TLDM pasukan keselamatan pertama laksana sistem JPR

Written By Unknown on Kamis, 18 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hari ini menjadi pasukan keselamatan pertama mendapat kelulusan menggunakan sistem Jadual Pelupusan Rekod (JPR) oleh Arkib Negara di sini.

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz berkata, sistem itu dapat meningkatkan kecekapan pengurusan rekod pasukan, menjimatkan perbelanjaan dan ruang simpanan serta tenaga kerja.

"Usaha ini akan memantapkan keberkesanan pengurusan kitar hayat rekod TLDM dalam memastikan rekod penting dan bernilai dipelihara bagi rujukan generasi akan datang," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani persetujuan menggunakan sistem (JPR) di Arkib Negara di sini.

Ia ditandatangani Pengarah Pusat Sumber Maritim dan Sejarah TLDM Kapt Mohd Yusri Mohd Yunus dan Ketua Pengarah Arkib Negara Daresah Ismail.

Abdul Aziz berkata, melalui sistem berkenaan rekod penting TLDM yang memmpunyai nilai sejarah akan dihantar ke Arkib Negara bagi tujuan rujukan dan bahan sejarah.

"Rekod penting TLDM yang berusia lebih 25 tahun barulah dihantar ke Arkib Negara, kerana ia mesti disimpan dan diselenggara terlebih dahulu oleh TLDM bagi tujuan keselamatan," katanya.

Menurut Abdul Aziz, JPR bagi TLDM dikategorikan kepada dua siri iaitu, Siri 600 berkaitan Pertahanan dan Keselamatan Maritim dan Siri 700 berkaitan Pengurusan Pengukuran Hidrografi.
Selain itu, katanya, jadual berkenaan turut merangkumi pelupusan bagi aset khusus milik TLDM serta Borang Angkatan Tentera.

Sementara itu, Daresah berkata, kaedah JPR adalah paling mudah dan cepat kerana kelulusan hanya dalam tempoh 14 hari bekerja.

"Berbanding permohonan pelupusan rekod tanpa JPR, ia mengambil masa enam bulan," katanya menambah inisiatif ini wajar dicontoh agensi kerajaan lain. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

TLDM pasukan keselamatan pertama laksana sistem JPR

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/tldm-pasukan-keselamatan-pertama.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

TLDM pasukan keselamatan pertama laksana sistem JPR

namun jangan lupa untuk meletakkan link

TLDM pasukan keselamatan pertama laksana sistem JPR

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger