PRU13: Wanita dakwa ditawar calit dakwat untuk mudahkan mengundi

Written By Unknown on Rabu, 01 Mei 2013 | 15.09

PUTRAJAYA: Seorang wanita yang tinggal di kuarters kerajaan di sini mendakwa dirinya didatangi sekumpulan individu yang menawar untuk mencalit dakwat kekal pada jarinya dalam satu kejadian malam kelmarin.

Menceritakan kejadian pada sidang media di sini malam semalam, penjawat awam berusia 47 tahun itu berkata, kediamannya dikunjungi empat lelaki dan empat wanita yang tidak dikenali jam 11.30 malam Isnin.

Katanya beliau membenarkan mereka yang berpakaian seperti golongan profesional masuk ke dalam rumah selepas diberitahu mereka hanya mahu memastikan beliau benar-benar tinggal di situ.

"Mereka kata mereka datang untuk semak sama ada saya ada tinggal di kuarters ataupun tidak. Mereka kata puan nampak tidak sihat dan mereka boleh calit," katanya.

Menurut ibu tunggal kepada seorang anak itu, kumpulan berkenaan terus memujuknya agar membenarkan mereka mencalit dakwat berkenaan bagi memudahkannya pada hari pengundian kerana tidak perlu berbaris panjang menunggu giliran.

Atas kesedaran dan keselamatan, wanita itu berkata beliau membuat laporan polis di Balai Polis Presint 7 semalam bagi mengelakkan ada pihak lain menjadi mangsa kepada kumpulan berkenaan.

Ditanya sama ada beliau ditawarkan imbuhan oleh kumpulan itu, beliau berkata: "Tidak."
Beliau yang tinggal di kuarters itu sejak 12 tahun lalu juga tidak pasti sama ada kumpulan berkenaan turut mengunjungi jiran-jirannya. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

PRU13: Wanita dakwa ditawar calit dakwat untuk mudahkan mengundi

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/pru13-wanita-dakwa-ditawar-calit-dakwat.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

PRU13: Wanita dakwa ditawar calit dakwat untuk mudahkan mengundi

namun jangan lupa untuk meletakkan link

PRU13: Wanita dakwa ditawar calit dakwat untuk mudahkan mengundi

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger