Tee kemuka rayuan penggantungan keahlian MCA

Written By Unknown on Jumat, 12 Juli 2013 | 15.09

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong akan mengemukakan surat rayuan kepada Jawatankuasa Disiplin MCA minggu depan, berhubung penggantungan keahliannya kerana menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Tee yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor berkata beliau mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan itu selepas menerima surat rasmi daripada jawatankuasa

berkenaan, tiga hari lepas. "Selepas menerima surat tersebut pada 9 Julai, saya membuat keputusan untuk membuat rayuan kerana saya ingin menegaskan bahawa pelantikan saya sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor (Exco) tidak berdasarkan sebarang pencalonan dari MCA sebaliknya telah nyata pelantikan itu atas titah Sultan Johor," katanya.

Tee berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) Johor 2013, di sini hari ini.

Beliau menegaskan penggantungan keahlian selama tiga tahun itu juga sebagai terlalu lama dan tidak adil untuknya sekiranya MCA menukar keputusan untuk menerima semula sebarang jawatan di dalam kerajaan pusat atau negeri.

"Saya sudah menyertai MCA sejak tahun 1983 iaitu hampir tiga dekad. Saya mula dari peringkat akar umbi selangkah demi selangkah.
"Saya mempunyai perasaan mendalam terhadap MCA, taat setia dan sayang serta tidak pernah meninggalkan parti. Jadi, saya akan mengemukakan rayuan," katanya.

Tee berkata, beliau juga akan menyerahkan kepada peguamnya untuk meneliti tindakan untuk dikenakan terhadap Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berikutan kenyataan Wee berhubung pelantikannya.

MCA pada 20 Jun lepas menggantung keahlian Tee selama tiga tahun berkuatkuasa serta merta kerana menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata anggota Majlis Presiden sebulat suara menerima syor Jawatankuasa Disiplin untuk menggantungkan keahlian Tee kerana melanggar keputusan parti.

Sebelum ini, MCA membuat resolusi pada 2011 dan 2012 untuk tidak akan menerima sebarang jawatan kerajaan pusat dan negeri sekiranya parti itu mencatatkan prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Pada 14 Jun lepas, Tee melalui kenyataan media mengumumkan melepaskan semua jawatan dalam parti, sama ada di peringkat pusat dan negeri termasuk Setiausaha Organisasi Pusat, Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung Parti serta semua jawatan di peringkat cawangan Pontian dan negeri Johor.

Tee turut mengumumkan beliau hanya anggota seumur hidup parti itu. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Tee kemuka rayuan penggantungan keahlian MCA

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/tee-kemuka-rayuan-penggantungan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Tee kemuka rayuan penggantungan keahlian MCA

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Tee kemuka rayuan penggantungan keahlian MCA

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger