Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata turut membantu dalam PRK itu ialah anggota sukarelawan polis, RELA dan Jabatan Pertahanan Awam khasnya dalam mengawal keselamatan awam, trafik dan persiapan menghadapi sebarang bencana ketika PRK itu.
Beliau berkata, langkah keselamatan yang diambil adalah untuk memastikan pengundi dan penduduk di Kuala Besut berasa lebih selamat sepanjang proses PRK yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
Menurutnya, polis menjangkakan jumlah kenderaan dan orang luar yang datang ke Kuala Besut sama ada jentera parti politik yang bertanding atau pemerhati akan bertambah dalam beberapa hari lagi.
Kuala Besut mempunyai kira-kira 22,986 penduduk pada keluasan 41 kilometer persegi.
Sementara itu, beliau mengingatkan parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika berkempen.
Jamshah berkata, setakat ini polis belum lagi menerima sebarang permohonan dan permit untuk kempen PRK di Kuala Besut.
"Kita akan mengadakan perjumpaan dengan parti yang bertanding dalam tempoh terdekat untuk menjelaskan peraturan yang perlu mereka patuhi," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
3,000 polis termasuk 200 pegawai mengawal PRK Kuala Besut
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/3000-polis-termasuk-200-pegawai.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
3,000 polis termasuk 200 pegawai mengawal PRK Kuala Besut
namun jangan lupa untuk meletakkan link
3,000 polis termasuk 200 pegawai mengawal PRK Kuala Besut
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar