Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata KWSP juga tidak membuat pelaburan dalam sektor perjudian dan arak, selari dengan polisi pelaburan dan mandat etika badan itu.
"Bagaimanapun KWSP mempunyai garis panduan dan polisi pelaburan yang memenuhi mandat etika dan KWSP tidak membuat pelaburan dalam sektor yang jelas haram dan salah, seperti sektor perjudian dan arak, sektor pembuatan serta penjualan senjata untuk peperangan dan tiada apa-apa kaitan dengan negara Israel," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari (BN-Setiawangsa) mengenai jenis pelaburan yang diuruskan badan itu.
Ahmad berkata, jumlah pelaburan KWSP setakat suku pertama tahun ini adalah sebanyak RM536.7 bilion, dengan kira-kira 60 peratus daripada jumlah pelaburan dikekalkan dalam instrumen berpendapatan tetap selaras dengan profil risiko dan pulangan badan itu.
Mengenai dana pelaburan syariah KWSP, Ahmad berkata sehingga Mac lalu, 38 peratus daripada jumlah pelaburan KWSP adalah dalam pelaburan berlandaskan syariah.
Katanya, KWSP sentiasa memperkembangkan pelaburannya dalam instrumen berlandaskan syariah agar sentiasa dapat diperkembangkan selaras pertumbuhan aset pelaburan serta mematuhi peraturan yang termaktub di bawah Akta KWSP 1991.
Menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai pelaburan KWSP di luar negara, Ahmad berkata nilai maksimum pelaburan luar negara KWSP ditetapkan tidak melebihi 23 peratus.
"Setakat ini jumlah pelaburan luar negara KWSP adalah pada kadar 18 peratus. Ini bermakna 82 peratus lagi adalah pelaburan dalam negara," katanya.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
KWSP tiada pelaburan dengan Israel: Ahmad Maslan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/kwsp-tiada-pelaburan-dengan-israel.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
KWSP tiada pelaburan dengan Israel: Ahmad Maslan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
KWSP tiada pelaburan dengan Israel: Ahmad Maslan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar