Usia tua bukan halangan untuk beliau melakukan semua itu dan masih aktif berkempen dari rumah ke rumah secara bersendirian terutama di kalangan kenalan rapat.
"Tok berjalan atau menaiki basikal untuk berkempen. Tok berkempen pun sorang-sorang. Tok tidak pernah menyusahkan orang lain. Semuanya Tok lakukan sendiri dengan bantuan mereka yang ikhlas menolong Tok. Tok masih kuat untuk berjalan, kalau rasa sakit-sakit badan, Tok makan majun.
"Biarlah.. Tok lebih selesa berkempen dengan menaiki basikal begini," katanya yang kini menghentikan seketika aktiviti menjual kain bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada proses berkempen," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Tok Mun menjelaskan keputusan bertanding untuk kali kedua ini bagi menunaikan amanah orang lama.
Sementara itu, beliau meluahkan perasaan sedih apabila markas kempen yang ditubuhkan di Jalan Panji Aka menjadi mangsa khianat apabila poster yang dipasang dirosakkan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Namun beliau lebih selesa berdiam diri dan melaporkan perkara itu kepada pihak polis dan kini hanya mempunyai satu markas di Kampung Chabang Tiga.
Warga emas yang pernah menggemparkan negara pada PRU12 selepas menjadi calon bebas Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi memilih lambang 'kunci' pada PRU kali ini.
"Biasanya, jumlah bajet yang Tok belanja Tok akan tahu setelah selesai PRU, tahun 2008 hampir RM15,000 duit Tok belanjakan dan tahun ini mungkin hampir RM30,000," katanya.
Pada PRU 2008, Tok Mun hanya mendapat 685 undi dan hilang wang pertaruhan. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
PRU13: Tok Mun tetap kempen walau tahu 'jalan berliku'
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/pru13-tok-mun-tetap-kempen-walau-tahu.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
PRU13: Tok Mun tetap kempen walau tahu 'jalan berliku'
namun jangan lupa untuk meletakkan link
PRU13: Tok Mun tetap kempen walau tahu 'jalan berliku'
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar