Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Datuk Ir Dr Johari Basri, berkata kemalangan di tempat kerja bukan saja membawa implikasi dan imej yang buruk kepada organisasi tetapi juga kepada negara yang menanggung kos yang besar untuk merawat mangsa kemalangan.
Johari berkata, berdasarkan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebanyak 61,552 kemalangan di tempat kerja dilaporkan berlaku pada tahun 2012, meningkat 2.76 peratus berbanding tahun 2011 membabitkan 59,897 kemalangan.
"Bagi tempoh suku pertama tahun ini sebanyak 8,343 kemalangan dilaporkan termasuk 2,161 dari sektor pembuatan dan pengilangan," katanya pada seminar anjuran bersama Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri.
Johari berkata, selain modal insan, penggunaan mesin dan proses kerja yang canggih dan berteknologi tinggi perlu diberikan perhatian khusus oleh majikan kerana ia secara langsung akan merubah cara dan corak bekerja yang mendedahkan mereka kepada risiko pekerjaan yang baru.
"Oleh itu program latihan bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja IKS dalam aspek teknikal mahupun berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan amatlah perlu bagi mengelakkan kejadian kemalangan dan pendedahan kepada penyakit pekerjaan," katanya.
Sebanyak 130 majikan dan pekerja daripada IKS seluruh Perlis menyertai seminar selama dua hari itu yang bertujuan antara lain untuk meningkatkan kesedaran mereka terhadap pematuhan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Majikan perlu utamakan aspek keselamatan pekerja
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/majikan-perlu-utamakan-aspek.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Majikan perlu utamakan aspek keselamatan pekerja
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Majikan perlu utamakan aspek keselamatan pekerja
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar