Bekas Perdana Menteri itu berkata, sejak zaman sebelum kedatangan Islam,
"Peperangan dalam zaman Islam berlaku kerana kita mengabaikan ajaran Islam.
Agama Islam mengajar kita supaya mengutamakan keamanan terutama sesama Islam.
"Memang pendapat manusia berbeza, tetapi tidak perlulah sampai membunuh atau
mengkafirkan orang. Perbuatan ini tidak mengikut ajaran Islam.
"Ia datang dari orang yang mahu 'hijack' (merampas) agama Islam untuk kepentingan mereka," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama
pada Forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru kampus Sultan Abdul
Halim di sini, hari ini.
Ketika berucap di forum itu, Tun Mahathir berkata, Islam adalah berkait rapat
dengan keamanan, tetapi kerana perpecahan sesama penganutnya sehingga saling
berbunuhan seperti yang berlaku sekarang, ia tidak membezakan mereka dengan
zaman jahiliah.
"Orang Islam berperang dengan orang Islam disebabkan ada pihak yang 'hijack'
agama Islam untuk kepentingan diri sendiri. Apa yang terjadi kini, orang Islam
bunuh orang Islam, kadang-kadang orang Islam bagi senjata kepada orang bukan
Islam untuk bunuh orang Islam. Ini amat menyedihkan.
"Oleh itu masyarakat Islam perlu kembali berpegang kepada al-Quran bagi
mengembalikan semula keamanan dan menghapuskan kekeliruan yang berlaku
disebabkan kurang pemahaman terhadap kandungan al-Quran.
"Kita kena baca terjemahan al-Quran dalam bahasa yang kita fahami dan juga
memahami hadis-hadis sahih. Al-Quran diturunkan sebagai panduan tetapi kalau
kita tidak faham, macam mana nak dijadikan panduan," katanya. - BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Tun Mahathir saran berpegang kepada al-Quran
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/tun-mahathir-saran-berpegang-kepada-al.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Tun Mahathir saran berpegang kepada al-Quran
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Tun Mahathir saran berpegang kepada al-Quran
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar