Beliau berkata, pegawai terbabit hanya ditempatkan sementara di Markas TUDM di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, bagi membolehkan lembaga penyiasatan menjalankan siasatan dengan lancar.
"Pihak pengurusan TUDM telah mengarahkan satu lembaga penyiasatan ditubuhkan. Bagi membolehkan lembaga penyiasatan menjalankan tugas dengan mantap, beliau (pegawai itu) ditumpangkan ke markas tentera udara untuk sementara waktu sehinggalah siasatan ini selesai.
"Bukan beliau ditukarkan dari pasukan sekarang ke Kuala Lumpur. Tidak. Dia ditempatkan sementara. Ini bersifat sementara untuk memudahkan siasatan," katanya ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dan ramah mesra veteran ATM Parlimen Pasir Mas di Kolej Vokasional Pasir Mas di sini, hari ini.
Zulkifeli berkata, siasatan itu mungkin mengambil masa sebulan, dan ia dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum rumusan dibuat.
"Kita menubuhkan lembaga penyiasatan itu untuk menentukan punca rasa tidak puas hati beliau, dan mengapa beliau membuat laporan polis supaya kita boleh mengenal pasti sebab sebenar dan kita dapat mengatasi punca itu.
"Tumpang bersifat sementara bagi membolehkan sesuatu yang dilaksanakan selesai dan bila selesai beliau akan kembali ke jawatan asal," katanya.
Harakahdaily pada 1 Mei lalu melaporkan seorang pegawai TUDM berpangkat mejar yang berpangkalan di Butterworth, membuat laporan polis setelah dakwat yang dicalit pada jari telunjuk tangan kirinya semasa pengundian awal pada 30 April lalu, didapati luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.
Sementara itu, Zulkifeli berkata, ATM memperketat dan mempergiat kawalan di sempadan sebagai langkah mencegah anasir tertentu memasuki negara dan mengancam keselamatan, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13 esok.
Katanya, ia dilakukan kerana ATM bimbang wujudnya ancaman bukan tradisional seperti keganasan, penyeludupan dadah dan senjata, pengeboman, dan pemerdagangan manusia.
"Mungkin tidak terjadi, tetapi tidak ada hal untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga dan memperketat keselamatan negara," katanya.
Turut hadir, Panglima 8 Briged Infantri Brig Jen Datuk Mohamad Zaki Hamzah; Asisten Ketua Staf Perisikan Tentera Darat, Datuk Khir Mohd Noor; Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan, Datuk Muhammad Abdul Ghani dan Timbalan Pengerusi Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M), Datuk Rohisha Yahaya.
Pada majlis itu, seramai 31 pesara tentera menerima pingat Jasa Malaysia manakala 26 orang menerima sumbangan SVTB1M. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
PRU13: Pegawai TUDM bukan ditukar hanya ditempatkan sementara
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/pru13-pegawai-tudm-bukan-ditukar-hanya.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PRU13: Pegawai TUDM bukan ditukar hanya ditempatkan sementara
namun jangan lupa untuk meletakkan link
PRU13: Pegawai TUDM bukan ditukar hanya ditempatkan sementara
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar