Pertandingan dua penjuru BN-PAS di Kuala Besut

Written By Unknown on Jumat, 12 Juli 2013 | 15.09

KUALA BESUT: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Azlan @ Endut Yusof mewakili PAS.

Pengumuman rasmi calon yang bertanding itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahim Jusoh di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, sebentar tadi.

Rahim berkata, Azlan menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi disusuli Tengku Zaihan 10 minit kemudian.

"Selepas meneliti borang pencalonan kedua-dua calon, SPR berpuas hati tiada calon yang ditolak pencalonannya," katanya.

Turut hadir memberikan sokongan kepada calon BN ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga selaku Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pemangku Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn.

Pemimpin PAS yang hadir memberi sokongan kepada calon mereka ialah Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali.


Anda sedang membaca artikel tentang

Pertandingan dua penjuru BN-PAS di Kuala Besut

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/pertandingan-dua-penjuru-bn-pas-di.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Pertandingan dua penjuru BN-PAS di Kuala Besut

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Pertandingan dua penjuru BN-PAS di Kuala Besut

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger