Setakat 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.82 mata kepada 1,794.96. Indeks komposit bergerak di antara 1,792.77 dan 1,800.20 sepanjang sesi pagi.
Jumlah dagangan dicatatkan pada 1.196 bilion saham bernilai RM872.248 juta.
Hong Leong Investment Bank berkata, KLCI mungkin didagangkan berhati-hati dengan tumpuan kepada mesyuarat Jawatan kuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS dan Bank Pusat Eropah serta petunjuk utama ekonomi AS seperti pengumuman keluaran dalam negara kasar suku kedua.
Pasaran menanti mesyuarat FOMC pada 30 dan 31 Julai untuk mendapat pertunjuk tentang keadaan ekonomi dan masa depan program rangsangan bank pusat itu.
Pada papan utama, Indeks Perindustrian naik 9.56 mata kepada 3,059.62, Indeks Kewangan susut 118.85 mata kepada 17,139.75, sementara Indeks perladangan susut 5.10 mata kepada 8,381.53.
Indeks FBM Emas jatuh 21.88 mata kepada 12,506.11, FBMT 100 merosot 18.96 mata kepada 12,253.10, Indeks FBM 70 naik 7.05 mata kepada 14,419 dan Indeks FBM ACE merosot 33.55 mata kepada 5,043.68.
Di kalangan saham aktif, Malaysia Airlines dan Asia Media Group naik setengah sen setiap satu kepada 31.5 sen dan 15.5 sen, China Stationery tidak berubah pada 27.5 sen dan Flonic Hi-Tec merosot setengah sen kepada 12.5 sen.
Sona Petroleum yang baru disenaraikan susut dua sen kepada 40.5 sen dengan 278.476 juta lot bertukar tangan.
Sementara itu, waran naik 15 sen kepada 22.5 sen dengan jumlah dagangan 278.476 juta.
Bagi saham berwajaran tinggi, CIMB jatuh 16 sen kepada RM8.15, Maybank merosot 10 sen kepada RM10.60, TNB susut tujuh mata kepada RM9.02 dan Hong Leong Financial Group jatuh 14 sen kepada RM14.30.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Harga saham lebih rendah pada tengah hari
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/harga-saham-lebih-rendah-pada-tengah.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Harga saham lebih rendah pada tengah hari
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Harga saham lebih rendah pada tengah hari
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar