Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Kerjasama ATM, PDRM antara faktor kejayaan Ops Daulat : PAT

Written By Unknown on Selasa, 26 Maret 2013 | 15.09

LAHAD DATU: Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pemilihan aset yang betul dan penggunaan taktik bersesuaian antara faktor kejayaan pasukan keselamatan dalam memerangi pengganas Sulu melalui Operasi Daulat.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Zainal Abidin berkata, kolaborasi seumpama itu jarang berlaku di negara lain.

"Kejayaan berlaku kerana kerjasama ATM dan polis yang sangat rapat dan ini jarang berlaku di negara lain. Ini wujud hasil usaha dan kesedaran yang dibuat kepimpinan kedua-dua pasukan," katanya ketika ditemu bual menerusi rancangan siaran langsung Selamat Pagi Malaysia hari ini.

Beliau berkata, usaha itu perlu diteruskan dan diutamakan kerana kebersamaan dan kesiapsiagaan adalah penting dalam menjaga kedaulatan negara.

Kerjasama yang dilaksanakan itu sebenarnya bukan suatu yang baharu kerana pernah dilaksanakan ketika negara memerangi komunis sewatu darurat dahulu pada 1948, katanya.

"Umum tahu tugas Polis adalah menjaga keselamatan dalam negara manakala tugas ATM menjaga pertahanan negara dari ancaman luar.

"Kedua-dua ini diperlukan untuk kestabilan dan keamanan negara," kata Zulkifeli.
Mengulas mengenai aset yang digunakan, beliau berkata pasukan keselamatan mengoptimumkan peralatan yang bersesuaian dengan doktrin yang dilaksanakan sewaktu mengendalikan Operasi Daulat itu.

Katanya, aset yang ada 'value for money' itu antara faktor kejayaan operasi kerana memudahkan anggota menjalankan tugas mereka seperti membersih dan mengesan pengganas.

Pengganas dari selatan Filipina itu kini dikesan berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 km dari sini setelah menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu.

Setakat ini, 65 pengganas ditembak mati dan 10 anggota pasukan keselamatan terkorban manakala operasi membersihkan kawasan-kawasan terbabit daripada anasir pengganas, di peringkat akhir. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Harga saham tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah 1,660.80 pada satu masa, bagi paras tinggi baru sejak pertengahan Januari, kata peniaga.

FBM KLCI naik 7.03 mata kepada 1,650.92, selepas dibuka 7.95 mata lebih tinggi pada 1,651.84, dipacu oleh kenaikan dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Kenaikan ini dicatatkan meskipun penurunan dalam harga saham di pasaran serantau utama berikutan kebimbangan berterusan akan risiko pakej menyelamat kewangan Cyprus oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Kesatuan Eropah, kata peniaga.

RHB Retail Research berkata prospek teknikal jangka terdekat kekal bulis selagi FBM KLCI mengekalkan kedudukannya melebihi paras 1,590 mata.

Sementara itu, HwangDBS Vickers Research berkata pasaran kekal berhati-hati apabila Dewan Undangan Negeri Sembilan akan terbubar secara automatik pada tengah malam Rabu - kali pertama dalam sejarah sekiranya ia berlaku - yang mungkin mendorong Perdana Menteri membubarkan Parlimen.

Indeks Kewangan meningkat 52.279 mata kepada 15,498.56, Indeks Perusahaan menokok 1.48 mata kepada 2,847.60, dan Indeks Perladangan naik 19.10 mata kepada 7,852.77.

Indeks FBM Emas menambah 38.68 mata kepada 11,288.31, FBMT100 meningkat 38.04 mata kepada 11,125.90, Indeks FBM Mid 70 menokok 3.75 mata kepada 12,511.79 dan Indeks FBM Ace naik 0.59 mata kepada 3,967.65.
Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 266 berbanding 229 dengan 306 kaunter tidak berubah, 842 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 410.114 juta saham bernilai RM874.43 juta.

Di kalangan kaunter cergas, Krisassets Holdings tidak berubah pada 5.5 sen, GPRO Technologies turun setengah sen kepada 9.5 sen, manakala Maybank meningkat tujuh sen kepada RM9.30 dan Scomi Group naik dua sen kepada 35.5 sen.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby turun satu sen kepada RM9.19, Axiata naik tiga sen kepada RM6.48, Petronas Dagangan meningkat dua sen kepada RM18.82 dan CIMB Group Holdings tidak berubah pada RM7.29. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pemuda UMNO Johor Bahru ikrar pertahan kerusi Parlimen

JOHOR BAHRU: Pergerakan Pemuda UMNO Johor Bahru berikrar mempertahan kerusi Parlimen Johor Bahru daripada jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ketuanya, Khalid Mohamad berkata, sejak awal bahang pilihan raya terasa pada pertengahan tahun lepas, jentera Pemuda (termasuk MIC dan MCA) sudah mula bergerak menjalankan aktiviti mendekati golongan sasaran terutama pengundi muda.

"Hampir setiap minggu kami mendekati golongan sasaran dengan berkunjung di tempat tumpuan awam seperti pasar, bazar dan pasar tani untuk mengedarkan risalah penerangan berkaitan isu peringkat negeri dan nasional.

"Kami juga mengadakan pelbagai aktiviti untuk anak muda seperti pertandingan futsal, aktiviti menderma darah dan pertemuan antara pemimpin belia untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, hasil pertemuan itu, Pemuda UMNO Johor Bahru berjaya menyelami permasalahan orang muda dan berusaha menyelesaikannya seperti kekurangan kemudahan sukan untuk golongan belia dan kekurangan peluang pekerjaan di kawasan Iskandar Malaysia.

Pemuda UMNO Johor Bahru mendapatkan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan sejumlah peruntukan untuk menyediakan frasarana sukan serta mendapatkan peluang pekerjaan bagi mereka di taman tema Legoland, katanya.

Mengikut daftar pengundi bagi suku keempat yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya yang diwartakan pada 22 Feb lepas, di kawasan parlimen Johor Bahru terdapat seramai 96,515 orang pengundi dengan lebih 40 peratus merupakan pengundi muda. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Industri aeroangkasa Malaysia berkembang 9.4 peratus pada 2012

LANGKAWI: Industri aeroangkasa Malaysia tahun lalu berkembang 9.4 peratus kepada RM30.3 bilion berbanding 2011 dan menyumbang 3.23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurut Laporan Industri Aeroangkasa Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (Might), perolehan berkenaan disokong oleh aktiviti syarikat penerbangan yang aktif terutamanya syarikat penerbangan tambah rendah, pengembangan perniagaan pembuatan aeroangkasa dan perkembangan positif dalam subsektor lapangan terbang.

"Perkembangan positif industri juga merupakan hasil daripada pelaksanaan projek-projek pelaburan termasuk Eurocopter, BHIC Aeroservices dan Sepang Aircraft Engineering," demikian menurut Might dalam satu kenyataan hari ini.

Laporan berkenaan, bersama-sama dengan Laporan Industri Maritim, dilancarkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.

Might berkata menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), tahun lepas juga merupakan tahun yang baik bagi pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung domestik.

"Sebanyak 11 projek diluluskan tahun lepas bagi industri aeroangkasa dengan pelaburan berjumlah RM2.3 bilion yang mewakili 30 peratus daripada industri peralatan pengangkutan.
"Dari segi pewujudan pekerjaan, projek-projek yang diluluskan dijangka mewujudkan 2,739 peluang pekerjaan kebanyakannya dalam subsektor pembuatan aeroangkasa," katanya.

Ia berkata eksport negara tahun lepas bernilai kira-kira RM2.2 bilion yang terdiri terutamanya daripada komponen dan peralatan aeroangkasa, manakala import melibatkan pesawat, bahan mentah dan alat ganti bernilai RM13.2 bilion.

"Perbezaan antara import dan eksport boleh dikurangkan dengan ketara melalui penempatan komponen dan alatan pesawat seperti pengeluaran bahan mentah pengeluaran aeroangkasa yang akan menjadi strategi cadangan pelaburan akan datang bagi MIDA dan Might," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pelantikan Pengerusi ESSZONE satu tanggungjawab besar: Musa

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pelantikannya sebagai pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) satu tanggungjawab besar dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di Sabah terus dipelihara.

Beliau yakin dengan sokongan semua pihak, tugas itu dapat dilakukan dengan baik dan seperti yang diharapkan oleh kerajaan dan rakyat.

"Saya terharu dan berterima kasih atas kepercayaan diberikan kepada saya sebagai pengerusi ESSZONE oleh Perdana Menteri.

"Saya akan berusaha untuk menjalankan tugas seperti yang diharapkan dan percaya dengan sokongan semua pihak, kita dapat lakukan terbaik untuk Sabah dan penting Sabah terus berada dalam keadaan aman, selamat dan sejahtera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simulasi Pilihan Raya Umum Umno Bahagian Libaran di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pewujudan ESSZONE meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Daerah yang terbabit adalah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

ESSZONE akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri dan dibantu seorang ketua pegawai eksekutif dan anggota jawatankuasa yang akan diumum kelak.
Musa berkata pewujudan ESSZONE merupakan inisiatif kerajaan dan dikehendaki oleh perdana menteri untuk memastikan Sabah terus dalam keadaan aman, sejahtera dan rakyatnya dapat terus menjalankan tugasan dalam keadaan biasa.

"Sebagai rakyat Sabah, kami bersyukur dan terima kasih (kerana) punya seorang pemimpin yang peka dan sedar apabila kita kehendaki, beliau (Najib) terus mengambil tindakan sewajar dan sebaiknya untuk memastikan rakyat Sabah dalam keadaan selamat dan terpelihara," kata Musa. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Johor pula jadi sasaran penyeludup dadah warga India

Written By Unknown on Jumat, 22 Maret 2013 | 15.09

JOHOR BAHRU: Selepas beberapa negeri menjadi sasaran penyeludup dadah warga India, kini Johor pula menjadi tumpuan mereka.

Sebelum ini mereka dilapor menyeludup ketamin di Terengganu, Kedah, Pahang dan Kelantan mulai awal bulan ini melalui lapangan terbang domestik.

Isnin lalu, Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Johor mematahkan pula cubaan menyeludup dipercayai ketamin seberat 9.307 kilogram yang dianggarkan bernilai RM325,745 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Timbalan Pengarah KDRM Johor, Zulkurnain Mohamed Yusuf, berkata seorang warganegara India berusia 45 yang menggunakan penerbangan dari negara itu sebelum transit di Singapura dan kemudian Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ditahan.

"Sepasukan anggota kastam Unit Khas Pemeriksaan Penumpang mengesyaki lelaki itu menyembunyikan sesuatu di dalam beg galas dan beg troli yang dibawanya semasa membuat pengimbasan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

"Ketika membuat pemeriksaan lanjut, mereka menemui serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin yang disorok di pelapik dinding beg troli berkenaan," katanya.

Zulkurnain berkata, pasukan itu memeriksa lapan beg komputer riba di dalam beg troli itu dan menjumpai uncang kain hitam berisi serbuk putih yang dijahit dan disembunyikan di lapisan pelapik setiap beg komputer riba berkenaan.
Lelaki itu yang datang kali kedua ke negara ini direman sehingga 1 April ini untuk disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia akan diperluas kepada pelajar luar negara

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperluaskan pemberian Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) kepada pelajar di luar negara bagi membolehkan mereka membeli barangan dengan potongan harga ketika berada di Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya sedang mendapatkan maklumat dan akan berunding dengan Kementerian Pengajian Tinggi, kedutaan dan badan kebajikan pelajar di luar negara sebelum kad itu diberikan.

"Rundingan ini perlu bagi mengetahui bilangan sebenar pelajar di luar negara yang memerlukan kad diskaun itu untuk digunakan semasa mereka pulang nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Maktab Koperasi Malaysia bersama masyarakat di Kampung Guai di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam fasa pertama kad itu dilancarkan tahun lalu, sebanyak 1.2 juta KDS1M diberikan percuma kepada pelajar pusat pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.

Kad itu katanya, boleh digunakan di lebih 2,000 rangkaian kedai termasuk kedai buku, kedai serbaneka dan kedai makanan segera selagi pemegang kad masih belajar di pusat pengajian tinggi.

Menurut Ismail Sabri, selain KDS1M, kerajaan turut memperkenalkan kad diskaun lain bagi meringankan beban rakyat termasuk Kad Skuad Pengguna; 1Malaysia Privilege Card; Kad Bekas Tentera; Kad Orang Kelainan Upaya dan Kad Pesara Kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, tiga juta pemegang kad pintar itu menikmati potongan harga bagi barangan dan perkhidmatan antara lima dan 50 peratus di 2,170 premis perniagaan di seluruh negara. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lelaki maut rumah teres terbakar di Johor Bahru

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 30-an maut dipercayai akibat lemas terhidu asap tebal kebakaran di sebuah unit rumah teres dua tingkat di Jalan Setia Indah 5/3, Taman Setia Indah, di sini tengah hari tadi.

Mangsa yang belum diketahui identitinya ditemui dalam keadaan tertiarap oleh pasukan penyelamat dalam sebuah bilik di tingkat atas kediaman berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari.


15.09 | 0 komentar | Read More

Lima anak FELDA bakal lakar sejarah tawan Puncak Everest

PUTRAJAYA: Lima anak FELDA dari Negeri Sembilan, Johor dan Pahang bakal melakar sejarah menawan Puncak Everest pada Mei ini.

Kumpulan anak muda itu akan diketuai gadis dari FELDA Jelai, Negeri Sembilan, Siti Hanisah Sharudin, 23.

Anggota lain ialah Mohd Asyraf Mohd Halim, 25 (FELDA Lok Heng Timur, Johor); Muhammad Hafizudin Ibrahim, 22 (FELDA Chini Timur, Pahang); dan Myrza Fasha Md Hamyrudin, 25, serta Mohd Nasuha Shamsudin, 21, kedua-duanya dari FELDA Tersang 3, Raub, Pahang.

Siti Hanisah berkata, mereka melakukan persiapan sejak enam bulan lalu dan jika segalanya berjalan lancar akan dapat menawan puncak tertinggi dunia itu antara 13 dan 25 Mei.

"Saya akan membuktikan meskipun wanita yang jadi ketua ekspedisi kejayaan boleh dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Anak kelima daripada tujuh beradik itu turut meminta rakyat Malaysia mendoakan kejayaan mereka.

Ekspedisi anjuran Kelab Ekplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) dengan kerjasama Majlis Belia Felda serta Felda Global Venture Holding (FGVH) itu akan disertai 12 pendaki sokongan terdiri daripada tujuh lagi anak FELDA dan lima pendaki KE7B.
Kumpulan itu akan memulakan ekspedisi mereka pada 2 April ini. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Angka korban keganasan agama di Myanmar meningkat 20 orang

MEIKHTILA: Sekurang-kurangnya 20 maut dalam tempoh dua hari lalu selepas tercetusnya keganasan antara penganut Islam dan Buddha di tengah Myanmar.

Keadaan itu menyebabkan penduduk yang ketakutan berkurung di kediaman masing-masing kerana bimbang keselamatan mereka.

Pemimpin pembangkang Liga Demokrasi Kebangsaan, Win Htein memberitahu AP, sekurang-kurangnya lima masjid turut dibakar sejak keganasan tercetus, Rabu lalu di Bandar Meikhtila.

Kebakaran turut membabitkan rumah penduduk Muslim dan penduduk serta sami Buddha menegah pihak berkuasa daripada memadamkan api.

Keganasan terbaru itu tercetus selepas berlaku pergaduhnan di Wilayah Rakhine di selatan tahun lalu dengan meragut lebih 200 nyawa. - AP


15.09 | 0 komentar | Read More

Wakil Libya mahukan bantuan Malaysia untuk pulihkan ekonomi

Written By Unknown on Minggu, 17 Maret 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Libya berhasrat memulihkan kembali ekonominya selepas berhadapan dengan perang saudara dua tahun lalu.

Dutanya ke Malaysia, Dr Abubaker Al-Mansouri berkata, negaranya berminat untuk bekerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai sektor.

"Kerajaan Libya lihat Malaysia sebagai negara "model", bukan sahaja dari segi politik tetapi juga ekonomi, negara yang ia boleh belajar dan mengembangkan ekonominya," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada seminar bertemakan "Menjalankan Perniagaan di Algeria dan Libya", anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) baru-baru ini.

Abubaker berkata, beliau ingin melihat lebih banyak lagi syarikat Malaysia melabur di Libya, terutamanya dalam sektor minyak dan gas.

Pada masa ini, terdapat enam syarikat minyak dan gas Malaysia di Libya.

"Jumlah itu tidak mencukupi jika dibandingkan dengan bilangan syarikat minyak dan gas (O&G) dari Itali, AS dan Jerman," kata beliau.
Duta itu berkata yang pelaburan dalam sektor O&G amat signifikan tahun lepas dan beliau berharap lebih banyak syarikat Malaysia merebut peluang melabur dalam sektor itu.

"Inilah peluang untuk anda bagi membantu Libya," kata beliau sambil menambah yang banyak syarikat dari Asia Tenggara seperti Korea Selatan dan China turut tampil untuk melabur di negara itu.

Beliau berkata, yang "Malaysia-Libya Interoperability Initiative" telah ditubuhkan Januari tahun lalu untuk membantu pelbagai sektor seperti teknologi maklumat, kesihatan, pendidikan, pertanian, perindustrian, pelancongan dan latihan serta pentadbiran.

Berhubung aduan warga Malaysia yang Libya agak jauh untuk mereka menjalankan perniagaan di sana dan lebih berminat melabur di negara-negara jiran seperti Vietnam, beliau berkata, "Dalam perniagaan, jarak bukanlah masalahnya".

"Kalau kita mempersoalkan jarak, orang Amerika tidak akan mampu untuk melabur di Asia Tenggara, Korea Selatan dan China pula tidak boleh melabur di Afrika Utara atau Selatan ataupun Amerika Latin," kata beliau.

Abubaker berkata, walaupun tidak ramai yang pergi ke Libya pada masa ini, beliau mahu orang ramai tahu yang "laluan itu kini terbuka untuk perniagaan".

"Kini, Libya telah menjadi sebuah negara yang baharu. Kami membuka pintu kepada perniagaan dari seluruh dunia. Kami mengalu-alukan ahli perniagaan Malaysia untuk turut serta kerana telah ramai pelabur dari beberapa bahagian lain dunia sudah pun berada di Libya," kata beliau.

Libya mempunyai populasi enam juta dan disifatkan sebagai lokasi penting dari segi perdagangan di Eropah, Asia dan Afrika. Negara-negara jirannya termasuk Tunisia, Algeria, Niger, Chad, Sudan, dan Mesir.

Eksport Libya ke Malaysia termasuk minyak dan gas, sementara import pula minyak sawit, getah, elektrik dan elektronik. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib lancar 1Malaysia Komuniti Perwani sebagai ejen transformasi

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan 1Malaysia Komuniti Perwani yang akan mewujudkan 100,000 kumpulan wanita di seluruh negara yang akan bertindak sebagai ejen transformasi komuniti.

Najib yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, inisiatif baru itu akan mewujudkan kumpulan Perwani dengan setiap kumpulan terdiri daripada 10 hingga 20 orang.

"Sebagai pengerak pelbagai aktiviti, 1Malaysia Komuniti Perwani boleh mempromosikan penjagaan kesihatan, kebajikan keluarga, kemahiran, keusahawanan dan tuisyen.

"Mereka juga boleh menjadi mata dan telinga kerajaan dalam memerangi jenayah dan ancaman keselamatan negara," katanya ketika berucap melancarkan program itu sempena perhimpunan 1 Juta Wanita atau "1Million Women Purple Walk" 2013 di sini, hari ini.

1Malaysia Komuniti Perwani terdiri daripada persatuan penduduk, Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita), Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Badan kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ibu tunggal dan wanita.

Ia adalah satu inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan untuk mempromosikan kesejahteraan masyarakat dengan mengerakkan pelbagai aktiviti yang bakal memberi faedah kepada anggota masyarakat setempat.

1Malaysia Komuniti Perwani akan bertindak sebagai penghubung masyarakat dengan pihak berkuasa bagi melaporkan atau memberi maklum balas berhubung sebarang prasarana atau kemudahan awam yang memerlukan perhatian atau penambahbaikan.
Pada majlis yang sama, Najib juga melancarkan program "Purplelicious Mobile Café" yang merupakan projek terbaharu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi membantu golongan ibu tunggal menjana pendapatan.

Projek perintis itu melibatkan seramai sembilan orang ibu tunggal daripada pelbagai bangsa. Hidangan yang disediakan merupakan resipi istimewa Chef Jo, juri rancangan Master Chef Malaysia yang bertindak selaku mentor kepada para peserta.

Program "Purplelicious Mobile Café" memperkenalkan konsep jualan makanan dan minuman secara bergerak dan antara hidangan istimewa adalah 'submarine sandwich, pasta dan minuman ice blended'.

Pada peringkat awal, ibu tunggal terbabit akan mengendalikan jualan menerusi dua buah trak makanan khas di lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

F1: Vettel bermula petak pertama GP Melbourne

MELBOURNE: Juara Dunia Formula 1 (F1), Sebastian Vettel mengambil petak pertama dalam perlumbaan pembuka tirai kejohanan Grand Prix F1 Melbourne yang akan bermula hari ini.

Petak kedua diduduki pelumba baru Mercedes, Lews Hamilton manakala petak ketiga diambil pelumba Red Bull, Mark Webber. - AFP


15.09 | 0 komentar | Read More

Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Keselamatan: Polis

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

"Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat," katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lalu, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

"Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA," katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengulas kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata, individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini, seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Dalam pada itu, Hamza berkata, keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Gejala LGBT di kalangan pelajar sekolah, IPT membimbangkan: Pakar

KUALA TERENGGANU: Gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini semakin membimbangkan kerana turut membabitkan pelajar sekolah menengah selain pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), kata pakar motivasi dan kaunseling Hushim Salleh.

"LGBT tidak memilih bulu sama ada tua atau muda, lelaki atau wanita, golongan menengah atau rendah semua boleh terlibat di mana apabila terperangkap dengan LGBT, ia sukar untuk dipulihkan.

"Kita sangat bimbang dengan gejala ini kerana ia boleh membawa penyakit seperti HIV, sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan sebagainya," katanya selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Kesedaran LGBT kepada pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

Hushim, pemilik Syarikat Hushim Motivational & Counseling Consultancy yang banyak menangani kes-kes LGBT, berkata apa yang paling menyedihkan terdapat kes guru di sekolah agama yang mengambil kesempatan melepaskan nafsu songsang terhadap pelajarnya sendiri.

"Biasanya di sekolah agama...mangsa tidak tahu hendak mengadu kepada siapa dan kebanyakan kes hanya diam dan berlalu begitu saja tanpa sebarang tindakan terhadap pelaku," katanya.

Hushim berkata, walaupun tidak ada jumlah sebenar kes LGBT yang dicatat di negara ini, namun daripada kajian yang dijalankan ia lebih menakutkan daripada gejala penagihan dadah.

Beliau berkata, pengamal LGBT sukar dikenal pasti kerana mereka boleh bertukar perwatakan pada waktu dan keadaan tertentu dan mereka sukar untuk dipulihkan kerana ia membabitkan naluri manusia.
Bagaimanapun, katanya, pengamal LGBT boleh dipulihkan sekiranya mereka mempunyai keinsafan untuk berubah dengan menyertai seminar pencegahan dan ceramah termasuk ceramah agama.

Hushim turut memuji langkah UniSZA menganjurkan seminar seumpama itu yang dapat membendung gejala itu daripada menular di universiti itu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kabinet benarkan media asing buat liputan Ops Daulat

Written By Unknown on Sabtu, 16 Maret 2013 | 15.09

Bagan Datoh: Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet Rabu lalu membenarkan media asing terutama dari Filipina membuat liputan mengenai Operasi Daulat, kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata wakil media asing akan dibawa ke kawasan operasi kerana terdapat tuduhan kononnya polis dan tentera melakukan kezaliman dengan mengenepikan hak asasi manusia kepada pencerobo militan Sulu.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan komputer dan beg sekolah kepada murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta Sekolah Kebangsaan Di Wisma UMNO, di sini hari ini.
15.09 | 0 komentar | Read More

Rakyat diingat ada musuh luar cuba gugat keamanan negara: Muhyiddin

MUAR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini mengingatkan rakyat bahawa keamanan dan keadaan selamat yang dikecapi negara kini bukan jaminan ia akan berterusan, kerana musuh dari luar akan cuba merosakkan negara.

Katanya, pihak terbabit cemburu dan tidak senang dengan kemakmuran yang sedang dikecapi kini, lebih-lebih lagi Malaysia dikategorikan negara paling selamat oleh Indek Keamanan Global (GPI).

"Malaysia antara negara yang paling selamat dan ini diiktiraf oleh GPI yang membuat penilaian tentang soal itu, malah kita berada di antara 20 negara paling selamat mengatasi Singapura.

"Hal di Lahad Datu memaksa kita hantar polis dan lima batalion tentera untuk menjaga keamanan di sana," katanya ketika berucap di majlis 'Bersatu Benteras Jenayah' Peringkat Daerah Muar di Dewan Bola Keranjang Bakri di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye, Pengerusi Urus Setia Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Datuk Ayub Yaacob dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, penghantaran pasukan keselamatan yang ramai ke Lahad Datu ialah untuk memastikan kestabilan keamanan di negara ini sentiasa dipelihara dan tidak menjejaskan kemasukan pelabur.

"Kita tak nak orang kata Malaysia tidak aman sehingga menjejaskan pelabur yang datang di negara ini. Kita nak pastikan negara aman dan tiada masalah," katanya.
Majlis anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCPF itu dihadiri lebih 1,000 penduduk dari kawasan Bakri.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kerajaan Barisan Nasional bertanggungjawab dan sentiasa komited menjaga keamanan negara.

Pada masa sama beliau turut menyeru supaya rakyat di Lahad Datu memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dengan membantu menyalurkan maklumat.

"Ketua kampung mesti kerjasama bagi maklumat, jangan kerjasama dengan musuh dengan beri mereka guna masjid atau rumah kita," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pihak berkuasa kumpul bukti untuk ekstradisi Azzimudie: Polis

LAHAD DATU: Pihak keselamatan negara akan mengumpulkan bukti yang cukup sebelum mencari kaedah mengekstradisi ketua pengganas, Azzimudie Kiram atau Agbimuddin dari Filipina dan dibicarakan di negara ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata seperti yang dinyatakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam, Azzimudie yang mengetuai pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dipercayai sudah berada di Filipina.

"Pada hemat saya, kalau dia berada di sana pun kita tidak menghadapi masalah sebab kita sudah menjalankan siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) ke atas mereka yang ditahan.

"Jadi, kita akan kumpulkan bukti, seterusnya menggunakan saluran perundangan untuk kita ekstradisi Azzimudie bagi menghadapi pertuduhan di negara kita," katanya pada sidang akhbar di FELDA Sahabat, dekat sini, hari ini.

Ismail dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin pada sidang akhbar bersama di Kota Kinabalu semalam, berkata, Azzimudie dipercayai melarikan diri ke Filipina. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Malaysia guna saluran diplomatik dapatkan maklumat dari Filipina

MUAR: Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik untuk mendapatkan maklumat daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu, bulan lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T Gazmin yang menyatakan kerajaan Filipina menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.

"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana.

"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Helo Komoditi di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Voltaire semasa pertemuannya bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya, Khamis lalu.

Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti perkara itu benar, beliau berharap kerajaan Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit mengikut peruntukan undang-undang di negara itu.

"Namun yang penting kita juga hendak tahu jika ia ada hubung kait dengan orang di sini (Malaysia)... itu saya tidak pasti. Tetapi jika kita sudah ada laporan itu, kita akan tahu kedudukan sebenar.
"Ini kerana kita tahu kumpulan yang menceroboh itu bukan ada keupayaan tetapi apabila mereka datang ke Malaysia, dia guna senjata moden," katanya.

Katanya, hal itu sekali gus membuktikan ada pihak yang membiayai dan mendalangi pencerobohan kumpulan dari selatan Filipina itu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, jika benar terdapat pihak di negara ini yang turut sama mendalangi kejadian pencerobohan itu, kerajaan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang, Datuk Tahir Taat. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kementerian akan wujud sistem jejaki lepasan universiti

KUANTAN: Kementerian Pengajian Tinggi akan mewujudkan sistem bagi menjejaki lulusan universiti selepas setahun mereka menamatkan pengajian dengan tujuan melihat pencapaian masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata pencapaian itu meliputi bidang kerja yang diceburi serta gaji mereka.

"Pada masa kita menuju ke arah status negara maju, adalah amat penting untuk kita pastikan bahawa pendapatan bekas graduan ini setaraf dengan kelulusan mereka terutamanya dalam bidang profesional," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, buat masa ini usaha membangunkan sistem itu masih pada peringkat perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mencari pendekatan yang sesuai.

"Sistem ini amat penting memandangkan kita tidak mempunyai sebuah sistem atau mekanisme untuk menjejaki mereka yang meninggalkan universiti sebaik saja menerima ijazah dan sebagainya," katanya.

Beliau sebelum itu melawat Karnival 'Jom Masuk U' yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, di sini.

Mengenai karnival anjuran kementerian dan Universiti Malaysia Pahang itu, Rujhan berkata, pihaknya menjangka menerima lebih 40,000 pengunjung.
Beliau juga berkata, karnival akan diperluas ke kawasan luar bandar pada skala kecil bagi memastikan pelajar luar bandar juga berpeluang mengunjunginya.

"Ketika ini karnival tersebut hanya ke kawasan luar bandar apabila kita mendapat permohonan daripada pihak sekolah, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan atau parti politik di kawasan tersebut. Sehubungan itu kita meminta pihak berkaitan di tempat lain turut berbuat demikian supaya kita boleh datang," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Nelayan gembira Muhyiddin lawat rumahnya

Written By Unknown on Sabtu, 09 Maret 2013 | 15.09

GEORGETOWN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan sehari ke Pulau Pinang hari ini, melawat tapak rumah baru Cheah Loon Seong di Kampung Bagan, Teluk Kumbar, dekat sini.

Cheah, 42, yang juga seorang nelayan mendapat bantuan membaiki rumah menerusi projek baik pulih rumah nelayan awal tahun ini.

Ketika ditemui pemberita selepas lawatan timbalan perdana menteri itu, Cheah berkata, dia sekeluarga bersyukur mendapat bantuan untuk membina rumah baru kerana kediaman sedia ada tidak lagi sesuai didiami.

"Rumah ini dah lama, ada bumbung bocor dinding dimakan anai-anai. Pendapatan menangkap udang hanya RM500 sebulan nak membaiki rumah memang tidak mampu, jadi terima kasih kepada kerajaan yang membantu membina rumah baru untuk kami," katanya.

Cheah yang mempunyai dua anak perempuan masing-masing berusia lapan dan 12 tahun berkata, perasaannya menjadi lebih terharu apabila Timbalan Perdana Menteri sudi singgah di rumahnya untuk melihat sendiri perkembangan kerja pembinaan kediamannya itu.

"Dapat rumah, Timbalan Perdana Menteri datang pula melawat... banyak syok dan gembira, ini memang tak akan saya lupakan," katanya.

Pada lawatan itu Muhyiddin turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 kepada Cheah. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pengganas terperangkap, mula bergerak dalam kumpulan kecil: PAT

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan yakin anggota militan bersenjata dari Selatan Filipina kini bergerak dalam kumpulan kecil selepas terperangkap dalam kepungan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 130 kilometer dari sini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kawalan ketat yang dilakukan di lokasi berkenaan sejak Ops Daulat dilancarkan bagaimanapun tidak memungkinkan penceroboh bersenjata itu memboloskan diri.

"Berdasarkan kejadian dan tindakan yang diambil, kami berkeyakinan besar bahawa sememangnya mereka kini terperangkap di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

"Jadi, kami akan meneruskan kepungan dan membuat penggeledahan, fokus kami kini tertumpu pada kedua-dua tempat dan kepungan dikekalkan bagi mengelak pihak musuh masuk semula ke Kampung Tanduo selepas melarikan diri ke Tanjung Batu," katanya dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Ops Daulat FELDA Sahabat 16, dekat sini, hari ini.

Seorang daripada militan Sulu maut ditembak di Kampung Tanjung Batu, di sini selepas cuba memboloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa seorang diri dalam insiden pada 8 pagi ini.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan akan mengetatkan lagi kepungan di kawasan hutan dan berpaya di kedua-dua kampung berkenaan yang dikenal pasti dijadikan laluan oleh kumpulan militan itu untuk meloloskan diri sebelum ini.

"Mereka tidak mungkin lepas daripada kepungan. Mereka cuma dapat keluar dari Kampung Tanduo ke Kampung Tanjung Batu melalui jalan hutan sekunder serta berpaya, bukan melalui jalan darat dan laut... jadi, kita akan perketatkan kepungan di kawasan itu," katanya.
Beliau berkata, kepungan di Kampung Tanduo dijalankan membabitkan jarak seluas empat kilometer persegi dan aktiviti pembersihan ke atas penceroboh akan bermula di situ sebelum diperluaskan ke Kampung Tanjung Batu.

Zulkifeli berkata, sejak gerakan ofensif dan beberapa serangan susulan dilancarkan penceroboh kini mula menyembunyikan diri di dalam semak serta hutan tebal dan pokok-pokok besar, bukan lagi di dalam rumah penduduk.

Polis mengesahkan, selepas lima hari dilancarkan, Ops Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan dengan 79 ditahan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan tidak bercadang benarkan calon SPM ambil lebih 10 subjek: Muhyiddin

GEORGETOWN: Kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengambil lebih daripada 10 subjek kerana ia tidak menepati matlamat sebenar Kementerian Pelajaran.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata matlamat sebenar adalah supaya pelajar lebih fokus pada subjek utama dan ia juga akan memudahkan guru membimbing mereka.

"Sebelum ini memang ada pelajar yang ambil sehingga 15 dan 20 subjek, tetapi sejak dua tahun lepas kita tidak benarkan lagi kerana mahu pelajar lebih fokus pada subjek utama. Setakat ini kita lihat okay (ambil 10 subjek saja)," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian pada Multaqa Guru Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Zon Utara di Universiti Sains Malaysia di sini hari ini yang dihadiri kira-kira 2,300 guru agama.

Terdahulu, seorang guru mencadangkan kerajaan membenarkan calon SPM terutama dalam bidang Agama Islam mengambil lebih daripada 10 subjek supaya mereka boleh mengambil mata pelajaran dalam bidang Sains agar dapat membuat lebih pilihan untuk melanjutkan pelajaran.

Muhyiddin berkata, perkara itu perlu dikaji secara terperinci kerana bimbang ia akan membebankan pelajar terutama untuk mendapatkan pendidikan bagi subjek tambahan.

"Kalau 10 subjek, mudah untuk guru kita membimbing dan mereka (pelajar) juga tidak perlu belajar di luar untuk mendapatkan pendidikan tambahan bagi subjek lain.
"Mungkin pelajar dalam bidang Agama Islam lebih terbatas kerana tidak boleh ambil subjek lain, ini kita akan teliti secara mendalam," katanya.

Kepada soalan mengenai kekurangan guru subjek Pendidikan Islam di sekolah sejak kebelakangan ini, Muhyiddin berkata, beliau memang mengambil perhatian perkara itu dan ia turut dibincangkan di peringkat Kabinet bagi mencari jalan penyelesaian.

Katanya, satu daripada usaha kementerian bagi mengatasi masalah itu bagi memastikan proses pembelajaran tidak terjejas ialah menghantar Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) berkursus dan mengisi kekosongan dengan segera..

"Bukan hanya guru Pendidikan Islam tetapi subjek lain juga, ini kadang-kadang berlaku kerana masalah guru-guru bersara," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

MTUC mahu pembantu rumah asing dilindungi undang-undang

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan untuk memperluaskan Akta Pekerjaan 1955 ke atas 200,000 pembantu rumah asing di negara ini.

Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata kini pembantu rumah berkenaan tidak dilindungi akta itu dan menjadi mangsa penderaan majikan.

Dalam kenyataan sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut semalam, beliau berkata, MTUC mengemukakan memorandum kepada Kementerian Sumber Manusia mengenai perkara itu.

Mohd Khalid berkata, pembantu rumah boleh mendapat perlindungan undang-undang dan bantuan sekiranya mereka dilindungi akta berkenaan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kapal karam selepas langgar feri penumpang ke Pulau Bukom

SINGAPURA: Sebuah kapal yang berdaftar di Indonesia karam selepas berlanggar dengan feri penumpang yang sedang belayar ke Pulau Bukom. hari ini, mengakibatkan seorang anak kapal hilang dan enam penumpang feri cedera.

Kapal Budi Jasa 18 karam di West Keppel Fairway selepas berlanggar dengan Sea Hawk, menurut Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura yang menerima laporan kemalangan itu pada jam 6.25 pagi ini.

MPA berkata, lima anak kapal diselamatkan dan seorang dilaporkan hilang.

Sea Hawk berlepas dari Terminal Feri Pasir Panjang ke Pulau Bukom dan membawa 200 penumpang ketika kejadian.

Lapan penumpang cedera, lima daripadanya dihantar ke Klinik Bukom untuk mendapatkan rawatan akibat luka dan melecet manakala tiga dihantar ke Hospital Alexandra.

MPA menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan masing-masing dua kapal MPA dan kapal Polis Pengawal Pantai serta unit penyelam.

MPA mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal di kawasan itu agar menjauhi kawasan SAR dan melaporkan jika ternampak orang yang dilaporkan hilang itu.
Katanya, operasi pelabuhan tidak terjejas. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mayat jeneral belum dikenal pasti sebagai Agbimuddin Kiram

Written By Unknown on Jumat, 08 Maret 2013 | 15.09

LAHAD DATU: Mayat berpangkat Jeneral belum dikenal pasti sama ada ia adalah Agbimuddin Kiram iaitu ketua pengganas Sulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya masih berusaha mengenal pasti berdasarkan pakaiannya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian bersama Panglima Angkatan Tentera di sini, sebentar tadi.
15.09 | 0 komentar | Read More

Najib sifatkan perwira negara mati syahid

SABAK BERNAM: Perwira negara yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh Sulu disifatkan mati syahid, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pelancaran strategi lautan biru kebangsaan, 1malaysia Family Care di Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam, Selangor, di sini hari ini.


15.09 | 0 komentar | Read More

71 ditahan dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu: Polis

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan menahan 71 orang dipercayai ada kaitan dengan pencerobohan dan keganasan dilakukan pengganas Sulu di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, dekat sini serta kejadian polis diserang hendap di kampung sri Jaya, Simunul, Semporna.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, mereka ditahan sejak 12 Februari lalu hingga semalam tetapi beliau enggan menjelaskan sama ada mereka benar-benar pengganas Sulu atau pihak yang membantu penceroboh.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media Ketua Polis Negara, Tan sri Ismail Omar dan panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di sini, sebentar tadi.
15.09 | 0 komentar | Read More

Berhati-hati buat kenyataan, laporan pencecorohan Lahad Datu: Muhyiddin

PORT DICKSON: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua pihak supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan atau laporan mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sehingga menimbulkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan rakyat.

Beliau berkata sebaiknya perkara itu diserahkan kepada jurucakap kerajaan yang berada di lapangan yang lebih mengetahui dan mempunyai sumber maklumat tepat mengenai kejadian itu.

"Sepatutnya hal sebegitu tidak boleh dipandang mudah kerana ini soal keselamatan negara. Kita tahu hal yang berlaku di Lahad Datu dan juga kawasan di Sabah itu sesuatu yang amat serius dan mengkibatkan banyak nyawa terkorban.

"Di peringkat di mana pasukan keselamatan sedang berhadapan hal sebegini, kita harap tidak ada pihak yang secara sewenang-wenangnya sama ada dalam bentuk media sosial atau cara bagaimana mengeluarkan kenyataan seolah-olah dia lebih berautoritatif," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program
Memperkukuh Bahasa Inggeris dan Literasi peringkat Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru Si Rusa, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai 'lambakan' laporan dalam media sosial dan blog mengenai pencerobohan di Lahad Datu yang mungkin mengandungi maklumat tidak benar yang menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat dan boleh memberikan kesan terhadap operasi pasukan keselamatan di sana.

Katanya, sebarang kenyataan atau laporan yang hendak dikeluarkan mengenai kejadian itu tidak boleh dibuat secara rambang apatah lagi ia menyentuh soal keselamatan dan kedaulatan negara.
Katanya, seharusnya pengamal-pengamal media baharu dan blogger menunggu atau merujuk kepada sumber-sumber yang sah dan memastikan kesahihan sesuatu laporan itu sebelum mengeluarkannya.

"Kita mesti ada asas yang kukuh supaya pihak berkuasa boleh bertindak...ini boleh menimbulkan rasa kebimbangan, ketakutan yang mungkin tidak berasas kalau ia dikeluarkan oleh sumber-sumber yang tidak pasti benar atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata laporan yang dikeluarkan bukan sahaja akan dibaca oleh rakyat di negara ini malah di luar negara yang turut membuat pelbagai andaian dan analisis mereka sendiri tentang kejadian itu dan negara ini.

Katanya, jika ada sebarang laporan atau berita yang dikeluarkan dianggap boleh mengancam keselamatan negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh memanggil penulis atau blogger terbabit dan menyiasat sumber maklumat dan kesahihannya.

Ditanya sama ada pencerobohan di Lahad Datu memberi kesan terhadap tarikh pilihan raya umum ke-13, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu tidak seharusnya dipolitikkan dan rakyat juga boleh menilai bagaimana kejadian itu berlaku.

Katanya, apa yang penting ketika ini adalah bagaimana langkah-langkah yang bijaksana diambil pasukan keselamatan negara dan kerajaan dalam menyelesaikan masalah itu.

"Jelas terbukti bahawa operasi yang telah dijalankan itu agak berkesan, kita tidak boleh buat andaian kerana kita duduk di sini, yang lebih tahu adalah orang yang ada 'di bawah, di atas tanah' (di lapangan) yang menangani masalah secara realiti bukan andaian," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

57 sekolah di Lahad Datu, Semporna dibuka Isnin

SEMPORNA: Lima puluh tujuh sekolah yang kini ditutup sementara di Lahad Datu dan Semporna ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu akan dibuka Isnin ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.

Namun sebarang keputusan untuk melanjutkan tempoh penutupan sekolah terbabit bergantung kepada nasihat dan maklumat keselamatan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), katanya.

"Sekiranya MKN memberitahu kesemua sekolah selamat untuk diduduki semula maka kita akan buka semula," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga Allahyarham Sjn Azis Sarikon, antara perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas di Semporna pada 2 Mac.

Mohd Puad berkata penutupan sekolah terbabit melibatkan cuti berganti di mana pihak sekolah perlu menggantikan sesi persekolahan apabila keadaan pulih bagi mengelakkan proses pembelajaran terjejas.

Beliau berkata kementerian juga berbincang dengan pasukan keselamatan bagi menempatkan beberapa anggota polis di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

"Ibu bapa tidak perlu risau berhubung keselamatan anak mereka sekiranya sekolah dibuka, kerana pasukan keselamatan ada ditempatkan di kawasan sekolah tersebut," katanya.

Lapan sekolah yang masih ditutup di daerah Lahad Datu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan, SK Tanjung Labian, SK Sahabat 16, SK Lok Buani, SK Sahabat 14, SK Cenderawasih, SK Fajar Harapan, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana. Di daerah Semporna 49 buah sekolah masih ditutup, melibatkan 40 sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah.

Beliau juga berkata pihaknya berbincang dengan pihak keselamatan untuk memberikan kawalan kepada guru yang bertugas di kawasan berisiko.

Terdahulu, Mohd Puad menyampaikan sumbangan berjumlah RM36,486.15 hasil kutipan daripada Kolej Matrikulasi di Malaysia kepada keluarga Allahyarham. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Jamalul Kiram minta gencatan senjata

Written By Unknown on Kamis, 07 Maret 2013 | 15.09

Artikel Berkenaan

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal perseorangan negara yang masih berjuang pada Kejohanan Badminton All-England, apabila tiga lagi pemain kebangsaan disingkirkan dalam perlawanan lewat malam tadi.

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon.

LAHAD DATU: Perdana Menteri tiba di FELDA Sahabat 16 untuk menerima taklimat mengenai Ops Daulat dan meninjau operasi hari ini.

SERI ISKANDAR: Gencatan senjata hanya boleh dilakukan jika kumpulan penceroboh berhenti mengganas di Sabah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah bekalan barangan keperluan asas di Sabah, terutama di Lahad Datu dan Semporna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

JAKARTA: Saintis Russia sedang memantau perkembangan terkini apabila Gunung Berapi Tangkuban Perahu di Jawa Barat yang dilaporkan mula mengeluarkan asap dan debu.

GEORGETOWN: Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng tampil memberi penjelasan terperinci berhubung cadangan projek terowong bawah laut di negeri ini.

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamad Zabidi Zainal dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru berkuat kuasa 15 Mac ini.

PETALING JAYA: Pengarah penerbitan Zi Publication, Mohd Ezra Mohd Zaid, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah, hari ini, atas tiga pertuduhan pilihan menerbit, menyebar dan memiliki buku terjemahan Irshad Manji, 'Allah, Kebebasan dan Cinta', tahun lalu.

Lahad Datu: Tiga sekolah di daerah Lahad Datu yang ditutup sejak 1 Mac lalu, dibuka semua hari ini selepas polis mengesahkan keadaan di daerah ini selamat dan terkawal.

SUNGAI PETANI: Empat laporan polis dibuat mewakili BN, PAS, PKR dan KITA terhadap Tian Chua mendesak Ahli Parlimen Batu itu dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan susulan kenyataan biadapnya yang menghina wira negara.

TAIPEI: Satu gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Ritcher menggegarkan ibu negara Taiwan hari ini, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat(USGS).

BESUT: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah dekat Alor Lintang di sini, maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di persimpangan Kampung Amer, Alor Lintang, petang semalam.

TAWAU: Satu lagi tabung untuk wira negara yang terkorban dalam insiden pencerohan di Lahad Datu dan Semporna ditubuhkan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan bantuan.

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di Lapangan Terbang Tawau, Sabah sebentar tadi.

LAHAD DATU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berada di Sabah bagi memantau Ops Daulat yang dilancarkan sejak tiga hari lalu.

LAHAD DATU: Penduduk beberapa buah kampung di sini yang terpaksa dipindahkan berikutan kejadian pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina, yakin pasukan keselamatan negara akan menyelesaikan isu itu.

KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan mengadakan kepungan di laut dan darat bagi mengekang kemasukan bekalan makanan dan senjata kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Sabah.

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Filipina akan memikirkan jalan terbaik berhubung sebarang tindakan undang-undang terhadap anggota kumpulan penceroboh bersenjata termasuk ketua mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

LIMA: Sembilan orang terbunuh dalam kemalangan pesawat kecil yang membawa kakitangan syarikat perlombongan di barat laut Peru, hari ini, kata ketua polis wilayah.

LAHAD DATU: Tiga jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melintasi ruang udara FELDA Sahabat kira-kira 5 minit lalu.

BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Seramai 21 pengaman PBB di zon perang Bukit Golan hari ini diculik pemberontak Syria berikutan kebangkitan mendadak penentangan terhadap Presiden Bashar al-Assad.

LOS ANGELES: Seorang pekerja pusat perlindungan haiwan maut selepas diserang seekor singa Afrika di sebuah pusat perlindungan kucing California hari ini, kata pegawai kecemasan.

ROME: Ketua Komunikasi Itali yang bergelut dengan skandal penyelewengan wang Banca Monte dei Paschi di Siena (BMPS), membunuh dirinya hari ini dengan melompat keluar dari tingkap ibu pejabat bank, lapor media tempatan.


15.09 | 0 komentar | Read More

Genjatan senjata hanya boleh dilakukan jika penceroboh berhenti mengganas: Tun M

SERI ISKANDAR: Gencatan senjata hanya boleh dilakukan jika kumpulan penceroboh berhenti mengganas di Sabah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mengulas kenyataan terbaru Sultan Jamalul Kiram III supaya dilakukan gencatan senjata di Sabah.

Dr Mahathir berkata, Kiram sendiri tidak dapat mengawal pasukan penceroboh yang sudah berikrar akan berjuang habis-habisan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
15.09 | 0 komentar | Read More

PM tiba di FELDA Sahabat

LAHAD DATU: Perdana Menteri tiba di FELDA Sahabat 16 untuk menerima taklimat mengenai Ops Daulat dan meninjau operasi hari ini.

Datuk Seri Najib Razak dijangka meninjau operasi itu secara dekat dan melawat anggota polis dan tentera yang terbabit dalam operasi berkenaan.


15.09 | 0 komentar | Read More

Calon PRU diumum awal dapat rawat masalah mungkin timbul: Khairy

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) mengumumkan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata ini perlu supaya ada ruang dan masa bagi BN 'merawat' sebarang masalah yang mungkin timbul di peringkat bahagian atau dalam jentera kempen parti.

"Dulu diumum sehari atau dua hari sebelum hari penamaan calon dan kita tiada masa untuk betulkan masalah di peringkat bahagian. Kali ini diharap pengumuman dibuat awal dan kita boleh rawat masalah mereka yang kecewa (kerana tidak menjadi calon)," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau mewakili Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan Bantuan Buku 1Malaysia di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini.

Ditanya mengenai peruntukan kerusi bagi calon daripada Pemuda UMNO, Khairy berkata terpulang kepada keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden parti kerana senarai nama sudah diserahkan baru-baru ini.

Katanya, apa yang penting calon itu adalah calon boleh menang, diterima rakyat dan seterusnya membantu BN mendapat kemenangan mutlak pada PRU ini.

"Sebagai contoh, 'no point' kita dapat 40 peratus calon muda tetapi tidak menang. 'Better' dapat 30 peratus tetapi boleh menang," katanya.
Katanya, pengundi ingin melihat calon baru atau calon muda yang berpendidikan dan digandingkan dengan calon lama yang berpengalaman sebagai wakil rakyat mereka.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Chong Wei wakil tunggal negara ke pusingan kedua All England

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal perseorangan negara yang masih berjuang pada Kejohanan Badminton All-England, apabila tiga lagi pemain kebangsaan disingkirkan dalam perlawanan lewat malam tadi.

Pada pertemuan yang berlangsung di National Indoor Arena, United Kingdom itu, Chong Wei menghadapi saingan hebat daripada Wong Wing Ki sebelum pemain Hong Kong terbabit akur dengan 13-21, 21-6 dan 23-21.

Pada pusingan kedua lewat hari ini, Chong Wei yang juga juara All-England 2010 dan 2011 akan menentang pemain muda China Wang Zhengming yang mengetepikan cabaran pemain India Ajay Jayaram 15-21, 21-8 dan 21-10.

Tiga perseorangan negara yang bermain sebelum itu; Tan Chun Seang, Liew Daren dan Chong Feng tunduk kepada lawan masing-masing.

Bagi kategori beregu, tiga pasangan negara menempah tiket ke pusingan kedua.

Pasangan Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari menyingkirkan Peter Kaesbauer/Gerjosche Zurwonne dari Jerman dengan 21-11, 20-22 dan 21-10, manakala beregu Hoon Thien How/Tan Wee Kiong mengetepikan cabaran pasangan Indonesia Yonathan Suryatama Dasuki/Hendra Aprida Gunawan (21-16 dan 21-12).

Terdahulu pasangan beregu nombor dua dunia, Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong menyingkirkan beregu tuan rumah Chris Adcock dan Andrew Ellis dengan 21-19 dan 24-22.
Satu lagi beregu negara, Goh V Shem dan Lim Khim Wah yang mempamerkan prestasi cemerlang ketika Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia awal tahun ini, gagal mengekalkan rentak dan kalah kepada pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto/Noriyasu Hirata dengan 12-21, 23-21 dan 21-18.

Bagi kategori wanita, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei menjadi wakil tunggal beregu negara yang masih berjuang selepas dua lagi pasangan disingkirkan.

Pasangan itu mara ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu Sweden Emelie Lennartsson dan Emma Wengberg dengan 21-11 dan 21-13.

Pasangan negara Goh Liu Ying/Lim Yin Loo akur kepada beregu Indonesia Pia Zebadiah Bernadeth/Rizki Amelia Pradipta of Indonesia (21-19, 20-22 dan 21-17), manakala pasangan adik Ng, Hui Erm dam Hui Li akur kepada kehebatan pilihan pertama dari China Wang Xiaoli/Yu Yang dengan 15-21 dan 16-21.

Sebelum ini semua perseorangan wanita negara tersingkir pada pusingan kelayakan.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Penulis novel 'Platun Harimau' berhasrat tulis novel insiden di Sabah

Written By Unknown on Rabu, 06 Maret 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Penulis novel 'Platun Harimau' berhasrat menerbitkan novel mengenai insiden pertempuran antara anggota keselamatan dan pengganas Sulu yang berlaku di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota keselamatan.

Leftenan Kolonel Mohd Radzi Abd Hamid dari Tentera Darat Diraja Malaysia berkata, ini bertujuan supaya masyarakat serta golongan muda tidak melupakan jasa serta pengorbanan anggota keselamatan negara selain memberi pengetahuan kepada generasi akan datang.

"Selepas insiden itu berakhir, mungkin saya akan mengesan anggota yang terbabit, balu-balu serta orang kampung di sana untuk mengumpul bahan cerita," katanya.

Mohd Radzi yang juga penulis skrip drama terbitan TV2 iaitu 'Kemboja di Laman Chin Peng' ditemui selepas pelancaran novel terbarunya 'Serang Hendap Ulu Legong' di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Novel terbarunya itu mengisahkan tentang 10 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang dalam perjalanan untuk membantu penduduk kampung tanpa membawa senjata diserang hendap oleh sekumpulan komunis.

Kejadian berlaku di Ulu Legong @ Batu 8, Kampung Lalang, Baling Kedah pada 29 Oktober 1981 itu menyebabkan kesemua anggota RAMD itu dibunuh dan mayat mereka diperlakukan dengan kejam seperti dipotong telinga, kemaluan manakala perut dibelah.

Novel setebal 272 muka surat yang disiapkan dalam masa lima bulan itu boleh didapati di kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM25 senaskhah.
Sementara itu, ketika melancarkan novel berkenaan, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, berkata beliau menggalakkan lebih ramai anggota tentera untuk terbabit dalam dunia penulisan bagi menceritakan pengalaman masing-masing.

"Kita ada mengenal pasti anggota-anggota yang mempunyai kemahiran menulis dan biasanya kita akan menempatkan di bahagian seperti menulis majalah tentera," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

4 suspek ditahan dipercayai ada kaitan dengan penceroboh

SEMPORNA: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lalu.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pembeli minta SPRM siasat pemaju projek Taman Desa terbengkalai sejak 2005

SHAH ALAM: Persatuan Pembeli Rumah Taman Desa Kencana, Kapar, Klang, hari ini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemaju perumahan itu yang tidak berlesen dan pegawai bank yang didakwa mereka menyeleweng sehingga menyebabkan projek perumahan taman itu terbengkalai.

Wakil persatuan itu, Md Najib Md Yusof, 44, berkata pihak terbabit perlu disiasat berikutan terdapat unsur penipuan dalam melaksanakan projek perumahan itu.

"Projek perumahan itu telah dimulakan pada 2003 dan dijangka siap sepenuhnya pada 2005, namun pada tahun itu (2005) hanya 70 peratus projek perumahan yang menempatkan 35 unit rumah teres itu, siap dan kemudian ia terus terbengkalai.

"Apa yang mengejutkan, hasil semakan kami di Kementerian Perumahan pada 2009, mendapati pemaju perumahan ini tidak mempunyai sebarang lesen untuk melaksanakan projek perumahan itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di pejabat SPRM, di sini.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa persatuan itu berkata, pihaknya curiga bagaimana pihak bank boleh membuat pembayaran kepada pemaju projek perumahan walaupun mereka tidak berlesen.

"Rumah itu berharga lingkungan RM85,000 sehingga RM100,000 dan pihak pembeli juga terpaksa membayar sebanyak RM730 hingga RM1,000 sebulan bagi menampung kos pinjaman bank yang dibuat oleh pembeli (untuk membeli rumah terbabit)," katanya.

Menurutnya, masalah itu juga telah dirujuk kepada Kerajaan Selangor namun tiada tindakan susulan diambil.
"Susulan kegagalan projek itu juga, pada 2009 kami telah merujuk masalah ini kepada kerajaan negeri dan mereka melantik exco (kerajaan negeri) Saarib Sungib untuk menangani masalah ini, namun tiada juga tindakan daripadanya.

"Atas sebab itu, kami mohon SPRM untuk menyiasat kes ini. Ini hak yang perlu dikembalikan, jadi kita minta SPRM siasat siapa pegawai bank terbabit dan mereka yang berkaitan supaya pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini didakwa," tegasnya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lelaki maut dipukul sekumpulan perompak

IPOH: Seorang lelaki maut akibat dipukul dengan besi dan seterika oleh sekumpulan perompak yang memecah masuk rumahya di Kampung Sungai Badak, Jejawi, Perak Tengah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa Mohd Suhaili Abdul Salim, 27, sedang tidur bersama isteri dan anak perempuan mereka apabila menyedari rumah mereka dimasuki empat lelaki warga asing.

"Mangsa yang juga tinggal bersama kedua ibu bapanya terdengar kumpulan penjenayah itu menendang pintu rumahnya.

"Mangsa keluar dari biliknya dan melihat empat lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dan pemotong besi," kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliu berkata, mangsa bertindak melawan kumpulan penjenayah terbabit, namun dia dipukul sebelum mulut dan mukanya diikat.

"Ibu dan bapanya turut diikat. Kumpulan penjenayah itu kemudian bertindak menggeledah rumah mangsa dan membawa lari sebuah kereta jenis Proton Waja, dua telefon bimbit dan barang kemas," katanya.

Mohd Shukri berkata, isteri mangsa yang kemudiannya memeriksa keadaan mangsa selepas kumpulan penjenayah itu melarikan diri dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.
Dia lantas menghubungi pihak ambulans yang mengesahkan mangsa meninggal dunia, katanya.

Polis sedang menjejaki kumpulan penjenayah itu.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Dana tambahan perlu disambut positif bukan Bumiputera

BACHOK: Pengumuman dana tambahan berjumlah RM600 juta untuk membantu usahawan Bumiputera oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, perlu disambut secara positif oleh bukan Bumiputera.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kaum bukan Bumiputera akan turut mendapat faedah menerusi peruntukan itu kerana ia saling berkait rapat dan berantai.

"Jika Bumiputera maju mereka mampu membeli barangan yang dijual bukan Bumiputera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat di sini hari ini. - BERNAMA
15.09 | 0 komentar | Read More

Garis panduan kepada pengusaha pusat kecantikan

Written By Unknown on Minggu, 03 Maret 2013 | 15.09

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan garis panduan kepada pengusaha pusat rawatan kecantikan bagi memastikan perkhidmatan mereka menjamin hak dan keselamatan pengguna.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka yang gagal mematuhi garis panduan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971, Akta Pembantu Kesihatan 1977, Akta Jururawat 1950, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 serta Akta Perubatan Tradisional dan Komplimentari 2012.

"Garis panduan itu adalah berikutan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menerima 3,586 aduan berhubung industri kecantikan sejak 2010," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak kementerian memandang serius berhubung aduan berkenaan.

"Pihak kementerian akan mengedarkan garis panduan kepada 48,000 pengusaha kecantikan di seluruh negara dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata, menerusi garis panduan itu, pusat rawatan kecantikan dilarang menyediakan perkhidmatan penyuntikan, pil dan menggunakan cecair kimia kerana ia hanya tertakluk kepada pihak berkuasa Kementerian Kesihatan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Rakyat diingatkan supaya tidak terpengaruh manifesto pembangkang: Najib

KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh atau menaruh harapan dengan manifesto pembangkang kerana ia bukannya janji yang boleh ditunaikan.

Najib berkata, pilihan raya umum 2008 membuktikan bahawa pembangkang hanya pandai berjanji tetapi gagal melaksanakannya di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

"Parti pembangkang naik gusar dengan tema Janji Ditepati sebab kena batang hidung mereka. Seolah tempelak balik kepada mereka," katanya semasa berucap pada program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Perlis di Stadium Utama, Kangar di sini, hari ini.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum 2008 parti pembangkang membuat pelbagai janji kepada ibu tunggal, suri rumah, warga emas, penghuni flat, peniaga dan lain-lain tetapi masih belum tertunai.

"Sejak terlaksana Dasar Transformasi Nasional empat tahun lalu, ekonomi negara telah berkembang ketika dunia dalam keadaan tidak menentu," katanya.

Katanya, rakyat negara ini menikmati kehidupan yang selesa kerana memilih kerajaan yang berwawasan dan mempunyai perancangan dan pelaksanaan yang berkesan serta teliti dalam membuat keputusan.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, kerajaan berjanji mengenai apa yang mampu dilakukan untuk rakyat dan tidak akan berjanji terhadap sesuatu yang tidak berpaksi kepada kenyataan.
"Tiada apa di dunia yang boleh diberi secara percuma dan apabila janji pembangkang untuk memberi kemudahan secara percuma, ia adalah janji palsu, pembohongan dan angan-angan Mak Jenin," katanya.

Najib berkata, kerajaan BN adalah kerajaan yang menepati janji dan rakyat mengakui mereka telah melihat segala janji kerajaan melalui pembangunan dan program-program di bawah jenama 1Malaysia ditawarkan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Presiden UMNO berharap rakyat tidak menggadaikan kehidupan yang indah di negara ini sebaliknya terus mempertahankan kerajaan yang telah terbukti sentiasa menjaga kepentingan rakyat.

"Kita tak mahu masa depan (rakyat) yang penuh dengan kekecewaaan, tidak menentu dan politik yang tidak stabil. Kita tak boleh yakin dengan manifesto mereka. (Apatah lagi) Pakatan Rakyat belum berdaftar sampai hari ini," katanya.

Katanya, pakatan pembangkang yang menamakan diri sebagai Pakatan Rakyat akan bertanding menggunakan simbol masing-masing dan rakyat boleh persoal sama ada pembangkang boleh mendokong manifesto itu atau sebaliknya.

"Kita boleh tanya siapa Perdana Menteri di kalangan kumpulan mereka. Mereka belum kata dengan jelas sama ada mereka sokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai perdana menteri sebab di kalangan mereka pun ada yang minat jadi perdana menteri," katanya.

Beliau berkata, rakyat tidak boleh meletakkan keyakinan kepada parti politik yang mempunyai haluan masing-masing dan tidak seharusnya menerima pihak yang tidak mempertahankan kesucian agama Islam.

Najib menyifatkan rakyat Perlis amat bijak kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum 2008 dan yakin pada pilihan raya ke-13, Perlis akan terus berada di bawah BN demi masa depan yang lebih cemerlang.

"Satu undi untuk pembangkang bermakna satu undi yang akan menjadikan kita tidak menentu. Jangan gadai (kehidupan yang selesa) dan ambil risiko. Setakat ini tak ada apa-apa tanda yang mereka lebih baik dari kerajaan BN. Kita akan terus bela rakyat Malaysia dan Perlis. Kita janji dan kita dah lakukan (tunaikan)," katanya.

Beliau turut mengumumkan untuk membangunkan 10,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat Perlis dalam tempoh lima tahun akan datang melalui Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Katanya, rakyat Perlis akan menikmati kemudahan itu seandainya mereka terus memberi mandat kepada BN, ia bukan sahaja untuk mengekalkan BN di Perlis tetapi mengekalkan BN untuk menerajui negara ini.

Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut melawat gerai pameran termasuk Gerai E-Perolehan Kementerian Kewangan dan menyampaikan sumbangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada lima penerima di situ.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan para pemimpin parti komponen BN Perlis. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kedudukan anggota pasukan keselamatan diperkukuh dan bersedia: Ismail

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa keselamatan di Sabah terutama di tiga lokasi berlaku pencerobohan kumpulan bersenjata adalah terkawal.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin) untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di Residental Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

Beliau merujuk kepada tiga situasi iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Zulkifeli, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Ismail meminta orang ramai supaya jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.
Beliau turut memberi jaminan keselamatan kepada pelancong yang ingin datang ke negeri ini untuk bercuti.

Sementara itu, Zulkifeli dalam sidang akhbar sama berkata, penduduk di negeri ini terutama masyarakat setempat di daerah ini tidak perlu bimbang kerana situasi adalah terkawal dan pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

"Saya dan Ketua Polis Negara telah merancang sesuatu dan kami boleh tangani situasi ini dengan kawalan keselamatan yang ketat," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah ini, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Zulkifeli berkata, bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri ini. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Penceroboh mempunyai pengalaman perang, mahir teknik gerila: Risikan tentera

LAHAD DATU: Risikan tentera mendapati kumpulan penceroboh yang berkubu di Kampung Tanduo, dekat sini mempunyai pengalaman perang dan mahir dalam teknik gerila.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata kedudukan kumpulan terbabit juga menempatkan penembak hendap bagi menyukarkan pasukan keselamatan negara ini bertindak.

"Kita mempunyai rancangan dan sudah mengepung mereka serta membuat pemantauan rapi oleh unit khas tentera.

"Tetapi ia perlu mengambil masa. Kita harus mempunyai perancangan menyeluruh bersama polis bagi menyelesaikan perkara ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.


15.09 | 0 komentar | Read More

BN Taiping buat laporan polis berhubung kenyataan Tian Chua

TAIPING: Barisan Nasional (BN) Taiping membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping hari ini terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua berhubung kenyataannya mengenai kejadian di Lahad Datu sebagai konspirasi terancang UMNO.

Ketua UMNO Taipng, Datuk Ahmad Shalimin, berkata, kenyataan Tian Chua itu berniat jahat dan boleh menggugat keselamatan negara.

Sebelum itu, Shalimin bersama kira-kira 200 anggota parti komponen bn berarak dari pejabat UMNO Taiping ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping sambil membawa kain rentang mengecam Tian Chua.
15.09 | 0 komentar | Read More

Dua Komando VAT 69 terkorban di Lahad Datu dinaikkan pangkat

Written By Unknown on Sabtu, 02 Maret 2013 | 15.09

SUBANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan pangkat kepada dua anggota Komando VAT 69 yang terkorban dalam kejadian tembak menembak di Lahad Datu, semalam.

Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 46 masing-masing dinaikkan pangkat Asisten Superintendan dan Sarjan


15.09 | 0 komentar | Read More

Akibat kecewa dan tertipu ahli PKR Ranting Batu Hampar bubar cawangan

MELAKA TENGAH: Kecewa dan tertipu dengan kepemimpinan Parti Keadilan
Rakyat (PKR), ahli parti itu daripada Ranting Batu Hampar, Bukit
Katil, di sini membubarkan cawangan berkenaan, malam tadi.
Serentak itu, semua 143 ahli PKR cawangan berkenaan mengisytiharkan keluar parti serta menyatakan ikrar untuk memberikan sokongan tidak

berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum
(PRU) akan datang serta kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.

Pembubaran itu diisytiharkan Ketua Ranting PKR Batu Hampar, Tuah
Shah Abd Rahman di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam
pada majlis yang diadakan di Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Keroh, di sini.


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan Sabah hargai pengorbanan pasukan keselamatan tangani krisis pencerobohan

LAHAD DATU: Kerajaan negeri Sabah menghargai sumbangan dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam menangani insiden pencerobohan kumpulan warga Filipina di Kampung Tanduo kira-kira 130 kilometer dari sini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, jasa dan pengorbanan pasukan

keselamatan dihargai dalam mempertahankan kedaulatan negara . "Kita sampaikan ucapan takziah daripada kerajaan negeri dan rakyat Sabah

kepada keluarga anggota yang terkorban semalam," katanya selepas melawat dua anggota komando yang cedera dan menerima rawatan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini.

Dua anggota komando yang cedera dan menerima rawatan hospital di sini adalah
Kpl Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Kpl Azman Ampong, 39.

Seorang lagi anggota yang cedera, Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli,
22, menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.
Insiden tembak menembak semalam menyebabkan dua anggota komando terkorban
iaitu Insp Zulkifli Mamat, 29, dan Kpl Sabarudin Daud, 32, manakala 12 anggota
kumpulan penceroboh itu turut terbunuh.

Kumpulan itu menceroboh Kampung Tanduo sebuah perkampungan nelayan pada
12 Februari lalu.

Menurut Musa, selain kerajaan pusat, kerajaan negeri akan memberi bantuan
yang sewajarnya kepada keluarga anggota komando yang terkorban dan cedera itu.

Katanya, beliau akan melawat seorang lagi anggota komando yang cedera itu di
Hospital Duchess of Sandakan di Sandakan esok.

Mengulas insiden itu, Musa yakin pasukan keselamatan mampu menangani krisis
itu dan tahap kawalan keselamatan telah ditingkatkan.

"Krisis ini akan tamat tidak lama lagi dan yang penting kita tenang dalam
hadapi krisis ini," kata Musa. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Ketua Polis Negara lawat dua mangsa pertempuran di Hospital Lahad Datu

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar tiba di Hospital Lahad Datu kira-kira jam 1.40 tengah hari tadi melawat dua anggota polis yang cedera dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, semalam.

Beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin meluangkan masa kira-kira setengah jam melihat keadaan mangsa.


15.09 | 0 komentar | Read More

11 sekolah di Lahad Datu ditutup sehingga keadaan dijamin selamat

Batu Pahat: Sebanyak 11 sekolah di Lahad Datu, Sabah akan ditutup sehingga mendapat jaminan keselamatan di kawasan berkenaan benar-benar terjamin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihak kementerian masih menunggu jaminan keselamatan dikeluarkan pihak berkuasa di Sabah.

Sementara itu, beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, tindakan beberapa pihak yang memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan yang bergadai nyawa mempertahankan kedaulatan negara adalah tindakan pengkhianat.
15.09 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger