Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video dari udara berdurasi lebih 10 minit yang jelas memaparkan penggodolan beberapa buah bukit, bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri, Gua Musang, didakwa membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.
Beliau berkata, tidak dapat dipastikan sama ada pembalakan itu menepati undang-undang, dibuat secara sindiket atau satu jenayah tanah terancang kerana modus operandinya bukan di tepi jalan raya atau kawasan penempatan penduduk yang boleh dilihat dari jauh.
"Kerajaan negeri sepatutnya tampil menjelaskan kepada rakyat sudah berapa banyak tanah di Kelantan diberi kepada pemaju ataupun syarikat, sama ada dari negeri ini ataupun luar Kelantan.
"Kita nak tahu status konsesi balak ataupun pertanian kelompok yangdijalankan oleh syarikat berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa di sini, malam tadi.
Majlis yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed itu turut dihadiri kira-kira 350 pengamal media sosial(blogger).
Rakaman video itu yang diambil pada 8 Februari lalu turut diselaraskan dengan aplikasi Google Maps, juga ditandai dengan koordinat sebenar video ketikara kaman berlangsung.
Beliau berkata, jika dibandingkan dengan aplikasi Google Maps yang diperbaharui pada 2006 itu, jelas menunjukkan penggodolan bukit-bukau berlaku secara besar-besaran di kawasan itu.
"Saya mohon kerajaan negeri berikan angka sebenar (hutan yang telahditebang) ataupun adakah lagi saki-baki tanah di Kelantan ini," katanya.
Wan Khairul Ihsan, yang juga bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan,berkata OMBAK sedia memberi bukti itu kepada kerajaan negeri jika mereka tidak mengetahui aktiviti pembalakan yang terjadi di kawasan berkenaan.
Katanya, OMBAK turut mempunyai maklumat mengenai jumlah sebenar kawasan yang terbabit, namun masih menunggu ketelusan kerajaan negeri untuk mendedahkan sendiri angka itu kepada pengetahuan umum.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Kegiatan pembalakan serius di Hulu Kelantan didedah
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/kegiatan-pembalakan-serius-di-hulu.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Kegiatan pembalakan serius di Hulu Kelantan didedah
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Kegiatan pembalakan serius di Hulu Kelantan didedah
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar