Jabatan Peguam Negara mohon jadi pencelah dalam saman AES

Written By Unknown on Kamis, 07 Februari 2013 | 15.09

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menjadi pencelah dalam kes saman bagi mencabar keputusan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) membuka dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dalam kawasan perbandaran itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaleha Yusuf menetapkan 13 Februari untuk membuat keputusan terhadap permohonan itu selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak di dalam kamarnya hari ini.

Pada 12 Disember lalu, pengendali AES, Beta Tegap Sdn Bhd, memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman berhubung keputusan MPS dan kemudiannya memperoleh kebenaran itu di Mahkamah Tinggi pada 19 Disember.

Peguam Gobind Singh Deo dan Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili MPS memberitahu pemberita AGC berhujah bahawa permohonan itu difailkan memandangkan kes berkenaan mempunyai kepentingan awam.

Gobind berkata, hujah beliau pula ialah AGC tidak mempunyai locus standi kerana gagal menunjukkan bahawa ia mempunyai kepentingan langsung dalam perkara itu.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan itu, Beta Tegap berkata MPS, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November tahun lalu, memutuskan syarikat itu perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Km301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan di Km6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang.

MPS, menerusi surat bertarikh 6 Dis, mengarahkan syarikat itu supaya menutup kamera AES dalam tempoh 14 hari notis.
Beta Tegap yang diwakili Kevin Jeyakumar menamakan MPS selaku responden tunggal.

Syarikat itu memohon perintah certiorari untuk membatalkan keputusan MPS dan pengisytiharan bahawa MPS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kedua-dua lebuh raya itu. - BERNAMA


Anda sedang membaca artikel tentang

Jabatan Peguam Negara mohon jadi pencelah dalam saman AES

Dengan url

https://palingmutahir.blogspot.com/2013/02/jabatan-peguam-negara-mohon-jadi.html

Anda boleh menyebar luaskannya atau mengcopy paste-nya

Jabatan Peguam Negara mohon jadi pencelah dalam saman AES

namun jangan lupa untuk meletakkan link

Jabatan Peguam Negara mohon jadi pencelah dalam saman AES

sebagai sumbernya

0 komentar:

Posting Komentar

techieblogger.com Techie Blogger Techie Blogger