Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Ganjaran pemberi maklumat rasuah hanya untuk penjawat awam: SPRM Kedah

Written By Unknown on Minggu, 30 Juni 2013 | 15.09

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menjelaskan ganjaran kerana memberi maklumat mengenai penawaran, pemberian atau penerimaan rasuah hanya diberikan kepada penjawat awam.

"Pengiktirafan itu diberi kepada mana-mana penjawat awam yang melaporkan mengenai penawaran atau pemberian rasuah untuk meningkatkan, menggalakkan dan sebagai motivasi kepada mereka mengikut garis panduan yang dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara berkuatkuasa 1 Jun 2011," demikian menurut kenyataan SPRM Kedah kepada Bernama berhubung laporan akhbar mengenai perkara itu Khamis lepas.

Menurut kenyataan itu pengiktirafan itu hanya diguna pakai untuk penjawat awam sahaja dan peruntukan kepada orang awam tidak termasuk dalam garis panduan ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan ganjaran untuk orang awam yang melapor atau memberi maklumat mengenai rasuah kepada agensi itu.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan) SPRM Kedah Yusof Shamsudin bahawa pemberian ganjaran kepada pemberi maklumat menggalakkan orang ramai dan penjawat awam tampil menyalurkan maklumat kepada SPRM. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib ucap tahniah Kelantan pertahan Piala FA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana sekali lagi menjulang Piala FA.

"Tahniah The Red Warriors kerana sekali lagi berjaya membawa pulang piala FA. Sukan menyatukan rakyat," katanya dalam tweet terbaharu beliau hari ini.

Pasukan Kelantan berjaya mempertahankan Piala FA 2013 selepas menundukkan Johor Darul Takzim (Johor DT) 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. - BERNAMA
15.09 | 0 komentar | Read More

Dua maut, tiga cedera nahas motosikal berkuasa tinggi di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan konvoi motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 38 Jalan Johor Bahru-Mersing pada kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Kejadian berlaku berhampiran simpang masuk ke Taman Daiman Jaya di sini.


15.09 | 0 komentar | Read More

Lebih 600 kes denggi dilapor di seluruh negara dalam tempoh Januari-Jun

GEORGETOWN: Lebih 600 kes denggi dilapor di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata Kementerian Kseihatan akan mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang dan mengadakan pemeriksaan di kawasan perumahan dengan lebih kerap bagi membendung wabak itu.

"Kebanyakan masyarakat sedar punca denggi tetapi tidak ramai ambil inisiatif untuk hapuskan pembiakan nyamuk aedes, kerana itu kami akan pantau kawasan perumahan dan arahkan penduduk bersihkan kawasan rumah mereka dan jika gagal kami akan ambil tindakan.

"Kami rasa dengan penguatkuasaan undang-undang orang ramai akan pandang lebih serius perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Penang Free School, Jalan Masjid Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kawasan yang mencatat kes paling tinggi ialah Johor Baharu, Selangor dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan akan mengkaji pendekatan undang-undang sesuai untuk mengharamkan penjualan shisha dan rokok alternatif.

Beliau berkata pihak kementerian telah mengkaji kesan sampingan pengambilan bahan berkenaan dan ia disifatkan berbahaya bergantung kepada bahan yang digunakan.
Baru-baru ini Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Malaysia mahu Myanmar tangani isu keganasan dengan segera

KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil tindakan segera bagi menangani keganasan berterusan antara kaum di negara itu.

Gesaan itu disuarakan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar Myanmar Wunna Maung Lwin di luar Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-46 (AMM) di Bandar Seri Begawan, Brunei yang bermula semalam.

Satu kenyataan daripada Sekretariat Kebangsaan Malaysia-Asean, Kementerian Luar di sini hari ini, berkata Anifah menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap keganasan yang berterusan itu sambil berkata ia juga menjejaskan negara-negara jiran termasuk Malaysia.

Anifah juga menggesa kerajaan Myanmar supaya mengambil langkah perlu bagi membawa mereka yang terbabit melakukan keganasan ke muka pengadilan secara adil dan telus.

Menteri itu juga mahu mendapatkan persetujuan kerajaan Myanmar bagi membenarkan Kumpulan Hubungan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) melawat Myanmar dan diberi kerjasama sepenuhnya bagi memenuhi mandatnya.

Anifah mengetuai delegasi Malaysia pada siri mesyuarat berkaitan Asean di Bandar Seri Begawan dari 29 Jun hingga 2 Julai.

Selain AMM ke-46, mesyuarat-mesyuarat lain termasuk Persidangan Pasca Menteri (PMC), Forum Serantau Asean ke-20, Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean Campur Tiga dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ketiga. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Speaker akan maklumkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada SPR esok

Written By Unknown on Rabu, 26 Juni 2013 | 15.09

KUALA TERENGGANU: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mohd Zubir Embong akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kuala Besut kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok, untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kekosongan kerusi itu berlaku berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar, 55, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada pukul 10.18 hari ini akibat kanser paru-paru.

"Esok saya akan menyerahkan surat warta kekosongan kepada SPR Terengganu untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr A.Rahman yang merupakan Pengerusi Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat negeri dimasukkan ke HSNZ sejak Khamis lepas.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Kematian Adun Kuala Besut itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil yang pertama selepas PRU13.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

SPR akan bermesyuarat selepas terima surat rasmi berhubung kematian ADUN Kuala Besut

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini SPR belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.

"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon PAS Napisah Ismail.

Pada pilihan raya umum lepas Barisan Nasional (BN) Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Muhyiddin minta atlit UNIVERSIADE pamer semangat juang tinggi

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua atlit negara yang menyertai Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) di Kazan, Russia supaya mempamerkan semangat juang tinggi bagi mengharumkan nama negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau berharap kontinjen yang menyertai kejohanan itu akan memperoleh pingat emas pertama atau memperbaiki pencapaian UNIVERSIADE berbanding 2011.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Ke UNIVERSIADE 2013 di bangunan Parlimen, sebentar tadi.

Malaysia mengambil bahagian dalam 14 daripada 27 acara sukan yang dipertandingkan.

Pada UNIVERSIADE 2011 di Shenzen, China, Malaysia memperoleh satu pingat Perak dan dua pingat Gangsa.


15.09 | 0 komentar | Read More

Zahid Hamidi perjelas kes kematian dalam tahanan

KUALA LUMPUR: Statistik menunjukkan hanya dua daripada 231 kes kematian dalam tahanan yang direkodkan sejak 2000 hingga Mei lalu didapati berpunca daripada kecederaan yang dilakukan polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 196 kematian tahanan adalah disebabkan penyakit seperti HIV/AIDS, asma dan sakit jantung, 29 menggantung diri, dua akibat bergaduh sesama sendiri dan dua tergelincir dalam lokap.

"Bagi statistik mengikut kaum pula, 97 yang mati ialah bangsa Melayu, 49 Cina, 51 India, 25 warga asing dan sembilan bangsa lain," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Soalan Johari menyentuh beberapa laporan kes kematian dalam lokap polis yang menjurus kepada gesaan supaya masalah itu diatasi segera.

Kes kematian seumpama itu antara lain melibatkan A. Kugan, 23, yang ditemui mati di lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, Selangor pada 2009; N. Dharmendran, 32, di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013; dan R. Jamesh Ranesh, 40, di Pulau Pinang pada 27 Mei 2013.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes kematian dalam tahanan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai penguatkuasa yang didapati terbabit.

"Setiap aduan berkaitan kecederaan atau kematian semasa dalam tahanan akan disiasat dengan tindakan sewajarnya diambil oleh KDN sama ada dari sudut tatatertib atau dicadangkan kepada pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah," katanya.
Ahmad Zahid menarik perhatian untuk memantapkan lagi pengurusan tahanan dan mengelakkan kes kematian, langkah-langkah seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup, mewujudkan lokap tahanan berpusat dan mewujudkan Mahkamah Koroner sudah diambil.

Ia juga menyaksikan penubuhan sebuah jawatankuasa khas polis yang dipengerusikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penambahbaikan pengurusan lokap dan tahanan polis.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Sekolah Wawasan yang diilhamkan kerajaan adalah wadah terbaik bagi memupuk perpaduan kaum bermula di peringkat persekolahan.

"Dengan adanya Sekolah Wawasan, Kementerian Pendidikan yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan (murid) secara bersama," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Shamsul Anuar ingin mengetahui langkah terbaharu kementerian dalam usaha menanam semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ir Nawawi Ahmad (Langkawi-BN), Idris berkata kementerian tidak berhasrat memaksa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan memasuki Sekolah Kebangsaan.

"Apa yang sedang dilaksanakan ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan, kerana ramai yang tidak tahu di situ juga ada tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa-bahasa berkenaan (bahasa Cina dan India).

Idris berkata bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar, kementerian juga menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.

"Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, serta Hubungan Etnik," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Nelayan lega jerebu semakin pulih di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Golongan nelayan di Pulau Pinang boleh menarik nafas lega berikutan jerebu di negeri ini semakin pulih dengan kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) melepasi tahap tidak sihat sebelum ini kepada sederhana.

Presiden Persatuan Kebajikan Nelayan-nelayan Pantai Pulau Pinang, Ilias Shafie berkata jerebu menyebabkan jarak penglihatan terhad, menyukarkan pergerakan nelayan di laut dan menjejaskan hasil tangkapan.

"Semalam kami terima aduan ada nelayan di Balik Pulau sesat sehingga perairan Yan, Kedah kerana tak nampak jalan sampai minyak pun habis kerana mereka tidak sedar bot telah bergerak begitu jauh.

"Jadi kita harap keadaan cuaca baik ini berterusan supaya nelayan boleh keluar ke laut tanpa alami banyak masalah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Bacaan IPU di Perai ialah 60, Seberang Jaya (62) dan Universiti Sains Malaysia (62) setakat pukul 7 pagi tadi berbanding bacaan 103 hingga 117 pada 5 petang semalam.

Ilias berkata kesulitan mendapat tangkapan yang banyak turut menyumbang kenaikan harga hasil laut daripada 20 hingga 40 peratus.

Beliau menasihati para nelayan sentiasa menyemak perubahan cuaca dan tidak mengambil mudah aspek penjagaan keselamatan diri seperti memasang lampu tambahan pada bot, menyediakan bekalan bahan api secukupnya dan memakai jaket keselamatan ketika berada di tengah laut.
Bagi nelayan persisiran pantai, Saiful Ali, 42, berkata bulan ini paling banyak ujian bagi nelayan kerana selain masalah jerebu, negeri ini juga dilanda fenomena ombak besar dua minggu lepas.

"Kami sebagai nelayan akan tetap turun ke laut walaupun keadaan cuaca tidak menentu kerana inilah sahaja punca pendapatan kami," katanya ketika ditemui di Jeti Telok Tempoyak, Batu Maung di sini.

Seorang lagi nelayan Bakri Ariff, 62, berkata wang elaun sara hidup RM200 yang diterimanya setiap bulan daripada kerajaan pusat membantu meringankan bebanannya apabila tidak dapat turun ke laut akibat jerebu.

Beliau berkata keadaan berjerebu memudaratkan kesihatan menyebabkan beliau sering batuk serta selesema dan tidak dapat melakukan kegiatan harian seperti biasa.

"Kalau sihat, saya keluar ke laut enam hari seminggu. Mujurlah hari ini cuaca baik dan jerebu pun sudah kurang dapatlah saya cari rezeki untuk keluarga," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Jerebu: Sekolah daerah Hilir Perak juga diarah tutup

Written By Unknown on Selasa, 25 Juni 2013 | 15.09

IPOH: Selepas Manjung, sekolah di daerah Hilir Perak juga diarahkan ditutup mulai sesi petang hari ini dan esok.

Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak, Zainal Abidin Osman berkata, penutupan itu membabitkan 24 sekolah menengah yang mempunyai 19,446 pelajar dan 113 sekolah rendah yang mempunyai 20,145 murid.

Katanya, arahan cuti berganti itu dibuat selepas bacaan IPU di daerah itu pada jam 10 pagi tadi adalah 322.

Katanya, semua aktiviti sekolah juga dibatalkan serta-merta dan pihak sekolah diminta merujuk kepada portal PPD Hilir Perak untuk maklumat terkini.


15.09 | 0 komentar | Read More

Penyokong Kelantan berang tiket perlawanan akhir Piala FA habis 10 minit

KOTA BHARU: Penyokong Kelantan berang dan bertindak ganas dengan merosakkan satu pintu Stadium Sultan Muhammad IV dan mengejar penjual tiket di stadium itu selepas gagal mendapat tiket perlawanan akhir Piala FA yang difahamkan habis dijual dalam tempoh 10 minit.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada penyokong pasukan Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 29 Jun ini.

Kekecohan yang berlarutan sehingga jam 11 pagi tadi selepas kaunter tiket dibuka dua jam sebelumnya berjaya dileraikan anggota Polis.
15.09 | 0 komentar | Read More

Proton sasar slot pengeluar kereta nombor satu dalam tempoh 2 tahun

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd yakin dapat meraih semula slot ranking pengeluar kereta teratas dari segi jumlah jualan di Malaysia, dalam tempoh dua tahun ini.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Mohd Khamil Jamil berkata, pengeluar kereta nasional ini sudah berusaha keras untuk memperkenalkan model kereta baru dengan kelebihan tambah nilai kepada pasaran tempatan dalam tempoh 24 bulan ini.

"Kami berhasrat dan amat pasti akan kembali merebut slot nombor satu dalam dua tahun ini," katanya selepas peraduan "Nama Siapa Hebat" Proton.

Peraduan ini bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia memberikan nama kepada kereta kompak baru yang bakal diperkenalkan oleh syarikat itu.

Tahun lalu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengekalkan kedudukan nombor satu di antara pengeluar kereta lain dari segi jumlah jualan, dengan jualan sebanyak 189,000 unit dan diikuti Proton sebanyak 141,121 unit.

Syarikat induk Proton, DRB-Hicom Bhd dalam tahun ini menetapkan sasaran untuk menjual 500,000 kenderaan Proton untuk tempoh lima tahun akan datang.

Mohd Khamil berkata, syarikat automotif negara sudah mendapat sokongan menggalakkan daripada rakyat Malaysia, yang mana kecenderungan lebih tertumpu kepada model dan pengumuman baru.
Mengenai model kereta kompak baru Proton, beliau berkata, ia akan diperkenalkan awal tahun depan pada harga dan kilang pemasangan akan diumumkan kelak.

"Kereta ini akan menjadi titik permulaan untuk rangkaian baru kereta Proton. Dalam hal ini, kami melihat kepada semua segmen pengeluaran kereta.

"Kami perlu merasionalisasikan penggunaan kilang kami sebelum mengumumkan di manakah model baru itu akan dipasang. Tetapi, seperti yang sudah diumumkan sebelum ini, saya rasa model baru akan dipasang di kilang Tanjung Malim," katanya.

Kilang pemasangan semua jenis model Proton terletak di Shah Alam, Selangor dan Tanjung Malim, Perak. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Dadah bernilai RM3.7 juta dirampas dalam serbuan di Pulau Pinang

BUTTERWORTH: Polis Pulau Pinang berjaya membongkar satu sindiket dadah selepas menyerbu sebuah makmal memproses dadah di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman bersama JSJ Negeri Pulau Pinang sebelum itu menahan empat individu, dua lelaki dan dua wanita termasuk seorang wanita warga Indonesia dalam dua serbuan pada jam 12.15 tengah malam di Butterworth dan Georgetown.

Beliau berkata, penahanan individu itu kemudiannya membawa kepada serbuan di sebuah rumah kediaman di sini, yang dijadikan makmal haram memproses dadah jenis heroin dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM3.7 juta.

"Dalam serbuan berkenaan, kami berjaya menemui 11.3 kilogram (kg) dadah jenis heroin, 2.6 kg heroin nombor 3, 49 kg kafein, peralatan memproses dadah dan bahan kimia untuk memproses dadah dengan nilai pasaran dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM3.7 juta.

"Selain empat individu, tiga kenderaan jenis BMW, Mitsubishi Lancer dan Honda City serta wang tunai RM421,600, Thai Baht 146,000, wang simpanan dalam enam akaun bank dan barang kemas turut disita dengan jumlah keseluruhannya adalah RM861,105.88," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Utara (SPU) di sini, sebentar tadi.


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib pengerusikan mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ke-118 Menteri Besar dan Ketua Menteri di Bilik Mesyuarat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra di sini.

Mesyuarat pada jam 3 petang itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa serta beberapa menteri Kabinet.

Ia adalah mesyuarat kali kedua diadakan tahun ini, dengan kali pertama pada Februari lalu.

Mesyuarat itu bertujuan menyelaraskan pentadbiran antara negeri selain membincangkan isu berbangkit.

Mesyuarat kali pertama diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu, di mana kehadiran 'muka baru' dalam senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri.

Antara muka baru yang dilantik adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Perlis, Azlan Man dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Anwar perlu berkhidmat kepada rakyat bukan desak Pengerusi SPR letak jawatan - PPP

Written By Unknown on Senin, 24 Juni 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berkhidmat kepada rakyat yang memilihnya sebagai wakil rakyat dan bukan terus mendesak pemimpin tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk A Chandrakumanan, berkata dakwat kekal berkenaan pasti ada kebaikan dan keburukannya memandangkan ia baharu diperkenalkan pada PRU13 Mei lalu.

Beliau menyifatkan tindakan pembangkang memperbesarkan isu itu termasuk mendesak pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

"Menyalahkan SPR untuk kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah tidak masuk akal dan kelakar. Jika SPR boleh dipengaruhi dan diperdaya, BN tidak akan kehilangan dua pertiga majoriti dan kehilangan tiga negeri kepada pakatan rakyat pada PRU13," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya Anwar perlu menghentikan perbuatan menghasut rakyat membenci kerajaan serta SPR, sebaliknya meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat yang dipilih. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

APMM tahan tiga bot nelayan Vietnam tangkap ikan di perairan negara

PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tok Bali menahan tiga bot laut dalam nelayan asing bersama 44 awak-awak dan tiga tekong kerana menangkap ikan di perairan negara ini, semalam.

Ketua Penguatkuasanya, Kapten Wan Burhanuddin Jusoh, berkata kesemua bot itu yang bernilai RM6 juta ditahan semasa Ops Perkasa Timur Siri Ke-72 yang diketuai Leftenan Komander Norhafizi Mohd Rafiq di kawasan 57 batu nautika di Timur Laut Tok Bali pada 12.30 tengah hari.

"Nelayan asing yang dipercayai dari Vietnam itu tidak memiliki sebarang pengenalan diri dan bot yang digunakan tiada permit menangkap ikan yang sah," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kehadiran Kapal Maritim (KM) Jujur tidak disedari ketiga-tiga bot terbabit yang menangkap ikan di sekitar Pelantar Minyak Perawit disebabkan keadaan jerebu.

"Kesemua bot terbabit didapati menggunakan nombor pendaftaran bot nelayan tempatan dan mengibarkan Jalur Gemilang bagi mengaburi pihak berkuasa.

"Bagaimanapun anggota Maritim yang sudah lali dengan taktik sedemikian, berjaya mencekup mereka bersama hasil tangkapan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel Maritim di Tok Bali," katanya.

Wan Burhanuddin, berkata nelayan asing yang berumur antara 20 dan 52 tahun itu, kini ditahan untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
Beliau berkata, tangkapan itu ialah yang ke-12 membabitkan 295 nelayan Vietnam bagi tahun ini.

"Pihaknya akan terus memperketat kawalan walaupun dalam suasana perairan yang berjerebu," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pembakaran terbuka di Riau bukan perbuatan syarikat Malaysia

JAKARTA: Syarikat-syarikat Malaysia tidak terbabit dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang sawit di Riau, yang sudah menjejaskan dengan teruk kualiti udara di sebahagian wilayah di Semenanjung Malaysia dan Singapura, kata Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (Apimi).

Setiausaha Eksekutif Apimi Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata walaupun ada kejadian pembakaran terbuka dalam kawasan ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, ia dilakukan oleh pekebun kecil di kawasan tanah yang mereka usahakan sendiri.

"Ingin saya maklumkan bahawa di dalam ladang milik syarikat Malaysia (Inti- atau pemilik ladang) telah diperuntukkan sebanyak 20 peratus untuk masyarakat di sekitar ladang Inti yang dimiliki oleh syarikat Malaysia itu.

"Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kegiatan penanaman semula tanaman mereka," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya yang mengatakan bahawa lapan syarikat Malaysia adalah antara 14 syarikat dikenal pasti terlibat dalam kejadian pembakaran terbuka di kawasan ladang mereka di Riau.

Nor Hazlan berkata pihak syarikat Inti tidak mempunyai kuasa untuk menahan masyarakat pekebun kecil daripada melakukan pembakaran terbuka dan apa yang dapat mereka lakukan ialah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan tentang kegiatan itu supaya tuduhan tidak dikenakan ke atas mereka.

"Namun demikian, apabila telah berlaku pembakaran itu, pihak Inti masih menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan kebakaran dari terus merebak ke tempat lain," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua lapan syarikat yang dinyatakan oleh menteri Indonesia itu adalah milik syarikat pelabur Malaysia kerana ada juga syarikat yang dimiliki pelabur dari negara lain.

Nor Hazlan berkata syarikat Malaysia yang mengusahakan ladang sawit di kawasan terbabit adalah anggota Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang melarang keras pembakaran terbuka dalam kegiatan penanaman semula, sebaliknya RSPO mementingkan alam sekitar dan amalan perladangan yang mesra alam.

"Sekiranya mereka melakukan kegiatan pembakaran terbuka, sijil RSPO yang dimiliki oleh mereka akan ditarik balik. Sijil ini adalah amat penting bagi syarikat-syarikat ini kerana tanpanya mereka tidak dapat menjual minyak sawit ke pasaran Eropah," katanya.

Nor Hazlan berkata sebagai anggota RSPO, kegiatan penanaman semula yang diamalkan ialah menerusi kaedah pemotongan dan pembersihan menggunakan traktor dan sebahagian daripada bahan yang dipotong seperti pelepah sawit digunakan semula untuk tanah di ladang itu sebagai baja.

Pada tahun ini, tidak ada sebarang kegiatan tanaman semula di ladang-ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, katanya.

Pihak Sekretariat Apimi, katanya pada setiap awal tahun memberi peringatan melalui "APIMI Bulletin" kepada semua anggota persatuan itu tentang permasalahan kebakaran yang sering berlaku di dalam ladang sawit.

Antara lainnya ia mengesyorkan langkah-langkah yang patut mereka ambil jika berlaku kebakaran di dalam kawasan ladang milik mereka, yang tidak dimulakan oleh mereka, katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Yazid dan pekerja mengaku tidak bersalah jadi anggota Al-Qaeda

KUALA LUMPUR: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat dan Muhammad Hilmi Hasim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Yazid, 49, pengusaha kafetaria di Kompleks Mahkamah Jalan Duta dan Muhammad Hilmi, 33, pembantu kafetaria, kelihatan tenang ketika pertuduhan baharu itu dibacakan dan mereka minta dibicarakan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah bernombor DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari lepas mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Kamardin Hashim membenarkan permohonan peguam New Sin Yew, yang mewakili kedua-dua tertuduh, untuk menangguhkan kes itu sementara menanti rayuan mereka berhubung tuduhan terbabit dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria didengar di Mahkamah Persekutuan.

New berkata, pihaknya sudah memfailkan notis rayuan itu di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lepas.

Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon kedua-dua tertuduh ditahan reman di penjara Sungai Buloh sementara menanti keputusan rayuan.
Sementara itu, di Mahkamah Tinggi berlainan Hakim Datuk Mohd Azman Husin menetapkan 17 Sept depan untuk sebutan bagi kes yang dihadapi kedua-dua tertuduh berhubung pertuduhan terlibat dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria.

Selasa lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan pendakwaan untuk ketepikan pembebasan Yazid dan Muhammad Hilmi daripada pertuduhan berkenaan.

Ia berikutan keputusan panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan itu.

Dalam keputusan itu, Abu Samah berkata pertuduhan terhadap responden (Yazid dan Muhammad Hilmi) ialah dalam ruang lingkup atau skop Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Rayuan turut mengarahkan kes itu disebut di Mahkamah Tinggi pada hari ini.

Pada Februari lepas, Yazid didakwa memajukan ideologi bertujuan menghasut orang ramai di Syria agar melakukan keganasan manakala Muhammad Hilmi dan seorang lagi suri rumah Halimah Hussein didakwa bersubahat dengannya.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang antara 1 Ogos dan 20 Okt tahun lepas.

Yazid didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) manakala Halimah dan Muhammad Hilmi didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pada 20 Mei lepas, Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan mereka daripada pertuduhan itu selepas membenarkan permohonan mereka bagi membatalkan pertuduhan berkenaan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

'Rawat' punca jerebu: Dr Subramaniam

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu mengambil pendekatan 'merawat' punca jerebu yang mengancam kesihatan supaya tidak berulang, bukan menghabiskan masa dan tenaga merawat penyakit akibat bencana itu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata, bencana jerebu berpunca daripada buatan manusia yang boleh dibendung dengan tindakan tegas.

Katanya, jerebu memberi kesan amat buruk kepada orang ramai terutama mereka yang mempunyai penyakit seperti bronkitis, jantung serta kanak-kanak dan wanita mengandung.

"Debu jerebu amat kecil dan ia boleh masuk ke dalam paru-paru. Seorang yang sihat mungkin menghadapi masalah minimal tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan mungkin berdepan isu serius," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan anggota Dewan Rakyat di bangunan Parlimen di sini hari ini semasa diminta mengulas keadaan jerebu teruk melanda negara berikutan pembakaran terbuka di Indonesia.

Sehingga 11 pagi ini, Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk tiga kawasan di negara ini mencatatkan bacaan yang dikategorikan 'sangat tidak sihat' iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan (292); Pelabuhan Klang, Selangor (288) dan Kemaman, Terangganu (253).

Dr Subramaniam berkata, Kementerian Kesihatan sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima serta merawat pesakit yang menghadapi masalah kesihatan akibat jerebu di seluruh negara.
"Kita sudah bersedia daripada awal untuk menghadapi peningkatan kes penyakit akibat jerebu ini, namun saya nasihat langkah untuk mencegah penyakit ini perlu kita utamakan dulu seperti memakai topeng dan mengurangkan aktiviti luar," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia akan menyokong tindakan tegas Indonesia terhadap syarikat yang terlibat melakukan aktiviti pembakaran terbuka termasuk syarikat dari Malaysia.

"Sama ada (ia membabitkan) syarikat Malaysia, Singapura atau Indonesia, sila ambil tindakan mengikut undang-undang Indonesia. Ambil tindakan, kami rakyat Malaysia akan sokong," katanya sambil berkata syarikat berkenaan tidak berhak melanggar undang-undang di negara yang mereka beroperasi.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Khairy cadang buka lembaran baru dengan FAM

Written By Unknown on Sabtu, 22 Juni 2013 | 15.09

SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar semua pihak yang terlibat dalam polemik dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuka lembaran baru berikutan kesudian Timbalan Presidennya, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk berbincang mengenai masa depan sukan itu.

Beliau berkata dengan adanya komitmen daripada Tengku Abdullah dan Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, pihaknya yakin isu berkenaan akan dapat diselesaikan tanpa melalui media.

"Saya juga akan membincangkan perkara ini dengan bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan mungkin terpaksa sekali lagi menghadap Tengku Mahkota Johor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Sukan Untuk Semua (ASUS) 2012 di sini malam tadi.

Beliau berharap semua pihak dapat membuka lembaran baharu berikutan adanya kesungguhan untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesai polemik yang timbul.

"Saya nampak Tengku Mahkota Pahang amat terbuka dan harap Hamidin pun akan terbuka kerana kita nak lihat perubahan di FAM dan saya yakin Tengku Mahkota Pahang boleh bawa perubahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai polemik berlanjutan membabitkan kewibawaan FAM sebagai badan induk sukan bola sepak negara berikutan mendapat kritikan hebat daripada beberapa pentadbir sukan sebelum ini termasuk beliau, Annuar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor dan Shahidan.

Mengenai perjumpaannya dengan Tengku Abdullah, Khairy berkata beliau masih belum menetapkan tarikhnya dan akan menghadap Timbalan Presiden FAM itu apabila baginda mempunyai kelapangan.
Semalam, Tengku Abdullah berkata baginda bersedia untuk berbincang dengan mana-
mana pihak termasuk Khairy mengenai soal masa depan bola sepak negara pada bila-bila masa.

Baginda berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy pada 19 Jun lepas yang hanya mahu bertemu dengan mereka yang mempunyai kuasa membuat keputusan untuk berbincang mengenai isu berkenaan.

Khairy dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia untuk berjumpa dengan pegawai tertinggi badan induk bola sepak negara itu seperti Tengku Abdullah dan bukannya menerusi media tempatan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Blackout 505: Penganjur diminta berpindah ke Stadium Merdeka

Kuala Lumpur: Kerajaan meminta penganjur Blackout505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata, ketika ini perbincangan masih berlangsung antara polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penganjur perhimpunan itu.

"Saya minta mereka pentingkan keselamatan orang awam dan untuk itu penganjur seharusnya berpindah ke Stadium Merdeka, malah pintu stadium juga sudah dibuka.

"Penganjur sepatutnya mengikut peraturan dan tidak bertindak atau provokasi yang boleh mencetuskan keadaan tidak menyenangkan," katanya ketika ditemui di kawasan Padang Merbok sebentar tadi.

Tengku Adnan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika penganjur masih enggan mengubah lokasi perhimpunan.

"Jika bersetuju, penganjur bokeh dapatkan permit daripada polis," katanya.


15.09 | 0 komentar | Read More

Muar kembali ke paras berbahaya, IPU 373

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Muar, Johor kembali ke tahap status berbahaya apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan bacaan 373 sehingga 11 pagi tadi.

Pada IPU 7 pagi tadi, bacaan di Muar adalah 276 iaitu di paras 'sangat tidak sihat' namun melonjak jam 11 pagi tadi ke paras 'berbahaya'.

Sementara itu 10 lagi kawasan kekal sebagai status 'tidak sihat' iaitu Pasir Gudang (190), Kota Tinggi (187), Sungai Rambai (182), Bandaraya Melaka (178), Larkin Lama (170), Port Dickson (141), Pelabuhan Klang (139), Banting (113), Nilai (113) Seremban (109)
15.09 | 0 komentar | Read More

Kadar pengangguran rendah bukti kerajaan mampu urus ekonomi negara: PM

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran negara yang rendah iaitu pada 3.1 peratus adalah bukti kerajaan mampu mengurus ekonomi negara dengan baik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kadar pengangguran negara yang rendah itu juga menjadikan Malaysia sebuah negara yang hampir mencapai tahap guna tenaga kerja penuh.

Malaysia juga mendahului negara maju lain seperti Sepanyol yang mencatat kadar pengangguran 26.5 peratus, Itali (11.6 peratus), Amerika Syarikat (7.7 peratus), Australia (5.5 peratus) dan Jepun (4.2 peratus), katanya pada pelancaran perhimpunan Hari Pekerja 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini.

Lebih 12,000 pekerja mewakili pelbagai kesatuan sekerja, persatuan majikan, jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta menghadiri majlis itu.

Najib berkata: "Ada negara yang pertumbuhannya meningkat tetapi tidak dapat sediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya. Bagaimanapun, kita (Malaysia)berjaya mengembangkan ekonomi dengan kadar pengangguran rendah 3.1 peratus, dan hampir mencapai guna tenaga kerja penuh."


15.09 | 0 komentar | Read More

PBB prihatin kemerosotan kualiti udara di Asia Tenggara

NEW YORK: Jerebu tebal dari Indonesia yang kini merebak ke Singapura dan Malaysia mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuat gesaan agar langkah pantas segera diambil untuk meningkatkan kualiti udara di Asia Tenggara.

Dalam reaksinya tentang asbut tebal yang memenuhi ruang udara kebanyakan bandar raya di Asia Tenggara, seorang pegawai kanan PBB menggesa kerajaan di rantau itu supaya mengambil tindakan segera dan berkesan untuk menghadapi cabaran serius daripada kemerosotan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk di sana.

Noelen Heyzer, setiausaha eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Rantau Asia dan Pasifik (ESCAP) yang berpejabat di Bangkok, berkata masalah berkaitan pencemaran udara antara Indonesia dan Singapura ketika ini "memberi petanda bahawa cabaran lebih meluas yang akan muncul di negara terbabit (di rantau itu)."

Sejajar dengan itu, beliau menyeru kerajaan di rantau itu supaya memberi keutamaan terhadap isu kualiti udara dan kesihatan manusia.

"Pencemaran rentas sempadan adalah sesuatu yang kompleks dari segi politik, namun ia perlu ditangani dengan segera. Kita memerlukan rangka kerja lebih berkesan untuk mengurus perkhidmatan ekosistem seperti udara dan air, yang melangkaui sempadan pentadbiran dan politik," katanya.

Beliau berkata perkara itu merupakan isu serantau yang perlu ditangani di peringkat serantau, nasional dan tempatan.

Menurut ESCAP, jumlah kematian akibat pencemaran yang berpunca daripada kenderaan, industri dan kegiatan penghasilan tenaga di bandar raya Asia adalah tinggi, dengan anggaran 500,000 kes kematian pramatang berlaku setiap tahun.
Memandangkan lebih 1.7 bilion penduduk di rantau Asia Pasifik bergantung pada najis haiwan, kayu, sisa pertanian dan arang batu untuk memenuhi keperluan asas mereka terhadap tenaga, maka pencemaran udara dari dalam rumah yang berpunca daripada penggunaan bahan bakar berbentuk pepejal dianggap menjadi punca bagi lebih 1.6 juta kematian, dengan jumlah korban paling tinggi membabitkan wanita dan kanak-kanak.

Heyzer berkata oleh kerana kesihatan merupakan "pendaya paling penting bagi pembangunan", maka sebuah rantau yang lebih lestari perlu dibina dengan memberi keutamaan terhadap langkah mencegah "pencemaran udara, air dan makanan kita serta barangan lain yang menjadi kegunaan bersama di rantau ini".

Beliau berkata pelaburan dalam sistem penjagaan kesihatan hanya merupakan suatu pembaziran jika pada waktu yang sama, sumber paling asas daripada alam sekitar yang begitu penting bagi kesihatan manusia, dimusnahkan.

Pengeluaran karbon dioksida menjadi topik utama dalam perbincangan berkaitan kualiti udara di peringkat serantau dan global berikutan perubahan iklim yang semakin teruk dan ini menunjukkan dengan jelas bahawa antara isu paling serius dan berat berkaitan pencemaran udara, terutama di rantau yang mengalami proses pesat perbandaran, ialah kepekatan zarahan, yang meningkatkan dengan banyaknya risiko penyakit jantung, paru-paru dan kanser.

"Komitmen kami terhadap pembangunan lestari di rantau Asia dan Pasifik akhirnya bergantung pada sejauh mana respons diberi terhadap isu ini," katanya sambil menambah bahawa dengan memperkemaskan mekanisme sedia ada dan melalui platform antara kerajaan yang bersifat inklusif, seperti ESCAP, maka cabaran itu akan dapat ditangani dengan sebaik-baiknya demi manfaat seluruh penduduk di rantau itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Harga saham rendah pada tengah hari

Written By Unknown on Jumat, 21 Juni 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia meneruskan aliran menurunnya pada akhir sesi dagangan pagi hari ini ekoran jualan berterusan, terutama saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan 10.91 mata atau 0.619 peratus lebih rendah kepada 1,751.43, diheret turun oleh kerugian sebahagian besarnya dalam Maybank dan Sime Darby.

Maybank dan Sime Darby, yang menyumbang 3.258 mata kepada penurunan indeks petunjuk pasaran, masing-masing susut 14 sen dan sembilan sen kepada RM10.22 dan RM9.40 sesaham.

Bursa serantau turut menyaksikan penurunan dengan Nikkei 225 Jepun turun 98.28 mata atau 0.76 peratus kepada 12,916.30, Hang Seng Hong Kong susut 298.07 mata atau 1.46 peratus kepada 20,084.80, dan Straits Times Singapura jatuh 21.92 mata atau 0.7 peratus kepada 3,111.34.

Di papan skor, Indeks Kewangan susut 113.24 mata kepada 16,619.23, Indeks Perusahaan turun 29.25 mata kepada 2,966.17 dan Indeks Perladangan turun 57.189 mata kepada 8,328.83.

Indeks FBM Emas turun 94.271 mata kepada 12,163.97, Indeks FBMT100 susut 87.43 mata kepada 11,937.38, Indeks FBM Mid 70 turun 155.1 mata kepada 13,969.32 manakala Indeks FBM Ace turun 43.22 mata kepada 4,677.65.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 630 berbanding 102, manakala 217 kaunter tidak berubah, 642 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 846.599 juta saham bernilai RM1.195 bilion.

Bagi kaunter paling rugi, British American Tobacco susut RM1.10 kepada RM60, United Plantations turun 90 sen kepada RM32.30, dan AEON Credit Service susut 28 sen kepada RM16.76.

Antara kaunter aktif, Luster Industries rugi dua sen kepada 19.5 sen, Malaysian AE Models turun 19 sen kepada 11.5 sen, dan Malaysia Airlines susut setengah sen kepada 30 sen.

Bagi kaunter wajaran tinggi, CIMB dan Axiata masing-masing rugi empat sen kepada RM8.18 dan RM6.61, Petronas Chemicals turun lima sen kepada RM6.55 dan Tenaga susut tiga sen kepada RM8.29. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Jerebu di Singapura bertambah buruk, IPU cecah 400

SINGAPURA: Keadaan jerebu di Singapura bertambah buruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dicatat 11 pagi ini mencecah tahap berbahaya iaitu 400, kata Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada sidang akhbar semalam memberi amaran kepada rakyat Singapura bahawa keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa minggu.

"Kami tidak dapat memberitahu jangka masa masalah jerebu ini. Ia mungkin berlanjutan selama beberapa minggu, dan mungkin agak panjang sehingga musim kemarau berakhir di Sumatera. Kita perlu menyesuaikan tindakan kita dengan perubahan keadaan dan melindungi diri kita dengan cara yang lebih praktikal," katanya.

Singapura sudah menubuhkan Jawatankuasa Jerebu Antara Kementerian (HIMC) untuk menyelia usaha menyeluruh di peringkat nasional.

Jerebu asap daripada pembakaran hutan di Sumatera, bagi membersihkan tanah untuk pertanian, telah dibawa tiupan angin dari barat daya atau barat dan memberi kesan kepada Singapura serta beberapa negeri di semenanjung Malaysia.

Sementara itu, wakil Singapura mengadakan mesyuarat tergempar dengan pegawai Indonesia di Jakarta semalam untuk membincangkan keadaan jerebu yang semakin teruk.
Mesyuarat itu diatur Kementerian Luar Indonesia membabitkan pegawai kanan Indonesia, kata kenyataan yang dikeluarkan NEA.

Singapura menegaskan jerebu tetap merupakan masalah rentas sempadan yang bukan sahaja memberi kesan ke atas Indonesia tetapi juga negara serantau. Indonesia memberi jaminan kepada Singapura bahawa ia akan memberi lebih perhatian kepada isu itu.

Pada mesyuarat itu, Indonesia memberi taklimat mengenai rancangannya meningkatkan keupayaan menangani kebakaran dan memastikan agensi-agensinya membuat laporan dua kali sehari kepada pasukan petugas kebangsaan yang dipengerusikan Menteri Koordinasi bagi Kebajikan Rakyat, Agung Laksono.

Indonesia juga bercadang meningkatkan penguatkuasaan undang-undang di lapangan dengan menghantar penyiasat ke Bengkalis bagi mengambil tindakan ke atas syarikat-syarikat perladangan yang tidak bertanggungjawab.

Berikutan ada laporan dari Kementerian Perhutanan Indonesia bahawa syarikat-syarikat Singapura mungkin terlibat dalam aktiviti pembakaran haram, Singapura meminta Indonesia berkongsi nama syarikat yang terlibat walaupun tanggungjawab untuk mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap syarikat-syarikat itu terletak di tangan Indonesia.

Ia menekankan adalah lebih baik jika Indonesia mendedahkan kesemua syarikat yang terbabit dalam tindakan itu tanpa mengira sama ada mereka berdaftar di Indonesia, Malaysia atau Singapura agar mereka boleh dikenakan tindakan.

Singapura juga menawarkan pakej bantuan kepada Indonesia sama seperti sebelum ini yang antara lain ialah sebuah pesawat bagi operasi pembenihan awan dan gambar satelit dengan resolusi tinggi dan koordinat titik panas.

Singapura turut meminta Indonesia mengesahkan Perjanjian Jerebu Merentas Sempadan Asean yang ditandatangani Indonesia pada 2002. Indonesia memaklumkan Singapura bahawa mereka akan mendapatkan kelulusan Parlimen berhubung perkara itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kawasan terbabit jerebu catat peningkatan IPU, Pasir Gudang masih di paras bahaya

KUALA LUMPUR: Kawasan-kawasan yang terbabit dengan jerebu di Johor dan Melaka terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tengah hari ini dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat 11 pagi ini, Pasir Gudang masih mencatat bacaan melebihi paras berbahaya, iaitu 323 berbanding 310 pagi tadi manakala Kota Tinggi meningkat ke 314 berbanding 313 pagi tadi.

Muar turut mencatat peningkatan bacaan IPU 193 berbanding 183 pagi tadi. Di Melaka, bacaan IPU yang dicatat di Bandaraya Melaka kini mencecah paras 'sangat tidak sihat' (205) berbanding paras 'tidak sihat' (192) pagi tadi.

Satu lagi kawasan iaitu Bukit Rambai turut menunjukkan peningkatan bacaan IPU iaitu 191 berbanding 164 pagi tadi.

Kawasan lain yang masih mencatat bacaan tinggi melebihi paras 'tidak sihat' dengan bacaan IPU 100 sehingga 200, ialah Larkin Lama, Johor (197), Port Dickson dan Seremban, Negeri Sembilan yang masing-masing mencatatkan IPU 187 dan 109 serta Banting, Selangor (143).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangka keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini akan berterusan sehingga Rabu berikutan ribut tropika Bebinca yang bertiup dari arah barat daya.
Timbalan Ketua Pengarahnya Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata ribut itu menjadikan tiupan angin lebih kencang dan cuaca kering, selain membawa jerebu dari arah Sumatera ke sempadan negara.

"Pada awalnya kami menjangkakan cuaca akan kembali kepada keadaan asal pada 23 Jun (Ahad), namun kejadian ribut tropika baharu ini akan memanjangkan keadaan jerebu ini," katanya semasa ditemu bual pada 'Buletin Awani' Astro Awani, hari ini. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pasaran sukuk Malaysia kekal tinggi tahun ini

KUALA LUMPUR: Pasaran sukuk Malaysia dijangka kekal tinggi tahun ini meskipun pasaran global turun naik, terutama di Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB-Principal Islamic Asset Management, Ramlie Kamsari.

Beliau berkata, pasaran sukuk Malaysia bakal menyaksikan pertumbuhan sihat seperti tahun lalu bersandarkan asasnya yang kukuh, infrastruktur yang baik, rangka kerja kawal aturan selain sistem Syariah.

"Mereka (pelabur), Islam dan konvensional, melihat Malaysia sebagai pasaran yang baik untuk diteroka.

"Malah, terbitan sukuk secara besar-besaran baru-baru ini disebabkan oleh minat yang besar daripada pelabur konvensional," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Pasaran Pendapatan Tetap Global dan Kesan Potensi ke atas Sukuk di sini, hari ini.

Ramlie berkata, pasaran sukuk dijangka terus memberi perhatian yang baik ke atas terbitan Majlis Kerjasama Teluk, terutama Emiriah Arab Bersatu.

"Mungkin ada terbitan baru dari pasaran hadapan atau bukan tradisi, termasuk dari Eropah," katanya.

Beliau menjangkakan Malaysia akan terus menjadi pasaran sukuk terbesar di dunia, dengan 69 peratus penguasaan pasaran.
Sementara itu, Ketua Pegawai Pelabur, Michael Zorich berkata, pasaran sukuk global bergerak sederhana berikutan pelabur berhati-hati disebabkan pasaran pasaran pendapatan tetap di AS yang tidak menentu.

Beliau bagaimanapun berkata, pasaran akan meningkat pada akhir tahun dan menyamai nilai RM46.5 bilion yang direkodkan tahun lalu.

"Unjuran peningkatan kadar di AS akan menolak (penerbit) untuk menunggu harga menjadi stabil.

"Namun, jika mereka tidak menerbitkannya sekarang, kadar itu mungkin akan terus naik dan boleh menjadi lebih mahal untuk menerbitkan sukuk dan bon. Oleh itu mereka perlu mengimbangi keputusan masing-masing," katanya.

Pada masa ini, petunjuk pasaran kadar Perbendaharaan AS 10 tahun sebanyak 2.4 peratus, meningkat daripada 1.6 peratus pada awal Mei, dan dijangka meningkat kepada 2.5 peratus pada akhir tahun.

Ramlie berkata, naik turun dalam pasaran pendapatan tetap AS tidak akan menjejaskan pasaran sukuk memandangkan bon Islam mempunyai kelas asetnya sendiri.

"Apabila pelabur mahukan kepelbagaian, mereka akan melihat sukuk sebagai kelas aset. Oleh itu akan wujud permintaan Berterusan untuk pelaburan dalam sukuk," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pembangkang tidak perlu bawa isu politik ke jalanan, boleh melalui Dewan Negeri - Mukhriz

JERLUN: Pakatan pembangkang tidak perlu membawa sebarang isu politik terutama di Kedah ke jalanan sebaliknya membawa isu berbangkit untuk dibahas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi diselesaikan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata apabila politik di bawa ke jalanan akan berlaku huru hara sekaligus memburukkan imej negara di mata pelabur asing yang menyangka Malaysia sebuah negara yang aman.

Katanya politik pada hari ini tidak melibatkan pemimpin politik sahaja dan bila dibawa ke jalanan ia turut melibatkan anak-anak muda yang menyebabkan keadaan tidak terkawal sehingga berlaku rusuhan.

Beliau berkata rakyat tidak boleh mengambil mudah apa yang dinikmati pada hari ini kerana suasana politik yang tegang boleh menjejaskan keharmonian yang wujud di negara ini.

"Masa saya di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, kita berusaha tarik pelabur asing ke negara ini tetapi bila dipaparkan di televisyen mengenai rusuhan, pelabur bimbang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan semula Rumah-rumah Siap Dibaik pulih di Wisma Umno Jerlun di sini hari ini.

Mengenai isu-isu yang mahu dibawa pakatan pembangkang, Mukhriz berkata pihaknya akan mempertimbangkan isu-isu yang dibawa pembangkang sekiranya isu tersebut isu rakyat serta mempunyai fakta yang boleh diterima.

"Kalau pembangkang bawa isu yang tidak penting dan sengaja buat kecoh dalam dewan, kita tak akan layan. Kita tak mahu buang masa sebab kita sekarang mahu tunai janji kepada rakyat.
"Saya seru kepada pakatan pembangkang kalau ada isu bangkitkan di sidang dewan secara berhemah," katanya.

Mukhriz berkata kerajaan negeri Kedah tidak akan membenarkan berlaku sebarang perhimpunan haram seperti perhimpunan 'Blackout 505' oleh parti pembangkang yang boleh menyebabkan rusuhan dalam usaha memastikan negeri ini aman dan tenteram.

Katanya menerusi slogan baharu kerajaan negeri iaitu 'Kedah Aman Makmur', beliau mahu rakyat negeri ini terus hidup dalam keadaan aman dan mendapat faedah menerusi pelbagai pembangunan yang bakal dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada majlis penyerahan rumah tersebut, 41 buah rumah yang usang dan rosak di Parlimen Jerlun dibaiki semula pada April lepas oleh syarikat MK Land Holdings bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan dapat tinggal dengan selesa. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Status keselamatan menara UMNO dihantar ke MPPP minggu depan: Pemilik

Written By Unknown on Kamis, 20 Juni 2013 | 15.09

GEORGETOWN: Pemilik bangunan Menara UMNO, JKP Sdn Bhd (JKP) akan menghantar laporan lengkap berhubung status keselamatan bangunan itu kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzmi Ariffin, berkata untuk tujuan itu pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Aspek keselamatan yang diteliti termasuk di kawasan luar bangunan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak berpuas hati kerana JKP gagal mematuhi jadual dalam mengalihkan saki-baki runtuhan struktur penebat kilat pada bangunan itu, Adzmi berkata pihaknya sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada MPPP tengah hari tadi.

Surat itu menjelaskan mengapa kami lewat dalam mengalihkan kepingan besi berkenaan, katanya menambah JKP menjangka kerja mengalihkan sisa struktur siap hari ini juga.

Kelewatan itu menyebabkan hanya sebahagian Jalan Macalister dapat dibuka kepada lalu lintas hari ini, manakala laluan di hadapan Menara UMNO masih ditutup.

Jalan itu ditutup sejak seminggu lepas susulan kejadian struktur penebat kilat Menara UMNO runtuh dan menghempap jalan.
Dalam kejadian 6.45 petang itu, seorang pengguna jalan raya terbunuh selepas kenderaannya dihempap serpihan konkrit.

Insiden itu juga dipercayai mengorbankan seorang lagi pengguna jalan raya selepas rakaman kamera litar tertutup menunjukkan runtuhan struktur menimpa sebuah kereta yang sedang bergerak menyebabkan kenderaan itu terbenam jauh ke dalam tanah.

Usaha mencari mangsa bagaimanapun dihentikan pada Isnin lalu selepas pihak berkuasa bimbang kerja-kerja menggali yang sudah menjangkau kedalaman lapan meter di lokasi kejadian akan menjejaskan struktur bangunan warisan di situ.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

CLAB keluarkan kad pendaftaran pekerja asing binaan mulai bulan depan

BUTTERWORTH: Pusat Pertukaran Pekerja Binaan Berhad (CLAB) akan mengeluarkan kad pendaftaran untuk pekerja asing binaan yang berdaftar dengan organisasi itu, bermula bulan depan.

Ketua Eksekutif CLAB, Abdul Rafik Abdul Rajis, berkata kad itu akan berperanan sebagai dokumen rasmi pekerja asing berkenaan dan akan diwajibkan kepada lebih 36,000 pekerja yang berdaftar dengan CLAB menerusi 4,000 kontraktor.

"Kad ini akan diberi secara percuma kepada semua pekerja asing binaan yang berdaftar dengan CLAB. Kad ini adalah bukti pekerja itu berdaftar dengan kami. Kad ini juga turut dilengkapi dengan bar kod yang menyimpan semua data pekerja.

"Pihak berkuasa boleh 'scan' kad ini hanya menggunakan telefon bimbit Android dan semua data akan dipapar pada skrin telefon itu," katanya pada sidang media selepas perasmian Seminar Bersama Pelanggan CLAB Wilayah Utara 2013 oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, di sini, hari ini.

Menurutnya, kad itu akan dikeluarkan secara berperingkat dengan pengeluaran awal sebanyak 1,500.

CLAB akan memastikan semua 36,000 pekerja asing berkenaan memiliki kad ini dalam tempoh setahun, katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rafik berkata CLAB sudah menubuhkan sebuah pusat transit di Nilai, Negeri Sembilan pada 2 April lalu yang menjadi pusat sehenti pekerja asing, sebelum diambil majikan.
Setakat ini sebanyak 400 pekerja asing dari Indonesia, Myanmar, India dan Pakistan ditempatkan di pusat transit berkenaan, katanya.

"Ia menjimatkan masa dan kos pengambilan sebab kita bawa masuk siap-siap dulu, kita letak di pusat transit...apabila kontraktor dah ada maklumat yang lengkap mengikut syarat-syaratnya boleh terus ambil pekerja tersebut di pusat transit," katanya.

Katanya, CLAB juga merancang untuk membuka pusat transit itu di wilayah utara dan selatan jika projek perintis di Nilai berkenaan berjaya.

CLAB adalah organisasi yang tidak berlandaskan keuntungan dan berperanan sebagai pemudah cara dalam pengambilan dan penggunaan pekerja asing bagi sektor pembinaan di negara ini.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mahkamah Koroner putuskan kematian William Yau sebagai nahas

PETALING JAYA: Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian kanak-kanak enam tahun, William Yau Zhen Zhong yang mayatnya ditemui di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu disebabkan nahas kerana secara tidak sengaja terjatuh ke dalam longkang.

Koroner Mohd Hezri Shahril turut menolak teori pembabitan mana-mana pihak secara jenayah termasuk ibu bapa mangsa.


15.09 | 0 komentar | Read More

Kedai emas kerugian RM400,000 dirompak enam suspek bersenjata parang

BENTONG: Sebuah kedai emas di Jalan Besar, Karak di sini hari ini kerugian RM400,000 selepas dirompak enam suspek bertopeng dan bersenjata parang.

Dalam kejadian 8.55 pagi itu, kesemua suspek terbabit menyerbu premis berkenaan ketika pemiliknya baru saja membuka kedai.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata kejadian itu berlaku semasa pemiliknya, seorang lelaki berumur 30an, membuka kedainya seperti biasa apabila tiba-tiba enam suspek terbabit meluru masuk ke premis berkenaan.

Suspek bertindak mengacukan parang ke arah mangsa sebelum melarikan 13 buah dulang barangan kemas yang dianggarkan bernilai RM400,000, katanya kepada di sini, hari ini.

Kesemua suspek kemudiannya melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan di hadapan premis itu, katanya.

Polis sedang memburu kesemua suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan, katanya.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Bas ekspres terbabas, seorang kanak-kanak maut, enam lagi parah

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut, manakala enam lagi cedera parah apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terbalik di Kilometer 364 Jalan Raub-Bentong, dekat Raub, awal hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, bas ekspress yang dinaiki 19 penumpang itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Raub, Superitendan Wan Samsuddin Wan Wan Osman, berkata kanak-kanak lelaki berkenaan, Muhammad Busam Suhaiming mati ketika dirawat di Hospital Raub akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Enam lagi cedera parah termasuk pemandu kedua bas berkenaan berumur 53 tahun," katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian itu bas berkenaan dipandu seorang lagi pemandu berusia 40an, dan dipercayai pemandu berkenaan mengantuk menyebabkan bas berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di laluan bertentangan,

Dalam kejadian itu, enam lagi penumpang bas berkenaan turut cedera ringan.
"Mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Temerloh (tiga mangsa), dan tiga lagi di Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera ringan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raub.

"Pihak polis sudah melakukan ujian air kencing, ujian darah dan ujian alkohol ke atas pemandu terbabit," katanya.

Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Suami isteri hadapi dua pertuduhan dera amah Indonesia

Written By Unknown on Rabu, 19 Juni 2013 | 15.09

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan mendera seorang pembantu rumah warga Indonesia, pada September tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Shukur Suradi, 29, dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan manakala isterinya, Daeng Norul Asyikin Bachok, 28, turut dikenakan hukuman penjara 15 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pasangan terbabit turut dikenakan hukuman penjara 10 tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua hukuman dijalankan secara serentak bermula daripada tarikh sabitan.

Hakim Nu'aman Mahmud Zuhudi menjatuhkan hukuman terbabit selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes terbabit.


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tahan dua lelaki terbabit 12 kes pecah rumah

JOHOR BAHRU: Polis percaya berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah yang dilakukan dua lelaki di sekitar Nusajaya di sini selepas menahan mereka di sebuah rumah di Taman Nusa Idaman, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata kedua-dua mereka yang sedang memecah masuk rumah itu ditahan selepas polis menerima maklumat kejadian daripada jiran mangsa pada jam 2.30 pagi.

"Polis kemudian merampas pelbagai barangan termasuk televisyen, parang panjang, empat tukul besi, spanar, kuku kambing, pemutar skru, sebungkus plastik berisi 20 rangkai kunci, tujuh pasport, lima buku bank, telefon bimbit serta kereta jenis Mitsubishi Triton daripada mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, semakan rekod mendapati kedua-dua lelaki berumur 33 tahun itu mempunyai rekod jenayah termasuk menceroboh, curi dan penyalahgunaan dadah.
Beliau berkata, mereka kini direman sehingga Isnin depan untuk siasatan.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya menahan seorang lelaki berumur 30 tahun kerana memiliki senjata api di Kulaijaya, dua hari lalu.

Beliau berkata, anggota polis yang sedang membuat rondaan cegah jenayah di Jalan Tokong, Sengkang, terserempak dengan lelaki itu bersama rakannya di dalam sebuah kereta, kira-kira jsm 7.10 malam.
"Polis merampas sepucuk pistol semi auto, satu kelopak mengandungi 11 butir peluru dan satu plastik lut sinar mengandungi tiga butir peluru daripada lelaki itu. Semasa pemeriksaan dilakukan, rakan lelaki itu, bagaimanapun, sempat melepaskan diri," katanya.

Menurut Mohd Mokhtar semakan mendapati kereta itu merupakan kereta yang dilaporkan hilang di Taman Pelangi, di sini dan lelaki berkenaan yang mempunyai rekod jenayah berkaitan rompak kini direman sehingga Isnin depan.

Katanya, sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan Liew Kwang Yen, yang memiliki kad pengenalan bernombor 770316-01-6019 dan beralamat di B, 34, Sengkang, Kulaijaya, untuk membantu siasatan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal langkah baik - Nazir

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Dasar Fiskal yang bermatlamat mengurangkan defisit fiskal Malaysia disifatkan sebagai satu langkah bertanggung jawab, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Katanya negara ini sememangnya perlu fokus pada hutang belum lunas sebelum ia menjadi satu isu yang besar.

"Kita perlu mengambil langkah awal dan saya merasakan ia merupakan satu inisiatif yang baik oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)."

"Sudah tentu kita perlu melakukannya sebelum kuasa pasaran memaksa kita berbuat demikian," katanya di luar jadual Persidangan Tahunan CIMB Asia Pasifik 2013 di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan semalam mengenai penubuhan jawatankuasa khas untuk mengukuhkan pembiayaan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara ini.

Jawatankuasa itu, yang akan dipengerusikan oleh Najib, akan termasuk Menteri Kabinet dan ketua-ketua jabatan terpilih, di dalam usaha memotong defisit fiskal kepada 4.0 peratus tahun ini berbanding 4.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2012.

Pada Belanjawan 2014, yang dijadualkan dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober ini, Nazir berkata kerajaan perlu menyeimbangkan belanjawannya manakala pada masa yang sama mencergaskan semula sektor swasta. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Selangor, Melaka, Johor diwarta kawasan larangan pembakaran terbuka

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuatkuasa serta merta.

Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan, berkata larangan mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

Ketiga-tiga negeri berkenaan sedang menghadapi masalah jerebu ekoran kebakaran hutan di negara jiran.

Halimah meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS di talian 03-88891972 atau 1-800-88-2727 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 03-88880336, jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Perak mohon peruntukan RM150 juta naiktaraf Kompleks Sukan MBI

IPOH: Kerajaan Perak memohon peruntukan sekurang-kurangnya RM150 juta bagi menaiktaraf Kompleks Sukan MBI di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata ia sebagai persediaan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di negeri itu pada 2018.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di sini, sebentar tadi.
15.09 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger