Dua sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Kedah

Written By Unknown on Selasa, 12 Februari 2013 | 15.09

ALOR SETAR: Dua keluarga di kampung Seberang Terus dekat sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah, berkata kedua-dua rumah berkenaan musnah sepenuhnya manakala sebuah rumah lagi hanya terbakar di bahagian dapur.

"Pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.20 pagi tadi dan dua jentera bersama 14 anggota serta dibantu dua jentera bomba sukarela berjaya mengawal api pada jam 5.40 pagi. Api berjaya dipadam sepenuhnya pada pukul 6.59 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hasnah Hashim, 63, berkata beliau baru selesai membuat kuih untuk dijual di pasar berhampiran kampung apabila ternampak rumah jirannya dijilat api.

"Saya kejutkan anak lelaki saya yang sedang tidur. Suami dan seorang lagi anak dah keluar pergi beli barang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian dekat sini, hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah melawat mangsa kebakaran dan menyampaikan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan.

- BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Dua sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Kedah

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/dua-sekeluarga-tinggal-sehelai.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Dua sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Kedah

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Dua sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di Kedah

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger