Beliau berkata pada masa ini, asas pemberian pencen kepada semua anggota perkhidmatan awam termasuk pesara tentera tertakluk kepada jumlah gaji akhir yang diterima seseorang pesara itu.
"Justeru, sekiranya struktur pembayaran pencen diselaras, ia seharusnya melibatkan keseluruhan perkhidmatan awam dan ini merupakan satu exercise yang akan melibatkan suatu perbelanjaan yang sangat besar," katanya menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Abdul Rahim bagaimanapun berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib golongan pesara termasuk bekas tentera dan kerajaan telah melaksanakan pelarasan pencen setiap kali pelarasan gaji kakitangan awam dan tentera dilaksanakan.
Abdul Rahim berkata kerajaan telah melaraskan pencen pesara awam termasuk bekas tentera yang menyaksikan mereka menerima kenaikan tujuh peratus hingga 13 peratus mengikut pangkat dan kelayakan dengan pencen minimum RM820 tahun lepas.
"Kerajaan juga amat prihatin dengan kos sara hidup semasa yang ditanggung pesara kerajaan khususnya pesara tentera.
"Justeru, bagi meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung, mulai 1 Januari kerajaan telah melaksanakan kenaikan pencen dua peratus setiap tahun tanpa menunggu sebarang pelarasan gaji atau secara automatik bagi kakitangan awam dan tentera yang sedang berkhidmat seperti mana yang diamalkan sebelum ini," katanya.
Menjawab soalan Senator Syed Husin Ali supaya pesara tentera diberi kemudahan memiliki tanah untuk dibuat rumah atau diusahakan selepas bersara, Abdul Rahim berkata, ia tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri.
"Ini adalah keputusan kerajaan negeri untuk memberi tanah kepada mereka dan sehingga kini memang ada kerajaan negeri yang sudah memberi respon untuk berbuat demikian," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kerajaan belum bercadang selaras pencen bekas tentera lama, baru
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/kerajaan-belum-bercadang-selaras-pencen.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kerajaan belum bercadang selaras pencen bekas tentera lama, baru
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kerajaan belum bercadang selaras pencen bekas tentera lama, baru
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar