Zambry menghadap Pemangku Raja Perak, dijangka angkat sumpah esok

Written By Unknown on Senin, 06 Mei 2013 | 15.09

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini menghadap Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta, di sini hari ini.

Kenderaan membawa Zambry dilihat memasuki perkarangan istana dengan diiringi dua kenderaan lain pada 9.50 pagi.

Dalam majlis hampir sejam itu, Zambry mempersembahkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di Perak dan memohon perkenan baginda untuk pembentukan kerajaan negeri baru.

Beliau dijangka mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak bagi penggal ke-13 esok di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Pada PRU-13 Barisan Nasional (BN) Perak menang dengan majoriti mudah apabila menguasai 31 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang memenangi 28 kerusi.

Dalam keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya, Umno memenangi 30 daripada 36 kerusi DUN yang ditandinginya manakala MCA menyumbang satu kerusi iaitu Chenderiang. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Zambry menghadap Pemangku Raja Perak, dijangka angkat sumpah esok

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/zambry-menghadap-pemangku-raja-perak.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Zambry menghadap Pemangku Raja Perak, dijangka angkat sumpah esok

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Zambry menghadap Pemangku Raja Perak, dijangka angkat sumpah esok

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger