Kes bunuh tahanan lokap disebut semula 2 Ogos ini

Written By Unknown on Selasa, 09 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes tiga anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh seorang tahanan lokap N Dharmenderan pada 21 Mei lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan laporan bedah siasat.

Pada 5 Jun lalu, Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 45, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa membunuh Dharmenderan, 32, di pejabat siasatan cawangan khas D9, Tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah di sini antara 12.20 tengah hari dan 2.50 petang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S Nithia memaklumkan kepada mahkamah laporan kimia dan laporan asid deoksiribonukleik (DNA), masing-masing diperoleh pada 27 Jun dan 3 Julai.

"Laporan kimia itu diserahkan kepada patologi pada 3 Julai dan pihak pendakwaan memerlukan masa sebulan bagi mendapatkan laporan bedah siasat," katanya.

Bagaimanapun peguam Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Jaffri memohon kes itu dipercepatkan kepada dua minggu kerana ia membabitkan penjawat awam dan pihak pendakwaan perlu memberi penekanan dan keutamaan kerana kes berkenaan berprofil tinggi.
Peguam Datuk Baljit Singh mewakili Mohd Nahar dan peguam Ariff Azami Hussein yang bertindak bagi Mohd Haswadi, turut memohon tarikh terdekat atas alasan yang sama. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Kes bunuh tahanan lokap disebut semula 2 Ogos ini

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/kes-bunuh-tahanan-lokap-disebut-semula.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Kes bunuh tahanan lokap disebut semula 2 Ogos ini

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Kes bunuh tahanan lokap disebut semula 2 Ogos ini

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger