AirAsia x tawar 100,000 tiket promosi ke Kathmandu

Written By Unknown on Selasa, 02 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Sempena ulang tahun pertamanya, syarikat penerbangan jarak jauh AirAsia X Bhd menawarkan 100,000 tiket promosi antara Kuala Lumpur dan Kathmandu, Nepal.

Tambang bermula daripada RM329, dan daripada RM999 bagi tempat duduk flat bed premium.

Tambang promosi Fly-Thru juga boleh didapati daripada RM449 dari Pulau Pinang ke Kathmandu dan lain-lain promosi yang ditawarkan termasuk perkhidmatan dari Australia dan Jepun menerusi hub Kuala Lumpur.

"Permintaan untuk laluan itu menggalakkan dan perkhidmatan fly-thru kami membolehkan penumpang dari Indonesia, Thailand dan Singapura untuk mengambil penerbangan sambungan ke Kathmandu dan sebaliknya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman-Rani dalam satu kenyataan hari ini.

Tempahan dalam talian (www.airasia.com) boleh didapati pada 3 hingga 7 Julai ini untuk perjalanan pada 17-31 Disember, 2013. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

AirAsia x tawar 100,000 tiket promosi ke Kathmandu

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/airasia-x-tawar-100000-tiket-promosi-ke.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

AirAsia x tawar 100,000 tiket promosi ke Kathmandu

namun jangan lupa untuk meletakkan link

AirAsia x tawar 100,000 tiket promosi ke Kathmandu

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger