Dalam konteks mencapai Komuniti Ekonomi Asean, kata beliau, sudah ada banyak kemajuan yang dilihat, termasuk dalam perdagangan, piawaian, pengangkutan dan saling hubung.
Sebelum itu, Mustapa, yang berada di sini untuk meneruskan perbincangan dengan komuniti perniagaan Singapura, juga mengadakan pertemuan waktu makan tengah hari dengan Dewan Perniagaan dan Industri Cina Singapura semalam.
Menteri itu menegaskan bahawa sudah ada beberapa usaha sama antara syarikat Malaysia dan Singapura.
Sambil menyebut bahawa Malaysia membenarkan pemilikan asing sebanyak 100 peratus dalam sektor pembuatan, Mustapa berkata: "Meskipun kami membenarkan pemilikan 100 peratus dalam pembuatan, namun ada baiknya jika syarikat-syarikat ini boleh berkongsi dan menubuhkan usaha sama, sama ada dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta.
"Ada baiknya berkongsi, seperti satu syarikat besar yang saya temui hari ini (satu daripada enam syarikat) yang menubuhkan usaha sama dengan sebuah syarikat Malaysia.
"Pada pandangan saya, pusingan penyepaduan (dalam Asean) akan datang adalah tentang pelaburan; perlu ada lebih banyak pengaliran masuk, bukan sahaja dalam perdagangan, malah juga pelaburan," katanya.
Mustapa berkata satu contoh yang baik tentang sebuah syarikat Malaysia yang telah memberi banyak sumbangan kepada penyepaduan Asean ialah syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pelaburan bersama pertingkat penyepaduan ekonomi dalam ASEAN
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/pelaburan-bersama-pertingkat.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pelaburan bersama pertingkat penyepaduan ekonomi dalam ASEAN
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pelaburan bersama pertingkat penyepaduan ekonomi dalam ASEAN
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar