Alvin, Vivian akan hadir di Bukit Aman

Written By Unknown on Rabu, 17 Juli 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee akan hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam masa terdekat bagi membantu siasatan polis berhubung gambar yang mempersenda Ramadan di Facebook mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pasangan itu akan hadir bersama peguam mereka.

"Mereka hanya memaklumkan kepada polis untuk serah diri di Bukit Aman, namun cubaan anggota kami untuk menghubungi mereka gagal," katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Pasangan berkenaan mempersenda Ramadan apabila memuat naik gambar sedang makan hidangan khinzir, Bak Kut Teh, berserta kapsyen dan logo halal yang menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial facebook baru-baru ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menasihatkan pasangan itu agar tampil menyerah diri bagi membantu siasatan polis. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Alvin, Vivian akan hadir di Bukit Aman

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/07/alvin-vivian-akan-hadir-di-bukit-aman.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Alvin, Vivian akan hadir di Bukit Aman

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Alvin, Vivian akan hadir di Bukit Aman

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger