Beliau berkata setiap kerajaan negeri patut mengkaji serta mempertimbangkan perkara itu dan mencontohi Kedah yang telah mengumumkan akan mewartakan fatwa antiSyiah baru-baru ini.
Dr Mahathir berkata ajaran Syiah tidak elok dibawa ke negara ini kerana ia merupakan fahaman yang memecah belahkan Islam.
Beliau mengulas pengumuman Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang akan mewartakan fatwa antiSyiah di Kedah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat.
Fatwa itu telah pun diwarta di peringkat kebangsaan.
Mukhriz dilaporkan berkata walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti negeri ini bebas daripada fahaman itu.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata cadangan menggabungkan parti yang didominasi kaum Cina iaitu MCA, Gerakan dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan menguntungkan sekiranya mereka terus menyokong Barisan Nasional (BN).
"Kalau boleh bersatu baguslah sikit, kalau sokong BN untunglah... nak kata Cina tak boleh sokong Melayu, tidaklah. Kalau Cina dan Melayu tak boleh bersatu, rosaklah negara," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Negeri lain patut contohi Kedah warta fatwa antiSyiah - Tun M
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/negeri-lain-patut-contohi-kedah-warta.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Negeri lain patut contohi Kedah warta fatwa antiSyiah - Tun M
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Negeri lain patut contohi Kedah warta fatwa antiSyiah - Tun M
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar