Muhyiddin pengerusikan mesyuarat dengan naib canselor IPTA

Written By Unknown on Selasa, 09 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat bersama semua naib canselor institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di bangunan Parlimen.

Mesyuarat dua jam itu antara lain membincangkan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini serta peranan IPTA dalam memartabatkan sistem pendidikan negara.

Pengerusi Majlis Naib Canselor, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, ketika ditemui pemberita, berkata banyak perkara berkaitan pendidikan dapat dimanfaatkan melalui penggabungan kedua-dua kementerian itu.

Menurutnya, banyak sinergi yang boleh dipertingkatkan antara universiti dan sekolah di negara ini dan pihaknya sedang memperhalusi perkara berkenaan.

"Kita rasa Pelan Pembangunan Pendidikan (Nasional) (2013-2025) yang digubal boleh disejajarkan dengan baik melalui penggabungan ini, dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara," katanya.

"Kita harap bukan saja struktur dan tadbir urus yang kita lihat tapi juga pengisian dalam sistem pendidikan," kata Sharifah Hapsah.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad dan Ketua Setiausaha II Kementerian, Datuk Dr Zaini Ujang.
Pada pembentukan kabinet baru Mei lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai Kementerian Pelajaran dengan pelantikan seorang menteri kedua.

Muhyiddin kemudiannya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, selepas mendapati penggunaan istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat dengan naib canselor IPTA

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/muhyiddin-pengerusikan-mesyuarat-dengan.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat dengan naib canselor IPTA

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Muhyiddin pengerusikan mesyuarat dengan naib canselor IPTA

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger