Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,747.79 pada rehat tengah hari, naik 53.02 mata daripada penutup pada Jumaat, selepas dibuka 76.85 mata lebih tinggi pada 1,771.62.
Hong Leong Investment Bank dalam nota penyelidikan hari ini berkata parti pemerintah mengekalkan kuasa persekutuan, kesinambungan kerajaan dan dasar akan diterima baik oleh pelabur.
"Dengan risiko besar telah reda, kami percaya kuasa pasaran akan kembali memaikan peranan dan FBM KLCI akan mula bersaing dengan bursa-bursa Asean
lain," kata firma penyelidikan itu.
British American Tobacco menerajui senarai kaunter untung, menambah RM1.52 kepada RM63.88, diikuti oleh Aeon Credit, naik RM1.04 kepada RM15.26 manakala
CIMB berada di tempat ketiga, meningkat 76 sen kepada RM8.37.
Sementara itu, Wall Street mencatatkan prestasi kukuh dalam perdagangan semalaman, naik antara satu dan 1.1 peratus di tengah-tengah jangkaan positif dalam keseluruhan prospek ekonomi.
Di papan skor, Indeks Kewangan meningkat 583.029 mata kepada 16,434.52, Indeks Perusahaan menambah 63.37 mata kepada 2,899.39 dan Indeks Perladangan naik 131.44 mata kepada 8,095.35.
Indeks FBM Emas meningkat 392.34 mata kepada 11,949.31, FBMT100 naik 382.09 mata kepada 11,788.01, dan Indeks FBM Ace menokok 132.86 mata kepada 4,034.98 dan Indeks FBM Mid 70 menambah 530.72 mata kepada 13,292.1.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak hampir sepuluh kali, 745 berbanding 75, dengan 98 kaunter tidak berubah, 693 tidak diniagakan, dan 32 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 1.14 bilion saham bernilai RM2.87 bilion.
Di kalangan kaunter cergas, Malaysian Airline System naik tujuh sen kepada 43 sen, Patimas Computers meningkat dua sen kepada 4.5 sen, Sapura Kencana menambah 34 sen kepada RM3.30, CIMB menokok 76 sen kepada RM8.37 dan UEM Land naik 34 sen kepada RM3.39.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik 29 sen kepada RM9.88, Axiata meningkat 24 sen kepada RM6.84, Sime Darby menambah sembilan sen kepada RM9.45, Petronas Chemicals menokok enam sen kepada RM6.54 dan Tenaga naik 39 sen kepada RM8.17. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Bursa Malaysia akhiri sesi pagi ditutup tinggi
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/bursa-malaysia-akhiri-sesi-pagi-ditutup.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Bursa Malaysia akhiri sesi pagi ditutup tinggi
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Bursa Malaysia akhiri sesi pagi ditutup tinggi
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar