Pengarah PRK DUN Kuala Besut PAS, Satiful Bahri Mamat, berkata PAS Terengganu menyenarai pendek beberapa calon yang layak dan terpulang kepada PAS Pusat untuk buat keputusan pada malam ini di Kuala Lumpur.
Esok, Barisan Nasional (BN) juga, menerusi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual mengumumkan calon parti itu berdasarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai.
PRK ini yang pertama selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan wakil rakyat Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar meninggal dunia pada 26 Jun akibat kanser paru-paru.
DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 pengundi berdaftar. Pada PRU13, Dr Rahman mendapat majoriti 2,434 undi menewaskan calon PAS Napisah Ismail. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pas umum calon Kuala Besut malam esok
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/pas-umum-calon-kuala-besut-malam-esok.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pas umum calon Kuala Besut malam esok
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pas umum calon Kuala Besut malam esok
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar