Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata ini adalah bukti keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat Sabah dan penduduknya akan terus menikmati kemajuan seiring kemajuan negara.
Beliau berkata demikian pada majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama rakyat yang dihadiri kira-kira 50,000 orang pelbagai lapisan masyarakat di sini, hari ini.
Turut hadiri pada majlis itu isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok dan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Sambil mengulangi janji untuk terus membangunkan Beaufort, Musa mengajak rakyat Sabah supaya menolak pembangkang dan menyokong pemimpin yang akan mewakili mereka untuk kesinambungan pembangunan di daerah ini.
Musa, yang juga Menteri Kewangan Sabah, berkata rakyat di negeri ini khususnya Beaufort bijak membuat keputusan untuk menilai calon BN yang terbaik untuk membela kepentingan mereka pada pilihan raya umum akan datang.
- BERNAMA
Anda sedang membaca artikel tentang
Peruntukan besar kepada Sabah bukti keprihatinan kerajaan BN
Dengan url
https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/peruntukan-besar-kepada-sabah-bukti.html
Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya
Peruntukan besar kepada Sabah bukti keprihatinan kerajaan BN
namun jangan lupa untuk meletakkan link
Peruntukan besar kepada Sabah bukti keprihatinan kerajaan BN
sebagai sumbernya
0 komentar:
Posting Komentar