PRU13: JPN sahkan seorang pengundi Bangladesh warganegara Malaysia

Written By Unknown on Minggu, 05 Mei 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu pada laman Facebook berkaitan Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai 'Bangla' dan seterusnya dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini.

Untuk makluman, semakan pada rekod jabatan ini mendapati bahawa beliau adalah berstatus warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan dilahirkan di negeri Pahang.

Salah tanggapan timbul apabila orang ramai beranggapan bahawa beliau warga Bangladesh berdasarkan rupaparas fizikalnya ketika kejadian di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Segar, Cheras.

Ingin ditegaskan bahawa status kewarganegaraan seseorang individu terbabit adalah ditentukan berdasarkan kepada status ibu bapa semasa individu tersrbut dilahirkan dan bukannya berdasarkan kepada rupa paras fizikal, agama, bangsa dan keturunan.

Sehubungan dengan itu JPN menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status kerana penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa.

Sebaliknya perlulah merujuk kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya agar tidak mengwujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.


Anda sedang membaca artikel tentang

PRU13: JPN sahkan seorang pengundi Bangladesh warganegara Malaysia

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/pru13-jpn-sahkan-seorang-pengundi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PRU13: JPN sahkan seorang pengundi Bangladesh warganegara Malaysia

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PRU13: JPN sahkan seorang pengundi Bangladesh warganegara Malaysia

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger