Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan akan mengetuai pasukan pemantauan itu yang bertujuan memastikan semua perbelanjaan KBS dibuat dengan telus.
Khairy berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 kepada 351 warga KBS dan agensi di bawahnya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Jamil Salleh.
Beliau berkata Jamil akan turut bertanggungjawab memastikan segala perbelanjaan KBS membabitkan pelbagai majlis makan dan acara sukan dikurangkan pada masa depan berbanding perbelanjaan tahun-tahun sebelum ini.
Ditanya mengenai kes rogol seorang pegawai sukan oleh sekumpulan atlet lelaki bola baling di perkampungan sukan Universiti Putra Malaysia (UPM) Rabu lepas, Khairy berkata bukan sahaja atlet terbabit akan dikenakan hukuman gantung malah lebih 14 orang yang terlibat akan dikenakan hukuman sama.
"Saya difahamkan ia melibatkan lebih 14 orang membabitkan jurulatih, pegawai dan atlet yang melakukan kesalahan kerana minum minuman keras dalam perkampungan sukan di UPM sebelum kejadian rogol itu berlaku dan mereka ini harus dikenakan hukuman gantung," katanya.
Beliau kecewa atas kejadian itu dan mahu Majlis Sukan Negara, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Persekutuan Bola Baling Malaysia bersama-sama menjalankan siasatan dan melasanakan tindakan menggantung mereka yang terlibat serta memutuskan sama ada mereka boleh menyertai acara sukan pada masa depan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Mou: SPRM pantau perbelanjaan KBS - Khairy
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/mou-sprm-pantau-perbelanjaan-kbs-khairy.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Mou: SPRM pantau perbelanjaan KBS - Khairy
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Mou: SPRM pantau perbelanjaan KBS - Khairy
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar