Perdana Menteri berkata dengan berpandukan petunjuk wahyu itu, kerajaan sentiasa memastikan segala pelaksanaan dalam pentadbiran negara menjunjung Maqasid Syariah yang memandu manusia untuk menuju kejayaan, kemakmuran dan kemajuan.
Beliau menarik perhatian bahawa antara keberkatan yang terkandung dalam bulan Ramadan ialah peristiwa agung itu yang menjadi rahmat abadi yang dikurniakan buat umat ini.
Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W pada 17 Ramadan.
"Saya berdoa agar dengan keberkatan Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan yang agung ini, Allah sentiasa menyatukan hati kita semua, menyuntik semangat motivasi untuk menjaga agama dan negara," kata Najib.
Perdana Menteri berkata al-Quran adalah pedoman yang tidak bertepi, cahaya yang tidak akan padam, pembimbing yang tidak pernah jemu bagi membawa umat manusia menuju kehidupan yang mulia di dunia mahupun akhirat.
"Marilah kita semua berusaha mendekatkan diri kita dengan pedoman qurani ini.
"Hayatilah keindahan setiap lafaz kalimahnya, setiap pengertian dan maknanya. Sesungguhnya, al-Quran ini adalah pedoman tertinggi dalam kita menata diri, keluarga, masyarakat mahupun negara," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Najib gesa pedoman al-Quran diterjemah dalam program transformasi
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/najib-gesa-pedoman-al-quran-diterjemah.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Najib gesa pedoman al-Quran diterjemah dalam program transformasi
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Najib gesa pedoman al-Quran diterjemah dalam program transformasi
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar