Polis tahan tiga suspek kes bunuh di Georgetown

Written By Unknown on Selasa, 09 Juli 2013 | 15.09

GEORGETOWN: Polis menahan tiga lelaki dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang wanita yang ditemui mati di dusun durian berhampiran Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort, Bukit Genting, Balik Pulau, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah, berkata suspek berusia antara 45 dan 56 tahun itu ditahan berasingan di sekitar Georgetown dan Jalan Patani pada jam 10.30 malam tadi.

"Seorang daripada suspek yang ditahan adalah teman lelaki mangsa. Polis percaya kes pembunuhan bermotif cemburu," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Semalam, dua pengutip durian menemui mayat wanita tanpa dokumen pengenalan diri dalam keadaan tersangkut pada pagar sempadan kem PLKN berkenaan pada jam 8.30 pagi.

Mazlan berkata, siasatan lanjut mendapati wanita warga China yang dikenali dengan nama Jun Xing, 37, adalah seorang pekerja sebuah pusat kecantikan di bandar raya ini dan tinggal di Pulau Pinang selama lima tahun.

"Wanita itu dikatakan keluar dari rumahnya pada jam 6.30 petang, Ahad lalu dan tidak balik ke rumah selepas itu. Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke kawasan dusun itu," katanya.

Beliau berkata, seorang lagi suspek yang ditahan adalah pemilik pusat kecantikan tempat mangsa bekerja.
Katanya, keputusan bedah siasat menunjukkan wanita itu ditikam sebanyak 17 kali di bahagian belakang badan dan lehernya turut dikelar sepanjang 10 sentimeter menggunakan objek tajam bagaimanapun tiada unsur kekerasan seksual ditemui.

Beliau berkata, kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Polis tahan tiga suspek kes bunuh di Georgetown

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/polis-tahan-tiga-suspek-kes-bunuh-di.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Polis tahan tiga suspek kes bunuh di Georgetown

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Polis tahan tiga suspek kes bunuh di Georgetown

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger