Diberdayakan oleh Blogger.

Popular Posts Today

Kelab Veteran UMNO Terengganu lancar kempen 'Keluargaku Pengundi BN'

Written By Unknown on Kamis, 28 Februari 2013 | 15.09

KUALA TERENGGANU: Kelab Veteran UMNO Terengganu hari ini melancarkan kempen 'Keluargaku Pengundi BN' sebagai mesej kepada pakatan pembangkang bahawa kehadiran mereka tidak diperlukan rakyat negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, berkata kempen itu sangat signifikan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, kesemua 45,000 veteran UMNO di Terengganu adalah golongan yang sangat berpengaruh dari segi idea dan sumbangan mereka terhadap pembangunan negara selama ini, malah semangat mereka tidak pernah luntur walau apa juga cabaran yang datang.

"Ini adalah masa yang sangat tepat untuk veteran UMNO terus membantu parti dalam memberi penerangan, nasihat dan teguran penuh kasih sayang kepada anak cucu mereka yang mungkin terpedaya dengan dakyah pembangkang," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen itu di Hotel Prinzpark, Kuala Ibai dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu juga, semua veteran UMNO yang hadir dibekalkan dengan pelekat dan poster 'Keluargaku Pengundi BN' untuk diagihkan kepada ahli UMNO di kawasan masing-masing.

Tengku Putera berkata, pelekat dan poster ini yang diletak di rumah serta kereta penduduk secara langsung memberitahu pembangkang supaya tidak masuk ke kawasan terbabit.

"Sekarang ini adalah masa pakatan pembangkang melancarkan perang saraf dengan menyerang karakter pemimpin-pemimpin utama BN (Barisan Nasional) dan menentang isu pembangunan komersil dilakukan BN, kononnya pembangunan itu akan menghapuskan kuasa ekonomi dan warisan Melayu.
"Di sinilah veteran UMNO perlu memainkan peranan mereka supaya generasi muda dapat memahami sejarah asal usul perjuangan UMNO yang terus mendaulatkan kepentingan agama dan bangsa untuk kesejahteraan Malaysia," katanya.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis cari enam lelaki bantu siasatan serang lima lelaki di Sungai Nibong

BALIK PULAU: Polis sedang mencari enam lelaki bagi membantu siasatan kes serangan bersenjatakan parang terhadap lima lelaki di hadapan terminal bas Sungai Nibong, dekat sini, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superitendan Lai Fah Hin, berkata enam lelaki berkenaan ialah S Pavithren, 18, alamat terakhir di Desa Indah Relau Persiaran Paya Terubong 2; V Mogan, 26, beralamat di Nombor 33, Changkat Delima Island Glades, Gelugor; C Gomaredas, 24, beralamat di 1-13-17 Lorong Aziz Ibrahim, Sungai Nibong.

E Cedric Arwin, 20, beralamat di Jalan Pantai Jerejak 1, Gelugor; K Sobhiten beralamat di 3-14-07 Hilir Paya Terubong Villa Kejora, Relau dan M Tharmajaya, beralamat di 19, 5-11-1 Lebuh Bukit Kecil 6, Bayan Lepas.

"Polis yakin kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan mangsa yang terlibat mengalami kecederaan di tangan dan kepala dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, polis juga sedang mengesan Movin Naidu Annathan, kad pengenalan bernombor 910521-07-5001 dengan alamat terakhir di No.48 Lebuh Sungai Burung 2, di sini bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki berusia 37 tahun di hadapan Kilang Wesern Digital, Bayan Baru pada 8 November tahun lalu.

Lai meminta kesemua individu terbabit atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Rosmiza Yusof di talian 019-9668611, ASP Mohd Jalaluddin Sinin (019-5708700) atau mana-mana balai polis.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Harga kereta baru turun sejak tahun lalu: Mustapa

PUTRAJAYA: Harga kereta baru sudah mula turun sebanyak RM2,200 hingga RM17,000 sejak tahun lalu, bergantung kepada modelnya, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, pengurangan harga selanjutnya akan direalisasikan menerusi liberalisasi industri automotif hasil daripada pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).

Mustapa berkata, duti import kereta dari Jepun dan Australia, yang kini masing-masing sebanyak 15 peratus dan 13.6 peratus, akan diturunkan secara beransur-ansur kepada sifar menjelang 2016.

Menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA), duti import ke atas kereta sudah dimansuhkan mulai 1 Januari 2010.

Malaysia sedang berunding dengan Kesatuan Eropah, Turki dan Bangladesh untuk memeterai FTA, kata Mustapa pada sidang media di sini, hari ini.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

2 sindiket curi motosikal lumpuh, lapan anggota sindiket ditahan

BALIK PULAU: Polis percaya dapat melumpuhkan dua sindiket mencuri motosikal yang bergerak aktif di sekitar Daerah Barat Daya selepas menahan lapan lelaki, Jumaat dan Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Lai Fah Hin, berkata hasil risikan dan maklumat awam kesemua suspek berumur antara 17 dan 20 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Bayan Lepas, Bayan Baru dan Balik Pulau.

Katanya, tiga daripada mereka menganggotai kumpulan yang dikenali sebagai geng Pantai dan menjalankan kegiatan itu sejak pertengahan 2012.

"Satu sindiket lagi menggunakan nama geng Bukit terbabit dalam aktiviti berkenaan sejak 2010 dan anggotanya terdiri daripada mereka yang pakar mencuri dan meleraikan motosikal serta mempunyai bengkel sendiri di Sungai Rusa, di sini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Susulan penahanan suspek, polis turut menemui 14 rangka motosikal dan lebih 12 set pelbagai komponen motosikal.

Beliau berkata, komponen motosikal yang dileraikan itu dijual dengan harga serendah RM500 hingga RM1,000 kepada penduduk tempatan.

Katanya, kesemua suspek didapati positif dadah dan masih dalam tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara serta denda, jika sabit kesalahan.
Lai turut menggesa orang ramai supaya tidak terpengaruh membeli komponen atau alat ganti motosikal dengan harga murah kerana ia dikhuatiri barangan curi.

"Jika kita dapat tangkap, pembeli barangan curi boleh ditahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan atau Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dari enam bulan hingga tujuh tahun dan denda," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Ketamine diseludup dalam kotak barang kemas

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis ketamine bernilai RM238,000 yang disembunyikan dalam 12 kotak barang kemas, dipercayai modus operandi terbaru untuk menyeludup dadah.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Zainul Abidin Taib, berkata siasatan awal mendapati dadah seberat 6.8 kilogram itu dihantar melalui syarikat penghantaran ekspres dari Chennai, India melalui pengangkutan udara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Berdasarkan maklumat pada alamat kurier, serbuan dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan KLIA di sebuah premis di ibu negara. Hasil serbuan menemui satu bungkusan besar yang di dalamnya ada 12 kotak barang kemas yang di bawahnya tersorok bungkusan serbuk putih," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, hasil serbuan itu, seorang lelaki rakyat India yang sudah lapan tahun tinggal di Malaysia dan bekerja di kedai besi buruk ditahan pada 25 Februari lalu untuk siasatan lanjut.

Zainul Abidin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan suspek yang berusia 33 tahun itu adalah anggota salah sebuah sindiket penyeludupan dadah yang dipercayai untuk memasarkan ketamine bagi pasaran tempatan.

Selain kes itu, Zainul Abidin berkata tiga lagi rakyat asing ditahan di KLIA sepanjang tempoh 20 hingga 25 Februari lalu akibat cubaan menyeludup dadah menggunakan modus operandi biasa iaitu disembunyikan dalam ruangan khas pada bagasi.

"Dalam kes pertama, seorang 'data entry clerk' rakyat India berumur 29 tahun yang kali ketiga masuk ke negara ini ditahan pada 20 Februari akibat cubaan membawa dadah jenis ketamine bernilai RM54,635 dianggarkan seberat 1.56 kg, menaiki penerbangan dari Chennai," katanya.
"Pada 22 Februari, seorang penganggur rakyat Indonesia berusia 29 tahun yang kali keempat masuk ke Malaysia turut ditahan akibat membawa 2.62 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM498,180, menaiki penerbangan dari Maldives," katanya.

Zainul Abidin berkata, kes ketiga membabitkan seorang ahli perniagaan rakyat India berusia 35 tahun yang menaiki penerbangan dari Singapura dan membawa 5.61 kilogram dadah jenis methampetamine bernilai kira-kira RM1.066 juta (RM1,066,660).

Menurutnya, kesemua suspek direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Katanya, KDRM akan terus mempergiatkan usaha membanteras cubaan menyeludup dadah masuk ke negara ini dengan kerjasama anggota penguatkuasaan lain serta maklumat orang awam. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis Kuching tahan lima lelaki curi kabel

Written By Unknown on Rabu, 27 Februari 2013 | 15.09

KUCHING: Polis Kuching menahan lima lelaki yang dipercayai mencuri kabel milik Telekom Malaysia Berhad di Batu 23, Jalan Kuching-Serian dekat sini, menerusi operasi bersepadu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Rozlan Bek, berkata suspek yang berusia antara 27 dan 37 tahun itu diberkas di Taman Duranda Emas, Kampung Sinjok, dekat sini.

"Kehilangan kabel sepanjang 80 meter bernilai RM800 itu disedari seorang juruteknik Telekom ketika mahu membaiki kerosakan pada talian telefon di situ, 2 Januari lalu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, polis kemudian menubuhkan pasukan petugas khas meliputi anggota dan pegawai polis dari Balai Polis Siburan, Beratok dan Tapah bagi menjejaki suspek.

Menurutnya, pasukan itu berjaya mengesan suspek hasil risikan serta maklumat awam dan polis percaya suspek turut terbabit dalam kejadian pecah rumah berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dalam sebuah kereta milik seorang suspek.

Sementara itu, Rozlan berkata, daerah Kuching mencatatkan penurunan kadar jenayah sebanyak 11.1 peratus kepada 543 kes tempoh dua bulan pertama tahun ini.

"Bagaimanapun kami mendapati indeks jenayah bagi kecurian kenderaan meningkat dan baru-baru ini membabitkan tempat seperti stesen minyak," katanya.
Menurutnya, untuk tempoh Januari dan Februari, sebanyak 24 kes kecurian kenderaan dilapor di Kuching iaitu meningkat 110 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Dua anggota polis didakwa terima suapan RM10,000

BUTTERWORTH: Dua anggota polis berpangkat Koperal dan Ketua Inspektor mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan berjumlah RM10,000, April tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Md Noor Mohd Zahir, 33, dan Mohamad Azizi Md Dalis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan kes dibacakan ke atas mereka di hadapan hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Md Noor, yang berpangkat koperal dan bertugas di Balai Polis Nibong Tebal didakwa menerima suapan berjumlah RM10,000 daripada Mohamad Azizi Abd Wahab sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya kerana menyimpan kayu gaharu tanpa kebenaran di bawah Akta Perhutanan Negeri 1984 di rumahnya.

Sementara itu, Mohamad Azizi Md Dalis berpangkat Ketua Inspektor di balai sama dituduh bersubahat bersama-sama Md Noor menerima suapan RM10,000 untuk tidak mengambil apa-apa tindakan ke atasn lelaki itu kerana menyimpan kayu gaharu tanpa kebenaran di bawah Akta Pertanan Negeri 1984.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Kit Siong Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, kira-kira jam 11.30 malam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama jika sabit kesalahan iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Firdaus Abdullah.


15.09 | 0 komentar | Read More

Pengurus besar syarikat GLC ditahan kerana dipercayai liwat pelajar

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus besar sebuah syarikat GLC ditahan kerana dipercayai meliwat empat pelajar sebuah sekolah menengah, minggu lalu.

Suspek yang berusia 40-an dan sudah berkahwin itu ditahan di Lumut, Perak susulan dari laporan polis yang dibuat pada 8 Februari lalu oleh ibu salah seorang dari mangsa.


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tahan lapan orang dipercayai ahli sindiket curi kereta

BUKIT MERTAJAM: Polis Daerah Seberang Prai Utara (SPU) berjaya menumpaskan satu sindiket mencuri kereta mewah berikutan penahanan lapan individu di sebuah kondominium di Jalan Chain Ferry, 5 Februari lalu.

Turut dirampas bersama dalam serbuan berkenaan adalah tiga buah kereta mewah yang dilaporkan dicuri di Pulau Pinang, Kajang dan Selangor.


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib lancar Pasar Bergerak 1Malaysia inisiatif terbaru bantu rakyat

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia, sebagai satu lagi inisiatif kerajaan membantu rakyat khususnya kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana.

Ia membabitkan pergerakan sebuah bas dengan berat maksimum 16 tan yang diubahsuai khusus bagi mengedar barang keperluan harian terus kepada pengguna dengan matlamat membantu rakyat mengurangkan kesan kenaikan harga barang.

Bas itu akan diiringi dengan beberapa lagi lori kecil yang juga diubahsuai, bergerak ke lokasi yang dijadualkan khususnya di kawasan-kawasan perumahan kos rendah dan pusat komuniti terpilih.

Menurut kenyataan media Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Perdana Menteri memperakukan peruntukan RM3juta bagi menggerakkan projek Pasar Bergerak 1Malaysia itu, dan buat permulaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk membangunkan konsep pasar bergerak itu di zon tengah, zon utara dan zon selatan.

Majlis pelancarannya hari ini menyaksikan Najib menyempurnakan acara pelepasan konvoi pasar bergerak, dengan disaksikan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, serta menteri-menteri kabinet, di Dataran Perdana di perkarangan bangunan Perdana Putra di sini.

Menurut kenyataan media, inisiatif berkonsepkan pasar mini bergerak itu menawarkan produk-produk barangan runcit, barang kawalan, produk IKS tempatan dan barangan segar, yang dijual pada harga yang kompetetif.

Kumpulan sasar inisiatif ini adalah kalangan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR), Projek Perumahan Awam di bandar, masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana, serta mangsa bencana alam.
Sementara itu, Pengarah Kanan Pembangunan Usahawan FAMA Ab Razak Ab Majid ketika ditemui selepas acara pelepasan itu berkata, konvoi hari ini akan bergerak ke Kuala Pahang, Pekan, untuk turut serta dalam pelancaran Pusat Transformasi Bandar oleh Perdana Menteri, Jumaat ini.

Beliau berkata, bas itu kemudiannya akan mula beroperasi di kawasan sasaran terutama di semua pasar tani di Lembah Klang serta Selangor, dan menurutnya Perdana Menteri meminta supaya dua lagi inisiatif pasar bergerak itu mula beroperasi selewat-lewatnya April.

Katanya, satu pasar bergerak itu dirancang untuk beroperasi di zon utara dengan Pulau Pinang menjadi stesennya, manakala satu lagi di zon selatan dengan Johor Baharu sebagai stesennya.

Ab Razak berkata, dalm sehari bas berkenaan dapat memberi perkhidmatan di tiga lokasi, membawa muatan barang keperluan yang bernilai kira-kira RM20,000.

Menurutnya FAMA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menghasilkan satu jadual tetap pergerakan bas ke lokasi yang ditentukan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Dividen FGVH bagi 2012 sebanyak 14 sen sesaham

Written By Unknown on Selasa, 26 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) meluluskan pembayaran dividen akhir sebanyak 8.5 sen sesaham, iaitu tambahan kepada pembayaran dividen interim sebanyak 5.5 sen sesaham yang dibayar pada 22 Oktober tahun lalu.

Ia sekali gus menjadikan jumlah dividen bagi 2012 sebanyak 14 sen sesaham.

Sementara itu, pendapatan FGVH meningkat sebanyak 73 peratus kepada RM12.89 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 berbanding RM7.45 bilion tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, keuntungan bersihnya pula merosot sebanyak 35.4 peratus kepada RM904.9 juta berbanding RM1.4 bilion tempoh sama tahun sebelumnya. pada tahun sebelumnya.


15.09 | 0 komentar | Read More

Gaji minimum: Majikan lima pekerja perlu mohon penangguhan sebelum 1 April

KUALA TERENGGANU: Majikan yang menggaji lima pekerja ke bawah perlu mengemukakan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan gaji minimum kepada Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) sebelum 1 April ini.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu, Mohd Azmi Muhammud, berkata Perintah Gaji Minimum untuk majikan yang mempunyai lima pekerja ke bawah itu dijadual dilaksanakan pada 1 Julai ini.

"Permohonan penangguhan itu akan dipertimbangkan oleh majlis dan terpulang kepada mereka untuk memutuskan tarikh pelaksanaan kepada majikan yang memohon penangguhan.

"Kira-kira 70 peratus daripada 22,100 majikan yang berdaftar dengan JTK Terengganu adalah mereka yang tergolong dalam kategori ini, manakala majikan yang mempunyai pekerja lima orang ke atas telah diarahkan berbuat demikian mulai 1 Januari lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat PGM dan umur persaraan minimum kepada lebih 200 majikan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini.

Pengumuman gaji minimum RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi sektor swasta dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 30 April dan diwartakan pada 16 Julai lalu.

Mohd Azmi berkata setakat ini jabatan itu masih belum menerima sebarang aduan daripada pekerja yang masih diberi gaji di bawah RM900.
"Namun, jabatan tetap akan memantau majikan-majikan di seluruh negeri melalui rekod dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial)," katanya.

Beliau juga berkata pekerja yang tidak berpuas hati dengan majikan mereka perlu datang ke JTP untuk membuat aduan rasmi. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Jangan tertipu lagi dengan manifesto pembangkang

BUKIT MERTAJAM: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa rakyat supaya tidak tertipu lagi dengan manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) pakatan pembangkang.

Sebaliknya kata beliau, rakyat perlu memastikan sama ada manifesto itu janji pembangkang yang boleh dipegang atau sebaliknya, sebelum bertindak mengundi pembangkang semata-mata kerana manifesto itu.

"Kalau mereka (pembangkang) kata manifesto ini bukan janji yang tidak ada legal binding, jadi saya minta rakyat jangan percaya sangat dengan manifesto ini. Maksudnya mereka akan ditipu sekali lagi.

"Kalau mereka jujur, beritahu kepada rakyat terlebih dahulu apa yang mereka faham tentang manifesto sebenarnya. Adakah tujuannya untuk membohongi rakyat, menipu rakyat...kalau mereka kata bukan janji, tolak awal-awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar keibubapaan mengenai 'Menangani Isu Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)' di Universiti Teknologi Mara di sini.

Semalam, pakatan pembangkang melancarkan manifesto 10 perkara menjelang PRU 13 antaranya pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading, kad keanggotaan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS yang boleh diguna di semua plaza tol untuk mendapat tol percuma dan bantuan perniagaan RM10,000 kepada setiap peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, berkata pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen 'main-main' dan tidak serius.

Katanya manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya.
Beliau memberi contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion.

"Mereka nak 'cover' macam mana, apa yang mereka nak buat untuk 'cover' pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang," katanya.

Katanya pakatan pembangkang juga masih berteka-teki berhubung calon perdana menteri jika mereka berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya nanti.

"Macam mana mereka boleh umum manifesto tapi tidak berani umum siapa bakal perdana menteri. Kalau siapa bakal perdana menteri pun tak berani nak umum, di mana rakyat nak ada keyakinan tentang kesungguhan mereka nak melaksanakan manifesto itu. Mereka kena tegas siapa nak memimpin negara ini," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Mangsa mengaku teman lelaki tawar RM100 kepada anggota polis

BUTTERWORTH: Seorang wanita Indonesia memberitahu mahkamah di sini bahawa teman lelakinya ada menawarkan wang tunai RM100 kepada dua orang anggota polis bagi membolehkan wanita berkenaan dilepaskan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Mangsa, 26, yang juga saksi utama perbicaraan kes rogol yang dihadapi tiga anggota polis iaitu iaitu Koperal Nik Sin Mat Lazim, 33, Konstabel Remy Anak Dana, 25, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam R.S.N Rayer.

Mangsa juga mengakui bahawa teman lelakinya yang berusia 52 tahun turut digari kerana membuat tawaran wang tunai itu kerana ia bertentangan dengan etika kerja Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya teman lelakinya dibebaskan setelah mangsa bersetuju untuk dibawa ke balai sementara menunggu teman lelakinya menunjukkan dokumen perjalanan yang sah kepada pihak polis.

Selain itu, mahkamah juga diberitahu bahawa terdapat dua Asid Deoksiribonukleik (DNA) milik dua lelaki yang tidak dikenali pada seluar dalam mangsa, bagaimanapun mangsa tidak mengetahui berkenaan DNA itu.

Bagaimanapun, perbicaraan hari kedua hari ini terpaksa ditangguhkan kerana mangsa kurang sihat dan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan 29 April depan untuk menyambung pemeriksaan balas.

Ketiga-tiga tertuduh Nik Sin, Remy dan Syahiran dituduh merogol wanita itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.
Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim.

Nik Sin dan Remy diwakili peguam Abdul Roni Rahman manakala Syahiran diwakili peguam Rayer. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Jambatan Pulau Pinang sesak akibat kerosakan besi penyambung

GEORGETOWN: Laluan Jambatan Pulau Pinang dari Butterworth menghala ke George Town hari ini mengalami kesesakan luar biasa ekoran berlaku masalah teknikal di atas jambatan itu.

Pegawai Operasi Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Amran Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya mengenal pasti masalah teknikal pada besi penghubung jambatan sepanjang kira-kira 1.5 meter dan sedang menunggu laporan lanjut dari kontraktor bertugas.

"Kita mengesan masalah ini 10.37 pagi tadi. Setakat ini hanya satu lorong di bahagian tengah ditutup dan kita masih tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk memulihkannya," katanya.

Beliau menasihati pengguna jambatan merancang perjalanan bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan atau mereka menggunakan feri sebagai alternatif untuk ke pusat bandar.

Kerosakan teknikal itu telah mengakibatkan kesesakan di atas jambatan sehingga lebih 3 kilometer (km) dari Seberang Jaya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Teknologi baru ubah cara orang ramai berkomunikasi: Rais

Written By Unknown on Senin, 25 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Kemunculan teknologi komunikasi baru membawa transformasi besar dalam cara orang ramai berkomunikasi dan berkongsi pengetahuan serta maklumat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, hari ini.

Beliau berkata, teknologi baru, seperti TV interaktif dan IPTV, menawarkan peluang luas bagi penyertaan dan pembabitan orang ramai.

"Penggunaan media diperluaskan dan sudah tiba masanya untuk meneliti asas dan hala tuju media, komunikasi dan kebudayaan," katanya pada persidangan antarabangsa bagi latihan penyiaran, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Rais berkata, audien kini proaktif dalam mendapatkan maklumat dan mempunyai kuasa untuk menyuarakan kehendak mereka dan berkeupayaan mewujudkan ruang bagi perubahan sosial dan kebudayaan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Pakatan pembangkang selesai runding pembahagian lebih 700 kerusi PRU-13

SHAH ALAM: Kepimpinan PKR-DAP-PAS selesai mengadakan rundingan mengenai pembahagian lebih 700 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Jentera Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Beliau berkata, kesemua parti bersedia menghadapi PRU-13 yang akan diadakan tidak lama lagi dengan memastikan setiap kerusi ditandingi dibuat atas formula satu lawan satu.

"Sebanyak 798 kerusi DUN dan Parlimen akan ditandingi pakatan pembangkang pada pilihan raya umum kali ini yang merangkumi 222 kawasan Parlimen manakala selebihnya kerusi DUN.

"Daripada 798 kerusi ini, pembahagian kerusi untuk lebih 700 kerusi selesai dirundingkan," katanya ketika memberi amanat pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) gagal memperoleh majoriti dua pertiga kerusi Parlimen apabila PKR memenangi 31 kerusi, DAP 27 dan PAS 23.

Dari segi negeri, pakatan pembangkang berjaya menguasai lima negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan mengekalkan Kelantan.

Bagaimanapun, tujuh anggota Parlimen daripada PKR memutuskan untuk keluar parti selepas pilihan raya itu dan menjadi wakil rakyat bebas manakala BN mengambil alih Perak setelah tiga Adun (dua daripada PKR dan seorang daripada DAP) keluar daripada parti masing-masing dan menjadi wakil rakyat bebas.
Hatta berkata, pihaknya akan memberi penerangan kepada pengundi pos di luar negara untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar dan teliti.

Ketua Jentera Pilihan Raya DAP Pusat, Tan Kok Wai berkata jentera PKR-DAP-PAS akan bergerak sebagai satu entiti iaitu sebagai Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum di mana aktiviti berkempen akan diselaraskan di setiap peringkat pusat, Parlimen dan negeri.

Sementara itu, Ketua Jentera Pilihan Raya PKR Pusat, Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang kini berada pada pecutan terakhir menjelang pilihan raya umum.
- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Sindiket kad ATM palsu antarabangsa jadikan Malaysia pusat pengeluaran wang tumpas

KUALA LUMPUR: Sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran wang menggunakan kad ATM dan kad kredit palsu tumpas dengan penahanan 25 anggota sindiket termasuk warga Kanada pada 20 dan 22 Februari lalu di sekitar ibu negara.

Kegiatan itu dibongkar melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kanada dan polis antarabangsa yang mengesan aktiviti pengeluaran wang melalui mesin ATM bank antarabangsa di negara ini menggunakan kad kredit dan ATM palsu yang dibuat di luar negara sejak Ogos, tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dalam sidang media di sini hari ini berkata, anggota sindiket yang diberkas berumur antara 23 dan 54 tahun, iaitu sembilan lelaki warga Kanada, 11 lelaki warga Sri Lanka, seorang lelaki warga India dan empat warga tempatan termasuk seorang wanita.

Katanya, pada Rabu lalu, sembilan anggota sindiket itu ditahan di dua lokasi ATM bank di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail di sini ketika sedang melakukan transaksi kira-kira jam 9.30 malam.

Susulan itu, polis menahan 14 lelaki terdiri warga Sri Lanka, India dan tempatan di beberapa hotel dan rumah sekitar Lembah Klang manakala dua lagi suspek warga tempatan ditahan di Kulim, Kedah pada 22 Februari lalu ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.

Syed Ismail berkata, polis turut merampas 533 keping kad kredit dan kad ATM palsu pelbagai bank luar negara, wang tunai RM 4,703, USD4,182 (RM12,975), Dolar Kanada 4.185 (RM 12,674) serta lain-lain mata wang dalam serbuan itu.

"Turut dirampas sejumlah barang kemas, empat buah komputer riba serta dua buah mesin mini 'magnetic stripe card reader/writer'," katanya.
Menghuraikan modus operandi sindiket yang dipercayai diketuai warganegara Kanada berketurunan Sri Lanka berumur 30-an itu, Syed Ismail berkata, ketua sindiket berkenaan akan menghantar kad palsu itu ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier dari Kanada.

Penyelia sindiket yang berada di negara ini kemudian akan mengagihkan 60 keping kad kepada setiap kumpulan kecil yang dianggotai tiga orang bagi tujuan pengeluaran wang tunai di ATM bank yang dikenal pasti.

"Sebelum diagihkan, penyelia itu juga akan memasukkan data akaun ke dalam kad berkenaan melalui mesin mini 'magnetic stripe card reader/writer'. Setiap kad hanya akan digunakan sekali saja," katanya, sambil menambah sindiket itu mampu mengeluarkan sehingga RM20,000 sehari.

"Wang pengeluaran itu akan diserahkan kepada penyelia dan anggota sindiket akan mendapat habuan 10 peratus bagi setiap pengeluaran," katanya.

Syed Ismail berkata, bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket itu juga sering bertukar anggota dan setiap anggota hanya akan berada di negara ini dalam tempoh tiga bulan saja menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata, ketua sindiket itu dipercayai masih berada di Malaysia dan polis sedang mengesannya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Empat maut letupan bom buatan sendiri di Thailand

BANGKOK: Empat orang terbunuh manakala lebih 20 yang lain cedera apabila sebiji bom buatan sendiri diletupkan ketika pergaduhan pada satu perayaan agama Buddha di timur laut Thailand, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Kritchai Sreumsri, berkata letupan mengakibatkan dua anggota polis dan dua penganut maut bagi meraikan Hari Makha Bhucha di sebuah pagoda di wilayah Maha Sarakham.

Beliau berkata, pegawai polis yang bertindak balas terhadap pergaduhan pada sambutan yang diadakan mengejar seorang lelaki yang membawa bom buatan sendiri ketika letupan. - AFP
15.09 | 0 komentar | Read More

Jabatan Kesihatan Kelantan rampas vitamin C bernilai lebih RM65,000

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Kelantan merampas 41 item pelbagai jenis vitamin C yang tidak berdaftar dianggarkan bernilai RM65,100 di sebuah rumah di Taman Lati di Pasir Mas, semalam.

Pengarahnya, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir, berkata seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun turut ditahan dalam serbuan pada 9.30 pagi dipercayai menjual dan mengedar produk itu.

Beliau memberitahu sidang akhbar di sini hari ini produk yang dirampas itu adalah jenis pengambilan suntikan untuk vitamin C jenis Vial Vitamin C, Glutathione dan hormon yang dipercayai diimport dari Thailand, Itali dan Taiwan.

Katanya, suspek didapati berurusan dengan pelanggan melalui laman sosial seperti blog, facebook dan twitter untuk mempromosikan produk itu.

Ahmad Razin berkata, jualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah kesalahan mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum menurut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Gejala pengambilan vitamin C secara berlebihan dalam jangka panjang ialah meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat katarak dan penyakit ginjal sehingga boleh menyebabkan kematian.

"Pengambilan berlebihan juga akan menyebabkan kematian terutama apabila diambil melebihi 833 gram bagi dewasa yang mempunyai berat badan 70 kilogram," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Kerajaan akan laksana KSIB: Muhyiddin

Written By Unknown on Minggu, 24 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk memastikan pendidikan negara setaraf negara maju hasil kerjasama pintar ibu bapa dan pihak sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, KSIB yang digerakkan bersama menerusi Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sudah dilaksanakan di kebanyakan negara maju.

"Sekolah di negara maju turut digerakkan bersama oleh ibu bapa bagi melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah," katanya melancarkan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Guru Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini sebentar tadi.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.


15.09 | 0 komentar | Read More

Lebih 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 menjelang 2020: Ahmad Husni

IPOH: Kerajaan mensasarkan seramai 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan menjelang 2020, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, sasaran mewujudkan lebih banyak tenaga kerja berpendapatan tinggi dalam tempoh tujuh tahun ini mampu dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan kerajaan.

"Sehingga kini, terdapat kira-kira lima juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan, 4.5 juta pekerja memperoleh antara RM2,000 hingga RM7,000 dan 500,000 pekerja memperoleh lebih RM7,000," katanya selepas merasmikan Projek Pembangunan Semula Pasar Tanjung Rambutan bernilai RM5.8 juta, di sini, hari ini.
15.09 | 0 komentar | Read More

Lebih 20,000 sambut PM di Port Dickson

Artikel Berkenaan

KUALA LUMPUR: Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor sebulat suara bersetuju Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

IPOH: Kerajaan mensasarkan seramai 10 juta pekerja berpendapatan lebih RM2,000 sebulan menjelang 2020, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan melaksanakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) untuk memastikan pendidikan negara setaraf negara maju hasil kerjasama pintar ibu bapa dan pihak sekolah.

TASEK GELUGOR: Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan syarikat korporat banyak membantu kerajaan dalam mengurangkan beban rakyat.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan sedang menimbang untuk menawarkan insentif yang bersesuaian bagi menggalakkan lebih banyak pihak swasta membuka farmasi komuniti di kawasan luar bandar.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yakin Barisan Nasional (BN) Sabah akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti seperti yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

SINGAPURA: Pemukiman keempat pemimpin Malaysia-Singapura melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong selama dua hari, bermula 18 Februari, mempunyai ciri untuk diabadikan sebagai satu peristiwa bersejarah.

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pilihan raya bukan untuk memilih tukang jual ubat yang hanya pandai bercakap tetapi memilih kerajaan yang boleh menunaikan janji kepada rakyat.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yakin Barisan Nasional (BN) Sabah akan meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti seperti yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

NIBONG TEBAL: Lebih banyak bayi akan diselamatkan dan lebih ramai orang yang terbabit dengan sindiket pemerdagangan bayi akan ditahan.

SUNGAI PETANI: PAS sepatutnya berlumba dengan Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain dalam memberi bantuan kepada rakyat miskin dan bukan menyalahkan kerajaan persekutuan kerana memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

BERA: Masyarakat Orang Asli disaran memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekali gus mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti bagi membolehkan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan kerajaan untuk mereka.

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.

NIBONG TEBAL: Kerajaan Pusat sudah membelanjakan sebanyak RM22.5 bilion sejak lima tahun lalu bagi tujuan pembangunan di Pulau Pinang.

TAMPIN: Golongan belia hari ini menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan, sama ada dalam bidang pelajaran atau perniagaan sekali gus menunjukkan kerajaan memahami kehendak dan keperluan mereka.

LUMUT: Pendirian beberapa pemimpin parti politik tertentu enggan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sesuatu yang menghairankan dan mengecewakan.

LUMUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia berdepan kemungkinan kekecohan di pusat mengundi berikutan penggunaan dakwat kekal pada PRU 13.

MADRID: Berpuluh ribu rakyat Sepanyol berarak melalui bandar-bandar di seluruh negara hari ini bagi membantah penjimatan yang melampau, penswastaan ​​perkhidmatan awam dan rasuah politik.

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pilihan raya umum sudah dekat tapi belum diumumkan hingga meletihkan pelbagai pihak kerana mahu menunjukkan bukti dasar transformasi yang kerajaan laksanakan memberi manfaat kepada rakyat

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan PR1MA Seremban Sentral, mengandungi lebih 5,000 unit apartmen mampu milik yang akan siap sepenuhnya 2016.

SEREMBAN: Lebih 5,000 orang sambut ketibaan PM pada majlis pelancaran PR1MA Seremban Sentral di dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) sebentar tadi.

BOSTON: New England berdepan ribut salji untuk minggu ketiga berturut-turut dengan seluruh wilayah berkenaan mengalami salji tebal dan hujan, kata ahli meteorologi hari ini.

MADRID: Barcelona melebarkan penguasaan di takhta La Liga kepada 15 mata ketika dua gol dalam tempoh lapan minit menerusi David Villa dan Lionel Messi menyuntik kemenangan 2-1 ke atas Sevilla.

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda wilayah Timor pada jam 7.09 malam tadi.

DAYTONA BEACH: Kira-kira 28 penonton mengalami kecederaan apabila kereta pemandu Kyle Larson melambung ke udara dan serpihan kenderaan berterbangan ke arah penonton pada perlumbaan pembuka tirai kereta NASCAR, pagi tadi.

MADRID: Real Madrid terpaksa bangkit selepas ketinggalan untuk meraih dua gol babak kedua menerusi Kaka dan Gonzalo Higuain bagi mencatat kemenangan 2-1 ke atas kelab bermasalah, Deportivo La Coruna.

LONDON: Rafael da Silva dan pemain veteran, Ryan Giggs masing-masing menyumbatkan gol pada setiap babak ketika Manchester United melebarkan cengkaman untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas kelab bermasalah, Queens Park Rangers.


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib dilantik Pengarah Pilihanraya BN Selangor

SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor sebulat suara bersetuju Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Setiausaha BN negeri, Datuk Mohammed Idris Abu Bakar, berkata perkara itu diputuskan Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor dalam satu mesyuarat yang

dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pada mesyuarat itu, turut dilantik Koordinator BN negeri, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed sebagai Timbalan Pengarah Pilihan Raya negeri.

"Semua kepemimpinan BN Selangor menyambut baik keputusan berkenaan dan aia akan menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor. Semoga hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan, seterusnya memastikan usaha BN menawan Selangor menjadi kenyataan," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mohammed berkata, BN Selangor akan mengadakan latihan simulasi khas PRU-13 dalam tempoh terdekat, bagi memastikan jentera parti berada dalam keadaan bersedia dan sempurna menjelang pilihan raya.


15.09 | 0 komentar | Read More

Sarana ibu bapa, sekolah dilancar

KUALA LUMPUR: Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran sarana itu meminta pihak sekolah menukar imej supaya dilihat sebagai tempat memupuk persefahaman dan muafakat antara ibu bapa dan masyarakat.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Muhyiddin berkata, imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata-mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar.

"Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi bagi menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak-anak kita adalah dengan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
"Inisiatif ini melibatkan kepentingan dan masa depan lebih 5.4 juta murid seluruh negara dan anggaran murid yang terlibat bagi tempoh 12 tahun mulai 2013 hingga 2025 ialah hampir 11 juta orang," katanya.

Tema majlis yang dihadiri wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan, pihak swasta dan pemimpin masyarakat setempat dari seluruh negara ialah 'Anak Nadi Aspirasi Kita - Pendidikan Anak Tanggungjawab Bersama'.

Muhyiddin berkata, kementerian memperkenalkan dokumen Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi menyatukan setiap pihak berkepentingan kerana penglibatan semua pihak amat diperlukan untuk melahirkan aset negara yang berharga.

"Sarana Ibu Bapa memberi fokus kepada peranan ibu bapa dalam pendidikan. Kajian OECD (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) dijadikan asas dalam penyediaan sarana ini.

"Dapatan OECD ini tidak menghairankan kerana jika kita teliti satu persatu, setiap aspek yang disenaraikan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada anak-anak.

"Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari keperluan dan kemudahan anak-anak belajar dalam keadaan yang selesa di rumah," katanya.

Beliau berkata, ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu juga diseru supaya dapat menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah.

Mengenai Sarana Sekolah pula, peranan PIBG amat penting untuk menggerakkan ibu bapa melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kerana sekolah seperti di negara maju, ibu bapa adalah penggerak utama untuk melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah.

Bagaimanapun, katanya, tidak akan sempurna jika usaha mendidik hanya membabitkan ibu bapa, sekolah dan masyarakat kerana semua kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta juga perlu memainkan peranan yang bersesuaian dalam aspek pembangunan kemanusiaan, kemahiran keibubapaan, kesihatan mental dan fizikal dan sebagainya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Rakyat Selangor akan rugi sekiranya pakatan pembangkang terus berkuasa: Noh

Written By Unknown on Sabtu, 23 Februari 2013 | 15.09

SHAH ALAM: Selangor akan mundur dan rakyatnya akan berada dalam kerugian sekiranya pakatan pembangkang dibenarkan terus berkuasa di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar hari ini.

Beliau berkata, ia kerana keadaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan tidak sehaluan akan menyukarkan pelaksanaan projek pembangunan dan akhirnya rakyat sendiri akan rugi.

Katanya, keadaan ini jelas bila mana kerajaan negeri sekarang di bawah pakatan pembangkang lebih berminat menunjukkan kuasa mereka dan berpolitik sehingga menghalang projek pembangunan yang hendak dilaksanakan di Selangor oleh kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, beberapa projek untuk kesejahteraan rakyat seperti cadangan pembinaan kampus cawangan Universiti Teknologi MARA di Serendah terbantut apabila kerajaan negeri tidak memberikan kebenaran merancang pembangunannya malah merampas tapak kampus itu milik Yayasan Kebajikan Kemiskinan.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Barisan 1Malaysia di Seksyen 7 di sini yang dihadiri 3,500 orang daripada 200 badan bukan kerajaan (NGO) yang berhimpun bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN.

Selain itu, katanya, Projek Langat 2 juga terbantut sehingga sekarang kerana kerajaan negeri enggan memberikan kebenaran merancang bagi pembinaan loji rawatan air mentah yang akan dibawa masuk dari Pahang.

"Terowong air dah siap tapi loji memprosesnya tiada, dan Kerajaan Persekutuan bukannya menggunakan duit kerajaan negeri untuk bina kita cuma minta keluarkan kebenaran merancang saja," katanya.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan negeri Selangor juga lebih hendak menunjukkan kuasa apabila bertindak menggantung projek jalan raya dan prasarana Persekutuan di Selangor sementara menanti proses rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap kes melibatkan Majlis Perbandaran Sepang.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin memutuskan Majlis Perbadaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES (Sistem Pemnguatkuasaan Automatik) di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Noh berkata, begitu juga dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata kerajaan Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri selepas sambutan Chap Goh Mei dan mendakwa hasrat itu sudah mendapat persetujuan Sultan Selangor.

Katanya, mengikut amalan biasa jika seseorang Menteri Besar sudah menghadap Sultan untuk mendapatkan perkenan pembubaran dewan dan sudah mendapat perkenan baginda, beliau seharusnya terus mengumumkan tarikh pembubaran dewan.

Bagaimanapun, Noh berkata, sehingga sekarang tarikh pembubaran dewan tidak diumumkan oleh Abdul Khalid dan beliau yakin Selangor tidak akan membubarkan dewan undangan negeri dulu tetapi akan dibubar serentak dengan Parlimen.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau berharap NGO, juga kuasa ketiga di Malaysia selepas Kerajaan Persekutuan atau Negeri (Kuasa Pertama) dan parti-parti politik (Kuasa Kedua), akan terus menyokong kerajaan BN.

Program Himpunan Barisan 1Malaysia pada pagi ini juga himpunan keenam NGO-NGO selepas Sabah, Perlis, Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Selangor, katanya.

Beliau berkata, program yang bermula November tahun lalu dijangka selesai dilaksanakan di seluruh negara pada awal bulan depan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Empat pemancing dilaporkan hilang sejak Rabu

KUANTAN: Empat pemancing dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas keluar memancing di perairan Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, empat lelaki berkenaan dilaporkan menaiki sebuah bot gentian kaca berlepas dari Jeti Sungai Kuantan di sini pada 5 petang, 20 Februari lalu.

"Sehingga 2 petang tadi, keempat-empat pemancing terbabit gagal dikesan," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, empat lelaki berkenaan dikenali sebagai Baheruzaman Yusof, 40, Ayzzat Rahmat Yaakop, 40, Rahmat Chik, 51, dan seorang lagi lelaki hanya dikenali sebagai Karim (umur belum diketahui).

Beliau berkata, pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang melancarkan gerakan mencari kesemua mangsa. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Muhyiddin adakan lawatan ke Labuan

LABUAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Wilayah Persekutuan Labuan, petang ini dalam lawatannya ke pulau berkenaan.

Sejurus tiba, Timbalan Perdana Menteri mengadakan perjumpaan khas tertutup bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Parlimen Labuan di bilik khas Lapangan Terbang Labuan.

Muhyiddin dijadual melancarkan majlis pecah tanah tapak perumahan mampu milik di Kampung Ganggarak, Labuan jam 4.15 petang.

Timbalan Perdana Menteri kemudian akan merasmikan majlis penutupan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 di Dataran Labuan, jam 8 malam ini.


15.09 | 0 komentar | Read More

Najib ziarah bekas pengawal peribadi di HSNZ

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dalam lawatan sehari ke Terengganu hari ini, menziarahi seorang bekas pengawal peribadinya yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana menghidap penyakit kronik.

Najib yang sebelum itu merasmikan Program Jelajah Janji Ditepati peringkat Terengganu di Dataran Shahbandar di sini, terus ke hospital untuk melawat Abdul Wahab Abdul Latif, 54, yang merupakan bekas pekerjanya.

Perdana Menteri yang hadir bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meluangkan masa di Wad 8A selama 15 minit dan turut menziarahi pesakit lain di wad berkenaan.

Ketika ditemui pemberita, Abdul Wahab berkata, beliau tidak menyangkakan kehadiran Perdana Menteri melawatnya dan terharu kerana Najib masih mengenalinya meskipun sudah lama meninggalkan profesionnya.

"Dia masih cam saya lagi. Saya gembira dia ingat akan saya," katanya yang ditemani isterinya Zaini Ismail, 49.

Abdul Wahab pernah berkhidmat dengan Najib ketika pemimpin nombor satu itu menjadi Menteri Pelajaran dan Menteri Pertahanan.

Najib kemudiannya menghadiri perjumpaan tertutup dan minum petang bersama pemimpin parti komponen Barisan Nasional negeri di Ri-yaz Heritage, Pulau Duyong. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Wisma Putra sudah serahkan permohonan kerajaan Filipina kepada KDN

TUNGKU(Lahad Datu): Kementerian Luar sudah menyerahkan permohonan kerajaan Filipina untuk melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, dekat sini, kepada Kementerian Dalam Negeri.

Perkara itu disahkan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman ketika mengulas kenyataan rakan sejawatnya di Filipina, Albert del Rasario berhubung perkara itu.

"Saya sudah serahkan permohonan Kerajaan Filipina kepada Kementerian Dalam Negeri hari ini (semalam)," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
15.09 | 0 komentar | Read More

Dua maut, lima cedera parah kemalangan babitkan bas dan lori

Written By Unknown on Jumat, 22 Februari 2013 | 15.09

TAPAH: Dua maut manakala lima yang lain cedera parah dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan lori di Kilometer 314.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala Utara di sini hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi tadi, mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspres, Mohd Anuar Jantan, 42, dan penumpang bas, Abdul Rahman Noh, 59.

Seorang mangsa ialah pemandu lori, M.V. Saravanan, 24, berkata bas terbabit cuba memotong lorinya namun disebabkan ada sebuah kereta di bahagian kanan, bas itu tidak sempat mengelak.

"Tiba-tiba bas muncul dari arah belakang dan langgar sisi kanan belakang lori saya dan terbabas ke bahu kiri lebuh raya.

"Ketika pelanggaran berlaku pemandu bas itu terjun daripada bas dan saya lihat dia berada di tengah-tengah bahu jalan. Kepalanya terkena besi penghadang tengah lebuh raya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Bas ekspres itu dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Pulau Pinang manakala lori itu dari Shah Alam menuju Pulau Pinang.

Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang yang tersepit dan tercedera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, bas itu dinaiki 10 penumpang dan seorang pemandu.

Katanya, pemandu dan seorang penumpang meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima cedera parah dan empat yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala pemandu lori dan kelindannya, K.Subramaniam, 21, serta pemandu kereta juga tidak mengalami kecederaan.

"Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan yang cedera menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Muhyiddin yakin Sabah kekal negeri BN pada PRU-13

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sabah kekal sebagai negeri Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Katanya, BN Sabah kini siap siaga untuk menghadapi PRU-13 dan sudah memperbaharui tekad untuk mengulangi kemenangan cemerlang pilihan raya umum pada 2008 yang menyaksikan BN hampir menyapu bersih 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen dan hanya kalah kepada DAP bagi kerusi negeri Sri Tanjung dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu.

"Saya yakin bahawa dari segi persiapan, semua sudah bersedia sampai ke peringkat jentera BN yang nak mengelolakan pilihan raya di setiap kawasan.

"Mengenai bancian yang kita buat di seluruh Sabah dari segi sikap pengundi, saya cukup berpuas hati kerana majoriti pemilih di peringkat bahagian di Sabah masih lagi cenderung menyokong BN.

"Saya amat yakin Sabah terus kekal sebagai negeri biru iaitu biru untuk BN. Itu adalah kenyataan berdasarkan fakta dan data-data yang disampaikan kepada saya," katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN kepada pemberita selepas mendengar taklimat PRU-13 oleh pengerusi-pengerusi penyelaras BN Sabah di sini hari ini.

Ketika ditanya pemberita mengenai pembahagian kerusi di kalangan parti komponen BN Sabah, khususnya kerusi BN yang diperuntukkan kepada Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum parti tersebut meninggalkan BN, Muhyiddin berkata, perkara itu akan diputuskan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN.

Beliau berkata, tempoh beberapa minggu akan datang ini amat penting kepada BN untuk memperkukuhkan lagi kedudukan di setiap kawasan.
Katanya, perhatian juga akan diberikan kepada kelompok pengundi tertentu seperti pengundi muda dan pengundi kali pertama.

Beliau juga berpuas hati dengan hubungan baik di kalangan parti-parti komponen BN Sabah yang menjadi kekuatan barisan gabungan parti terbabit.

"Berbanding parti pembangkang, mereka masih dalam keadaan bercelaru. Kita tahu isu dan masalah dalam kalangan mereka adalah banyak.

"Tapi kita tidak ada masalah pun. Jadi itu adalah satu kekuatan BN yang kita akan pertahankan," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Harga saham kukuh pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kukuh pada tengah hari ini disokong oleh kenaikan dalam saham wajaran tinggi yang diterajui oleh Maybank, kata peniaga.

Bagaimanapun, beberapa jualan dalam saham Petronas Chemicals mengehadkan kenaikan, kata mereka.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.23 mata kepada 1,616.28, berbanding 1,614.05 semalam.

Maybank, yang menyumbang 1.573 mata kepada kenaikan indeks petunjuk pasaran itu meningkat 10 sen atau 1.12 peratus kepada RM9.03.

Sementara itu, beberapa bursa serantau berada dalam aliran bercampur-campur, dengan Nikkei 225 Jepun naik 26.71 mata kepada 11,335.84, manakala Hang Seng Hong Kong susut 62.01 mata kepada 22,844.66 dan Straits Times Singapura turun 4.9 mata kepada 3,282.70.

Di pasaran tempatan, Indeks Kewangan meningkat 51.829 mata kepada 14,884.77, manakala Indeks Perladangan susut 5.45 mata kepada 7,825.63 dan Indeks Perusahaan berkurangan 8.27 mata kepada 2,774.34.

Indeks FBM Emas naik 15.49 mata kepada 10,982.57, FBMT100 meningkat 14.87 mata kepada 10,838.18, Indeks FBM Mid 70 menokok 15.99 mata kepada 11,928.51 dan Indeks FBM Ace menambah 4.92 mata kepada 3,926.4.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 269 berbanding 237, dengan 278 kaunter tidak berubah, 892 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 394.605 juta saham bernilai RM640.822 juta.

Kaunter cergas, Luster Industries dan Compugates kedua-dua tidak berubah masing-masing kepada 11.5 sen dan 9.5 sen, manakala Patimas naik setengah sen kepada tujuh sen.

Saham wajaran tinggi, Sime Darby tidak berubah pada RM9.20, Axiata naik tiga sen kepada RM6.36, manakala CIMB susut tiga sen kepada RM7.04. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Rasuah: Empat pegawai imigresen dipenjara enam tahun, denda RM239,700

SHAH ALAM: Empat pegawai Imigresen dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda berjumlah RM239,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah sebagai upah bagi memudahkan kemasukan penumpang warga Indonesia ke Malaysia tanpa perlu mematuhi syarat, tiga tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Azmir Mahadi, 30, Ahmad Zahed Abd Alim, 30, Mohd Hafiz Zakaria, 29, dan Mohd Khairul Haqimie Kamarudin, 28, yang bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang dekat sini.

Mat Ghani bagaimanapun membenarkan permohonan kesemua tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi menaikkan jumlah jaminan kepada RM10,000 bagi setiap tertuduh. - BERNAMA
15.09 | 0 komentar | Read More

Selangor patut sambut baik projek kerajaan pusat: Nor Mohamed

GEORGETOWN: Kerajaan Selangor seharusnya menyambut baik projek yang dilaksanakan kerajaan pusat di negeri itu yang akan membawa kebaikan kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri itu yang menggantung semua projek kerajaan pusat sebagai tidak logik dan menggambarkan kepimpinan yang tidak baik.

"Kerajaan negeri Selangor patut gembira kerajaan persekutuan melaksanakan projek di Selangor. Ini caranya mereka patut bertindak balas, malah perlu meminta lebih. Sebaliknya mereka berkata kami tidak mahu kamu (kerajaan persekutuan) melakukannya.

"Kerajaan persekutuan nak buat projek dengan nawaitu yang baik dan untuk keadilan sosial sebab semua orang memerlukan infrastruktur, tapi dia (kerajaan negeri) tak benarkan sebab perkara lain, isu lain.

"Ini tidak logik dan tidak menggambarkan kepimpinan yang baik," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan bahawa kerajaan negeri Selangor menggantung semua projek jalan raya dan prasarana kerajaan pusat di negeri itu sebagai tindak balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Majlis Perbandaran Sepang tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan notis mengarahkan syarikat penyelenggara kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) meruntuhkan tiang dan menutup kamera AES di dua lebuh raya dalam Selangor. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Sindiket edar dadah ke Singapura tumpas

Written By Unknown on Rabu, 20 Februari 2013 | 15.09

JOHOR BAHRU: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah ke Singapura selepas menahan tiga lelaki dan seorang wanita di tiga kawasan di bandar raya ini serta merampas dadah disyaki heroin bernilai RM407,700 daripada mereka, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff, berkata penahanan pertama terhadap seorang daripada mereka dilakukan kira-kira 4 pagi di Jalan Bakti 1, Taman Mutiara Rini, Skudai di sini dan polis menemui dadah disyaki heroin seberat 60 gram di dalam kereta yang dipandunya.

Katanya, berikutan soal siasat lelaki berumur 25 tahun itu, polis menyerbu sebuah rumah yang didiami sepasang suami isteri berumur 25 dan 28 tahun di Taman Bukit Indah, Nusajaya, dua jam kemudian dan menemui dadah disyaki heroin seberat 6,795 gram di dalam kereta di kawasan rumah berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini, Mohd Mokhtar, berkata siasatan terhadap pemandu lori dan isterinya yang bekerja kilang di Singapura itu membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki berumur 23 tahun di Taman Tampoi Indah di sini kira-kira 8.30 pagi hari yang sama, dipercayai turut mempunyai kaitan dengan aktiviti pengedaran dadah itu.

Beliau berkata, kesemua dadah itu dipercayai mampu dibekalkan kepada 34,275 penagih dan polis kemudian merampas kereta jenis Subaru Impreza bernombor pendaftaran Singapura, Toyota Camry dan Caldina bernombor pendaftaran tempatan daripada mereka.

Katanya, dua daripada lelaki terbabit positif dadah manakala seorang lagi mempunyai rekod jenayah berkaitan bunuh.

Dalam kes lain, Mohd Mokhtar berkata, polis berjaya menyelesaikan 22 kes pecah rumah dan cermin kenderaan di sekitar bandar raya ini selepas menahan lima lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di beberapa kawasan di sini, Sabtu lalu.
Beliau berkata, serbuan dilancarkan selepas polis menerima laporan daripada seorang individu pada jam 1.15 tengah hari, hari yang sama, mengenai kehilangan pelbagai barangan selepas rumahnya di Taman Pelangi Indah, di sini dipecah masuk.

"Bertindak atas laporan itu, polis membuat serbuan di sekitar bandar raya ini dan berjaya menemui sejumlah barangan termasuk 30 telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh komputer riba, empat televisyen dan sebuah kamera," katanya.

Katanya, kesemua suspek berumur lingkungan 25 hingga 30 tahun itu kini direman bagi membantu siasatan.
Semakan mendapati tiga daripada mereka mempunyai rekod berkaitan dadah, curi serta dikehendaki polis selepas terbabit dalam jenayah penipuan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Dua beranak rakyat Iran ditahan seludup dadah bernilai RM1.28 juta

SEPANG: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menahan seorang pemilik salun warga Iran dan anak perempuannya di KLIA Jumaat lalu kerana menyeludup dadah bernilai RM1.28 juta.

Pengarah Kastam KLIA, Badaruddin Mohamed Rafik, berkata suspek wanita berusia 46 tahun dan anaknya 25 tahun itu disyaki membawa dadah jenis methamphetamine seberat 6.76 kilogram yang disorok dalam ruangan khas bagasi.

"Mereka yang menaiki penerbangan dari Bangkok ke KLIA ditahan sebaik cuba melepasi kawalan Kastam. Siasatan awal mendapati ini kali ketiga kedua-dua suspek masuk ke negara ini sebagai pelancong," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Badaruddin berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Beliau berkata, sepanjang Januari hingga Februari tahun ini, Kastam KLIA berjaya menumpaskan sembilan kes penyeludupan dadah yang kesemuanya jenis methamphetamine seberat 42.23 kilogram dianggar bernilai RM8.024 juta di KLIA dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Dalam tempoh itu, katanya KDRM menahan empat suspek lelaki dan empat suspek wanita dari Nigeria, India dan Thailand dengan masing-masing satu suspek, dua suspek rakyat Indonesia dan tiga suspek Iran.

"Seorang suspek untuk satu lagi kes masih dikesan identitinya berdasarkan tag pada bagasi. Setakat ini rampasan dadah tertinggi ialah seberat 9.2 kilogram, kelmarin," katanya. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tahan lelaki samun suri rumah di Pasir Mas

PASIR MAS: Polis Pasir Mas menahan seorang lelaki disyaki menyamun barangan kemas seorang suri rumah di Kampung Batu Karang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim, berkata lelaki berumur 22 tahun itu ditahan selepas bergelut dengan polis di rumahnya ketika cuba melepaskan diri di Kampung Bukit Pak Junuh, tidak jauh dari tempat kejadian kira-kira jam 7.45 malam.

Katanya, polis menjumpai semula barang kes yang disamun daripada suri rumah itu iaitu dua utas rantai tangan, seutas rantai leher dan sebuah telefon bimbit, kesemuanya bernilai kira-kira RM40,000.

"Kita juga merampas sebilah parang dan sebilah pisau yang digunakan suspek ketika bergelut dengan polis sewaktu cuba menangkapnya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di sini, hari ini.

Haliluddin berkata, dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, suri rumah berumur 35 tahun itu sedang tidur bersama anak perempuannya berumur 10 bulan apabila didatangi dua lelaki bersenjatakan sebilah parang dan mengacukan senjata itu ke lehernya sebelum menyamun barangan kemas dan telefon bimbitnya.

"Kita juga sedang memburu seorang lagi rakan suspek yang identitinya telah dikenal pasti dan dipercayai penduduk tempatan," katanya.

Siasatan lanjut polis mendapati suspek yang ditahan itu positif dadah tetapi tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Katanya, suspek ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Lelaki ditahan bantu siasatan kes pemilik kelab hiburan diculik, kereta dibakar

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pemilik kelab hiburan yang masih hilang, dipercayai diculik, dan keretanya dibakar pada 2 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada 4 petang Ahad lalu, di kawasan Brickfields.

"Suspek ditahan direman sehingga esok bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah perniagaan dan gangsterisme.

"Sehingga kini tiada sebarang wang tebusan yang dituntut dan kami juga percaya suspek yang ditahan adalah orang yang mungkin dikenali mangsa," katanya.

Ku berkata, dengan penahanan lelaki itu, polis sehingga kini menahan tiga orang suspek sejak kes itu dilapor bagi membantu siasatan.

Dua lelaki berusia 27 dan 30 tahun ditahan, masing-masing seorang pada hari kejadian di kawasan Puchong dan di kawasan Dang Wangi pada 5 Februari lalu.
Dalam kejadian 2 Februari lalu, seorang ahli perniagaan dipercayai diculik empat lelaki yang menyamar sebagai polis manakala kereta BMW 5 Siri miliknya ditemui terbakar di Jalan Hulu Yam.

Siasatan awal mendapati empat lelaki berusia antara 30-an dan 40-an 'menahan' mangsa di lobi sebuah hotel di Petaling Jaya, pada 7.20 malam, dan dibawa ke dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra berwarna hitam.

Dipercayai selepas menahan ahli perniagaan itu, suspek melarikan kereta mangsa sebelum dibakar di Jalan Sungai Tua, Hulu Yam, Gombak. Rangka kereta itu ditemui keesokan harinya pada jam 7.20 malam. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Yazid, Halimah mengaku tidak bersalah, perbicaraan mula 20 Mei ini

KUALA LUMPUR: Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan rakannya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini atas tuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria, tahun lalu.

Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memohon kedua-dua kes didengar bersama.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dibaca bersama dan menetapkan tarikh perbicaraan kes selama empat hari bermula 20 Mei ini.

Yazid, 49, didakwa melakukan kesalahan itu di DL 11, Taman Bukit Ampang, Lorong Mutiara 2, Lembah Jaya, Ampang, antara jam 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara 30 tahun dan denda.

Yazid yang mengusahakan kafeteria di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, dilihat mengangguk kepala dan minta dibicara sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Kamardin Hashim.

Rakannya yang juga seorang suri rumah, Halimah Hussein, 52, didakwa bersubahat dengan Yazid melakukan kesalahan itu mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.


15.09 | 0 komentar | Read More

MITI yakin sektor perkhidmatan sumbang 70 peratus KDNK menjelang 2015

Written By Unknown on Selasa, 19 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin sektor perkhidmatan akan menyumbang 70 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015, setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata Rancangan Malaysia Ke-10 dari 2011 hingga 2015, menjangkakan kadar purata pertumbuhan tahunan sebenar sektor itu seharusnya meningkat kepada 7.2 peratus dalam tempoh 2010-2015, dan mengakui bahawa pelaburan yang lebih banyak diperlukan dalam sektor perkhidmatan.

"Kita tidak boleh berusaha untuk meningkatkannya kepada lebih daripada 70 peratus kerana ini akan menjejaskan sektor lain.

"Sektor perkhidmatan kini adalah pemudah cara pertumbuhan domestik dan guna tenaga serta menjadi peneraju dan sokongan kepada sektor ekonomi lain seperti pembuatan dan pertanian," katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai "Program dan Insentif bagi Sektor Perkhidmatan" di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan angka-angka Januari-Jun 2012, pelaburan sektor perkhidmatan menyumbang 67.5 peratus (RM59 bilion) daripada keseluruhan pelaburan berjumlah RM87.3 bilion kepada KDNK, dengan 29.5 peratus (RM25.8 bilion) pelaburan dalam sektor pembuatan.

"Pada 2011, pelaburan domestik menyumbang 74.6 peratus (RM52.5 bilion) KDNK manakala pelaburan asing menyumbang 25.4 peratus (RM17.9 bilion) daripada pelaburan sektor perkhidmatan.

"Subsektor yang menjadi penyumbang utama kepada sektor perkhidmatan ialah sektor minyak dan gas, pendidikan, pembinaan, teknologi maklumat dan komunikasi, pelancongan dan kewangan," katanya.
"Kerajaan mengambil inisiatif reformasi kawal selia melalui pelbagai program, termasuk pelonggaran beransur-ansur subsektor perkhidmatan, Program Transformasi Ekonomi, pindaan kepada kanun-kanun dan pengemasan peraturan.

"Pelonggaran ialah satu daripada tonggak dalam pembangunan dan pertumbuhan sektor perkhidmatan," tegasnya.

"Inisiatif ini bertujuan melonggarkan subsektor perkhidmatan secara sehala untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke sektor ini," katanya.

Mukhriz berkata, sektor kewangan Islam berkembang maju dan Malaysia berada di hadapan dalam penerbitan bon-bon sukuk, dan ini adalah baik bagi sektor ini.

"Negara-negara lain cuba bersaing dengan Malaysia dan ini perkembangan sihat bagi industri ini," katanya.

Mengenai prestasi KDNK dalam suku keempat yang akan diumumkan tidak lama lagi, beliau menyuarakan keyakinannya bahawa negara akan mencapai sasaran yang ditetapkannya.

"Malaysia berada pada landasan yang betul memandangkan ekonominya yang kukuh dan berdaya tahan, bercanggah dengan dakwaan pihak pembangkang bahawa negara ini hampir muflis," tegas Mukhriz. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Bloomberg buka pejabat serba canggih di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Bloomberg hari ini meluaskan komitmennya dengan membuka pejabat baru di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur(KLCC), dengan kemudahan latihan serba canggih, sebuah studio penyiaran dan meluaskan ruang lantai bagi membolehkan pembesaran pada masa akan datang.

Acara perasmian dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Presiden Bloomberg, L P Dan Doctoroff, Ketua Pengarang Bloomberg Matthew Winkler, Menteri dan CEO PEMANDU, Dato Sri Idris Jala dan pegawai kanan kerajaan serta tokoh perniagaan dan kewangan.

"Berikutan Malaysia terus berkembang dan dihormati sebagai pusat serantau serta pusat kewangan antarabangsa, kami akan terus menambah sumber dalam pasaran yang sangat penting ini," kata CEO dan Presiden Bloomberg, L P Dan Doctoroff.

"Itu sebab mengapa kami memasuki Malaysia sejak 20 tahun yang lalu, dan itu sebab mengapa kami membuka kemudahan serba canggih di Kuala Lumpur hari ini.

Pejabat baru ini menyediakan ruang unik untuk kami melakukan inovasi, menyokong para pelanggan kami dan kekal di hadapan dari segi trend dan wawasan dalam ekonomi Malaysia, dengan ruang yang lebih luas untuk kami terus berkembang bersama-sama Malaysia."

Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat yang dipertingkat, Bloomberg akan menyediakan latihan khusus kepada 125 peserta dalam bidang seperti tukaran asing dan kewangan Islam di premis baharu itu bagi menyokong Program Memperkaya Bakat Sektor Kewangan (FSTEP).

Disokong oleh sektor perkhidmatan Kewangan Malaysia, FSTEP ialah projek dipacu industri yang melibatkan latihan intensif selama setahun dalam bidang perbankan dan insurans.
Program itu diurus oleh Institut Bank-Bank Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia, dengan matlamat untuk menyumbang dalam pembangunan pasukan bakat bagi memenuhi keperluan industri perkhidmatan kewangan.

Pejabat baru itu dan komitmen latihan tambahan itu adalah sebahagian daripada pelaburan berterusan Bloomberg dalam pembangunan produk, liputan berita dan latihan di Malaysia, sebagai ekonomi ketiga terbesar Asean bagi mengantarabangsakan sektor kewangan.

Baru-baru ini, Bloomberg menjalin usaha sama dengan Bank Negara Malaysia, Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia dan Bursa Malaysia bagi melancarkan tiga indeks sukuk untuk Malaysia, pasaran sukuk terbesar dunia.

Sementara itu, Bloomberg News, yang diedarkan menerusi perkhidmatan Bloomberg Professional, televisyen, radio, mudah alih dan Internet serta dua majalah, Bloomberg Businessweek dan Bloomberg Markets, membuat liputan di seluruh dunia menerusi lebih daripada 2,300 profesional berita dan multimedia menerusi 146 biro di 72 buah negara.

Beribu pejabat di New York, Bloomberg mengambil lebih daripada 15,000 pekerja di 192 lokasi di seluruh dunia.

-BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

2,636 rakyat Malaysia di luar negara daftar pengundi pos

KUCHING: Seramai 2,636 rakyat Malaysia di luar negara, sehingga kini, telah mendaftar untuk mengundi secara pos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata, permohonan itu diterima daripada rakyat Malaysia yang tinggal di 108 negara di seluruh dunia.

"Hingga semalam, paling ramai rakyat Malaysia yang mendaftar ialah di Australia iaitu 618 orang, diikuti United Kingdom (473), Amerika Syarikat (203), China (151) dan Qatar (124).

"Proses permohonan sangat mudah, mereka boleh hantar permohonan sama ada melalui e-mel, faks atau pos, kami (SPR) harap bilangan ini akan terus bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan taklimat ulangan untuk 96 peserta terdiri daripada pegawai pengurus dan ketua pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) pilihan raya umum ke-13 di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Aziz meminta badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak yang terlibat membantu SPR memberi latihan kepada petugas pilihan raya supaya memberi latihan mengikut prosedur serta undang-undang yang dikeluarkan.

"Saya ada mendengar, kumpulan tertentu memberi latihan yang bertentangan dengan kaedah yang telah diajar oleh SPR. Jadi saya minta mereka hanya beri latihan yang betul supaya tidak mengelirukan petugas pilihan raya nanti," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, pengurus pilihan raya akan dilantik lebih awal sebelum hari pembubaran Dewan Rakyat, dan ia kini dalam proses untuk dimuktamadkan. - BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

10,000 sambut Muhyiddin di Ipoh

Artikel Berkenaan

GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

KUCHING: Seramai 2,636 rakyat Malaysia di luar negara, sehingga kini, telah mendaftar untuk mengundi secara pos, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

KUALA LUMPUR: Bloomberg hari ini meluaskan komitmennya dengan membuka pejabat baru di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur(KLCC), dengan kemudahan latihan serba canggih, sebuah studio penyiaran dan meluaskan ruang lantai bagi membolehkan pembesaran pada masa akan datang.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin sektor perkhidmatan akan menyumbang 70 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015, setanding dengan negara maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun.

MELBOURNE: Seorang bekas juara skateboard gagal dalam rayuan terhadap hukuman penjara dikenakan terhadapnya kerana terbabit dalam sindiket penipuan kad kredit antarabangsa berpusat di Malaysia.

IPOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta masyarakat India tidak merasa terpinggir terutama dalam menerima bantuan pembiayaan perniagaan.

PETALING JAYA: Dua murid berumur 10 dan 11 tahun cedera parah masing-masing di kepala dan kaki, apabila van persendirian yang membawa mereka ke sekolah terbalik selepas dirempuh kereta di Bandar Utama di sini, hari ini.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan tayangan semula filem Tamil kontroversi, Vishwaroopam berkuat kuasa, hari ini.

PUTRAJAYA: Selepas berjaya melengkapkan kesemua hospital kerajaan dengan perkhidmatan rawatan hemodialisis, kerajaan kini dalam proses memperluaskan perkhidmatan itu ke kira-kira 800 klinik kesihatan di seluruh negara.

SUNGAI SIPUT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata konflik yang berlaku antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam pakatan pembangkang.

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kekal rendah pada akhir sesi dagangan pagi hari ini apabila kebanyakan pelabur mengurangkan pegangan masing-masing berikutan pasaran yang lemah, kata pelabur.

KUALA LUMPUR: Malaysia kini terbabit secara aktif dalam bidang aeroangkasa dengan pembabitan banyak syarikat tempatan dan asing yang beroperasi di negara ini dan juga berjaya menembusi pasaran dunia.

KUANTAN: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipenjara 20 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi berusia empat bulan, Jumaat lalu.

SINGAPURA: Malaysia dan Singapura bersetuju membina sistem keretapi laju antara Kuala Lumpur dan Singapura menjelang 2020.

IPOH: Pembangkang khususnya di Perak gentar kekuatan Barisan Nasional di negeri itu hingga mereka membuat tohmahan Datuk Seri Dr zambry Abdul Kadir tidak lagi menjadi Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

SUNGAI SIPUT: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Johor akan terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

SINGAPURA: Datuk Seri Najib Razak serta 10 menteri kabinet sedang bermesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Singapura.

SUNGAI SIPUT: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluangkan masa kira-kira satu jam beramah mesra bersama masyarakat di Pasar Awam Majlis Daerah Kuala Kangsar, dekat sini.

KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi membincangkan isu penjualan air jampi yang dilihat semakin berleluasa pada masa ini.

SENAWANG: Sebuah pondok jurutol di Plaza Tol Senawang roboh dilanggar sebuah kereta kira-kira jam 5.45 pagi tadi.

DAMSYIK: Presiden Bashar al-Assad berkata beliau yakin pasukannya akan memenangi konflik di Syria, selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa membuka siasatan ke atasnya berhubung jenayah perang.

COLOMBO (Sri Lanka): Seramai 32 warga Myanmar berjaya diselamatkan selepas kapal kayu yang dalam perjalanan ke Australia itu tenggelam, kata Tentera Laut Sri Lanka hari ini.

MANCHESTER: Dua jaringan Nani dan Javier Hernandez dalam tempoh tiga minit pada separuh masa kedua berjaya melayakkan Manchester United untuk mara ke suku akhir Piala FA selepas menundukkan Reading 2-1.

Keputusan Piala FA Inggeris


15.09 | 0 komentar | Read More

CUEPACS gesa kerajaan kaji semula faedah pinjaman perumahan

GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata kajian semula perlu dilakukan kerana ia sudah lebih 30 tahun tidak dikaji dan harga rumah sekarang yang mahal berbanding dulu.


15.09 | 0 komentar | Read More

Kilang membuat patung musnah dalam kebakaran di Taiping

Written By Unknown on Senin, 18 Februari 2013 | 15.09

TAIPING: Sebuah kilang membuat patung dan peralatan sembahyang di kawasan perindustrian Ringan Tupai di sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid, berkata kebakaran dipercayai bermula jam 2.30 pagi dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 5.05 pagi.


15.09 | 0 komentar | Read More

Generasi baru FELDA perlu sedar nikmat yang dikecapi negara: Tun M

KUALA LUMPUR: Generasi baru FELDA perlu sedar nikmat yang dikecapi mereka kini adalah hasil usaha orang terdahulu serta kebijaksaan kerajaan dalam memacu agensi itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata oleh itu generasi baru FELDA harus bersyukur dan berterima kasih dengan nikmat yang dikecapinya kini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Warga Felda Bersama Negarawan Ulung Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
15.09 | 0 komentar | Read More

Kementerian Luar hantar wakil ke Lubnan ikuti perbicaraan kes Claudia

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar akan menghantar wakil untuk mengikuti perbicaraan di Lubnan jika ada individu yang didakwa di mahkamah negara berkenaan berikutan kes kematian penerbit berita Inggeris portal berita Al-Jazeera, mendiang Claudia Theophilus.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata Kedutaan Malaysia di Lubnan masih memantau perkembangan siasatan kes berkenaan.

"Setakat ini siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa Lubnan," katanya selepas merasmikan Pusat Maklumat rangkaian Apollo Hospitals Group di sini, hari ini.

Pada 2 Februari lalu, Claudia, 42, yang bertugas di ibu pejabat Al-Jazeera English di Doha, Qatar maut selepas terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti di kawasan pergunungan Baakleen di Lubnan.

Mayat mendiang tiba dari Lubnan pada 9 Februari sebelum disemadikan di Seremban pada 11 Februari.

Sementara itu mengenai dua rakyat Malaysia yang berada dalam tahanan di Lubnan, Kohilan berkata, siasatan masih dijalankan.

Bulan lalu mahkamah Lubnan yang mendengar kes dua rakyat Malaysia yang ditahan di Beirut kerana disyaki mempunyai kaitan dengan Al Qaeda tidak memutuskan sama ada tuduhan ke atas mereka digugurkan atau perlu dibicarakan dalam tribunal tentera.
Pada 18 Oktober tahun lalu, dua rakyat Malaysia Razif Mohd Ariff, 30, dan Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, ditahan pihak berkuasa Lubnan di Beirut sebelum dihadapkan ke Tribunal Tentera negara itu.

Mereka mengaku tidak bersalah dan ditahan pihak berkuasa keselamatan Lubnan sehingga hari ini.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Polis tembak mati penjenayah kes samun, curi kereta mewah di Manjung

IPOH: Polis menembak mati seorang penjenayah berusia 25 tahun yang bersenjatakan pistol Revolver.38 dalam kejadian berbalas tembakan di Sungai Wangi, Manjung, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, sepasukan polis rondaan mengekori Naza Citra dalam keadaan mencurigakan selepas semakan mendapati nombor pendaftaran WKH 9262 digunakan adalah palsu berikutan didaftarkan atas kenderaan Proton Waja.

Apabila menyedari kenderaannya diekori, suspek yang berasal dari Taman Sungai Wangi, Ayer Tawar, tidak mematuhi arahan memberhentikan kenderaan sebaliknya bertindak memecut laju ke arah Kampung Baru menuju Sungai Wangi untuk melarikan diri.

Selepas dikejar beberapa kilometer, kereta suspek terbabas di selekoh Sungai Wangi dan kemudian bertindak melepaskan tembakan ke arah kereta polis menyebabkan polis terpaksa membalas tiga das tembakan mengenai tubuh suspek yang dikenali sebagai Farid Abdul Hamid.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata polis percaya berjaya menyelesaikan satu kes bunuh selain sembilan kes curi dan samun kereta mewah di sekitar Sitiawan sejak 2006 dengan kematian suspek.

"Suspek turut mempunyai empat rekod jenayah membabitkan kes penyalahgunaan dadah dan kes samun kenderaan di Slim River, Tapah dan Sitiawan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut menemui satu paket kecil lutsinar mengandungi syabu di dalam beg silang suspek, sebilah parang panjang, satu kelonsong, tiga butir peluru dan sepucuk pistol Revolver.38 Smith and Wasson dipercayai digunakan bagi kegiatan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Paramasivam berkata, kenderaan digunakan suspek adalah kenderaan curi dilaporkan hilang di Balai Polis Tun H S Lee di ibu negara pada 7 Mei tahun lalu.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Sekyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat 1971) kerana melepaskan tembakan bagi menghalang tugas polis dan Sekyen 307 Kanun Keseksaan iaitu percubaan membunuh dengan niat.

Dalam kes berasingan, serbuan polis di rumah teres berkembar di Haluan Tasik Timur Tiga, Anjung Bercham Megah di sini jam 2 petang kelmarin, berjaya menemui 177 butir peluru masing-masing 149 biji jenis 9 milimeter (mm) dan 28 biji peluru jenis .22, petang kelmarin.

Paramasivam berkata, semua peluru itu ditemui dalam satu beg plastik yang ditimbus dengan pasir di belakang rumah berkenaan.

Katanya, hasil maklumat orang awam, rumah yang sentiasa bertutup dan tidak berpenghuni itu dibeli warga asing untuk dijadikan makmal pemprosesan dadah.

"Serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ipoh dibuat selepas risikan selama seminggu namun gagal menemui dadah di kawasan rumah sebaliknya hanya terdapat peralatan dapur termasuk mesin pengisar dipercayai digunakan untuk memproses dadah," katanya.


15.09 | 0 komentar | Read More

BL1M hasil idea Pemuda UMNO Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu bersyukur kerana program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) pada dasarnya adalah cetusan idea mereka, kini menjadi kenyataan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Badaruddin, berkata cadangan program itu diusul oleh Pemuda UMNO Terengganu pada Perhimpunan Agung UMNO 2011.

"Tujuan program Bantuan Lesen 1Malaysia ini adalah untuk menggalakkan mereka yang berumur 17 hingga 40 tahun yang belum mempunyai lesen, memiliki lesen pemanduan yang sah," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Program yang menawarkan harga 50 peratus lebih rendah daripada harga biasa untuk mendapatkan lesen B2 itu terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan bayaran RM199 yang perlu dibayar adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Program BL1M dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 31 Januari lalu.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

KWSP umum kadar dividen 6.15 peratus

Written By Unknown on Minggu, 17 Februari 2013 | 15.09

Artikel Berkenaan

KOTA BHARU: Seorang bekas pelajar Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan ketika menunggang motosikal di pelantar pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, di sini, petang semalam.

KUALA LUMPUR: Kira-kira 65,000 pengunjung memeriahkan majlis Kenduri 1Wilayah yang berlangsung serentak di 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini.

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan proses pengusiran kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai penyokong Kesultanan Sulu akan dilaksanakan dalam keadaan aman, selamat dan tidak menumpahkan darah mana-mana pihak.

PASIR GUDANG: Penduduk Kampung Sri Makmur, di sini menerima Notis 5A bagi tanah yang diterokai mereka sejak kira-kira 2O tahun lalu.

TUNGKU (Lahad Datu): Kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, dekat sini, sudah menyatakan persetujuan untuk keluar daripada kawasan berkenaan dan pulang ke negara asal.

KUANTAN: Seorang pembantu warga Indonesia ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi berusia empat bulan yang cedera akibat dilambung.

TASIK GELUGOR: Malaysia mampu mencapai status negara maju lebih awal iaitu menjelang 2018 hasil prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan.

BESUT: PAS gagal mendapat kepercayaan majoriti umat Islam di negara ini kerana empat perkara pokok yang tidak mampu diselesaikan malah masih diamalkannya sehingga sekarang demi menjaga kepentingan parti.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri Terengganu berhasrat membina sebuah litar perlumbaan motosikal bernilai kira-kira RM30 juta pada tahun depan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan Yee Sang terpanjang di Malaysia di perkarangan pusat beli belah Pavilion, sebentar tadi.

BANGKOK: Pekan Pattani digegarkan letupan empat bom dalam tempoh enam jam hari ini, mengakibatkan seorang orang awam cedera dan empat kedai terbakar.

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan satu kajian khusus berhubung perjalanan karier dan kegigihan pelakon veteran Allahyarham Kuswadinata supaya boleh dicontohi generasi hari ini dan akan datang.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah meluluskan peruntukan tambahan RM500,000 bagi pembinaan sebuah sekolah Cina di Kolombong dekat sini.

GEMAS: Ketua Ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kampung Pasir Besar, Gemas, Mohamad Kudus Buyung, 49, maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung pada ketinggian lima meter, malam tadi.

QUETTA: Sekurang-kurangnya 79 orang terbunuh termasuk wanita dan kanak-kanak manakala 180 yang lain cedera parah selepas terkena letupan bom yang disasarkan pada puak Syiah dalam sebuah pasar yang sesak di barat daya Pakistan, hari ini.

KUALA PILAH: Lapan rumah kedai lama musnah dalam kebakaran di pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan, tengah malam tadi.

ROM: Gempa bumi berukuran 4.8 skala Ritcher melanda tengah-tengah Itali lewat malam tadi, menyebabkan bangunan tinggi di pusat bandar Rom bergegar dan mencetuskan keadaan panik di kalangan penduduk setempat.

KAJANG: Datuk Seri Najib Razak hari ini memecah tradisi sebagai Perdana Menteri pertama dalam tempoh 58 tahun menghadiri program anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) apabila hadir memeriahkan sambutan tahun Baru Cina bersama lebih 5,000 tetamu di pusat pengajian tinggi Dong Jiao Zong, Kajang.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih berdaftar mempunyai tempoh sehingga hari pembubaran Parlimen untuk memohon mengundi secara pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Roma 1 (Totti 58) Juventus 0

Gil Vicente 2 (Veira 20, 53) Sporting Lisbon 3 (Bruma 1, Ilori 6, Capel 63)

Granada 1 (Odion Jude Ighalo 26) Barcelona 2 (Messi 50, 73)

Rafael Nadal (ESP x1) klk Martin Alund (ARG) 6-3, 6-7 (2/7), 6-1

Victoria Azarenka (BLR x1) klk Agnieszka Radwanska (POL x4) 6-3, 6-3

Sungai Petani: Kedudukan PAS yang semakin ketandusan pemimpin bersifat pentadbir bakal meletakkan parti itu dalam keadaan berisiko termasuk untuk ditolak rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


15.09 | 0 komentar | Read More

67 penduduk Kampung Sri Makmur terima notis hak milik tanah

PASIR GUDANG: Penduduk Kampung Sri Makmur, di sini menerima Notis 5A bagi tanah yang diterokai mereka sejak kira-kira 2O tahun lalu.

Majlis penyerahan borang Notis 5A itu disempurnakan Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada majlis itu 67 orang daripada 196 penduduk menerima notis berkenaan, manakala baki akan menerimanya dalam tempoh terdekat berikutan kesalahan mengisi borang, selain ada permohonan yang ditolak berikutan bukan rakyat negara ini.

Penyerahan hak milik tanah itu adalah sebahagian janji kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi menyelesaikan masalah penempatan kampung setinggan di kawasan berkenaan.


15.09 | 0 komentar | Read More

Proses pengusiran penceroboh akan dilaksanakan dengan aman: KDN

KLUANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan proses pengusiran kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai penyokong Kesultanan Sulu akan dilaksanakan dalam keadaan aman, selamat dan tidak menumpahkan darah mana-mana pihak.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau percaya polis dan agensi berkaitan mampu memastikan proses penghantaran pulang kesemua penceroboh di Lahad Datu, Sabah itu berjalan dengan lancar.


15.09 | 0 komentar | Read More

65,000 pengunjung meriahkan Kenduri 1Wilayah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 65,000 pengunjung memeriahkan majlis Kenduri 1Wilayah yang berlangsung serentak di 13 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan hari ini.

Majlis yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013 itu menerapkan konsep perpaduan dengan tema 'Perpaduan Teras Kejayaan Wilayah Persekutuan' dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Pantai Dalam di sini.

Raja Nong Chik berkata, majlis seumpama itu pertama kali diadakan serentak di seluruh Wilayah Persekutuan dan bakal mencipta rekod dalam 'Malaysia Book of Records' sebagai majlis kenduri terbesar yang diadakan serentak membabitkan 13 kawasan Parlimen.

"Kebanyakan penduduk yang bermaustatin di Wilayah Persekutuan berasal dari negeri lain, dan mereka membawa semangat perpaduan luar bandar seperti gotong-royong yang amat bermanfaat kepada penduduk bandar," katanya.

Raja Nong Chik turut meluangkan masa melawat khemah pameran dan bermesra dengan penduduk sekitar Lembah Pantai yang menghadiri majlis berkenaan.

Sementara itu, Raja Nong Chik turut mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah kepada semua hadirin ke majlis Kenduri 1Malaysia di semua 12 kawasan Parlimen lain menerusi lintasan langsung.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Bekas pelajar dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan

KOTA BHARU: Seorang bekas pelajar Kolej Poly Tech Mara (KPTM) Kota Bharu, dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam Sungai Kelantan ketika menunggang motosikal di pelantar pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra, di sini, petang semalam.

Mangsa, Muhammad Arief Muhammad Nordin, 20, dikatakan tergelincir sebelum ia tercampak ke dalam sungai berkenaan pada kira-kira 5.30 petang.

Menurut saksi yang juga rakan rapatnya, Mohd Amir Fadzli Mohd Rosni, 19, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan untuk menemui rakannya yang berjanji untuk mengambil gambar sebagai kenangan di kawasan jambatan itu.

"Saya terkilan kerana gagal membantu menyelamatkan Muhammad Arief yang meminta tolong ketika ia terjatuh ke dalam sungai itu, manakala motosikal yang ditunggang mangsa terbalik di atas pelantar pembinaan jambatan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Amir Fadzli berkata, ketika menunggang motosikal itu, kaki mangsa dipercayai tersepit di celah pelantar itu menyebabkan dia terjatuh sebelum terpelanting ke dalam sungai itu.

Gerakan mencari yang dilancarkan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sejak petang semalam masih belum menemui mangsa.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Zainal Fitri Hussin, berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan daripada orang ramai mengenai kejadian itu jam 5.40 petang semalam.
Sementara itu, bapa mangsa Muhammad Nordin Mohd Long, 48, berkata beliau menyedari kejadian menimpa anaknya itu setelah diberitahu anak keduanya yang dimaklumkan orang ramai petang semalam.

Katanya, Muhammad Arief dijangka menyambung pelajaran di sebuah kolej di Kuala Lumpur Jun ini.

Beliau mengharapkan anaknya ditemui dalam keadaan selamat.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

Tolak ideologi politik benci demi perpaduan

Written By Unknown on Sabtu, 16 Februari 2013 | 15.09

GEORGETOWN: Masyarakat Pulau Pinang digesa tidak terpengaruh dengan ideologi politik yang meniup api kebencian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini demi mengekalkan perpaduan.

Pengerusi Majlis Perundingan Muhibah Pulau Pinang (MPMPP), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff, berkata sikap segelintir individu yang mempolitikkan hampir semua perkara yang berlaku termasuk melakukan serangan peribadi dan menabur fitnah bagi memastikan matlamat peribadi mereka tercapai mewujudkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat.

"Bukan semua perkara sesuai dipolitikkan nanti lama-lama timbul sentimen kebencian. Masyarakat perlu bijak menilai jika wujud sebarang perselisihan sekalipun, jangan biarkan emosi menguasai akal pemikiran.

"Yang penting jangan sampai terpengaruh dengan permainan politik songsang sebegini," katanya kepada pemberita pada majlis pembukaan Pertandingan Bola Sepak Perpaduan anjuran MPMPP di padang Universiti Sains Malaysia, hari ini.

Beliau turut menyelar individu yang menganjurkan protes jalanan hampir setiap minggu di negeri ini dan menyifatkan fenomena itu tidak menggambarkan budaya Malaysia.

"Tidak kiralah apa tujuannya (protes jalanan) ia tidak lagi relevan kerana negara kita sudah lama merdeka dan kegiatan itu mampu mengundang elemen permusuhan jika pihak yang berdemonstrasi itu gagal mengawal emosi dan mengeluarkan pandangan secara melulu tanpa mengira sensitiviti orang lain," katanya.

Mengulas mengenai program hari ini beliau berkata, penganjuran pertandingan itu bertujuan menggalakkan interaksi antara peserta berbilang kaum selain mempromosikan gaya hidup sihat dan menerap semangat 'kekitaan'.
"Perpaduan adalah agenda utama kerajaan dan sukan adalah antara mekanisme terbaik di samping kita dapat melahirkan bintang yang boleh wakili negara dalam perlawanan berprestij pada masa depan," katanya.

Sebanyak 220 pasukan berentap dalam perlawanan dua hari itu bagi merebut piala pusingan Perisai Amanah Raya bagi kategori sekolah menengah dan Perisai Perpaduan (kategori sekolah rendah) serta hadiah wang tunai berjumlah hampir RM6,000.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More

MPM desak Peguam Negara lebih tegas terhadap individu cabul budaya negara

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendesak pihak berkuasa termasuk Jabatan Peguam Negara supaya lebih proaktif dan tegas terhadap individu yang mencabul budaya dan tamadun rakyat negara ini.

MPM dalam kenyataan hari ini berkata, Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab menjaga kepentingan perundangan seharusnya menasihatkan Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia untuk menyediakan kertas pertuduhan yang tegas terhadap mereka yang melakukan kesalahan itu.

MPM akan bersidang tidak lama lagi dan salah satu agenda ialah menyediakan memorandum bagi diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendesak jabatan itu lebih berkredibiliti dalam menjaga, melindungi dan mempertahankan perundangan rakyat.

Kenyataan MPM itu dikeluarkan sebagai mengulas kejadian seorang juruukur, Leong Pei Koe, 29, yang dihukum pejara sebulan dan denda RM8,000 pada Rabu lalu kerana menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan pegawai polis Asisten Superintendan Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.

Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang menjatuhkan hukuman itu selepas Leong mengaku bersalah melakukan kesalahan itu semasa kenderaan rasmi yang membawa baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

MPM berpendapat kertas pertuduhan yang lebih keras wajar dikenakan ke atas Leong kerana banyak peruntukan perundangan yang boleh disabitkan dengan kesalahan itu dan ia boleh dilakukan jika Jabatan Peguam Negara memainkan peranannya dengan lebih serius.

Menurut majlis itu lagi insiden pencabulan budaya dan tamadun seperti yang dilakukan Leong boleh berkembang dan merebak kepada mereka yang ingin melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang porak-peranda.
"Kejadian itu akan diburukkan lagi jika perkara itu dipolitikkan oleh institusi politik demi kepentingan mereka," katanya.

MPM mewakili 282 badan bukan kerajaan (NGO) dengan jumlah keahlian melebihi 3.5 juta.

- BERNAMA


15.09 | 0 komentar | Read More
techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger