Kes Wee Ka Siong saman Robert Phang diselesai luar mahkamah

Written By Unknown on Selasa, 02 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Saman fitnah yang difailkan ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong terhadap Tan Sri Robert Phang selesai hari ini apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah.

Peguam Sankara Nair yang mewakili Phang memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad merekodkan penyelesaian itu di dalam kamarnya.

Beliau berkata plaintif dan defendan bersetuju dengan penyelesaian itu, tanpa sebarang pengakuan liabiliti.

Mahkamah juga tidak mengeluarkan sebarang perintah tentang kos, katanya.

Pada 9 Februari lalu, Wee memfailkan satu saman fitnah dengan menamakan Phang, anggota Majlis Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan penerbit sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris sebagai defendan berhubung empat artikel yang disiarkan antara 25 Disember 2009 dan 12 Januari 2010.
Wee, bekas Timbalan Menteri Pendidikan, mendakwa artikel berkenaan membawa maksud beliau terlibat atau melakukan rasuah dan menyalahguna kuasa.

Beliau juga meminta mahkamah menghalang defendan daripada memanggil atau mengandaikan beliau sebagai "seorang pembuli, pengecut dan pembohong", dan menuntut ganti rugi mengenainya.
Dalam pernyataan bela dirinya, Phang, 71, yang juga pengerusi Social Care Foundation, berkata kenyataan beliau adalah adil dan dibuat di bawah perlindungan bersyarat. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Kes Wee Ka Siong saman Robert Phang diselesai luar mahkamah

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/kes-wee-ka-siong-saman-robert-phang.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kes Wee Ka Siong saman Robert Phang diselesai luar mahkamah

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kes Wee Ka Siong saman Robert Phang diselesai luar mahkamah

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger