Tengku Razaleigh, 76, berkata beliau tidak akan menawarkan diri lagi untuk bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang dan berharap para pengundi kerusi Parlimen Gua Musang akan membalas jasanya selama lima dekad dengan memberikannya undi yang lebih besar.
Tengku Razaleigh mula bertanding kerusi Parlimen Gua Musang, yang dahulunya dikenali sebagai Ulu Kelantan Barat sejak pilihan raya umum 1969 pada usia 32 tahun, dan telah menyandang kerusi itu untuk sembilan penggal dan pernah memenangi kerusi itu tanpa tanding pada pilihan raya umum 1974.
Bagi PRU kali ini, "hanya yang saya minta daripada rakyat untuk memberi kemenangan dengan majoriti lebih besar pada PRU-13 esok, Insya-Allah akan dapat dicapai," katanya.
Ketua Umno Gua Musang itu berkata jika terus diberi mandat esok, beliau berjanji akan terus memberi khidmat terbaik bagi menyelesaikan masalah rakyat supaya semuanya dapat tinggal dalam suasana aman dan maju.
Beliau yakin bukan sahaja kerusi BN Parlimen Gua Musang akan dapat menang besar, tetapi juga kerusi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Paloh, Nenggiri dan Galas.
Ini kerana sokongan rakyat yang mahukan pemimpin yang sudah sekian lama berjasa kepada mereka, dan meneruskan usaha membawa pembangunan ke kawasan itu, katanya.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
PRU13: Ku Li minta pengundi beri kemenangan besar kerana pilihan raya terakhirnya
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/pru13-ku-li-minta-pengundi-beri.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PRU13: Ku Li minta pengundi beri kemenangan besar kerana pilihan raya terakhirnya
namun jangan lupa untuk meletakkan link
PRU13: Ku Li minta pengundi beri kemenangan besar kerana pilihan raya terakhirnya
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar