Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob diikuti 10 anggota Exco dan ADUN yang lain.
Terdahulu, Ishak yang juga bekas ADUN Bebar mengangkat sumpah jawatan sebagai Speaker baru, menggantikan Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.
Beliau mengangkat sumpah memegang jawatan itu selepas pelantikannya dicadangkan Adnan dan disokong Exco Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin.
Selepas majlis mengangkat sumpah semua Adun, Adnan mencadangkan nama Adun Jenderak, Datuk Muhammed Jaafar sebagai Timbalan Speaker dan disokong Mohd Sharkar.
Persidangan DUN Pahang penggal ke-13 itu akan dirasmikan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, esok sebelum bersidang sehingga 8 Julai.
Pada pilihan raya umum baru-baru ini, BN kekal meneraju Pahang selepas memenangi 30 daripada 42 kerusi DUN yang dipertandingkan, sementara pembangkang memenangi 12 kerusi iaitu tujuh kerusi oleh DAP, PAS (2) dan Parti Keadilan Rakyat (2).
Ketika berucap sebelum persidangan dewan ditangguhkan, Ishak berkata semua wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat hendaklah memikul hasrat dan aspirasi rakyat dengan penuh tanggungjawab dan amanah.
"Suara dan kemahuan rakyat hendaklah disampaikan secara telus di dalam dewan ini kerana rakyat memberi keyakinan pada anda semua untuk mewakili mereka," katanya.
Beliau berkata, semua wakil rakyat juga menjadi akar umbi dan inti pati dalam proses mengarusperdanakan agenda pembangunan negeri.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
42 ADUN Pahang angkat sumpah jawatan
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/42-adun-pahang-angkat-sumpah-jawatan.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
42 ADUN Pahang angkat sumpah jawatan
namun jangan lupa untuk meletakkan link
42 ADUN Pahang angkat sumpah jawatan
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar