Ikon bola sepak Lionel Messi sertai kempen WeChat

Written By Unknown on Rabu, 10 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: WeChat, aplikasi komunikasi sosial mudah alih utama, telah melepasi 70 juta akaun pengguna berdaftar.

Bagi meningkatkan lagi momentum pertumbuhan yang kukuh, WeChat mengumumkan kempen global baharu yang memaparkan bintang bola sepak, Lionel Messi, yang turut menyertai kumpulan pemuzik, artis, ikon fesyen dan orang kenamaan, untuk berkongsi pengalaman WeChat mereka dengan peminat dan pengikut.

Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Tencent, Poshu Yeung, berkata dalam satu kenyataan bahawa syarikat teruja setelah mencapai 70 juta akaun pengguna berdaftar dalam masa yang singkat.

"Sebagai bintang bola sepak dan pengguna WeChat, Messi adalah personaliti yang sesuai untuk membantu kami terus meningkatkan kesedaran dan menyampaikan manfaatnya. "

Tencent adalah syarikat di sebalik aplikasi WeChat.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif global baharu ini, peminat boleh mengikuti akaun WeChat rasmi Messi, "MessiOfficial" yang akan termasuk video, mesej suara dan gambar daripada Messi.

WeChat secara konsisten menjadi aplikasi sosial mudah alih yang paling dimuat turun di banyak negara termasuk Malaysia, India, Mexico dan Filipina.
Popular di WeChat adalah berbual melalui suara dan video, berbual berkumpulan dan ciri-ciri berasaskan lokasi. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Ikon bola sepak Lionel Messi sertai kempen WeChat

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/ikon-bola-sepak-lionel-messi-sertai.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Ikon bola sepak Lionel Messi sertai kempen WeChat

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Ikon bola sepak Lionel Messi sertai kempen WeChat

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger