Shahidan sokong pelantikan Azlan MB Perlis

Written By Unknown on Selasa, 07 Mei 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyokong penuh pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh, Azlan Man, sebagai Menteri Besar Perlis yang baru.

"Kita ikut sahaja keputusan PM (Perdana Menteri). Kita bersetuju dengan calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Perdana Menteri bersama anggota parlimen Barisan Nasional (BN), di sini hari ini.

Shahidan berkata, pelantikan Azlan juga disokong baki dua lagi anggota parlimen di Perlis iaitu Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Shaharuddin Ismail (Kangar).

Sebelum ini ada desas-desus mengatakan Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis, tidak bersetuju dengan nama-nama yang disebut bakal menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu yang tidak bertanding pada pilihan raya umum Ahad lepas.

Selain Azlan, Datuk Ismail Kassim (Adun Tambun Tulang) yang juga adik Shahidan adalah antara nama yang disebut-sebut bakal meneraju kerajaan negeri yang baru itu.

Azlan, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang ke-11 di Istana Arau, hari ini. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Shahidan sokong pelantikan Azlan MB Perlis

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/shahidan-sokong-pelantikan-azlan-mb.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Shahidan sokong pelantikan Azlan MB Perlis

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Shahidan sokong pelantikan Azlan MB Perlis

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger