Beliau berkata kementerian sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak sebarang kemungkinan, antaranya melakukan pemeriksaan suhu badan di pintu masuk lapangan terbang.
Dr Subramaniam berkata demikian sebagai mengulas penularan virus MERS di Arab Saudi sejak September lepas dan sehingga kini meragut 33 nyawa, manakala 55 lagi dijangkiti virus itu.
Sehingga kini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum menemui vaksin untuk mencegah jangkitan MERS selain tidak mengetahui punca jangkitan virus maut itu.
Antara gejala jangkitan MERS ialah demam panas, kesukaran bernafas, cirit birit dan muntah-muntah.
Dr Subramaniam berkata Kuala Lumpur akan sentiasa memantau perkembangan semasa di Jeddah selain mengikut segala cadangan serta pandangan yang diberikan pihak berkuasa Arab Saudi mengenai cara terbaik menggelakkan jangkitan MERS.
Terdahulu dalam ucapannya, Dr Subramaniam berkata idustri penjagaan kesihatan Malaysia merupakan antara sektor yang paling dinamik di negara ini kerana ia disokong oleh sektor penjagaan kesihatan swasta.
Menyentuh mengenai teknologi penjagaan kesihatan, beliau berkata ia merangkumi setiap aspek kehidupan manusia dan boleh digunakan daripada awal kehidupan, sebelum bermulanya penyakit.
"Jika sakit, teknologi penjagaan kesihatan akan membantu dalam membuat keputusan dan memilih pengamal perubatan yang sesuai melalui direktori dalam pangkalan data kesihatan," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Belum ada kes MERS dikesan di Malaysia - Dr Subramaniam
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/belum-ada-kes-mers-dikesan-di-malaysia.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Belum ada kes MERS dikesan di Malaysia - Dr Subramaniam
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Belum ada kes MERS dikesan di Malaysia - Dr Subramaniam
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar