ADUN Perai, P Ramasamy pula dikekalkan sebagai TKM II.
Rashid TKM 1 Pulau Pinang, P Ramasamy TKM II
Written By Unknown on Kamis, 09 Mei 2013 | 15.09
Mohamad Hasan kekal MB Negeri Sembilan
Beliau menyerahkan watikah pelantikan Menteri Besar kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Polis siasat penganjur, pemimpin pakatan pembangkang di perhimpunan Stadium Kelana Jaya
Beliau berkata, selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu.
Beliau berkata, penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjuran perhimpunan itu, 10 hari sebelum acara itu diadakan.
"12.20 tengah hari semalam kita terima notis, kita minta tunda supaya berlaku adil kepada penduduk sekitar," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya pihak penganjur tetap meneruskan perhimpunan itu dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kegusaran masyarakat sekeliling serta pengguna lebuh raya kerana sikap tidak bertanggungjawab peserta perhimpunan yang meletakkan kenderaan sesuka hati dan berlapis-lapis sehingga mengganggu aliran lalu lintas.
Tun Hisan berkata, Stadium Kelana Jaya itu hanya mampu menampung 25,000 orang dan mempunyai kira-kira 700 lot parkir dan menurutnya jika pihak penganjur mengikut peraturan, pihak polis boleh mencadangkan tempat yang lebih sesuai bagi penganjuran perhimpunan itu.
"Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika berlaku kecemasan dalam keadaan lalu lintas yang sesak. Ini menunjukkan mereka ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan kesan perbuatan mereka ke atas masyarakat setempat", katanya.
Ketika ditanya mengapa penganjur boleh memaklumkan kepada orang-ramai lebih awal menerusi laman sosial mengenai penganjuran perhimpunan itu tetapi memilih tengah hari semalam untuk memberi notis kepada polis, Tun Hisan berkata mereka ini sebenarnya adalah golongan bijak dan terpelajar tetapi sengaja hendak mencabar undang-undang.
Katanya, polis ada menerima beberapa laporan polis mengenai insiden semalam termasuk daripada seorang wanita yang mendakwa keretanya dibaling dengan botol.
Katanya, belum ada sebarang tangkapan dibuat kerana pihak polis masih belum selesai membuat siasatan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.
Tun Hisan berkata perhimpunan semalam akan turut disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ini adalah satu kes yang berat kerana mereka yang disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
"Kita memandang berat kerana mereka secara terang-terangan melanggar undang-undang, tidak hormat kepada masyarakat setempat".
Beliau juga berkata penganjur dan peserta tidak boleh mempertahankan tindakan mereka sebagai hak asasi tanpa mempedulikan dengan hak asasi penduduk setempat dan juga anggota polis. - BERNAMA
Obama ucap tahniah kepada Najib atas kemenangan dalam PRU-13
Rumah Putih dalam satu kenyataan menerusi laman web rasminya berkata, AS turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menunaikan tanggunjawab sehingga mencatatkan jumlah keluar mengundi tertinggi dalam sejarah pilihan raya umum di Malaysia.
Selain pangkah, tanda lain dalam kotak juga diterima sebagai pengundi - SPR
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata syaratnya sesuatu tanda itu mestilah dibuat di dalam ruangan yang disediakan.
"Dalam garis panduan kita, apa tanda pun diterima tak semestinya pangkah tetapi jangan buat di semua kotak," katanya mengulas mengenai 332,297 kertas undi ditolak atau undi rosak pada pilihan raya umum (PRU) Ahad lalu, berbanding 324,120 pada 2008.
Beliau berkata, bilangan undi rosak menunjukkan masih ramai rakyat Malaysia tidak faham mengenai cara mengundi semasa pilihan raya sehingga beratus-ratus ribu kertas undi terpaksa ditolak dan dikategorikan sebagai undi rosak.
Selain itu, katanya, ada juga pengundi yang mungkin sengaja merosakkan sesuatu kertas undi kerana tidak tahu calon yang mahu dipilih.
"Banyak sebab...pertama mungkin dia tidak mahu memilih sesiapa jadi dia rosakkan atau tulis apa-apa atau mungkin tak faham," katanya. - BERNAMA
Masih ramai orang Cina di Kedah sokong BN - Pemuda GERAKAN
Written By Unknown on Selasa, 07 Mei 2013 | 15.09
Ketua Pemuda GERAKAN Kedah, Tan Keng Liang, berkata perkara itu dapat dilihat menerusi kejayaan BN merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim selain mempertahankan DUN Gurun.
Sehubungan itu, Keng Liang berkata adalah tidak adil untuk pihak yang berkenaan membuat implikasi seolah-olah semua rakyat berketurunan Cina di negara ini menolak BN.
Beliau juga menggesa semua pihak kembali bersatu dan mengelak politik perkauman untuk menjamin perpaduan dan pembangunan negara.
"Kami Pemuda GERAKAN Kedah juga menggesa pakatan pembangkang menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka dan menghormati pilihan majoriti rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, sudah jelas bahawa majoriti rakyat Malaysia inginkan BN untuk terus mentadbir Malaysia dan mempertahankan keamanan dan pembangunan negara. - BERNAMA
Jangan demonstrasi jika tak puas hati proses pilihan raya - SPR
"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad menjelaskan bahawa calon boleh mengemukakan bantahan terhadap proses pengundian di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas pewartaan keputusan oleh SPR.
Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.
Beliau berkata petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.
"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," kata Wan Ahmad.
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan 40 petisyen pada PRU 1999.
Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya. - BERNAMA
Shahidan sokong pelantikan Azlan MB Perlis
"Kita ikut sahaja keputusan PM (Perdana Menteri). Kita bersetuju dengan calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Perdana Menteri bersama anggota parlimen Barisan Nasional (BN), di sini hari ini.
Sebelum ini ada desas-desus mengatakan Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis, tidak bersetuju dengan nama-nama yang disebut bakal menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang tidak bertanding pada pilihan raya umum Ahad lepas.
Selain Azlan, Datuk Ismail Kassim (Adun Tambun Tulang) yang juga adik Shahidan adalah antara nama yang disebut-sebut bakal meneraju kerajaan negeri yang baru itu.
Azlan, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang ke-11 di Istana Arau, hari ini. - BERNAMA
4 maut gunung berapi Filipina meletus
Lebih 20 waga asing dan pemandu pelancong masing-masing berada di sekitar lurah gubung berapi berkenaan yang memuntahkan debu tebal dan lahar tanpa amaran.
"Batu panas terhambur macam hujam," kata operator pemandu pelancong tempatan, Marti Calleja.
"Batu yang terpelating semula bersaiz sebenar meja makan," katanya.
Jurucakap polis wilayah, Superintendan Renato Bataller mengesahkan mengenai empat nyawa yang terkorban itu dengan tujuh lagi cedera termasuk empat warga Thai. - AFP
Exco Perak dijangka gandingan muka baru, lama
Beliau berkata pengumuman barisan Exco akan dibuat selepas mendapat perkenaan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mengenai kedudukan satu-satunya calon MCA di Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon yang menang pada pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas, Zambry berkata perkara itu diserahkan kepada pucuk pimpinan parti itu.
"Dr Mah mempunyai ciri-ciri yang sangat istimewa. Jika boleh, saya mahu beliau masih berada dalam senarai Exco. Apa-apa pun keputusan, merujuk kepada pucuk pimpinan (MCA)," katanya.
Dr Mah yang sebelum ini ialah Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam mempertahankan kerusi DUN Chenderiang pada pilihan raya umum lepas.
Semalam, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata parti akan menolak sebarang jawatan dalam kerajaan ekoran pencapaian yang layu parti itu pada pilihan raya umum kali ini.
Sementara itu, Zambry berkata beliau dan Exco yang bakal dilantik akan meneruskan pentadbiran dengan baik bagi memastikan keamanan dan kestabilan negeri.
"Kita akan terus gandakan usaha dan memperbaiki segala kelemahan yang ada," katanya sambil menambah agenda pembangunan negeri akn terus dilakukan melalui program Perak Aman Jaya.
Beliau berkata program turun padang yang dilaksanakan sejak beliau menjadi menteri besar sejak empat tahun lepas akan diteruskan. - BERNAMA
PRU13: Najib menghadap Agong sembah warkah pelantikan
Written By Unknown on Senin, 06 Mei 2013 | 15.09
Perdana Menteri dalam satu kenyataannya am berkata perkara itu selari dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan bahawa Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan supaya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
"Saya akan menghadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah warkah memohon perkenan baginda selaras dengan Fasal (2)(b) Perkara 43 dan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan terhadap Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini.
Zambry menghadap Pemangku Raja Perak, dijangka angkat sumpah esok
Kenderaan membawa Zambry dilihat memasuki perkarangan istana dengan diiringi dua kenderaan lain pada 9.50 pagi.
Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi penggal ke-13 esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Pada PRU-13 Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang memenangi 28 kerusi.
Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Chenderiang. - BERNAMA
Bursa Malaysia akhiri sesi pagi ditutup tinggi
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,747.79 pada rehat tengah hari, naik 53.02 mata daripada penutup pada Jumaat, selepas dibuka 76.85 mata lebih tinggi pada 1,771.62.
Hong Leong Investment Bank dalam nota penyelidikan hari ini berkata parti pemerintah mengekalkan kuasa persekutuan, kesinambungan kerajaan dan dasar akan diterima baik oleh pelabur.
"Dengan risiko besar telah reda, kami percaya kuasa pasaran akan kembali memaikan peranan dan FBM KLCI akan mula bersaing dengan bursa-bursa Asean
lain," kata firma penyelidikan itu.
British American Tobacco menerajui senarai kaunter untung, menambah RM1.52 kepada RM63.88, diikuti oleh Aeon Credit, naik RM1.04 kepada RM15.26 manakala
CIMB berada di tempat ketiga, meningkat 76 sen kepada RM8.37.
Sementara itu, Wall Street mencatatkan prestasi kukuh dalam perdagangan semalaman, naik antara satu dan 1.1 peratus di tengah-tengah jangkaan positif dalam keseluruhan prospek ekonomi.
Di papan skor, Indeks Kewangan meningkat 583.029 mata kepada 16,434.52, Indeks Perusahaan menambah 63.37 mata kepada 2,899.39 dan Indeks Perladangan naik 131.44 mata kepada 8,095.35.
Indeks FBM Emas meningkat 392.34 mata kepada 11,949.31, FBMT100 naik 382.09 mata kepada 11,788.01, dan Indeks FBM Ace menokok 132.86 mata kepada 4,034.98 dan Indeks FBM Mid 70 menambah 530.72 mata kepada 13,292.1.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak hampir sepuluh kali, 745 berbanding 75, dengan 98 kaunter tidak berubah, 693 tidak diniagakan, dan 32 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 1.14 bilion saham bernilai RM2.87 bilion.
Di kalangan kaunter cergas, Malaysian Airline System naik tujuh sen kepada 43 sen, Patimas Computers meningkat dua sen kepada 4.5 sen, Sapura Kencana menambah 34 sen kepada RM3.30, CIMB menokok 76 sen kepada RM8.37 dan UEM Land naik 34 sen kepada RM3.39.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik 29 sen kepada RM9.88, Axiata meningkat 24 sen kepada RM6.84, Sime Darby menambah sembilan sen kepada RM9.45, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM6.54 dan Tenaga naik 39 sen kepada RM8.17. - BERNAMA
PRU13: Tok Mun tetap gembira, berterima kasih kepada pengundi
Maimun yang lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata biarpun tidak memperoleh undi yang banyak namun ia tidak mengecewakan kerana masih ada yang mengundinya.
"Mulanya Tok rasa agak berdebar, tambah-tambah bila tengok banyak gambar dacing namun kini Tok lega...Tok terima dengan hati terbuka keputusan ini.
"Tok tidak kisah kalah atau menang itu adalah adat bertanding," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Tok Mun berkata, beliau bersiap seawal jam 7.30 malam untuk ke tempat pengiraan undi.
Warga emas itu hadir di tempat pengiraan undi seorang diri dengan menaiki kereta yang ditempah khas.
Walaupun tahu keputusan tidak memihak kepadanya namun tetap setia menunggu sehingga keputusan selesai diumumkan Pegawai Pengurus SPR Datuk Adzlan Mohd Dagang.
"Tok nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada pengundi Tok walaupun Tok tidak kenal mereka, tapi mereka tetap memangkah Tok dan buktinya mereka masih sayangkan Tok," katanya.
Beliau berkata, walaupun jumlah undi semakin berkurangan dan wang pertaruhan sekali lagi hangus, beliau tidak menyesal kerana sudah dapat melaksanakan amanah yang diberikan.
Maimun bertanding merebut kerusi Parlimen Kuala Terengganu menentang calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zubir Embong dan calon PAS Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang memenangi kerusi berkenaan.
Pada 2008, Maimun yang juga bertanding atas tiket Bebas di kawasan parlimen yang sama dan hilang wang deposit selepas hanya memperoleh 685 undi menentang calon BN (Allahyarham) Datuk Razali Ismail dan calon PAS Mohamad Sabu. - BERNAMA
Najib tiba di Istana Negara untuk angkat sumpah sebagai PM
Perlantikan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah selaras dengan Fasal (2)(a) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan supaya Najib dilantik sebagai Perdana Menteri.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, semalam, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan Persekutuan yang baru.
PRU13: 61 peratus pengundi keluar mengundi setakat tengah hari di Pahang
Written By Unknown on Minggu, 05 Mei 2013 | 15.09
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Other Noh berkata, daerah Lipis mencatatkan rekod jumlah pengundi tertinggi mengundi sebanyak 61 peratus.
PRU13: 64.5 peratus pengundi keluar mengundi setakat jam 2.30 petang di Kelantan
Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Mohamad Mahmud, berkata jumlah itu membabitkan 586, 165 orang daripada 918, 573 yang ada dalam daftar pemilih.
PRU13: JPN sahkan seorang pengundi Bangladesh warganegara Malaysia
Untuk makluman, semakan pada rekod jabatan ini mendapati bahawa beliau adalah berstatus warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan dilahirkan di negeri Pahang.
Ingin ditegaskan bahawa status kewarganegaraan seseorang individu terbabit adalah ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu tersrbut dilahirkan dan bukannya berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan.
Sehubungan dengan itu JPN menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa.
Sebaliknya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mengwujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.
PRU13: Majikan boleh pilih beri gaji atau sebaliknya untuk cuti am bagi beberapa negeri esok
Ketua Pengarah Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (TKSM), Mohd Jeffrey Joakim, berkata berdasarkan Seksyen 60D Akta Kerja, semua pekerja layak diberi cuti am bergaji untuk 11 hari dalam satu tahun kalendar dan lima hari wajib.
Beliau berkata, selain itu mana-mana hari yang diisytiharkan sebagai cuti am pada tahun berkenaan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Pelepasan Am 1951, dan baki enam hari cuti am itu boleh dipilih daripada mana-mana hari cuti am yang lain.
"Berdasarkan peruntukan tersebut cuti am yang diumumkan oleh pihak berkuasa negeri di bawah Seksyen 9, Akta Hari Pelepasan Am 1951 adalah tidak terpakai di bawah Akta Kerja 1955," katanya. - BERNAMA
PRU13: 64 peratus keluar mengundi sehingga 3 petang
Artikel Berkenaan
KUALA LUMPUR: Majikan boleh memilih sama ada memberi cuti am bergaji atau sebaliknya kepada pekerja mereka bagi cuti am esok yang diumumkan oleh beberapa negeri.
KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu pada laman Facebook berkaitan Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai 'Bangla' dan seterusnya dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini.
KOTA BHARU: Sebanyak 64.5 peratus rakyat Kelantan sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sehingga jam 2.30 petang.
KUANTAN: Kira-kira 449,876 atau 61 peratus daripada 737, 501 pengundi di seluruh Pahang sudah menunaikan tanggungjawab masing-masing sehingga jam 1 petang.
KUALA KLAWANG: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menaruh penuh keyakinan Barisan Nasional (BN) akan dikembalikan sebagai juara pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
PAGOH: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa meninjau pusat-pusat pengundian di sekitar Parlimen Pagoh, sejurus selesai mengundi, hari ini.
KUALA LUMPUR: Proses pengundian di seluruh negara setakat tengah hari ini berjalan lancar, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira 10 minit di Pejabat Parti Calon N40, yang terletak berdekatan pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6, di sini.
PUTRAJAYA: Kira-kira 58.99 peratus atau 7.6 juta pengundi di seluruh negara telah mengundi pada pilihan raya umum ke-13 setakat tengah hari tadi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
ALOR SETAR: Seorang lelaki warga emas sempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kubang Rotan, Kuala Kedah pagi tadi sebelum diserang penyakit jantung dan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
IPOH: Seorang warga tua, V Selvaraju, 56, meninggal dunia di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Simee, di sini, jam 12 tengah hari tadi.
BUKIT MERTAJAM: Pasangan pengantin baru tidak melepaskan peluang untuk mengundi, di sini.
SHAH ALAM: Polis Selangor memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berhimpun di luar pusat pengundian selepas tempoh mengundi tamat pada jam 5 petang ini.
PUTRAJAYA: Lumpuh separuh badan akibat serangan angin ahmar dan memakai tiub saluran makanan bukan halangan bekas wartawan akhbar Berita Harian (BH) Tajudin Mohd Saman untuk melunaskan kewajipan sebagai pemilih hari ini.
KUALA LUMPUR: Seramai 18 pemerhati antarabangsa yang dijemput Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyaksikan proses pilihan raya umum ke-13 (PRU13) membuat pemerhatian di beberapa pusat mengundi di sini sejak awal pagi.
KUALA LUMPUR: Peratus keluar mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 setakat 1 tengah hari ini berbeza mengikut negeri dengan Selangor mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PUTRAJAYA: Peratusan keluar mengundi setakat jam 1 tengah hari tadi adalah sebanyak 59.6 peratus dengan lebih tujuh juta pengundi keluar mengundi, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.
AYER KEROH: Kira-kira 40 peratus daripada 424,519 pengundi berdaftar di negeri ini sudah keluar mengundi sehingga jam 12 tengah hari tadi.
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata setakat ini tiada sebarang insiden atau kejadian tidak diingini berlaku.
KANGAR: Suasana 88 pusat mengundi seluruh Perlis berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan pengundi dilihat berpuas hati dengan proses pembuangan undi yang diuruskan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pendang: Walaupun uzur dan terpaksa bertongkat, seorang lelaki warga emas tetap gigih keluar menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi calon pilihannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
JOHOR BAHRU: Proses mengundi di kerusi panas kawasan Parlimen Gelang Patah berjalan lancar, namun dilapor berlaku satu insiden kecil di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pu Sze di Skudai.
KUANTAN: Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata proses pengundian di negeri itu berjalan lancar setakat tengah hari ini.
Berikut peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari dan peratusan sokongan BN (TIDAK RASMI):
KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai supaya tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang disebarkan pihak tertentu mengenai keputusan pilihan raya petang ini.
KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesan satu kumpulan dikenali sebagai 505 menyebar artikel di internet untuk mengajak orang ramai berkumpul di tempat mengundi masing-masing sebelum berarak ke Putrajaya.
KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah tiba di pusat mengundi di Sekolah Agama Taman Sri Lambak di sini kira-kira jam 10 pagi ini.
JERLUN: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mahu memastikan kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Itam terlebih dulu sebelum memikirkan tugas sebagai Menteri Besar Kedah.
KUALA TERENGGANU: Malang bagi calon tertua, Maimun Yusuf, 94, apabila dia terpaksa pulang berjalan kaki kira-kira satu kilometer ke rumahnya di Kampung Panji Alam selepas menjadi mangsa penipuan kenalannya sendiri.
PRU13: Muhyiddin seru 13 juta pengundi keluar mengundi esok
Written By Unknown on Sabtu, 04 Mei 2013 | 15.09
Muhyiddin berkata kerjasama para pengundi dari semua kaum amat diperlukan bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) sekaligus memberikan mandat buat pertama kali kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Turut hadir, isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang Ismail Mohamed.
Muhyiddin berkata kemenangan BN amat diperlukan bagi negara meneruskan dasar-dasar transformasi yang sudah dilaksanakan memandangkan lima tahun akan datang merupakan tempoh penting untuk Malaysia mencapai status negara maju.
Beliau berkata kerajaan mahu semua rancangan yang disusun berada di landasan yang betul dan perubahan kerajaan sudah tentunya akan merencatkan pembangunan sedia ada.
"Kita harap pengundi bersifat rasional kerana keputusan pilihan raya ini akan menjadi penentu masa depan Malaysia yang kita kehendaki.
"Kalau yakin dengan kemampuan BN, sokonglah BN. Kalau sebaliknya, terserah mereka. Tiada sesiapa yang akan memaksa pengundi menyokong mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA
PRU13: BN yakin dapat pertahan Perak - Zahid
Katanya keyakinan itu berdasarkan kepada maklum balas yang diperoleh daripada kajian agensi dan laporan politik.
Ahmad Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datoh berkata berdasarkan kepada suasana sokongan rakyat, BN mempunyai harapan yang cerah untuk membentuk kerajaan di negeri ini.
"Namun kita masih berusaha untuk memperoleh lebih daripada 31 kerusi bagi mendapatkan suara yang mutlak untuk pembentukan kerajaan negeri dengan majoriti yang selesa," katanya.
Mengenai dua kerusi DUN di bawah Parlimen Bagan Datoh, Ahmad Zahid yakin pengundi akan memberikan undi sepenuhnya kepada BN kerana kedua-dua calon BN merupakan anak tempatan.
Parlimen Bagan Datoh mempunyai dua DUN iaitu Rungkup dan Hutan Melintang yang masing-masing dimenangi calon BN dan PKR pada pilihan raya umum lalu. - BERNAMA
PRU13: Keadaan hari mengundi esok terkawal - Polis Johor
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kesiapsiagaan pasukan polis berada ditahap menyakinkan bagi memastikan proses mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berjalan lancar.
"Kita mempunyai pasukan yang mencukupi,berpengalaman dan kekuatan logistik. Pegundi jangan percaya dengan apa saja SMS berkaitan keselamatan yang diterima.
"Keluar mengundi dan tunaikan tanggungjawab. Usah beri kad pengenalan kepada sesiapa kecuali pihak berkuasa saja, polis berada bagi di 910 pusat pembuangan undi di Johor bagi memastikan keselamatan," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini.
Mohd Mokhtar berkata, pihaknya juga mengesan dua hingga tiga lokasi sekitar bandaraya yang terdapat bendera yang dikatakan sebagai Malaysia spring.
"Sudah ada laporan polis yang dibuat. Polis sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. kepada pihak yang ada niat untuk melakukan perkara tidak sepatutnya mereka perlu fikirkan bahawa negara ini ada peraturan dan polis akan melaksanakan tugas mengikut undnag-undang.
"Polis juga menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti individu yang cuba membuat kekacauan sepanjang PRU13," katanya.
Dalam sidang media sama, beliau berkata, dalam tempoh berkempen selama 14 hari sebanyak 95p pelbagai laporan diterima dan sembilan tangkap dibuat.
"Tiga daripadanya sudah dihadap ke mahkamah dan polis masih menyiasat laporan lain yang dibuat. Jika orang ramai ada sebarang masalah atau pertanyaan mereka boleh menghubungi talian 07-2212999 untuk bantuan atau balai polis berdekatan," katanya.
PRU13: Ku Li minta pengundi beri kemenangan besar kerana pilihan raya terakhirnya
Tengku Razaleigh, 76, berkata beliau tidak akan menawarkan diri lagi untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan berharap para pengundi kerusi Parlimen Gua Musang akan membalas jasanya selama lima dekad dengan memberikannya undi yang lebih besar.
Tengku Razaleigh mula bertanding kerusi Parlimen Gua Musang, yang dahulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan Barat sejak pilihan raya umum 1969 pada usia 32 tahun, dan telah menyandang kerusi itu untuk sembilan penggal dan pernah memenangi kerusi itu tanpa tanding pada pilihan raya umum 1974.
Bagi PRU kali ini, "hanya yang saya minta daripada rakyat untuk memberi kemenangan dengan majoriti lebih besar pada PRU-13 esok, Insya-Allah akan dapat dicapai," katanya.
Ketua Umno Gua Musang itu berkata jika terus diberi mandat esok, beliau berjanji akan terus memberi khidmat terbaik bagi menyelesaikan masalah rakyat supaya semuanya dapat tinggal dalam suasana aman dan maju.
Beliau yakin bukan sahaja kerusi BN Parlimen Gua Musang akan dapat menang besar, tetapi juga kerusi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paloh, Nenggiri dan Galas.
Ini kerana sokongan rakyat yang mahukan pemimpin yang sudah sekian lama berjasa kepada mereka, dan meneruskan usaha membawa pembangunan ke kawasan itu, katanya.
- BERNAMA
PRU13: Pegawai TUDM bukan ditukar hanya ditempatkan sementara
Beliau berkata, pegawai terbabit hanya ditempatkan sementara di Markas TUDM di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, bagi membolehkan lembaga penyiasatan menjalankan siasatan dengan lancar.
"Pihak pengurusan TUDM telah mengarahkan satu lembaga penyiasatan ditubuhkan. Bagi membolehkan lembaga penyiasatan menjalankan tugas dengan mantap, beliau (pegawai itu) ditumpangkan ke markas tentera udara untuk sementara waktu sehinggalah siasatan ini selesai.
"Bukan beliau ditukarkan dari pasukan sekarang ke Kuala Lumpur. Tidak. Dia ditempatkan sementara. Ini bersifat sementara untuk memudahkan siasatan," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dan ramah mesra veteran ATM Parlimen Pasir Mas di Kolej Vokasional Pasir Mas di sini, hari ini.
Zulkifeli berkata, siasatan itu mungkin mengambil masa sebulan, dan ia dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum rumusan dibuat.
"Kita menubuhkan lembaga penyiasatan itu untuk menentukan punca rasa tidak puas hati beliau, dan mengapa beliau membuat laporan polis supaya kita boleh mengenal pasti sebab sebenar dan kita dapat mengatasi punca itu.
"Tumpang bersifat sementara bagi membolehkan sesuatu yang dilaksanakan selesai dan bila selesai beliau akan kembali ke jawatan asal," katanya.
Harakahdaily pada 1 Mei lalu melaporkan seorang pegawai TUDM berpangkat mejar yang berpangkalan di Butterworth, membuat laporan polis setelah dakwat yang dicalit pada jari telunjuk tangan kirinya semasa pengundian awal pada 30 April lalu, didapati luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.
Sementara itu, Zulkifeli berkata, ATM memperketat dan mempergiat kawalan di sempadan sebagai langkah mencegah anasir tertentu memasuki negara dan mengancam keselamatan, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13 esok.
Katanya, ia dilakukan kerana ATM bimbang wujudnya ancaman bukan tradisional seperti keganasan, penyeludupan dadah dan senjata, pengeboman, dan pemerdagangan manusia.
"Mungkin tidak terjadi, tetapi tidak ada hal untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan memperketat keselamatan negara," katanya.
Turut hadir, Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah; Asisten Ketua Staf Perisikan Tentera Darat, Datuk Khir Mohd Noor; Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan, Datuk Muhammad Abdul Ghani dan Timbalan Pengerusi Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M), Datuk Rohisha Yahaya.
Pada majlis itu, seramai 31 pesara tentera menerima pingat Jasa Malaysia manakala 26 orang menerima sumbangan SVTB1M. - BERNAMA
PRU13: Pakatan pembangkang guna taktik kotor di Putrajaya - Tengku Adnan
Written By Unknown on Rabu, 01 Mei 2013 | 15.09
Tengku Adnan, yang mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum Ahad ini, berkata beliau menerima laporan terdapat pengundi ditawarkan RM500 dan didatangi orang tidak dikenali yang hendak mencalit dakwat di jari mereka.
"Ada seorang wanita ini bagi masuk rumah. Bila masuk akhirnya dia nak calit dakwat ke tangan perempuan ni, kononnya menyenangkan supaya pergi mengundi. Ini taktik kotor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi India di sini malam tadi.
Katanya, beliau sudah mengarahkan mereka yang telah membuat aduan itu kepadanya supaya membuat laporan polis.
Tengku Adnan juga mendakwa parti pakatan PAS-PKR-DAP juga telah menyebarkan pelbagai perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, yang mampu menimbulkan sentimen tidak baik dan menganggu penduduk Putrajaya yang tidak sukakan huru-hara dan sikap berpuak-puak.
Tengku Adnan terbabit dalam pertarungan satu lawan satu di kerusi Parlimen Putrajaya dengan calon PAS Datuk Husam Musa yang merupakan Naib Presiden PAS. Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Adnan menang kerusi itu dengan mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad dengan majoriti 2,734 undi.
Mengenai cadangan debat antara beliau dan Husam, Tengku Adnan berkata beliau tidak berminat untuk berdebat dengan pencabarnya kerana Husam kurang arif mengenai kawasan Parlimen itu memandangkan beliau calon baharu di situ, dan tidak tahu bagaimana pusat pentabiran kerajaan persekutuan itu dibangunkan.
"Persoalannya nak berdialog pasal apa? Saya pun tak faham. Tiada masalah di Putrajaya. Kita semua selesaikan masalah dengan cara kita, tiap-tiap hari selesaikan segala masalah keperluan warga Putrajaya," katanya. - BERNAMA
Bapa Saiful Bukhari umum keluar PKR
Beliau berkata, tindakan itu atas kerelaan hati dan bukan atas desakan mana-mana pihak.
"Saya menyedari kesilapan saya selama ini dan sudah kembali ke jalan yang benar... saya tidak takut untuk menerima sebarang tohmahan masyarakat selepas ini kerana saya bercakap atas kesedaran sebagai seorang bapa," katanya kepada BH di sini, sebentar tadi.
PRU13: Tok Mun tetap kempen walau tahu 'jalan berliku'
Usia tua bukan halangan untuk beliau melakukan semua itu dan masih aktif berkempen dari rumah ke rumah secara bersendirian terutama di kalangan kenalan rapat.
"Tok berjalan atau menaiki basikal untuk berkempen. Tok berkempen pun sorang-sorang. Tok tidak pernah menyusahkan orang lain. Semuanya Tok lakukan sendiri dengan bantuan mereka yang ikhlas menolong Tok. Tok masih kuat untuk berjalan, kalau rasa sakit-sakit badan, Tok makan majun.
"Biarlah.. Tok lebih selesa berkempen dengan menaiki basikal begini," katanya yang kini menghentikan seketika aktiviti menjual kain bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada proses berkempen," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Tok Mun menjelaskan keputusan bertanding untuk kali kedua ini bagi menunaikan amanah orang lama.
Sementara itu, beliau meluahkan perasaan sedih apabila markas kempen yang ditubuhkan di Jalan Panji Aka menjadi mangsa khianat apabila poster yang dipasang dirosakkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Namun beliau lebih selesa berdiam diri dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan kini hanya mempunyai satu markas di Kampung Chabang Tiga.
Warga emas yang pernah menggemparkan negara pada PRU12 selepas menjadi calon bebas Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang 'kunci' pada PRU kali ini.
"Biasanya, jumlah bajet yang Tok belanja Tok akan tahu setelah selesai PRU, tahun 2008 hampir RM15,000 duit Tok belanjakan dan tahun ini mungkin hampir RM30,000," katanya.
Pada PRU 2008, Tok Mun hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. - BERNAMA
PRU13: Wanita dakwa ditawar calit dakwat untuk mudahkan mengundi
Menceritakan kejadian pada sidang media di sini malam semalam, penjawat awam berusia 47 tahun itu berkata, kediamannya dikunjungi empat lelaki dan empat wanita yang tidak dikenali jam 11.30 malam Isnin.
"Mereka kata mereka datang untuk semak sama ada saya ada tinggal di kuarters ataupun tidak. Mereka kata puan nampak tidak sihat dan mereka boleh calit," katanya.
Menurut ibu tunggal kepada seorang anak itu, kumpulan berkenaan terus memujuknya agar membenarkan mereka mencalit dakwat berkenaan bagi memudahkannya pada hari pengundian kerana tidak perlu berbaris panjang menunggu giliran.
Atas kesedaran dan keselamatan, wanita itu berkata beliau membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7 semalam bagi mengelakkan ada pihak lain menjadi mangsa kepada kumpulan berkenaan.
Ditanya sama ada beliau ditawarkan imbuhan oleh kumpulan itu, beliau berkata: "Tidak."
Beliau yang tinggal di kuarters itu sejak 12 tahun lalu juga tidak pasti sama ada kumpulan berkenaan turut mengunjungi jiran-jirannya. - BERNAMA
Gempa bumi 5.8 magnitud gegar India
Pegawai Jabatan Meteorologi India berkata, pusat gempa terletak kira-kira 450 kilometer utara New Delhi.
Tiada laporan mengenai kerosakan atau kematian. - AFP