Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Ismee Ismail, berkata tahun ini TH memberi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980.
"Tabung Haji kena berjaya supaya ia mampu menanggung subsidi, kalau tidak berjaya, jangankan subsidi, nak bayar dividen pun tidak boleh.
"Kejayaan itu timbul daripada suasana ekonomi yang menggalakkan perniagaan, dan kebanyakan pelaburan Tabung Haji dilakukan di Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Ismee berkata subsidi yang ditanggung TH merupakan satu per tiga daripada kos sebenar mengerjakan haji iaitu kira-kira RM15,000.
Kos haji hanya sekali dinaikkan iaitu pada tahun 2008 daripada RM8,973 kepada RM9,980 berikutan banyak pembangunan dilakukan kerajaan Arab Saudi untuk keselesaan jemaah haji. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Tabung Haji yakin subsidi untuk jemaah haji terus kekal
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/tabung-haji-yakin-subsidi-untuk-jemaah.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Tabung Haji yakin subsidi untuk jemaah haji terus kekal
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Tabung Haji yakin subsidi untuk jemaah haji terus kekal
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar