"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU," kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Wan Ahmad menjelaskan bahawa calon boleh mengemukakan bantahan terhadap proses pengundian di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari selepas pewartaan keputusan oleh SPR.
Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.
Beliau berkata petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.
"Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad," kata Wan Ahmad.
Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan 40 petisyen pada PRU 1999.
Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Jangan demonstrasi jika tak puas hati proses pilihan raya - SPR
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/05/jangan-demonstrasi-jika-tak-puas-hati.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Jangan demonstrasi jika tak puas hati proses pilihan raya - SPR
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Jangan demonstrasi jika tak puas hati proses pilihan raya - SPR
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar