Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepda semua rakyat Malaysia dengan MyKad dalam tempoh 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari.
Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan.
"Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan," katanya.
Tawaran berkenaan adalah sebahagian program 'Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia' yang dilancarkan awal bulan lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
AirAsia tawar 10,000 tempat duduk percuma esok
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/airasia-tawar-10000-tempat-duduk.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
AirAsia tawar 10,000 tempat duduk percuma esok
namun jangan lupa untuk meletakkan link
AirAsia tawar 10,000 tempat duduk percuma esok
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar