Beliau berkata polis tidak pernah menutup kes itu dan masih meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut dengan setiap minggu mengumpul bukti-bukti bagi mengenal pasti motif kematian.
"Sepatutnya pihak tersebut memberi keyakinan penuh kepada polis Perak kerana kejadian ini berlaku di Perak. Tidak timbul soal kes ini perlu diambil alih polis Bukit Aman," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai terdapat pihak tertentu tidak berpuas hati dengan perjalanan siasatan polis berhubung kematian Murugan yang ditemui terapung di sebuah tasik di Batu Gajah, Mei lepas.
Mohd Shukri juga meminta pihak tertentu supaya tidak membesar-besarkan isu ini kepada media tanpa merujuk kepada polis terlebih dahulu.
Sementara itu, beliau berkata indeks jenayah Perak menurun 11.7 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dan dalam tempoh itu 2,007 daripada 3,805 kes jenayah yang direkodkan diselesaikan.
"Penurunan indeks jenayah ini telah melepasi sasaran yang telah ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya.
Katanya pencapaian ini meningkat dua kali ganda daripada sasaran yang ditetapkan sebanyak lima peratus. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Jangan politikkan kes kematian K Murugan - Ketua Polis Perak
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/jangan-politikkan-kes-kematian-k.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Jangan politikkan kes kematian K Murugan - Ketua Polis Perak
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Jangan politikkan kes kematian K Murugan - Ketua Polis Perak
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar