PRU13: Keadaan hari mengundi esok terkawal - Polis Johor

Written By Unknown on Sabtu, 04 Mei 2013 | 15.09

JOHOR BAHRU: Pengundi tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi esok kerana jaminan keselamatan adalah terkawal.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kesiapsiagaan pasukan polis berada ditahap menyakinkan bagi memastikan proses mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berjalan lancar.

Katanya, pengundi tidak perlu bimbang dengan pelbagai dakwaan dan khidmat pesanan ringkat (SMS) yang diterima terutama yang membabitkan keselamatan.

"Kita mempunyai pasukan yang mencukupi,berpengalaman dan kekuatan logistik. Pegundi jangan percaya dengan apa saja SMS berkaitan keselamatan yang diterima.

"Keluar mengundi dan tunaikan tanggungjawab. Usah beri kad pengenalan kepada sesiapa kecuali pihak berkuasa saja, polis berada bagi di 910 pusat pembuangan undi di Johor bagi memastikan keselamatan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen Johor di sini.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya juga mengesan dua hingga tiga lokasi sekitar bandaraya yang terdapat bendera yang dikatakan sebagai Malaysia spring.
"Sudah ada laporan polis yang dibuat. Polis sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. kepada pihak yang ada niat untuk melakukan perkara tidak sepatutnya mereka perlu fikirkan bahawa negara ini ada peraturan dan polis akan melaksanakan tugas mengikut undnag-undang.

"Polis juga menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti individu yang cuba membuat kekacauan sepanjang PRU13," katanya.

Dalam sidang media sama, beliau berkata, dalam tempoh berkempen selama 14 hari sebanyak 95p pelbagai laporan diterima dan sembilan tangkap dibuat.

"Tiga daripadanya sudah dihadap ke mahkamah dan polis masih menyiasat laporan lain yang dibuat. Jika orang ramai ada sebarang masalah atau pertanyaan mereka boleh menghubungi talian 07-2212999 untuk bantuan atau balai polis berdekatan," katanya.


Anda sedang membaca artikel tentang

PRU13: Keadaan hari mengundi esok terkawal - Polis Johor

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/pru13-keadaan-hari-mengundi-esok.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PRU13: Keadaan hari mengundi esok terkawal - Polis Johor

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PRU13: Keadaan hari mengundi esok terkawal - Polis Johor

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger