Pelantikan itu tidak perlu sekiranya peraturan dewan dipatuhi sepenuhnya kerana sepanjang 12 penggal DUN berlangsung tidak pernah ada masalah, katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.
Lim berkata, pelantikan itu juga dibuat bagi memastikan situasi sesi soalan lisan digugurkan pada sidang DUN tidak berulang.
Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar bagaimanapun berkata, pihaknya menerima pelantikan itu sebagai usaha untuk memastikan peraturan dewan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
"Ketua menteri sendiri mengakui dan minta maaf atas apa yang berlaku dan kita tak mahu perkara ini berulang. Ini merugikan rakyat Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Speaker DUN, Law Choo Kiang berkata, Jagdeep yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan hanya berperanan untuk meneliti setiap syor dan nasihat yang dicadangkan bagi memastikan isu melibatkan perjalanan sidang DUN tidak berulang.
"Segala tugas, tanggungjawab dan status dewan perundangan ini tetap akan di bawah kuasa dewan perundangan. Saya rasa jelas apa yang dicadangkan ketua menteri bukan pantau...ini adalah bahagian perundangan," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Pelantikan pemantau urusan DUN Pulau Pinang tidak perlu: Ketua pembangkang
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/pelantikan-pemantau-urusan-dun-pulau.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Pelantikan pemantau urusan DUN Pulau Pinang tidak perlu: Ketua pembangkang
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Pelantikan pemantau urusan DUN Pulau Pinang tidak perlu: Ketua pembangkang
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar