Seorang pegawai Wisma Putra yang enggan namanya disiarkan semasa dihubungi Bernama berkata, keadaan di Mesir masih terkawal, semua rakyat Malaysia selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam sebarang perhimpunan yang diadakan di negara itu.
Kementerian Luar sedang memantau perkembangan terkini demonstrasi yang diadakan di Kaherah dan beberapa bandar raya utama lain di Mesir.
Katanya, sejak beberapa hari lalu, demonstrasi berkenaan mengakibatkan ratusan orang cedera.
Beliau berkata, keadaan tidak menentu di negara itu semakin memuncak dan rakyat Malaysia dinasihat supaya menangguhkan dan menjadualkan semula lawatan ke negara itu.
Dilaporkan ribuan peserta demonstrasi yang berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah, antara lain mendesak Presiden Mohamed Morsi meletak jawatan manakala ribuan penyokong Morsi berhimpun di Nasr City yang terletak bersebelahan untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai keadaan di Mesir, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah di talian (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Tiada perancangan pindahkan segera rakyat Malaysia di Mesir
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/tiada-perancangan-pindahkan-segera.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Tiada perancangan pindahkan segera rakyat Malaysia di Mesir
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Tiada perancangan pindahkan segera rakyat Malaysia di Mesir
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar