir LPT2 yang akan disiapkan ialah Pakej 7, iaitu melibatkan laluan dari Bukit Mempusi ke Felda Kerteh 6 Kemaman sepanjang 13.5 kilometer," katanya.

Fadillah diminta menjawab isu kelewatan dan status kemajuan projek LPT2 serta tempoh masa ia dapat dibuka kepada orang ramai yang diaju oleh Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin pada sesi soal jawab Dewan Negara hari ini.

Katanya, pembinaan pakej itu kini mencapai 50 peratus kemajuan dan sehingga 30 Jun tahun ini, keseluruhan projek LPT2 sudah disiapkan melebihi 88.5 peratus.

Mulai 2011, Fadillah berkata kerajaan telah melaksanakan pembukaan LPT2 secara berperingkat kepada lalu lintas melibatkan jajaran utara dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 72 kilometer.

Beliau turut menjangkakan keseluruhan projek itu dibuka kepada lalu lintas pada September 2014. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Bandaraya Melaka, Bukit Rambai, Banting catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Setakat jam 1 tengah hari, tiga tempat merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu Bandaraya Melaka, Bukit Rambai dan Banting.

IPU di Bandaraya Melaka menurun sedikit daripada 115 pada bacaan 12 tengah hari kepada 113 jam 1 tengah hari.

Bacaan IPU di Bukit Rampai, juga di Melaka pula meningkat daripada 126 pada 12 tengah hari kepada 135 sejam kemudian, manakala di Banting IPU pada 12 tengah hari 107 kepada 108 pada 1 tengah hari.

IPU tidak sihat adalah pada bacaan 100 hingga 200, manakala sangat tidak sihat (200-300).


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis Indonesia tembak mati dua suspek pengganas

SURABAYA: Polis menembak mati dua suspek pengganas yang bersenjata bom buatan sendiri hari ini dan menangkap dua lagi ketika Indonesia terus melancarkan perang menghapuskan pengganas.

Ketua Polis Membanteras Pengganas, Ansyaad Mbai, berkata mereka adalah sebahagian daripada kumpulan pengganas Islam yang ditembak mati oleh unit polis antipengganas Detachment 88 yang melancarkan serbuan di sebuah pekan di Jawa Timur.

"Detachment 88 mengekori mereka sejak percubaan satu serangan bom berani mati dan menggodam untuk memperoleh dana pergerakan militan berkenaan," katanya.

Skuad khas itu menyerang hendap suspek terbabit yang ketika itu sedang menunggu pengangkutan awam di Daerah Tulungagung, kata jurucakap polis pusat, Boy Rafli Amar.

Salah seorang yang terbunuh dikenali sebagai 'Dayah' yang dikatakan membawa keluar senjatanya dan terus menembak ke arah anggota polis.

Seorang lagi suspek yang maut dikenali sebagai "Rijal".

Polis turut merampas selaras revolver dan sebuah beng mengandungi bom buatan sendiri. - AFP


15.09 | 0 komentar | Read More

Kate Middleton masuki hospital bersalin

LONDON: Kate Middleton, yang kini sedang mengandung anak sulungnya yang bakal menjadi pewaris ketiga takhta diraja Britain, dilaporkan memasuki hospital bersalin hari ini, demikian menurut Istana Kensington.

Duchess of Cambridge itu tiba dengan kereta dari Istana Kensington ke bangunan Sayap Lindo di St Mary Hospital di London dengan ditemani suaminya, Putera William, kata jurucakap Clarence House dalam Twitternya.

"Dia (Kate) kini di peringkat awal untuk bersalah selepas dimasukkan ke Sayap Lindo ja m6 pagi (waktu tempatan)," katanya.

Menurut istan berkenaan, kenyataan seterusnya akan dikeluarkan apabila bayi selemat dilahirkan.

Media dari seluruh dunia sudah berkhemah di luar pekarangan hospital itu sejak tiga minggu lalu. - AFP


15.09 | 0 komentar | Read More

Negeri lain patut contohi Kedah warta fatwa antiSyiah - Tun M

ALOR SETAR: Negeri yang masih belum mewartakan fatwa antiSyiah, patut berbuat demikian dengan mengambil kira bahawa fahaman itu hanya akan membawa kesan negatif dan memecah belahkan ummah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata setiap kerajaan negeri patut mengkaji serta mempertimbangkan perkara itu dan mencontohi Kedah yang telah mengumumkan akan mewartakan fatwa antiSyiah baru-baru ini.

"Apa yang kita tahu, ada Syiah berlaku permusuhan, peperangan dan pembunuhan. Kita bernasib baik sebab di negara kita ini Ahli Sunnah Wal Jamaah, pengikut Imam Shafie," katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Pekan Rabu di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata ajaran Syiah tidak elok dibawa ke negara ini kerana ia merupakan fahaman yang memecah belahkan Islam.

Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang akan mewartakan fatwa antiSyiah di Kedah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat.

Fatwa itu telah pun diwarta di peringkat kebangsaan.

Mukhriz dilaporkan berkata walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti negeri ini bebas daripada fahaman itu.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata cadangan menggabungkan parti yang didominasi kaum Cina iaitu MCA, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menguntungkan sekiranya mereka terus menyokong Barisan Nasional (BN).

"Kalau boleh bersatu baguslah sikit, kalau sokong BN untunglah... nak kata Cina tak boleh sokong Melayu, tidaklah. Kalau Cina dan Melayu tak boleh bersatu, rosaklah negara," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

5 maut kenderaan dinaiki rempuh tiang jejambat di Nusajaya

Written By Unknown on Minggu, 21 Juli 2013 | 15.09

NUSAJAYA: Lima individu maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Lebuh Raya Pesisir Pantai Johor Bahru-Nusajaya, kira-kira 1 tengahari tadi.

Difahamkan, kenderaan pacuan empat roda yang dipandu laju itu hilang kawalan, terbabas ke bahu jalan sebelum merempuh tiang jejambat bulatan Kota Iskandar.


15.09 | 0 komentar | Read More

Cadangan tanding jawatan Ketua Pemuda transformasi bernas

KUALA LUMPUR: Cadangan supaya jawatan Ketua Pemuda UMNO dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang yang disokong ketuanya, Khairy Jamaluddin, turut mendapat sokongan dan ucapan syabas daripada Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, perkara itu adalah satu transformasi politik yang positif khususnya UMNO demi meraih keyakinan ahli UMNO dari peringkat akar umbi.

"Ini sesuatu yang sihat dan bernas kerana sikap keterbukaan kepada ahli-ahli yang lain perlu diadakan demi mencari pemimpin yang dirasakan layak dan ini termasuklah juga terhadap pemilihan Pergerakan Wanita UMNO yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ihya Ramadan kepada penerima bantuan di Kampung Cheras Baru di sini.

Katanya, pemimpin sedia ada harus membuat keputusan sekarang sama ada mahu bertanding atau menarik diri demi menjaga kepentingan dan mengukuhkan kedudukan parti.

"Pemimpin jangan pentingkan diri, kerana kita perlukan Wanita yang berketrampilan dan saya harap jangan sekat mana-mana wanita yang mahu menawarkan diri jika mereka merasakan mampu membantu kepimpinan parti dan negara," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Khairy semalam bahawa jawatan Ketua Pemuda UMNO wajar dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang, jika hasrat itu adalah dari majoriti anggota parti peringkat akar umbi, bagi menghormati suara dan kehendak mereka.

Pergerakan Pemuda UMNO Johor dalam mesyuarat khasnya Jumaat lalu mahu pemilihan Pemuda UMNO Pusat pada perhimpunan agung parti akan datang, dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.
- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

BN tumpu bawa pengundi luar kawasan pulang mengundi: Idris Jusoh

KUALA BESUT: Barisan Nasional (BN) kini memasuki pusingan akhir kempen dengan tumpuan diberikan kepada persiapan bagi membawa pengundi dari luar kawasan balik mengundi, kata Timbalan Pengarah pilihan raya kecil BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, BN juga sedang mempersiapkan jentera untuk menyediakan kenderaan khusus bagi digunakan untuk mengangkut pengundi keluar mengundi pada 24 Julai nanti.

"Kempen kita sudah berjalan dengan baik dan tidak banyak usaha tambahan perlu dilakukan kecuali persiapan membawa pengundi luar balik mengundi Rabu ini," katanya ketika ditanya tentang 'usaha tambahan' dilakukan BN sebelum tempoh kempen berakhir empat hari lagi, di sini, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Besut itu berkata, jentera kempen bergerak dengan cukup tersusun, malah calon juga sudah memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi dalam kawasan itu.

DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi iaitu sebanyak 93.33 peratus adalah pengundi biasa, 6.67 peratus membabitkan pengundi tentera, polis dan pasangan masing-masing dan seorang pengundi luar negara.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Kedua, berkata pemerhatian terhadap penerimaan masyarakat terhadap calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman atau lebih mesra dengan panggilan 'Abe Ku' juga semakin baik.

"Dulu ada tuduhan mengatakan beliau orang luar tetapi selepas terbukti Abe Ku adalah anak tempatan dan anak seorang ustaz, tahap penerimaan masyarakat terhadap beliau terus memuncak, malah ramai yang mula bersalam dan mengerumuninya, sekali gus menyerlahkan auranya sebagai seorang calon," katanya.
Idris juga menzahirkan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang bekerja keras di Kuala Besut bagi mengekalkan kemenangan BN dengan memastikan semua wakil rakyat terlibat dalam kempen yang sedang berlangsung.

Pilihan kecil raya itu menyaksikan Tengku Zaihan ditentang calon PAS Endot@Azlan Yusof diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dari BN pada 26 Jun lalu.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Sekatan jalan, pemerhatian udara tiada kaitan dengan khabar angin

KUCHING: Pemerhatian udara dan sekatan jalan raya yang dijalankan di bandaraya Kuching semalam adalah sebahagian daripada program pencegahah jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata ia juga tidak ada kaitan dengan mana-mana banduan yang melepaskan diri dari Indonesia.

Beliau berkata, terdapat khabar angin mengatakan banduan daripada Indonesia melarikan diri ke Kuching berdasarkan beberapa sekatan jalan raya dan tinjauan udara oleh helikopter pasukan gerakan udara (PGU).

"Untuk makluman, gerakan berkenaan adalah sebahagian daripada program pencegahan jenayah oleh ibu pejabat polis daerah Kuching bersama jabatan siasatan jenayah ibu pejabat polis Sarawak," katanya kepada Bernama di sini, malam tadi.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mayat remaja ditemui di kawasan belukar

TAIPING: Mayat seorang remaja berusia 14 tahun ditemui dengan kesan luka di badan di kawasan belukar dekat Taman Mewah, Kamunting, pagi ini.

Mangsa yang dikenali M Nathaniel dari Taman Palma 2B, Kamunting ditemui orang awam pada jam 7.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah yang mengesahkan kejadian itu berkata kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan.
15.09 | 0 komentar | Read More

Remaja langgar pegawai polis trafik di Kuala Besut akan didakwa

Written By Unknown on Sabtu, 20 Juli 2013 | 15.09

KUALA BESUT: Remaja berusia 19 tahun yang dikatakan merempuh seorang pegawai polis trafik sehingga kehilangan kaki kanannya Rabu lalu akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan akan merujuknya kepada Timbalan Pendawaraya secepat mungkin.

"Kita telah menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden itu dan hanya menunggu arahan untuk pendakwaan, sebaik menerima arahan daripada Timbalan Pendakwaraya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Remaja itu diikat jamin sebanyak RM2,000 Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang dipinjam dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka untuk bertugas sempena pilihan raya kecil Kuala Besut, parah setelah motosikal berkuasa tinggi polis yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta yang dipandu remaja berkenaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Alor Peroi.

Ekoran itu kaki kanan beliau terputus dari paras bawah lutut.

Beliau kini dilapor stabil dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di Kota Bharu, Kelantan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

29 kampung dimajukan babit satu juta belia menganggur - Shafie Apdal

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengenal pasti 29 kampung untuk dimajukan menerusi beberapa program, membabitkan kira-kira sejuta belia menganggur di kawasan terbabit.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan memperuntukkan RM137 juta bagi menjayakan tiga program kemajuan luar bandar di seluruh negara iaitu Program Desa Abad ke-21, Desa Lestari dan Pertanian Moden Berskala Besar.

"Antara kampung yang kita kenal pasti ialah di Kinabatangan, Sabah yang kita nampak berpotensi untuk dibangunkan produk inap desa kerana kawasan itu kaya dengan khazanah hutan.

"Tidak semua pelancong asing akan tinggal di hotel mewah, mereka ini lebih suka kepada alam sekitar. Mereka suka tinggal di inap desa yang unik binaannya daripada kayu, rotan, buluh dan beratap rumbia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program bubur lambuk amal media di sini, hari ini.

Sebanyak 300 sukarelawan membantu menyediakan 15 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada anggota pasukan keselamatan, anak yatim, masjid dan surau di sekitar Lembah Pantai.

Mohd Shafie berkata KKLW amat komited menjayakan usaha itu dan akan memadatkan kawasan luar bandar dengan kegiatan ekonomi melibatkan golongan belia yang menganggur dan masih mencari pekerjaan.

"Setiap belia akan diberi latihan mengikut program yang kita akan jalankan, dan kita akan beri galakan supaya mereka berjaya agar mereka tidak berhijrah ke kawasan bandar kerana banyak lagi peluang yang ada di kawasan luar bandar yang belum diterokai," katanya.
Setakat ini, katanya sebanyak 16 kampung di seluruh negara telah menerima peruntukan berjumlah RM19 juta di bawah program berkenaan yang disasar untuk mengimbangkan pendapatan antara penduduk banda dan luar bandar.

Mengenai pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang akan diadakan Rabu ini, Mohd Shafie berkata beliau yakin pengundi akan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan kerajaan menunaikan janjinya kepada rakyat.

"Selebihnya kita serahkan kepada 17,683 pengundi DUN berkenaan agar menunaikan kewajipan sebagai rakyat negara yang layak mengundi memilih kerajaan pilihan mereka," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Tindakan tegas, tiada dikecualikan jika persenda agama - Ahmad Shabery

KUALA BESUT: Mereka yang mempersenda atau menghina agama menerusi laman sosial tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata amaran itu meliputi semua agama di negara ini dan tindakan ke atas pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee adalah peringatan kepada yang cuba berbuat demikian.

"Ini memberi amaran kepada semua pihak bahawa soal mempersenda agama jangan dibawa main-main. Jangan hanya kata pihak bukan Islam tidak boleh sentuh perasaan orang Islam tetapi orang Islam sekalipun mesti berhati-hati dalam kenyataan, tidak menyentuh perasaan orang lain," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pelepasan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.

Pasangan Tan dan Lee dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan menerusi laman sosial Facebook serta memuat naik gambar lucah dalam blog mereka.

Ditanya jika ada pihak yang menyalah guna laman sosial untuk memfitnah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut sekarang, beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai perkara itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Letupan kuari: Polis terima 39 laporan mengenai kerosakan

PASIR GUDANG: Polis menerima 39 laporan setakat ini berhubung kerja meletup batu kuari sehingga menyebabkan seorang pekerja kilang maut manakala 10 lagi cedera dalam kejadian tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata 32 laporan diterima daripada pemilik kenderaan dan bakinya daripada pemilik kilang yang terjejas ekoran kejadian itu.

Beliau bagaimanapun berkata sebarang maklumat tidak dapat didedahkan kerana siasatan lanjut sedang berjalan dengan kerjasama Jabatan Geosains dan Mineral Johor serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
15.09 | 0 komentar | Read More

700 penghuni Pangsapuri Jelutong terjejas insiden kebakaran deretan motosikal

KUALA LUMPUR: Kira-kira 700 penghuni Pangsapuri Jelutong, Selayang Height di Batu Caves terjejas apabila pangsapuri itu mengalami gangguan bekalan elektrik selepas berlakunya insiden kebakaran membabitkan deretan motosikal awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian awal pagi itu, kira-kira 13 motosikal rosak dan lima lagi hangus dalam kebakaran itu.

"Berdasarkan maklumat dari pihak teknikal pangsapuri itu, kejadian berlaku akibat wayar lampu pangsapuri yang berada pada siling terjatuh di atas deretan motosikal sebelum terbakar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada unsur khianat dalam kejadian itu.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Jelutong Adnan Ahmad berkata akibat insiden kebakaran itu, bekalan elektrik terjejas dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari untuk memulihkannya.

"Saya hanya menyedari kejadian kebakaran ketika sedang bersahur kira-kira 3.30 pagi selepas mendengar penduduk riuh di kawasan bawah rumah.

"Bila saya turun, saya lihat deretan motosikal telah terbakar bagaimanapun penduduk berjaya memadamkan kebakaran itu menggunakan hos pemadam api," katanya.
Beliau berkata tambah merumitkan lagi apabila lif pangsapuri 12 tingkat itu tidak boleh digunakan dan penduduk terpaksa menggunakan tangga untuk menjalankan rutin harian.

"Keadaan ini menyukarkan penduduk tambah lagi di bulan Ramadan...kejadian ini juga menyebabkan tangki air kumbahan turut terbakar dan pecah kerana tangki berada di atas tempat kebakaran," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

MCTC gesa kerajaan naikkan cukai eksais rokok

Written By Unknown on Jumat, 19 Juli 2013 | 15.14

KUALA LUMPUR: Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) hari ini mengulangi gesaannya terhadap kerajaan supaya menaikkan cukai eksais rokok sekurang-kurangnya 50 peratus sebagai langkah mengurangkan jumlah penggunaan rokok dalam negara.

Ahli Majlis MCTC, Dr Norashidah Mohamed Nor, berkata berdasarkan kajian, kenaikan cukai eksais, dapat mengurangkan sehingga 20 peratus penggunaan rokok.

"Pada masa yang sama hasil cukai negara juga boleh naik sehingga 45 peratus," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dr Norashidah yang juga ahli ekonomi Universiti Putra Malaysia berkata, kadar cukai eksais yang dikenakan negara masih rendah berbanding negara-negara lain, iaitu hanya 45 hingga 48 peratus.

"Singapura mengenakan kadar sekitar 65 peratus," katanya.

Dr Norashidah menjelaskan jika cukai eksais itu dinaikkan, harga sekotak rokok premium dengan jumlah 20 batang akan naik kepada RM16 berbanding RM10.50 sekarang.

Namun pengkaji penggunaan tembakau itu berkata kawalan terhadap jenayah penyeludupan rokok juga perlu dilipatgandakan.
"Ini kerana kenaikan cukai, mengakibatkan harga (rokok) naik, penyeludupan rokok juga akan naik untuk memenuhi permintaan rokok murah. Namun, perkara ini mungkin hanya propaganda pihak pembuat rokok yang menakutkan kerajaan untuk tidak menaikkan harga rokok," katanya.

Turut sependapat dengannya ialah Timbalan Presiden MCTC, Dr Mymoon Alias yang berkata langkah berkenaan juga sudah dibuktikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai strategi berkesan ke arah pengurangan penggunaan rokok.

Dalam perkembangan lain, Dr Mymoon berkata MCTC turut menggesa pihak kerajaan negeri mewartakan fatwa larangan merokok oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995.

"Fatwa ini memutuskan bahawa merokok haram kerana terdapat kemudaratan. MCTC menggesa fatwa itu diwartakan di semua negeri," katanya. Setakat ini Melaka, Selangor, Kedah dan Perlis sudah mewartakannya.

- BERNAMA


15.14 | 0 komentar | Read More

Rumah diceroboh, ahli perniagaan nyaris maut ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan nyaris maut ditembak selepas rumahnya diceroboh dua lelaki dipercayai warga asing dalam kejadian di Taman Kinrara, Puchong di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias, berkata dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, Beh Chee Kong, 38, cedera di lengan kanan akibat terkena satu das tembakan.

Beliau kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. "Ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang tidur selepas pulang lewat meraikan hari lahir anak lelakinya.

"Mangsa dan isterinya tersedar selepas dua lelaki asing di rumah teres itu menjerit 'rompak, rompak' sebelum seorang suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa," katanya kepada Bernama hari ini.

Abdul Razak berkata, mangsa mengejar suspek yang melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Chevrolet berwarna putih yang diletakkan di hadapan rumah.

Suspek dipercayai masuk ke rumah itu dengan membuka mangga pagar jeriji dan pintu gelangsar rumah berkenaan.
Tiada barang yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut memandangkan mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana bilik yang gelap ketika itu dan tiada rakaman kamera litar tertutup di rumah mangsa," katanya.

Beliau berkata, siasatan juga menjurus kepada motif kejadian sama ada ia berunsurkan rompakan atau cubaan membunuh.

- BERNAMA


15.14 | 0 komentar | Read More

1 maut, 10 cedera dalam kejadian letupan kuari di Pasir Gudang

PASIR GUDANG: Seorang maut, manakala 10 lagi cedera ketika kerja meletup batu dijalankan di sebuah kuari di Bandar Seri Alam, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, letupan terbabit menyebabkan batu terpelanting sejauh kira-kira satu kilometer sehingga turut terkena kilang serta rumah berhampiran.

Kejadian turut menyebabkan berpuluh kereta yang diletakkan berhampiran kuari itu rosak dan terkena serpihan batu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Jamaludin Mohamad , berkata kejadian itu dipercayai berlaku akibat penggunaan bahan letupan yang berlebihan ketika kerja meletup batu dijalankan.

Katanya, mayat pekerja warganegara Nepal dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat, manakala 10 lagi pekerja yang cedera turut dihantar mendapat rawatan di hospital yang sama.


15.14 | 0 komentar | Read More

Berhati-hati guna laman sosial: Jailani

KUALA BESUT: Orang ramai perlu berhati-hati semasa menggunakan laman sosial kerana kerajaan tidak akan bertolak-ansur jika mereka menyentuh sensitiviti masyarakat dan penganut agama di negara ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata, dakwaan di mahkamah yang dikenakan terhadap pasangan kontroversi yang mempersendakan bulan Ramadan dan umat Islam melalui laman sosial semalam wajar dijadikan pengajaran.

Jangan sewenang-wenangnya menyalahgunakan Internet, katanya kepada pemberita pada program Bubur Lambuk Perdana di Dewan Orang Ramai Kampung Kayu Kelat di sini, hari ini.

Selain pemberian bubur lambuk, program anjuran Yayasan Felda itu turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Mengulas pelawaan Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Datuk Husam Musa supaya diadakan debat terbuka antara Menteri Komumikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli berkaitan isu rakyat Terengganu, Jailani berkata ia tidak perlu dilayan.

"Mereka mahu berdebat dengan menteri sebab mahu keluar televisyen sedangkan kita memang sudah beri peluang menerusi (siaran) selama satu jam setengah pada persidangan Dewan Rakyat," katanya.

Jailani mengingatkan penduduk Kuala Besut supaya membuat pilihan bijak dengan keluar mengundi beramai-ramai pada 24 Julai ini bagi menyokong calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Tengku Zaihan akan berhadapan calon PAS, Endot@Azlan Yusof pada PRK DUN Kuala Besut yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun akibat kanser paru-paru.

- BERNAMA


15.14 | 0 komentar | Read More

Pelajar ditahan kes langgar pegawai polis trafik di Kuala Besut

KOTA BHARU: Seorang pelajar berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit melanggar seorang pegawai polis trafik di Kuala Besut, Terengganu Rabu lalu, ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata pihak polis masih menyiasat kes tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau melawat Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian di sini hari ini.

Pegawai berkenaan sedang menerima rawatan akibat kaki kanannya terputus dalam kemalangan itu.

Keadaannya dilaporkan semakin baik dan dijangka pulih dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya lihat keadaan serta emosi beliau agak stabil dan menerima dengan tabah apa yang berlaku," katanya kepada pemberita.

Farid Hasni dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, ditugaskan berkhidmat untuk pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi, menyebabkan beliau terhumban kira-kira 10 meter.
Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye yang turut melawat Farid Hasni berkata pihaknya akan membantu kebajikan keluarganya.

"Saya berjanji akan bantu mendapatkan sumbangan kaki palsu untuk beliau di samping berusaha menukar beliau ke Terengganu supaya lebih dekat dengan keluarganya," katanya. - BERNAMA


15.14 | 0 komentar | Read More

Alvin, Vivian didakwa di Mahkamah Jalan Duta petang ini

Written By Unknown on Kamis, 18 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee hadir ke Mahkamah Jalan Duta hari ini ditahan polis dan akan dituduh petang ini.

Difahamkan mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen 3 Jalan Duta, petang ini.

Demikian menurut pihak polis susulan penahanan pasangan itu di sini, hari ini.
15.09 | 0 komentar | Read More

Alvin, Vivian hadapi tiga tuduhan hina Islam

Kuala Lumpur: Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman sosial facebook "Alvi dan Vivian-Alvivi".

Penerbitan itu mengandungi gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!" yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa memuat naik penerbitan itu di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi, yang mana perbuatan itu berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan agama berlainan.

Bagi pertuduhan ketiga, kedua-dua tertuduh didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di www.alviviswingers.tumblr.com.

Bagaimanapun, mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Murtazadi Amran, sebentar tadi


15.09 | 0 komentar | Read More

Guru mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Kulim

Artikel Berkenaan

Kuala Lumpur: Alvin Tan Jye Yee dan pasangannya Vivian Lee dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana menghina agama Islam dengan memuat naik gambar makanan haram sebagai juadah berbuka puasa dalam Facebook, dua minggu lalu.

KUALA LUMPUR: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee hadir ke Mahkamah Jalan Duta hari ini ditahan polis dan akan dituduh petang ini.

KUALA LUMPUR: Kajian daya maju mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura kini berada di tahap akhir penyediaan laporan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

JERTIH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengadakan simulasi mencelup dakwat untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut kepada wakil-wakil media di Pejabat Daerah Kuala Besut di sini.

JERTIH: Tindakan penceramah PAS yang bertindak membunuh karektor, menabur fitnah dan menghentam secara melampau terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut amat dikesali.

KUALA BESUT: Simulasi proses pengundian dan cara mencelup dakwat kekal untuk pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut membabitkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan media berlangsung di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia tinggi pada akhir sesi pagi, dirangsang oleh sentimen tinggi di pasaran serantau, berikutan keuntungan semalaman di Wall Street, kata peniaga.

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 40 pendatang asing tanpa izin rakyat Indonesia ketika cuba keluar dari negara ini di Pantai Padang Lima, Kuala Sedili, dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

KUALA BESUT: Kehadiran ribuan orang luar sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini turut membawa rezeki tambahan kepada Aziz Ibrahim yang mengusahakan kedai makan Maggi Ketam yang terkenal dengan keenakannya.

KUALA LUMPUR: Bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid hari ini gagal dalam permohonannya untuk dilepaskan tanpa dibebaskan daripada dua pertuduhan pecah amanah.

GEORGETOWN: Seorang profesor Universiti Sains Malaysia (USM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tiga pertuduhan membuat kenyataan palsu dalam tuntutan elaun perjalanan untuk tugasan rasminya pada 2010.

SEPANG: Ketua MIC Taman Kajang Utama, Datuk Seri Dr V S Suwaminathan, 52, didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang, di sini pagi ini atas tuduhan penipuan lesen membawa masuk pekerja asing.

JOHANNESBURG: Nelson Mandela yang kini dirawat di hospital dilaporkan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sehingga boleh menonton televisyen, kata anak perempuannya hari ini.

KAZAN (Russia): Selepas 7,000 atlet mahasiswa dari seluruh dunia bertarung tenaga dan memerah kudrat selama 12 hari, temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade ke-27) melabuhkan tirai di sini, malam tadi.

PYONGYANG: Kementerian Luar Korea Utara hari ini memberitahu Panama sepatutnya membebaskan anak kapal yang ditahan termasuk dengan kargo mengandungi komponen membuat peluru berpandu kerana tiada dadah atau kargo larangan di dalam kapal berkenaan.

Kevin Anderson (Afrika Selatan) klk Emilio Gomez (Ecuador) 6-3 7-6(2)

Roger Federer (SUI x1) klk Daniel Brands (GER) 3-6, 6-3, 6-2


15.09 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger