Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dengan penubuhan ESSCOM, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baharu memberi keyakinan kepada masyarakat setempatuntuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah itu.
"Pencerobohan itu tidak pernah mendapat sokongan daripada majoriti penduduk Sulu di Sabah, yang turut mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu, dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Johari ingin tahu kesan ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan yang dialami oleh masyarakat Lahad Datu ekoran daripada pencerobohan, serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.
Daerah Semporna dikejutkan dengan peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan.
Tambah Shahidan, walaupun beberapa pihak menuduh kerajaan sebagai mengadakan drama berunsurkan politik semasa pencerobohan dan tangkapan awal dibuat, tetapi mula menyedari bahawa ini merupakan satu pencerobohan besar yang mengancam nyawa.
Selain penubuhan ESSCOM, beliau berkata usaha bersepadu yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak agar keadaan pulih seperti sedia kala dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat, pelabur dan pelancong untuk terus melawat dan melabur ke negeri itu.
"Penduduk Kampung Tanduo juga dipindahkan ke penempatan terbaru dan pelbagai lagi kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan di kawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
ESSCOM jadi pemangkin pembangunan sosioekonomi di Lahad Datu
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/esscom-jadi-pemangkin-pembangunan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
ESSCOM jadi pemangkin pembangunan sosioekonomi di Lahad Datu
namun jangan lupa untuk meletakkan link
ESSCOM jadi pemangkin pembangunan sosioekonomi di Lahad Datu
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar