Mereka yang berumur antara 25 hingga 30 tahun dipercayai anggota kumpulan samseng 'Sio Sam Ong' ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di sebuah flat dan kelab malam di Paya Terubong.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata polis turut merampas sepucuk pistol mainan dan kenderaan pelbagai guna dari kumpulan berkenaan.
"Wanita itu dan teman lelakinya didapati positif dadah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata tangkapan dibuat ekoran serangan yang dibuat kumpulan itu ke atas tiga buah kafe siber kira-kira 5 pagi Isnin lalu sehingga menyebabkan empat mangsa berumur 19 hingga 32 tahun tercedera akibat ditetak dengan parang.
Gan berkata motif serangan mungkin berpunca daripada perebutan kawasan antara kumpulan berkenaan dengan kumpulan samseng 'Gang 24' yang menguasai kawasan berkenaan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang boleh membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
4 suspek ditahan serangan di kafe siber
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/4-suspek-ditahan-serangan-di-kafe-siber.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
4 suspek ditahan serangan di kafe siber
namun jangan lupa untuk meletakkan link
4 suspek ditahan serangan di kafe siber
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar