Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.65 mata kepada 1,783.8, selepas dibuka 3.85 mata lebih tinggi kepada 1,785.0.
Jawatankuasa Dasar Monetarinya semalam memilih mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) stabil pada 3.0 peratus, menjadikan ia mesyuarat bank pusat yang ke-13 mengekalkan OPR tidak berubah.
Suasana pasaran positif, dengan 321 kaunter untung dan 270 kaunter rugi, manakala 295 kaunter tidak berubah, 690 tidak diniagakan dan 16 digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 618.05 juta saham bernilai RM708.38 juta.
Sementara itu, Indeks Perladangan naik 49.96 mata kepada 8,480.67 dan Indeks Perusahaan menambah 3.38 mata kepada 3,008.1.
Indeks Kewangan turun 12.17 mata kepada 16,954.2 dan Indeks FBM Emas meningkat 19.59 mata kepada 12,410.68.
Indeks FBM 70 menokok 25.67 mata kepada 14,221.42 dan Indeks FBM ACE menyusut 12.97 mata kepada 4,750.91.
Dalam kalangan kaunter cergas, TH Heavy Engineering naik empat sen kepada 82.5 sen, Luster meningkat setengah sen kepada 10.5 sen dan Pantech menokok lima sen kepada RM1.05.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun enam sen kepada RM10.38 manakala CIMB meningkat satu sen kepada RM8.29 dan Axiata naik tujuh sen kepada RM6.87. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Harga saham diniagakan tinggi pada tengah hari
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/harga-saham-diniagakan-tinggi-pada.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Harga saham diniagakan tinggi pada tengah hari
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Harga saham diniagakan tinggi pada tengah hari
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar